Anda di halaman 1dari 32

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PENTAKSIRAN

KONSEP PENTAKSIRAN
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan.

DEFINISI PENTAKSIRAN
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

TUJUAN PENTAKSIRAN
1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

TUJUAN PENTAKSIRAN
3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

4. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

PRINSIP PENTAKSIRAN
1. Instrumen
2. Kumpulan yang ditaksir 3. Respons 4. Kumpulan yang menaksir 5. Skor

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK


1. Kesahan Skor relevan & kecukupan cakupan.

2. Kebolehpercayaan Skor ketekalan & ketepatan 3. Keobjektifan ketepatan seseorg pentaksir mberikan skor

4. Kebolehtadbiran Kelicinan kerja2 mtadbir ujian yg dilaksanakan secara bpusat / basaskan sekolah

CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK


5. Kemudahtafsiran maklumat tentang calon bdasarkan skor, diskrimininasi antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian

6. Kekomprehensifan kertas soalanm ewakili semua objektif penting Sukatan Pelajaran / PP

RUMUSAN PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal berkaitan topik, bukti dan prestasi.

RUMUSAN PENTAKSIRAN
Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

RUMUSAN PENTAKSIRAN
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:Instrumen Kumpulan yang ditaksir Respon Kumpulan yang menaksir Skor

PENGUJIAN

DEFINISI PENGUJIAN
Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek (pelajar)

TUJUAN PENGUJIAN
1. Mengukur: kecergasan, kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi 2. Mengukur pembelajaran 3. Menentukurkan (prauji) 4. Mengukur pencapaian

TUJUAN PENGUJIAN

5. Menyemak kandungan kursus (ujian latihan) 6. Mendiskriminasi antara pelajar (memberi gred) 7. Memotivasikan pelajar

TUJUAN PENGUJIAN
8. Menyediakan maklum balas kepada pelajar 9. Menyediakan maklum balas kepada guru 10. Mengukur keberkesanan pengajaran

CIRI-CIRI PENGUJIAN
Mempunyai kata tugas perbuatan seperti: Tuliskan, Tunjukan, Senarai, Terangkan, Jelaskan, Bincang, Kenal pasti, Jumlahkan dan seumpamanya.

CIRI-CIRI PENGUJIAN
2. Kenyataan kandungan: berdasarkan kepada objektif kursus atau pengajaranpembelajaran 3. Kerangka masa: Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir semester etc.

INSTRUMEN PENGUJIAN
Alat/ kaedah/ pendekatan/ mekanisme untuk mendapatkan respons (data) dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran

RUMUSAN PENGUJIAN
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Satu cara mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran

RUMUSAN PENGUJIAN
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre-test. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

INSTRUMEN PENGUJIAN
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu.

PENILAIAN

KONSEP PENILAIAN
Stufflebeam et. al. (1971: xxv) menyatakan penilaian sebagai the process of delineating,

obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.


Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

TUJUAN PENILAIAN
Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.

TUJUAN PENILAIAN
Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

PERKAITAN 3P

PERKAITAN 3P
Pentaksiran

Pengujian

Penilaian

PERKAITAN 3P
Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.

BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH