Anda di halaman 1dari 14

REPAIR DAN SERVICE SENDIRI ALATAN ELEKTRIK

Belajar service and repair alatan elektrik dan elektronik di rumah. Hari ini saya akan berkongsi pengalaman dengan anda,bagaimana cara membaiki barangan elektrik dan elektronik.mudah tetapi memerlukan sedikit keberanian untuk melakukannya atau ada yang mahu berkongsi pengalaman di sini. Sistem yang dijumpai dipasaran menggunakan dua sistem yaitu manual dan elektronik. Bagi sistem elektronik, anda harus berhati-hati jika ingin membaikinya sendiri dan anda harus mempunyai asas elektrik dan elektronik.

Apa sahaja barang yg kita perlukan untuk membaiki mesin basuh: -pemutar skru -spana -multi meter -alat pemeteri -dll
1

Apa sahaja kerosakan yang selalu kita jumpa pada mesin basuh? -air tidak keluar. -air tidak masuk. -air keluar perlahan - lahan -air masuk perlahan - lahan -tidak boleh membasuh -tidak boleh mengeringkan -bunyi bising di waktu pengeringan -basuhan tidak bersih,kurang kuat daya pusingan.

Getah pembuangan air 1.Air tidak keluar. Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat disitu atau termasuk duit siling. Caranya periksa getah dekatan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotaran atau duit siling yang melekat disitu.

Water Pump

2.Air tidak masuk. Hidupkan mesin basuh dan periksa volt ac menggunakan multi meter pada water pam biasanya 230v ac, Jika ada, pam air harus diganti baru.

3.Air keluar perlahan - lahan. Ini disebabkan paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan kotoran atau duit siling.

4.air masuk perlahan - lahan Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini karena ianya juga sudah tersumbat. Lihat contoh gambar di atas.

5.Tidak boleh membasuh Selalunya terdapat beberapa sebab kenapa tidak boleh membasuh antaranya: -Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.

Getah pada motor. getah pengikat pada motor... kalau anda lihat getah sudah terlalu longgar sebaiknya nya tukar dengam getah baru.

atau piring bahagian dalam sudah longgar, kekerapan membasuh akan menyebabkan semakin lama gigi pada piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini karena beban pakaian terlalu banyak.

Level air Jika level air tidak berfungsi dengan baik untuk meyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ianya tidak akan boleh membasuh..Getah ini selalunya ia terletak bahagian atas belakang...ciri ciri nya terdapat 2 atau 3 wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble bahagian bawah.

6.Tidak boleh mengeringkan. Lihat bahagian bawah dekat paip air yang mula mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v ac. Tukarkan selenoid tiada bacaan meter ditemui. Sewaktu anda menekan butang spin, alarmnya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukan selenoid.
4

7.Bunyi bising sewaktu pengeringan Ini berpunca dari bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini karena cara membukanya komponen ini terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.

8.Basuhan tidak bersih atau kurang kuat daya pusingannya. Cuba periksa getah pada motor mungkin ia sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru.

atau piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus??

PETI SEJUK Membaiki peti sejuk memang memerlukan banyak modal bila kerosakan tersebut melibatkan gas atau kompresor dan memerlukan pengalaman di dalam bidang ini.Oleh itu, saya hanya akan membincangkan kerosakan yg bukan melibatkan dengan gas atau masalah elektronik. Ini kerana masalah elektronik memerlukan penelitian pada arus litarnya dan sukar untuk dijangka. Jika anda ingin sila PM saya dan kirim kan foto jenis elektronik tersebut kepada saya. 1.Peti kurang sejuk Peti kurang sejuk bukan berati gas sudah habis,cuba lihat dahulu bahagian tempat beku (frezer) apakah dia terdapat ais di bahagian diding peti?

GLASS HEATER

jika ya, berati gas tidak habis,tetapi heater nya tidak berfunggsi dengan baik, heater ada 2 bentuk pertama berbentuk kaca (glass heater) yang kedua melekat di dekat paip gas yang berbentuk paip almanium. untuk melihat heater tersebut berfungsi dengan baik atau tidak boleh kita cuba dengan tegangan 230v ac di kedua dua wayar tersebut

Contoh heater yang melekat pada paip gas

Thermastat Heater

thermostat heater berfunggsi sebagai suis sejuk,ia akan secara automatic on bila ia di paras beku. selalu nya thermostat heater ini rosak, bila ia sudah masuk air atau warna di dalam plastik nya sudah kelihatan kotor.

Timer

Timer: ia berfunggsi untuk pembagi masa,on compresor atau heater,kalau ia rosak di kedudukan heater maka compresor tidak akan hidup,dan sebalik nya.

Thermostat Temperature

thermostat berfunggsi untuk pembatas suhu dan ianya boleh di ubah ubah sesuai dengan kehendak kita...selalunya kalau ia rosak compresor tidak akan mati kecuali time on heater, dan ini salah satu penyebab elektrik boleh trip.

PENGHAWA DINGIN ( AIRCON )

kompresor merupakan salah satu alat yang sangat penting untuk menyejukkan udara.karena ia berfunggsi untuk mengepam gas. selalu nya gas yang di gunakan adalah gas R22.

beberapa barang yang ada di dalam autdoor ini yaitu: - kompresor -kondensor -kapasitor -fan (kipas) -gas berikut kerusakan kerusakan yang sering saya temui:

kotoran jika kita rasa kurang sejuk cuba periksa kotoran habuk yang melekat pada kipas indorr ini menyebabkan angin yang keluar tidak begitu laju

10

dan jika kita sidah membersihkan kipas dan angin tersebut juga tidak terlalu kuat,maka anda harus menukar capasitor dan kalau tidak boleh juga maka fan motor harus di ganti.

Kipas autdoor tidak begitu kuat. jika kipas autdoor tidak begitu kuat atau langsung tidak menyala,ia akan menyebabkan kompresor akan mati dengan sendirinya,ini karena kompresor sudah terlalu panas,caranya cuba ganti kapasitor yang bewarna hitam seperti contoh dibawah.kalau juga tdak laju,motor kipas harus di ganti yang baru.

Kapasitor

cuba perhatikan dan dengar baik ,apakah kompresor anda sebentar on dan sebentar off tetapi kipas out door tetap hidup, selalu nya ini di sebabkan oleh kapasitor yang sudah rosak, cuba ganti dan test kembali. kapasitor yang warna putih seperti contoh di sebelah.
11

Errors jika kita lihat pada display indorr dia di tulis ER,ini selalu nya sensor temperature dah rusak.

Gas untuk melihat gas cukup atau tidak kita boleh melihat dari udara yang kita rasakan, lihat di autdorr apakah udara yang keluar cukup panas,jika udara tersebut tidak cukup panas maka gas sudah berkurangan.

12

KIPAS SILING

Kipas merupakan suatu keperluan di setiap rumah. Ia berfungsi menggerakan udara. Terdapat pelbagai jenis kipas siling di pasaran. Di zaman sekarang sudah ada kipas siling yang di kawal secara jauh(remote control). Malah terdapat juga gabungan lampu hiasan padanya. Terpulang kepada keperluan mahupun kemampuan individu dalam memilih kipas siling. Sila ke kedai untuk mendapatkan yang terkini kerana MT kali ini ingin berkongsi cara membaikinya sahaja. Jom kita troublrshooting bersama. Kipas tidak berfungsi Berkemungkinan alat perlindungan( Main suis, MCB, ELCB ) terpelantik(Trip). Sila ON kan semula. Jika tiada bekalan juga. Sila semak bil TNB kot tak bayar lagi. Hehe gurau je, kes begini dah tak boleh di ubati lagi kerana motor telah rosak. Di nasihatkan tukar baru.

Kipas berpusing tetapi slow Kebiasaanya kapasitor kipas tersebut telah rosak. Sila gantikan yang baru mengikut kadaran yang sesuai. Bawa sampel ke kedai untuk lebih mudah. Tak kenal kapasitor? Dekat kipas tu ada tersembunyi dalam tudung bawah berwarna hitam mempunyai dua terminal.

13

capasitor

Kipas berpusing lawan arah jam Ni kes kapasitor di pasang secara terbalik terminalnya. Just ubah je cara masuk kabel.

Kipas berbunyi bising Mana leh tahan kan, cuba tengok bilah kipas takut ia bengkok. Kalau leh perbetulkan, bunyi bising mungkin boleh di kurangkan. Ada juga disebabkan rod penyangkuk telah longgar. Ketatkan bahagian ini. Lambat bertindak, kipas akan menghempap kepala tuannya

Kelajuan tidak boleh dikawal Ini disebabkan alat control( regulator) telah bypass ataupun rosak sebahagian. Gantikan dengan yang elok. Jika regulator panas pun sama. Sila tukar baru.

SELAMAT MENCUBA alongwardi@yahoo.com

14

Anda mungkin juga menyukai