Anda di halaman 1dari 2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa Tajuk

Jurnal : Ke-2 : Kedua : 22 Februari 2012 : Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah/Peristiwa Pada hari ini saya telah menghadapi maslah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan . terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif.

2. Analisis Masalah ini timbul kerana akiviti perbincangan secara berkumpulan yang telah saya jalankan itu adakalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Murid-murid suka mengambil masa yang lama dalam melakukan aktiviti yang dilakukan. Di samping itu juga , masalah masa ini juga wujud kerana terdapat murid murid yang suka keluar kelas untuk pergi ke tandas, berjumpa dengan guru lain dan mengambil barang di kelas telah mengambil masa yang agak lama sehingga menggangu masa pengajaran dan pembelajarn yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dala sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna. Saya akan menyediakan beberapa plan untuk mengatasi masalah ini

Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan ensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan mencuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seninggu. Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin, ia akan mempengaruhi pencapaian objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing: Tandatangan :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing: Tandatangan :

Nama

Nama

Tarikh

Tarikh