Anda di halaman 1dari 18

Etika Guru dan Ciri-ciri Guru yang Profesional di Sekolah Rendah

Isi Kandungan

1.0 2.0

Pendahuluan........................................................................................................................................ 1 Etika Perguruan .................................................................................................................................. 2 2.1 2.2 2.3 Kepentingan Etika Perguruan ...................................................................................2 Ciri-Ciri Guru yang Profesional .................................................................................2 Guru yang tidak beretika...........................................................................................8

3.0

Kepimpinan dan jenis kepimpinan .................................................................................................11 3.1 3.2 3.3 Gaya Kepimpinan Menurut House dan Mitchell ...................................................... 11 Gaya Kepimpinan Menurut Tannenbaum dan Schmidt ........................................... 12 Gaya Kepimpinan Menurut Lewin, Lippit dan White ................................................ 13

4.0

Kesimpulan ........................................................................................................................................15

Rujukan ...........................................................................................................................................................16

1.0

Pendahuluan

Profesion perguruan bukanlah satu bidang pekerjaan yang mudah. Sebagai guru, seseorang individu bukan sahaja bertanggungjawab mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan, tetapi juga membentuk sahsiah anak didik mereka (Yahya dan Zainuddin, 2003). Menurut Falsafah Pendiidkan Kebangsaan Malaysia, matlamat utama pendidikan di Malaysia adalah untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harminis dari segi intelek, rohani dan jasmani. Ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara, masyarakat dan agama (upu.mohe.gov.my).

Selain dari menyebarkan ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka, guru sebenarnya memainkan peranan yang lebih berat. Guru adalah model peranan kepada anak didik mereka. Bukan sahaja mereka perlu mempamerkan akhlak dan ketrampilan yang mulia, mereka juga perlu peka dengan perubahan semasa dan bijak menyesuaikannya untuk berhadapan dengan kerenah pelajar.

2.0

Etika Perguruan

Etika perguruan merujuk kepada satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkahlaku berkaitan profesion perguruan. Etika ini juga merujuk kepada tanggungjawab dan akibat tingkahlaku seseorang guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sewjawat serta ibubapa pelajar. Menurut Mok Soon Seng (1988), guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi yang baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan. 2.1 Kepentingan Etika Perguruan

Kod etika perguruan bertindak sebagai satu garis panduan kepada guru tentang bagaimana untuk bertingkahlaku dalam pekerjaan. Selain itu, kod etika perguruan juga menyatakan perkara yang menjadi tanggungjawab sebagai pemegang amanah bidang pendidikan. Secara amnya, kod etika perguruan digubal dan didokumenkan sebagai rujukan untuk guru-guru. Kod etika ini membolehkan guru-guru memahami dangan lebih jelas tentang tanggungjawab mereka. Selain untuk kegunaan para guru, kod etika perguruan ini juha boleh diambil oleh masyarakat agar dapat bersama-sama menjaga kepentingan murid-murid sekolah dan siste, pendidikan negara kita. Selain itu, ia juga dapat membantu masyarakat untuk lebih memahami teanggungjawab dan beban kerja guru dengan memberikan kerjasama yang baik dan sepenuhnya dalam proses mendidik generasi akan datang. Etika kerja tidak hanya terhad kepada profesion perguruan tetapi juga kepada semua bidang kerjaya yang ada, menggariskan nilai-nilai penting yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli organisasi tersebut. Ini dapat memupuk rasa tanggungjawab bersama dan sekaligus dapat mengeratkan perhubungan antara ahli organisasi.

2.2

Ciri-Ciri Guru yang Profesional

Profesionalisme dituntut dalam setiap bidang pekerjaan. Ini bagi membantu seseorang individu untuk melaksanakantanggungjawab kerjaya mereka dengan lebih efisyen tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran yang mampu menganggu kelancaran kerja mereka. Profesionalisme boleh dilihat sebagai satu nilai yang berkait rapat dengan fungsi kerja seseorang. Nilai-nilai ini bermatlamat untuk mencapai keberkesanan kerja, produktiviti yang optimum dan individu yang cekap serta bertanggungjawab. Dalam profesion pergururan, guru yang profesional mampu memberikan yang terbaik dalam apa jua situasi. Ini 2

dipengaruhi oleh akal budi, kepintaran, ilmu kurikulum dan pedagogi serta kesanggupan untuk ditegur dan diperbetulkan kelemahan mereka dalam aspek perguruan. Guru yang professional sewajarnya memiliki ciri-ciri yang terdapat dalam rajah 1.0.

Rajah 1: Ciri-ciri Guru Profesional dan Berkesan

Ciri-ciri guru yang profesional adalah; 1. Memiliki ilmu tentang mata pelajaran yang diajar dan sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dalam bidang perguruan Guru yang profesional dan berkesan sewajarnya memiliki ilmu berkaitan mata pelajaran yang mereka ajar. Guru sewajarnya melengkapkan diri dengan fakta, konsep, prinsip dan kemahiran yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar. Selain itu, guru juga wajar melengkapkan deiri dengan ilmu-ilmu berkaitan profesion perguruan. Guru sewajarnya membaca pelbagai sumber ilmiah seperti jurnal dan karya sarjana, serta mebuat perbincangan dengan rakan sekerja. Guru juga digalakkan untukmenimba ilmu yang akan meningkatkan pemahaman mereka berkaitan murid dan kaedah-kaedah pengajaran yang baru dan berkesan. Ini boleh dilakukan dengan menghadiri seminar dan kursus berkaitan atau menghadiri kuliah berkaitan ilmu perguruan. Selain itu, terdapat pelbagai buku motivasi berkaitan yang diterbitkan, bukan sahaja berkaitan profesion perguruan di Malaysia tetapi juga luar negara. Dengan melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan. Seorang guru bukan sahaja membina ilmu pengetahuan untuk diri mereka tetapi juga membina kreadibiliti sebagai seorang yang berilmu dan berwibawa.

2.

Memahami proses pembelajaran dan bijak mencari sumber-sumber maklumat yang terbaik berkaitan mata pelajaran Guru perlu memahami mata pelajaran yang mereka ajar dan memastikan pelajar mereka juga memahami subjek tersebut. Selain itu, guru perlu bijak menarik minat pelajar untuk terbabit dalam aktiviti pembelajaran dan guru perlu memastikan pelajar dibimbing dan diajar mengikut penilaian guru tersebut. Selain tiu, guru juga perlu bijak mencari sumber-sumber relevan yang boleh digunakan untuk sesi pembelajaran. Dunia informasi kini amat berkesan sebagai satu medium berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan. Laman sosial seperti Facebook adalah sumber guru-guru bertukar-tukar informasi berkaitan. Samada bertukar-tukar tips mengajar, berkongsi informasi rasmi atau hobi atau bertukar-tukar set soalan, ia kini semakin mudah dilakukan dengan kemudahan teknologi maklumat. Sistem enjin carian internet seperti Google dan Google Scholar mampu meberikan maklumat yang lebih berkreadibiliti. Namun guru itu sendiri perlu bijak meniai sumber dan maklumat yang mereka perolehi dari Internet.

3.

Menjadi teladan yang baik kepada murid Guru perlu mempamerkan imej yang berwibawa, selaras dengan kod etika perguruan yang sedia ada. Guru perlu bijak membawa diri dalam pelbagai situasi, baik dari segi pertuturan, imej berpakaian dan hubungan sosial.

4.

Berlaku adil dan saksama terhadap pelajar tanpa mengira jantina, bangsa, agama, warganegara, status sosial dan perkara-perkara lain. Guru perlu profesional dalam menangani kerenah pelajar. Pelajar datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza dan sebagai guru yang profesional, guru sewajarnya berlaku adil dan memberikan peluang yang sama rata kepada murid.

5.

Melakukan persediaan mengajar Guru yang profesional adalah guru yang berilmu dan bersedia untuk mencurahkan ilmu yangada kepada pelajar pada bila-bila masa. Persedian untuk proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh dilihat sebagai usaha seorang guru untuk meningkatkan professionalisme diri. Ini kerana, guru yang baik akan menyediakan satu platfrom pengajaran yang baik agar murid-murid dapat memahami proses P&P dengan lebih berkesan.

6.

Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan Guru yang mampu berkomunikasi secara berkesan dengan murid dapat

menyampaikan isi pengajaran dengan lebih berkesan dan dihormati murid dan rakan sekerja. Menurut Mook Soon Sang (1988), seorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepmpinan.

7.

Mampu membuat keputusan yang berkesan Sebagai seorang guru, setiap keputusan yang diambil berkaitan murid secara tidak langsung memberi impak kepada masa depan murid itu sendiri. Oleh itu, guru yang professional seharusnya mampu berfikiran jauh dan membuat keputusan yang terbaik dalam sesebuah situasi.

8.

Mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan pelajar serta yakin dengan kebolehan pelajar Guru yang profesional dan berkesan akan mengambil berat berkaitan kebajikan pelajarnya kerana berada dalam tahap kesihatan yang optimum menjamin input pengetahuan yang tebaik. Selain itu, adalah asas naluri seorang manusia untuk mengambil berat kebajikan orang di sekitar mereka. Selain itu, guru yang baik perlu yakin dengan kebolehan pelajar mereka. Mereka juga perlu sentiasa memberi dorngan dan galakan agar murid boleh mencapai thap pencapaian yang terbaik.

9.

Optimis dalam pembelajaran dan menyediakan persekitaran yang positif untuk proses pembelajaran. Tidak dinafikan, suasa pembelajaran yang kondusif dan positif menjamin penyertaan yang lebih baik dan positif daripada murid berbandingsuasana pembelajaran yang tertekan dan mebosankan. Suasana pembelajaran yang baik juga dapat memberikan ruang yang lebih banyak untuk murid menerima ilmu pengetahuan yang lebih baik dan menjamin keberkesanan proses pengajaran oleh guru.

10.

Mengamalkan etika profesionalisme perguruan dan mampu membina hubungan yang baik dengan ibu bapa, rakan setugas, pihak pentadbir dan staf-staf lain. Guru yang profesional mampu mengekalkan sebuah hubungan yang baik dan profesional dengan orang-orang disekliling mereka. Ini kerana, hubungan yang baik menjamin suasana yang positif dan secara tidak langsusng memberi impka kepada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

11.

Menunjukkan minat dan berterusan terhadap profesion perguruan dan proses pembelajaran Guru yang baik mampu mengekalkan minta pelajar terhadap perkara yang mereka sedang pelajari. Namun, apa yang lebih penting adalah minat guru tersebut itu sendir haruslah berterusan. Guru perlu menanamkan minta untuk mengajar dan mendidik anak bangsa dan tidak gelap mata hanya kerana profesion guru menjanjikan banyak masa terluang dan gaji yang lumayan.

12.

Pandai membawa diri dan tidak menjatuhkan kewibawaan sebagai seorang guru Kod etika perguruan sedikit sebanyak dapat memberi satu garis panduan tentang bagaiman seorang guru sewajarnya bertindak dalam apa jua stiuasi. Tingkah laku guru menjadi contoh bukan sahaja kepada murid tetapi juga kepada masyarakat sekeliling. Guru adalah role model yang berkesan dalam membentuk peribadi generasi masa depan. Seperti kata pepatah, guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Ia memberi gambaran betapa besarnya pengaruh guru terhadap keperibadian murid yang saban hari melihat perlakuan guru di dalam dan di luar masa persekolahan.

13.

Menunjukkan kepada pelajar bagaiman pelajaran boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian Tugas guru tidak hanya tertumpu dalam waktu persekolahan kerana arahan dan pengajaran guru akan dibawa murid keluar dari bilik darjah dan seterusnya dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Guru sewajarnya mampu memberi bimbingan dan tunjuk ajar tentang bagaimana ilmu yang mereka pelajari dalam bilik darjah boleh digunakan dalam kehidupan mereka seharian.

14.

Boleh dipercayai Kebolehpercayaan seorang guru terletak pada profesion itu sendiri. Apabila seseorang menceburi profesion perguruan, secara tidak langsung individu tersebut perlu membentuk diri mereka menjadi seorang yang boleh dipercayai.

2.3

Guru yang tidak beretika

Etika perguruan yang digariskan adalah panduan kepada guru bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengan satu-satu keadaan. Namun, kadangkala guru-guru sering terlupa bahawa terdapat kod etika yang mereka perlu patuhi sepanjang menjawat jawatn guru. Msebagai role model yang berkesan, guru seharusnya mengelakkan dari ciri-ciri guru tidak profesional seperti yang terdapat dalam Rajah 2.

Rajah 2: Antara ciri-ciri guru tidak beretika

Perincian mengenai ciri-ciri guru tidak beretika adalah seperti berikut: 1. Tidak menepati masa Seperti kata pepatah, masa itu emas, oleh itu setiap individu perlu menghormati masa dan menghormati masa orang lain. Guru yang tidak menepati masa sedikit sebanyak menjejaskan kreadibiliti guru itu sendiri.

2. Tidak mematuhi peraturan sekolah Guru sewajarnya menjadi teladan khususnya kepad murid dan masyarakat secara ambnya. Apabila seorang guru tidak mampu menjaga disiplin diri dan melanggar peraturan terutamanya peraturan sekolah, ia menjejaskan kreadibiliti guru dan profesion perguruan secara keseluruhannya.

3. Ponteng Guru yang ponteng bukan sahaja menganggu kelanjaran proses pengajaran dan pembelajaran kelas yang diajarnya tetapi juga kelas yang diajar oleh guru lain. Ini kerana jika seorang guru tidak hadir ke sekolah, tempat beliau perlu digantikan oleh guru lain agar kelas tersebut tidak terbiar kosong dan keadaan murid tidak terkawal. Apabila seorang guru ponteng, proses penggantian akan berlaku dengan kealm kabut dan tidak tersusun menyebabkan masa dan aktiviti guru lain turut terganggu.

4. Tidak melakukan persediaan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru yang tidak bersedia akan kelihatan kelam kabut dan tidak profesional letika mengajar. Murid kini lebih bijak menilai prestasi kerja seorang guru, dan guru yang tidak profesional mengundang ketidakpercayaan murid kepadanya, sekaligus menjatuhkan kreadibiliti guru tersebut.

5. Tidak berminat melakukan aktiviti pengajaran Guru seharusnya mengekalkan minta pelajar terhadap satu-satu topik. Namun, apabila guru itu sendiri menunjukkan reaksi kurang minat untuk mengajar, murid secara tidak langsung akan hilang minat untuk belajar.

6. Tidak mengambil berat kebajikan murid pembelajaran

terutama sekali dalam aspek

Guru yang profesional dan berkesan dapat mengenalpasti tahap kebajikan murid yang mereka didik. Kebajikan pelajar, terutama sekali dalam pelajaran adalah menjadi tanggungjawab guru.

7. Tidak mematuhi etika berpakaian Guru adalah role model kepada murid, baik dari segi peribadi atau imej berpakaian. Murid secara tidak langsung sering terpengaruh dengan gaya dan keterampilan yang ditunjukkan oleh guru mereka. Oleh itu, guru wajar menjadi conto yang baik dan mematuhi etika berpakaian ketika di sekolah.

8. Melayari internet dan laman sosial ketika waktu pengajaran dan pembelajaran Di era teknologi ini, teknologi maklumat sememangnya tidak amat penting dan menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian. Ditambah dengan teknologi telefon pintar yang semakin mudah untuk dimiliki, internet dan laman sosial boleh dilayari dari mana sahaja. Adalah menyalahi etika perguruan apabila seorang guru boleh melayari laman sosial seperti facebook dan twitter semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, dan menyebabkan murid dalam kelas tidak terkawal akibat sibuk melayari laman laman ini.

10

3.0

Kepimpinan dan jenis kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu proses bagaimanakah seseroang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamat-matlamat organisasi. Kepimpinan pendidikan merangkumi semua aktiviti, perlakuan, kemahiran, sikap dan pengetahuan yang mencerminkan kebolehan dan kesediaan untuk mempengaruhi, menggerakkan, membimbing dan melatih individu ke arah mencapai objektif organisasi. Di sekolah rendah, kepimpinan organisasi diketuai oleh Guru Besar yang bertanggung jawab dalam hamper kesemua hal berkaitan sekolah. Setiap individu mempunyai gaya kepimpinan yang berbeza. Gaya kepimpinan yang biasa diamalkan adalah: 3.1 Gaya Kepimpinan Menurut House dan Mitchell

House dan Mitchell (174) memperkenalkan gaya kepimpinan dikenali sebagai Teori LaluanMaklumat. Menurut teori ini, terdapat empat gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar iaitu kepimpinan mengarah (directive leadership), kepimpinan berorientasikan pencapaian (achievement-oriented leadership), kepimpinan menyokong (supportive leadership) dan kepimpinan penyertaan (participative leadership). Jadual 1 menunjukkan perincian setiap gaya kepimpinan ini.

Jadual 1: Gaya-Gaya Kepimpinan Menurut Teori Laluan Maklumat

Gaya Kepimpinan Mengarah

Penerangan Tingkah laku guru besar yang menjelaskan kehendak, memberi arahan, tepat dan mengarah orang bawahan mengikut peraturan dan prosedur Tingkah laku guru besar yang menyediakan matlamat untuk memastikan kemajuan pencapaian di samping mengutamakan kecemerlangan dan menunjukkan keyakinan kepada guru-guru agar mereka yakin dan mampu mencapai tahap tugas yang tinggi Tingkah laku guru besar yang bertimbang rasa, menunjukkan keprihatinan terhadap kesejahteraan guru-guru dan mewujudkan iklim kemesraan dalam kumpulan kerja Gaya guru besar yang meminta pandangan guru-guru menggunakan pandangan ini untuk membuat sesuatu keputusan dan

Berorientasikan Pencapaian

Menyokong

Penyertaan

Sumber: Tinah Nain (2007)

11

3.2

Gaya Kepimpinan Menurut Tannenbaum dan Schmidt

Teori Kontinuum Tingkah Laku Kepimpinan (Continuum of leadership behavior) pula dicadangkan oleh Tannenbaum dan Schmidt (1973) yang melihat gaya kepimpinan sebagai satu kelangsungan atau kontinuum dari berorientasikan tugas kepada berorientasikan manusia (Tinah Nain, 2007). Menurut gaya kepimpinan ini, terdapat empat kelas kepimpinan iaitu gaya pengarah, perunding, partisipatori dan delegasi. Mereka menjelaskan bahawa gaya kepimpinan adalah sati kelangsungan daripada gaya sebagai seorang ketua sehinggalah kepada gaya yang berpusatkan pekerjanya seperti ditunjukkan dalam Rajah 3 di bawah.

KUASA PEMIMPIN Tahap Penglibatan pengikut di dalam proses membuat keputusan Gaya Pengarah Gaya Perunding Gaya Penglibatan Gaya Delegasi

Pemimpin membuat keputusan yang dilaksanakan oleh pengikut

Pendapat pengikut diambil kira dalam membuat keputusan tetapi kuasa membuat keputusan di tangan pemimpin

Masalah dikongsi bersama dan keputusan ditentukan oleh pemimpin dan pengikut

Keputusan diserahkan kepada pengikut untuk menyelesaikan masalah

Rajah 3: Gaya Kepimpinan Kontinuum Tannenbaum dan Schmidt (1973) Sumber: Tinah Nain, 2007

12

3.3

Gaya Kepimpinan Menurut Lewin, Lippit dan White

Tiga orang tokoh iaitu Lewin, Lippit dan White (1939) pula menerangkan tiga gaya kepimpinan iaitu gaya kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire. Ketiga-tiga gaya kepimpinan ini dibezakan oleh tahap dan peranan guru besar ke atas guru-guru. Guru besar yang autokratik lebih mengarah, berorientasikan tugas dan berpusatkan guru besar. Guru besar yang demokratik pula membenarkan penolong kanan dan guru-guru lain bergerak dan bekerja bersama-sama dalam membuat keputusan. Seterusnya, guru besar Laissez faire pula berpusatkan guru-guru dan seolah-olah tidak memainkan peranan langsung dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah (Aminuddin, 1990). Jadual 2 menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalm setiap gaya kepimpinan ini.

Jadual 2: Ciri-Ciri Kepimpinan Menurut Lewin, Lippit dan White

Gaya Kepimpinan Autokratik

Ciri-Ciri Pemimpin Guru besar menetapkan semua polisi Teknik dan langkah-langkah ke arah mencapai matlamat diarahkan oleh gurubesar Tugas-tugas kerja dan rakan kerja ditentukan oleh guru besar sendiri Guru besar bersikap peribadi dalam memberi pujian dan kritik terhadap kerja-kerja setiap guru tanpa memberi alasan yang objektif. Guru besar tidak melibatkan diri dalam aktiviti kelompok kecuali untuk menunjukkan sesuatu Semua polisi ditentukan oleh kelompok dengan galakan dan dirangka oleh guru besar Sebarang aktiviti yang dijangkakan oleh guru-guru akan dapat difahami daripada penerangan yang diberi mengenai langkah-langkah umum dalam perbincangan awal. Jika kelompok memerlukan nasihat teknikal, guru besar memberi beberapa prosedur alternatif yang boleh dipilih oleh guru-guru Guru-guru bebas untuk bekerja dengan sesiapa sahaja yang mereka sukai dan pembahagian tugas diserahkan kepada guru-guru Guru besar bersikap objektif dalam memberi pujian dan kritik serta melibatkan diri dalam kelompok secara semangat tidak banyak campur tangan dalam kerja guru-guru. Guru besar memberi kebebasan tentang cara kerja dan hanya campur tangan apabila pandangannya dipinta oleh guru-guru

Demokratik

Laissez Faire

13

Tidak ada satu gaya kepimpinan yang ideal untuk menangani masalah dan isu berkaitan pengurusan dan pentadbiran yang harus dikendalikan guru di sekolah. Menurut Ainon (2005), sesuatu gaya kepimpinan yang dipilih untuk digunakan haruslah disesuaikan dengan keperluan keadaan dan masalah tersebut. Oleh itu, ada kalanya guru perlu bersikap autokratik dan ada kalanya pula perlu berfikir sebagai salah seorang daripada rakan-rakan lain. Menurut Noor Rezan (2008), pemimpin sekolah yang perkasa diyakini dapat mengurangkan atau mengatasi isu-isu seperti pemimpin yang rendah moralnya, guru yang tidak mesra murid, murid ponteng kelas dan sekolah, buli, gangsterisme, drop out dan murid tidak menguasai 3M. Menurut beliau lagi

kepimpinan juga mampu mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid

14

4.0

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, profesion guru tidak boleh dianggap mudah oleh masyarakat, guru perlu bertindak mengikut etika yang telah ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan selanjutnya merangsang minda pelajar untuk belajar. Guru yang beretika mampu melahirkan anak didik yang cemerlang yang berpeluang memperbaiki kehidupan mereka dan orang sekeliling.

Selain dari itu, pengetahuan guru dan aplikasi kepimpinan yang berkesan dapat memastikan pengurusan dan pentadbiran di dalam sekolah yang mampu menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi. Gaya kepimpinan yang digunakan pula haruslah disesuaikan dengan situasi semasa.

Kesimpulannya, etika guru yang tinggi dan disokong pula oleh gaya kepimpinan yang baik memastikan guru tersebut dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah. Dengan itu, matlamat yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan dalam Wawasan 2020 dapat direalisasikan.

15

Rujukan Ainon Mohd (2005). Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Professional Aminudin Mohd Yusof (1990). Siri Analisis Psikologi: Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia Aminuddin Mohd Yusof (1994). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi, Model Guru dan Tentera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya et al. (2007). Tingkah laku kepimpinan Pengetua dan hubungannya dengan tekanan kerja dan keberkesanan organisasi di beberapa buah sekolah terpilih di Negeri Sembilan Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). (www.upu.mohe.com.my) 16 Sept. 2012 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Mok Soon Sang (1988). Pendidikan di Malaysia: Mengikut sukatan pelajaran baru. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman. Tinah Nain @ Nain (2007). Gaya kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan stres guru di sebuah daerah di negeri Johor. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Yahya Buntat dan Zainuddin Masrom (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan di kalangan Guruguru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai Johor. Satu Tinjauan. Jurnal Teknologi, 38(E) 65-74

16