Anda di halaman 1dari 7

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang

boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang. Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba2nya atas sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segalanya mempunyai rahsia..dan kadang kala hanya DIA, Al Khaliq Yang Maha Sempurna shj yg tahu...

Bahayanya Botol Plastik...

Simbol atau kod di gambar nie dikeluarkan oleh The Society of Plastic Industry sejak tahun 1988 di Amerika Syarikat dan telah diadaptasi oleh lembaga-lembaga yang mengembangkan sistem kod, seperti ISO (International Organization for Standardization).

Selalunya tanda/simbol tersebut berada di bahagian bawah botol, berbentuk segi tiga, di dalam segitiga akan terdapat angka, serta nama jenis plastik di bawah segitiga, dengan contoh dan penjelasan sebagai berikut: 1-PET atau Polyethylene Terephthalate. Biasanya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera angka 1 di tengahnya dan tulisan PETE atau PET di bawah segitiga. Simbol itu biasa dipakai untuk botol plastik yang jernih/transparent/tembus pandang seperti botol air mineral, botol jus, dan hampir semua botol minuman lain. Mayoritas bahan plastik PET di dunia untuk serat sintetis (sekitar 60 persen), dalam pertekstilan PET biasa disebut dengan polyester (bahan dasar botol kemasan 30 persen). Botol Jenis PET/PETE ini dicadangkan "hanya untuk sekali pakai". ---> Alasannya, bila terlalu sering dipakai, apalagi digunakan untuk menyimpan air panas, akan mengakibatkan lapisan polimer pada botol tersebut akan meleleh dan mengeluarkan zat karsinogenik yang dapat menyebabkan kanser.* sebab tu ada kes seorang perempuan menghidap kanser payudara, dan setelah di diagnosis oleh doktor, polimer-polimer dari botol minuman ini ada dalam sel kanser tu.* 2-HDPE atau High Density Polyethylene. Umumnya, pada bahagian bawah kemasan botol plastik, tertera logo angka 2 di tengahnya, serta tulisan HDPE (high density polyethylene) di bawah segitiga. --->HDPE biasa dipakai untuk botol susu yang berwarna putih susu, tupperware, kursi lipat, dan lain-lain. HDPE merupakan salah satu bahan plastik yang sesuai untuk digunakan kerana kemampuan untuk mencegah reaksi kimia antara plastik berbahan HDPE dengan makanan/minuman yang disimpan dalam bekas plastik ini. --->HDPE memiliki sifat bahan yang lebih kuat, keras, buram dan lebih tahan terhadap suhu tinggi. Sama seperti PET, HDPE juga dicadangkan hanya untuk sekali pemakaian, kerana tindakbalas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu. 3- V atau Polyvinyl Chloride (kadang-kadang berwarna merah) dengan angka 3 di tengahnya, serta tulisan V yang bererti PVC (polyvinyl chloride). Plastik ini biasanya pada plastik pembungkus (cling wrap) dan botol-botol. --->PVC mengandung DEHA yang dapat bertindakbalas dengan makanan yang dibungkus dengan plastik berbahan PVC.T/balas yang terjadi antara PVC dengan makanan yang dibungkus dengan plastik ini berbahaya untuk ginjal, hati dan berat badan.Sebaiknya kita mencari alternatif pembungkus makanan lain yang tidak

mengandung bahan pelembut seperti plastik yang terbuat dari polietilena @ daun pisang.-->boleh dipraktikkan.. 4- LDPE atau Low Density Polyethylene. Tertera angka 4 di tengahnya, serta tulisan LDPE, iaitu plastik cokelat (thermoplastic/dibuat dari minyak bumi). Biasanya LDPE digunakan untuk tempat makanan, plastik , dan botol-botol yang lembek. --->Sifat mekanisma jenis plastik LDPE adalah kuat, agak tembus cahaya, fleksibel dan permukaan agak berlemak. Pada suhu di bawah 60 darjah celsius sangat tahan terhadap T/balas kimia, perlindungan terhadap wap air, akan tetapi kurang baik bagi gas-gas yang lain seperti oksigen. --->Barang berbahan LDPE ini sukar diuraikan, tetapi tetap baik untuk tempat makanan kerana sukar berT/balas dengan makanan yang dibungkus dengan bahan ini. 5- PP atau Polypropylene. Tertera angka 5 di tengahnya, serta tulisan PP adalah pilihan terbaik untuk bahan plastik, terutama untuk produk yang berkaitan dengan makanan dan minuman seperti tempat menyimpan makanan, botol minum dan terpenting botol minum untuk bayi. --->Ciri-cirinya berupa botol transparent yang tidak jernih atau berawan. Polipropilen lebih kuat dan ringan dengan T/balas wap yang rendah, ketahanan yang baik terhadap lemak, stabil terhadap suhu tinggi. --->Carilah dengan kod angka 5, bila membeli barang berbahan plastik untuk menyimpan makanan dan minuman. 6- PS atau Polystyrene. Tertera logo angka 6 di tengahnya, serta tulisan PS. Polystyrene ditemui pada tahun 1839 oleh Eduard Simon, seorang apoteker dari Jerman secara tidak sengaja. PS biasa digunakan sebagai bahan tempat makan styrofoam, tempat minum sekali pakai, dan lain-lain. --->Bahan tersebut harus dihindari, sbb selain berbahaya untuk kesehatan otak, mengganggu hormon estrogen pada wanita yang menyebabkan pada masalah reproduksi, pertumbuhan dan sistem saraf. Bahan itu juga sukar terurai. Jika diuraikan, PS memerlukan proses yang sangat panjang dan lama. --->bahan ini dapat dikenali dengan cara dibakar (cara terakhir dan sebaiknya dihindari). Ketika dibakar, bahan ini akan mengeluarkan api berwarna kuning-jingga,

dan meninggalkan jelaga. 7-OTHER.Tertera angka 7 di tengahnya, serta tulisan OTHER yang merupakan gabungan dari SAN (styrene acrylonitrile), ABS (acrylonitrile butadiene styrene) dan PC (polycarbonate, Nylon). --->OTHER dapat dijumpai pada tempat makanan dan minuman seperti botol minum olahraga, alat-alat rumah tangga, komputer, alat-alat elektronik, dan plastik kemasan. --->PC dapat ditemukan pada botol susu bayi dan botol minum polikarbonat. PC dapat mengeluarkan bahan utamanya iaitu Bisphenol A ke dalam makanan dan minuman yang berpotensi merosakkan sistem hormon, kromosom pada ovari, penurunan produksi sperma, dan mengubah fungsi imun. ---> Bisphenol-A dapat berpindah ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan. --->SAN dan ABS memiliki ketahanan yang tinggi terhadap reaksi kimia dan suhu, kekuatan, kekakuan, dan tingkat kekerasan yang telah ditingkatkan. Biasanya SAN terdapat pada mangkuk mixer, pembungkus termos, piring, alat makan, penyaring kopi, dan sikat gigi, sedangkan ABS biasanya digunakan sebagai bahan mainan lego dan pipa.SAN dan ABS merupakan salah satu bahan plastik yang sangat baik untuk digunakan. --->Melihat bahayanya yang terkandung dalam plastik, sudah sampai masanya kita harus bertindak dengan lebih bijak dalam penggunaan plastik, khususnya plastik dengan kod 1, 3, 6, dan 7 (khususnya polycarbonate). Kerana kod tersebut memiliki bahan bahaya secara kimia. --->Jika pun kita harus menggunakan plastik, akan lebih selamat bila menggunakan plastik dengan kod 2, 4, 5, dan 7 (kecuali polycarbonate). Bila tidak ada kod plastik pada bahan plastik tersebut, atau bila jenis plastik tidak jelas (misalnya pada kode 7, di mana tidak selamanya berupa polycarbonate), cara terbaik yang paling selamat adalah menghubungi pihak berkenaan dan menanyakan mereka tentang jenis plastik yang digunakan untuk membuat produk tersebut. -->Cegah penggunaan botol susu bayi berbahan polycarbonate. Cubalah pilih dan

gunakan botol susu bayi berbahan kaca, polyethylene, atau polypropylene. --->Jika penggunaan plastik berbahan polycarbonate tidak dapat dicegah, janganlah menyimpan air minum ataupun makanan dalam keadaan panas. -->Hindari penggunaan botol plastik untuk menyimpan air minum. Jika penggunaan botol plastik berbahan PET (kode 1) dan HDPE (kode 2), tidak dapat dicegah, gunakanlah hanya sekali pakai dan segera dihabiskan karena T/balas antimoni trioksida terus meningkat seiring waktu.Bahan alternatif yang dapat digunakan adalah botol stainless steel atau kaca. --->Cegahlah memanaskan makanan yang dibungkus dalam plastik, khususnya pada microwave oven, yang dapat mengakibatkan zat kimia yang terdapat pada plastik terlepas dan berT/balas dengan makanan lebih cepat. Hal itu dapat terjadi bila bahan plastik digunakan untuk menyimpan makanan berminyak atau berlemak. --->Bungkuslah terlebih dahulu makanan dengan daun pisang atau kertas sebelum dibungkus dengan plastik pembungkus, ketika makanan akan dipanaskan di microwave oven. --->Cubalah untuk menggunakan kemasan berbahan kain untuk membawa sayuran @ makanan dan gunakanlah kemasan berbahan stainless steel atau kaca untuk menyimpan makanan atau minuman. --->Cegah penggunaan piring dan alat makan plastik untuk masakan. Gunakanlah alat makan dari bahan stainless steel, kaca, seramik atau kayu.

Anda mungkin juga menyukai