Anda di halaman 1dari 6

ULUM HADIS : BAB 2>AL-HADIS

K... ni presentation Hana untuk subjek Ulum Hadis untuk sem ni... so, kalu terkurang kat mana-mana tu, asif jiddan ye.. Hana budak baru belajar..hehe.. semoga apa yang Hana post ni dapat membantu kawan-kawan semua untuk memahami perkara-perkara berkaitan dengan ulum hadis, sama ada saja rajin nak belajar atau pun sama cam Hana, nk kena buat presentation or assignment.... selamat membaca ye..

PENDAHULUAN Al Hadis juga dikenali sebagai al-Sunnah. Merupakan sebagai ucapan, perbuatan , pengakuan, akhlak dan sifat-sifat kejadian Rasulullah saw. yang diriwayatkan. Sumber yang terpenting selepas Al-Quran dalam pegangan dan kepercayaan Islam.Telah diterima sejak lebih seribu tahun yang lalu secara menyeluruh iaitu semenjak kewujudan Islam itu lagi. Sebagai sumber hukum islam yang kedua, sunnah mendapat jaminan dari Allah S.W.T akan sentiasa terjaga keasliannya hingga ke akhir zaman. Meskipun terdapat usaha-usaha oleh musuh islam yang cuba memanipulasi, memutarbelitkan kenyataan, dan melontarkan syubhat-syubhat untuk membuatkan sunnah tidak relevan lagi untuk dijadikan sumber hukum dalam islam.

PENGERTIAN AL-HADIS Definisi Hadis adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw, baik yang berupa perkataan, perbuatan, persetujuan, ataupun sifat

PENGERTIAN AS-SUNNAH

BAHASA: sunnah berasal dari kata sanna yasunnu sunnatan, yang bermaksud assirah wa tariqah(jalan dan metode), merangkumi jalan dan metode yang baik ataupun yang tidak baik.

ISTILAH: Menurut ahli hadith: Segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W, berupa perkataan, perbuatan, taqrir, sifat perilaku baik yang terjadi sebelum masa kenabian, seperti selain penyendirian baginda di Gua Hira ataupun sesudah masa kenabian. Menurut ulama usul fiqh: Segala sesuatu yang bersumberkan dari Rasulullah S.A.W selain al-Quran, baik berupa perkataan, perbuatan mahupun taqrir yang dapat dijadikan landasan bagi hukum syari. Menurut Ulama fiqh: Segala sesuatu yang datang dari Rasulullah S.A.W, yang bukan merupakan sesuatu yang wajib ataupun fardhu.

AL-AKHBAR DAN AL-ATHAR Menurut pandangan jumhur ulama, secara umumnya, maksud al-akhbar dan al-athar adalah sama. Pun begitu, terdapat segelintir golongan yang menyatakan perbezaan antara kedua-dua perkataan ini dari sudut istilah. PENGERTIAN AL-AKHBAR Khabar adalah segala sesuatu yang datang dari Nabi saw ataupun yang lainnya, yaitu shahabat beliau, tabiin, tabi tabiin, atau generasi setelahnya Bahasa : sesuatu berita yang disampaikan daripada seseorang kepada sesorang yang lain. Istilah. 1. al-khabar ialah berita yang bersumberkan daripada Rasulullah atau sahabat atau tabiin. Ia jelas menunjukkan bahawa al-khabar itu meliputi hadis marfu, hadis mawquf dan hadis maqtu. Dapat kita fahami juga bahawa pengertian al-khabar ini lebih umum berbanding al-hadis dan al-sunnah. 2. Diitlaqkan kepada apa yang diterima daripada Rasulullah.pengertiannya sama dengan hadis tetapi al-khabar lebih umum. 3. Menurut pendapat Ibn Hajar Al-Asqalani. Al-khabar mempunyai maksud yang sama dengan al-hadis dan alsunnah. PENGERTIAN AL-ATHAR

Athar adalah segala yang datang selain dari Nabi saw, yaitu dari shahabat, tabiin, atau generasi setelah mereka Bahasa kesan atau bekas kepada sesuatu. Istilah terdapat banyak pendapat mengenai maksud al-athar dari sudup pandangan istilah 1. Mempunyai maksud yang sama dengan hadis. 2. menurut pendapat Imam Nawawi, al-athar ialah hadis Mawquf. 3. Menurut pendapat sesetengah ahli hadis yang lain pula, al-athar hanya khusus untuk kata-kata dari Tabiin sahaja 4. 4. Menurut pendapat Al-Zarkasyi, al-athar digunakan untuk hadis Mawquf, namun ia boleh juga digunakan untuk hadis marfu. 5. 5. Menurut pendapat al-Tahawi, al-athar digunakan untuk perkataan yang datang daripada Rasulullah dan sahabat. 6. 6. Bagi al-Tabari pula, al-athar dikhaskan untuk perkataan yang datang dari Rasululllah sahaja. 7. Fuqaha Khurasan menamakan hadis Mawquf sebagai al-athar, dan Marfu sebagai al-khabar.

HADIS QUDSI BAHASA * perkataan qudsi berasal dari perkataan qadusa, yaqdusu, qudsan bererti hadis yang suci

-sesuai dengan kedudukannya yang datang daripada Allah dari sudut lafaz dan makna,suci daripada sifat yang tidak layak bagi-Nya

-istilah lainnya disebut sebagai Hadis Ilahiyah atau Hadis Rabbaniah kerana datang dari Allah ISTILAH *Sesuatu yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah melalui ilham atau mimpi kemudian baginda menyampaikannya dengan menggunakan perkataan baginda sendiri CONTOHNYA: : ( ) Maksudnya : Daripada Anas bin Malik r.a berkata, daku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya Allah Ta`ala berfirman:Apabila aku menguji hambaku dengan dua orang anak perempuan kesayangannya maka ia tetap bersabar, aku akan menggantikannya dengan syurga CIRI-CIRI HADIS QUDSI - Makna dan lafaz daripada Allah

- Tidak dikira ibadat orang yang membacanya - Disandarkan kepada Allah. Rasulullah sebagai orang yang menyampaikan berita dari Allah -Mengguanakan lafaz tertentu -Memperkatakan tentang soal fada`il,sunat dan keistimewaan-keistimewaan

PENGUMPUL HADIS QUDSI 1) `Abd al-Ra`uf Ibn `Ali al-Munawi *al-Ithafat al-Sunniyyah bi al-Ahadith al-Qudsiyyah *272 buah hadis

2)Abu Nasr Ibn Husayn Ibn `Ali al-Husyni al-Bukhari al-Qanuji *Hazirah al-Taqdis wa Zakhirah al-Ta`nis *14 buah hadis

3)al-Allamah Mula `Ali al-Qari *al-Ahadith al-Qudsiyyah al-Arba`iniyyah *40 buah hadis

PERBEZAAN HADIS QUDSI DENGAN AL-QURAN HADIS QUDSI AL-QURAN -diturunkan melalui malaikat dan melalui wahyu ilham

-tidak dikira ibadat kalau membacanya

-berdasarkan kategorinya, mengingkarinya tidak menjatuhkan seseorang itu kekufuran -diturunkan melalui malaikat secara lisan dan talaqqi

-dikira ibadat kalau membacanya

-menolak,mendusta atau tidak menerima al-Quran hukumnya kafir

HADIS NABAWI BAHASA : baru @ percakapan @ perkhabaran ISTILAH : perkataan, perbuatan takrir dan juga sifat, yg disandarkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. CONTOH HADIS : : ( ) : . ( ) MAKSUDNYA : Daripada Zaid bin Arqam r.a, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda, adalah tali Allah, setiap yang menurutnya ia akan memperolehi hidayah, dan setiap yang meninggalkannya ia akan berada dalam kesesatan . Sudut Pengertian Pendapat ulama- Hadis Nabawi bermaksud perkataan yang keluar daripada Rasulullah tanpa dinisbahkan kepada Allah S.W.T. ( segala yang disandarkan kepada Rasulullah sama ada perkataan, perbuatan, sifat, tubuh badan kelakuan dan ketetapan serta perjalanan hidup Rasulullah itu sendiri) ISNAD ATAU SANAD dinisbahkan terus ( secara langsung )kepada Rasulullah itu sendiri sebagai sabdanya. Makna Mempunyai dua bahagian- sebahagiannya wahyu dan sebahagiannya ijtihad Rasulullah Jika terdapat mana-mana ijtihad Rasulullah yang salah, akan diperbetulkan oleh wahyu. ISI Membincangkan perkara-perkara berikut: Keperluan hidup manusia Kepentingan manusia dan negara Hukum halal dan haram Perkhabaran yang baik dan buruk yang akan diterima oleh manusia sekiranya melakukan kebaikan ataupun keburukan PERBEZAAN HADIS QUDSI DAN HADIS NABAWI HADIS QUDSI HADIS NABAWI - Makna dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w

-Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dengan lafaz :

- Makna dan lafaz daripada Allah `Azza wajalla dan lafaz daripada Rasulullah s.a.w

- Dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w dgn lafaz :

RUJUKAN Dr.Rosmawati Ali @ Mat Zin. 2005. Pengantar Ulum Hadis Edisi kedua. Pustaka Salam. Kuala Lumpur . 4 .2002 . : .

Anda mungkin juga menyukai