Anda di halaman 1dari 2

Mengapa pelajar sangat lemah dalam subjek Matematik Tambahan?

Pelajar sudah mempunyai mind set yang mengatakan subjek ini susah kerana terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Maka, mereka tidak berminat umtuk belajar Takut dengan formula-formula yang banyak dan kompleks Malas untuk membuat latihan bagi memahirkan diri Tidak memahami konsep dalam matematik sejak peringkat awal Tiada asas yang kukuh dalam matematik

Bagaimana Nur Amalina menerobos fobia ini? Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang sekiranya memahami konsep sebenarnya Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran berfikir Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua soalan tahun-tahun lepas. Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.

Apa Nur Amalina buat apabila stuck ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik Tambahan? Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi mencari maklumat.

Check jalan, mungkin ada yang tersilap

Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan Pastikan formula yang digunakan betul Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan- rakan di dalam study group tentang soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama. Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru