Anda di halaman 1dari 4

Pada Isnin bersamaan 1 April 2013, saya dan empat orang rakan guru pelatih yang lain iaitu

Ea, Asyhraf, Azri dan Syafuddin telah melaporkan diri di SK Kampong Pasir Puteh untuk menjalani latihan praktikum selama sebulan bermula 1 April hingga 26 April. Antara tujuan sampingan program Praktikum ini adalah untuk membolehkan pelajar membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Sains selama 8 masa. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran dan melalui interaksi bersama guru-guru khususnya guru pemimbing. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Sepanjang tempoh sebulan saya di sini, saya mempelajari cara untuk menguruskan murid melalui interaksi bersama guru-guru, khususnya guru pembimbing. Selain itu, kepentingan Rancangan Pengajaran Harian yang merupakan komponen wajib yang perlu ada sebelum memulakan sesuatu P&P menjadi satu rutin yang perlu dilaksanakan. Dalam menjadikan sesuatu P&P itu menarik, pelbagai strategi dan pendekatan dirangka dan dilakar bagi memberikan impak dalan pengajaran. Hasilnya, wujud pelbagai jenis pengajaran yang dikritik oleh guru pembimbing untuk penambahbaikan. Pada saya, ianya merupakan sesuatu yang perlu kerana sebagai seorang yang sedang belajar, segala teguran dan nasihat merupakan tonik kepada perancangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Tambahan pula, pengalaman lain yang ditimba ialah apabila membimbing murid untuk aktiviti 1 Murid 1 Sukan untuk permainan Bola Baling. Saya bukanlah budak sukan, namun apabila menjadi seorang guru, tiada alasan tidak boleh, tak tahu kerana guru merupakan pintu ilmu. Alhamdulillah, kerana saya dapat melaksanakannya walaupun penambahbaikan tetap perlu dilakukan. Sepanjang berada di sini, saya sempat mengajar empat kemahiran menghantar bola iaitu menghantar bola secara sisi, aras dada, secara lantunan dan aras kepala. Selain itu, pada minggu ketiga misalnya, saya dan rakan praktikum diminta untuk mengajar kawad kaki kepada Unit Beruniform Puteri Islam. Walaupun sedikit malu, namun saya dan kawan-kawan menganggapnya sebagai proses pembelajaran dalam usaha untuk mematangkan lagi personaliti sebagai guru. Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikum ini ialah saya dan rakan diberi dua tugas pada sela masa yang rapat iaitu untuk menjadi guru pembimbing tidak rasmi di perkhemahan pengakap peringkat daerah yang

berlangsung di SK Seri Jaya dan seterusnya menjadi penyelia tambahan bagi kem motivasi yang diadakan di sekolah kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, membersih dan menceriakan makmal sains sekolah yang merupakan projek sumbangan kami untuk Praktikum Fasa 1 ini. Kami telah membersih dan menceriakan makmal sains sekolah. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu. Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini. Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di SK Kampong Pasir Puteh sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas ini.

Tempoh sebulan yang dilalui di SK Kampong Pasir Puteh berlalu dengan cepat sekali. Tidak dinafikan di permulaan praktikum, saya menghadapi kesukaran untuk mendapakan rentaknya namun setelah tempoh yang ditetapkan tamat, saya menjadi rindu pula. Dalam tempoh sebulan ini, telah banyak perkara yang dicapai oleh saya dan rakan praktikum yang lain. Antaranya, ilmu baharu yang telah saya perolehi dan alami sepanjang praktikum ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan, mengajar dan membina bahan bantu mengajar sendiri. Akhir sekali, data-data dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang dibuat. Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan. Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga tangan ingin naik ke muka mereka. Semua telah saya lalui untuk Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan atau dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu dan segan. Saya perlu perbaiki elemen itu. Namun terdapat guru yang telah menjadi rakan baik kami berdua. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya dalam menjayakan beberapa program sekolah. Dalam membentuk pasukan sekolah, saya telah cuba sedaya upaya saya namun masa yang diberikan tidak mencukupi untuk memberi kemahiran yang lengkap kepada mereka, kerenah mereka juga amat menguji kesabaran dan membuatkan saya perlu sentiasa memikirkan cara terbaik dalam melatih mereka dalam masa yang singkat. Budaya suka juga telah berjaya diterapkan sedikit demi sedikit kepada murid-murid.

Kesimpulannya, Praktikum Fasa 1 telah memberi gambaran kepada saya situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru berijazah pada tahun 2015 kelak. Bagi tindakan susulan, satu portfolio yang lengkap mengenai Praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada pensyarah Jabatan Pengajian Agama untuk Tugasan Profesional. Portfolio itu mengandungi hasil tugasan Praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil Praktikum ini.

Anda mungkin juga menyukai