Anda di halaman 1dari 3

Sce3105 Fizik dalam Konteks Kehidupan Harian

Tutorial 7
Dengan membuat refleksi pengalaman harian mereka, pelajar diminta memberi contoh-contoh alat-alat mudah yang menggunakan prinsip Bernoulli dalam kehidupan harian mereka. Aplikasi prinsip Bernoulli dalam alatan-alatan ini juga dibincangkan.

Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa kawasan bendalir yang bergerak dengan halaju yang lebih tinggi mempunyai tekanan yang lebih rendah. Dalam kehidupan harian, terdapat alat-alat yang menggunakan prinsip Bernoulli seperti:

Penunu Bunsen

Apabila penunu Bunsen disambungkan kepada satu bekalan gas, gas dikeluarkan melalui jet dengan kelajuan yang tinggi menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah. Tekanan atmosfera yang lebih tinggi di bahagian luar penunu Bunsen menyebabkan udara disedut masuk melalui lubang udara serta bercampur dengan gas. Campuran ini menghasilkan pembakaran yang lengkap dan menghasilkan nyala yang bersih, panas dan kurang berkilau serta tidak berasap.

Sce3105 Fizik dalam Konteks Kehidupan Harian

Aerofoil

Penerbangan kapal terbang adalah bergantung kepada bentuk aerofoil yang terdapat pada bahagian sayap dan ekor kapal terbang. Apabila sayap berbentuk aerofoil bergerak dalam udara, pengaliran udara adalah lebih laju di bahagian atasnya dan akan menghasilkan satu kawasan yang bertekanan rendah. Pengaliran udara yang lebih perlahan di bahagian bawah akan menghasilakn satu kawasan bertekanan tinggi. Perbezaan tekanan di bahagian atas dan bawah menghasilkan satu daya angkat yang menolong kapal terbang naik ke atas.

Penyembur Racun Serangga

Omboh

Tiub logam

Apabila omboh ditolak ke dalam pam, udara dipancut keluar dengan kelajuan yang tinggi dari muncung sempitnya. Suatu kawasan yang tekanannya lebih rendah wujud di luar muncung, maka racun serangga naik ke atas melalui tiub logam. Racun serangga yang bercampur dengan udara boleh disembur pada kelajuan yang tinggi.
2

Sce3105 Fizik dalam Konteks Kehidupan Harian

Karburator

Campuran wap petrol udara

Karburator adalah satu bahagian enjin di mana udara dicampur dengan petrol pada kadar yang betul supaya pembakaran dalam enjin kereta boleh berlaku. Udara yang mengalir melalui pengawal udara, dipaksa mengalir melalui satu bahagian yang sempit dengan halaju yang lebih tinggi menyebabkan tekanan lebih rendah di kawasan jet. Maka, petrol yang berada pada tekanan atmosfera akan disembur keluar melalui jet dan bercampur dengan udara. Campuran udara ini akan disedut masuk ke dalam silinder untuk pembakaran.