Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ST.

JOHN JALAN BUKIT NANAS, 50250 KUALA LUMPUR

MINIT CURAI
Nama Guru : ROSLAN BIN ISMAIL Nama Mesyuarat/Kursus/Bengkel/Seminar/Persidangan: SEMINAR PROFESSIONALISME GURUGURU DISIPLIN SEKOLAH MENEHGAH & RENDAH JPNWP KUALA LUMPUR 2012 Tarikh: 3 JULAI 2012 Tempat: Anjuran: Bil. 1. Hari: SELASA Masa: 7.30 AM - 4.30 PM

AUDITORIUM TAN SRI ABDUL RAFIE JPNWP KL UNIT HEM JPNWP KL Laporan Tindakan Ketua guru Disiplin Guru-Guru Disiplin

Taklimat oleh En. Mohd Fauzan Bin Amran, PP Disiplin SPPK yang menyarankan agar guru-guru disiplin sentiasa mematuhi peraturan dan pekeliling KPM. Peraturan dan Amalan KOD 1 3 7 sentiasa dibuat mengikut prosedur yang betul tanpa penangguhan. Semua aduan dan sisasatan perlu dimaklumkan kepada Ketua Jabatan dan PK HEM. Pengetua juga harus memainkan peranan dan peka bagi membantu Guru Disiplin (GD) dalam menangani masalah disiplin pelajar. Dalam ucapan perasmian oleh Pn. Mahani Bt. Kassim, KPP SPPK, beliau berharap agar para peserta seminar sentiasa waspada dan peka dengan senario disiplin serta tindakan oleh mana-mana pihak termasuk ibubapa, media, NGO, dan pihak-pihak yang sentiasa mencari kesalahan pihak guru dan sekolah. Guru Disiplin haruslah sentiasa menimba ilmu dan bertukar-tukar info sesama sendiri dan juga dengan pihak jabatan samada di peringkat Zon maupun JPN. Matlamat seminar ini adalah bertujuan memberi kefahaman, kesedaran dan pendedahan tentang pelaksanaan dan pengurusan disiplin kepada GD yang baru dilantik oleh pihak sekolah agar lebih berfungsi dengan lebih berkesan. Janji JPNWPKL sekiranya GD diserang atau mendapat tentangan dari mana-mana pihak, JPNWPKL akan sentiasa berada disebelah GD sekiranya segala peraturan dan SOP telah dipatuhi serta maklumat yang lengkap dan tepat. Pekeliling dan etika haruslah menjadi tunjang kepada setiap pergerakan disiplin. Akhir kata, KPP beharap agar semua urusan disiplin harus disokong dengan formaliti dan dokumentasi.

PK HEM

2.

Pentadbir Sekolah

--

3. -

Taklimat oleh Panel 1. En. Khairuddin Mat Rarip


SSDM GD haruslah berpandukan kepada unsur-unsur Pengurusan Data.: i. Pembinaan Data ii. Pembersihan Data iii. Integriti Data iv. Kualiti Data SSDM haruslah sentiasa dikemaskinikan dari masa kesemasa. Sekolah boleh memilih untuk menggunakan samada SSDM atau e-disiplin. Seorang guru khas bagi menguruskan samada SSDM atau edisiplin diperlukan bagi memastikan data sekolah sentiasa aktif. Sekiranya tiada kes atau sebarang masalah disiplin disekolah bagi tempoh tertentu juga haruslah dilaporkan kpd KPM. Ketua Guru Disiplin Setiausaha JK Disiplin Guru SSDM

Taklimat oleh Panel 2 : En.Md. Ghazali B. Abd Kadir.


Semua urusan dalam memenangani isu disiplin haruslah mematuhi standard piawaian 1 - 3 7. Pengisian Data bagi pelaporan dan tindakan kepada pihakpihak terbabit haruslah dilakukan segera tanpa penangguhan. Sebarang pelaporan daripada pihak pengadu atau menerima aduan yang membabitkan pihak PDRM haruslah dimaklumkan kepada pihak JPN & KPM melalui e-pidp. Aduan terhadap gangguan teknikal laporan secara on-line telah dimaklumkan kepada pihak JPN.

Ketua guru Disiplin Guru-Guru Disiplin

PK HEM

Taklimat oleh Panel 3 : En.Md Saad Bin Yaacob


Semua bentuk hukuman perlu direkodkan dan mematuhi Buku Peraturan Disiplin Sekolah Menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pastikan semua Guru Disiplin telah menerima Surat Penurunan Kuasa Melaksanakan Hukuman Rotan. Sekurangkurangnya seorang saksi diperlukan semasa merotan pelajar dan direkodkan.

Ketua guru Disiplin Guru-Guru Disiplin

PK HEM

Rumusan Forum
Organisasi Jawatankuasa Disiplin Sekolah perlulah Pentadbir Sekolah memastikan agar semua warga guru faham, sedar dan didedahkan tentang pelaksanaan dan pengurusan disiplin agar kefahaman tentang aspek perundangan dalam pelaksanaan sesuatu hukuman keatas murid-murid adalah mengikut standard yang ditetapkan. Pembahagian tugasan kurikulum dan ko-kurikulum kepada GD mestilah tidak diberi bebanan jadual waktu yang berat. Pihak pentadbir sekolah haruslah memberi pertimbangan kepada jadual tugasan KGD yang sekarang ini mempunyai

beban kerja yang lebih mencabar. KGD harus sentiasa memperkemaskinikan dan menambahbaikan semua rekod dan dokumentasi bagi setiap kes bagi tujuan penyiasatan, rujukan dan pemantauan. Akhir Forum, semua GD diminta agar mempunyai integriti yang optimum walaupun jarang mendapat pengikhtirafan maupun ganjaran atau anugerah.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perentah, Tandatangan : Tarikh: 05 Julai 2012

( ROSLANISMAIL ) Ketua Guru Disiplin SMK St. John Jalan Bukit Nanas 50250 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai