Anda di halaman 1dari 4

Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan Malaysia

ISU #2, 31 MEI 2013 Dalam isu ini: 1. Sekapur sirih: Dato Dr. Rosli bin Mohamed

2. Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Murid 3. Peranan ibu bapa dalam ekosistem pembelajaran

Sekapur sirih: Dato Dr. Rosli bin Mohamed


Pertamanya saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru sempena Hari Guru yang telah disambut dengan meriah pada 16 Mei 2013, di Nilai, Negeri Sembilan. Saya berharap sambutan kali ini membawa makna yang besar sejajar dengan temanya 1Aspirasi 1Agenda. Tema ini bertepatan sekali dengan usaha kita untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2025 dengan satu impian dan harapan untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara ke taraf antarabangsa. Pelaksanaan inisiatif dalam PPPM 2013-2025 menuntut cabaran dan usaha gigih daripada semua peringkat di Kementerian, iaitu daripada peringkat pengurusan hinggalah ke peringkat pelaksana. Di pihak pengurusan, usahausaha sedang dilaksanakan untuk memberi sokongan yang kukuh kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah. Sokongan ini termasuklah menstruktur perjawatan bagi menempatkan SISC+ dan SiPartner+ di semua PPD bagi melancarkan pelaksanaan Pelan Transformasi Daerah. Di samping itu, Kementerian juga berusaha untuk memastikan kemudahan infrastruktur di sekolah ditambahbaik bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, perkara yang lebih penting dalam memastikan kejayaan PPPM 2013-2025 adalah komitmen guru-guru. Transformasi pendidikan yang direncanakan oleh Kementerian perlu disambut dengan baik untuk dilaksanakan. Para guru seharusnya responsif kepada semua bentuk perubahan ini dan melaksanakannya dengan hati yang tulus ikhlas. Dengan adanya keselarian matlamat dan agenda daripada pihak pengurusan dan pelaksana, PPPM 2013-2025 ini akan dapat kita realisasikan sepertimana dirancang. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu atas segala usaha yang telah dicurahkan unt uk membangunkan generasi masa depan negara. DATO DR ROSLI BIN MOHAMED Anjakan isu #2 31 Mei 2013

KPM dalam berita


Guru Malaysia : 1Aspirasi, 1Agenda Utusan Malaysia, Mei 2013 Warga guru merupakan golongan profesional yang mesti sanggup menerima dan melaksanakan perubahan, responsif kepada perubahan dan seterusnya menjana dan menjuarai perubahan. Sumbangan paling bermakna dapat dicapai sekiranya tenaga kerja profesional dalam jentera pendidikan negara merupakan sepasukan profesional yang responsif terhadap fenomena, cabaran dan harapan baharu Semua guru di Malaysia dituntut mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025). 1Aspirasi adalah untuk memberi fokus kepada inisiatif yang berimpak tinggi kepada keberhasilan dan kemenjadian murid. Ia berpaksi ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.

Memahami kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Aspirasi Sistem


Dalam mengharungi persaingan ekonomi bagi mencapai hasrat negara maju menjelang 2020, Malaysia amat bergantung kepada kualiti sumber manusia. Negara seharusnya mempunyai warganegara yang memiliki pengetahuan dan kemahiran yang dapat memenuhi tuntutan abad ke-21. Di samping itu sebagai sebuah negara majmuk, Malaysia perlu mengekalkan perpaduan bagi memacu perkembangan ekonomi. Atas dasar ini pendidikan memainkan peranan penting untuk melahirkan murid yang bercirikan penguasaan pengetahuan dan kemahiran tinggi, bijak berkomunikasi, berkepimpinan serta memiliki semangat cinta kepada negara selaras seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PPPM 2013-2025 telah menggariskan enam aspirasi murid iaitu; 1. Pengetahuan: Murid perlu memiliki keupayaan literasi dan numerasi dan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid digalakkan menguasai pengetahuan am tentang Malaysia, Asia dan dunia dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, politik, dan tekonologi. Murid juga perlu menguasai bidang seni dan sukan.

Sambutan Hari Guru KPM


Festival Hari Guru 2013 telah disambut meriah dengan pelbagai aktiviti menarik di Kompleks Belia dan Sukan Paroi bermula daripada 14 hingga 16 Mei barubaru ini. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Forum Pendidikan, senamrobik serta pameran amalan terbaik sekolah dan PIBG. Dengan tema 1Aspirasi 1Agenda, Majlis Sambutan Hari Guru telah diadakan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan bermula jam 8 30 malam yang menyaksikan pertambahan warga Kementerian apabila Kementerian Pelajaran digabungkan semula dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan I, Tan Sri Muhyiddin b Hj Mohd Yassin, Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh dan kedua-dua Timbalan Menteri yang baharu dilantik iaitu Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.

1Impian 1Agenda Peribadiku


YAB Tan Sri Dato Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri, Merangkap Menteri Pendidikan I Penggabungan kedua-dua Kementerian membolehkan kita melaksanakan dasardasar yang lebih seragam di semua peringkat pendidikan di samping berkongsi sumber dan kepakaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk melonjakkan lagi mutu pendidikan negara kita. Usaha-usaha transformasi pendidikan akan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien apabila kepakaran daripada semua peringkat pendidikan dapat digembeling secara lebih menyeluruh untuk menghasilkan satu lonjakan berganda dalam pendidikan negara. Emelkan 1Impian 1Agenda peribadi anda dan kami akan menerbitkan yang terbaik setiap bulan.

2. Kemahiran berfikir: Kemahiran berfikir perlu dikuasai murid supaya mereka dapat mengembangkan ilmu yang dipelajari dan mencipta inovasi. 3. Kemahiran memimpin: Dalam kehidupan bermasyarakat kemampuan bekerja dengan berkesan dalam pasukan dan memimpin orang lain adalah penting. Setiap murid akan dibantu mencapai potensi masing-masing melalui penglibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. 4. Kemahiran dwibahasa: Setiap murid akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Mereka juga akhirnya akan berpeluang mempelajari bahasa tambahan. 5. Etika dan kerohanian: Murid perlu memiliki etika dan kerohanian yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan dewasa. Dengan memiliki nilai ini, mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berprinsip dan berani melakukan sesuatu yang betul.

6. Identiti Nasional: Pendidikan juga seharusnya menyemai semangat setia dan bangga kepada negara dalam kalangan murid. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya dengan belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian. Pelan Pembangunan boleh dimuatturun di: http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-Eng.pdf Anjakan isu #2 31 Mei 2013

Peranan ibu bapa dalam ekosistem pembelajaran di SMK Tuanku Jaafar, Senawang, NS
Pelaksanaan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di bawah Anjakan ke 9: Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telahpun menunjukkan hasil yang memberangsangkan di beberapa sekolah di seluruh negara. Selepas pelancaran Sarana Ibu Bapa dan Sekolah di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Februari 2013, SMK Tuanku Jaafar telah mengadakan kolaborasi dengan ibu bapa untuk menceriakan kelas, mengadakan sambutan hari lahir murid dan lawatan belajar yang dianjurkan oleh ibu bapa. Komitmen yang tinggi dan kerjasama yang erat antara ibu bapa dan sekolah telah menampakkan hasil yang memberangsangkan kerana dalam masa tiga bulan, pelbagai keberhasilan telah dapat dicapai. Bahan dan sudut bacaan yang disediakan di dalam kelas oleh ibu bapa di SMK Tuanku Jaafar

Inisiatif Bulan Ini


Peningkatan profisiensi guru Bahasa Inggeris Selaras dengan salah satu Aspirasi Murid untuk mencapai kemahiran dwibahasa seperti dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, English Language Teaching Centre (ELTC) telah menilai profisiensi 61,000 guru Bahasa Inggeris di seluruh negara melalui Cambridge Placement Test (CPT). Mereka yang tidak mencapai tahap minimum akan dilatih. Setakat ini, lebih 5,000 orang guru telah diberi latihan.

ELTC juga mensasarkan latihan kepada guru bukan opsyen Bahasa Inggeris iaitu seramai 15,226 bagi sekolah rendah dan 5,064 bagi sekolah menengah untuk memastikan mereka mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran minimum untuk mengajar subjek tersebut.

Lebih membanggakan, ibu bapa dan murid kini lebih mempunyai rasa kepunyaan terhadap sekolah kebersihan kawasan dan tandas sekolah dijaga dengan baik dan ibu bapa lebih terlibat dalam pembelajaran anakanak mereka. Kelas kami sebelum ini ada kipas yang patah, jadi kelas kita panas, nak belajar pun tak selesa. Lepas tu ibu bapa kami betulkan kipas, cat kelas, hias sama-sama dengan guru kelas kami. Sekarang ni kita semua sayang kelas dan kalau ada yang tak kemas, kami tegur. Kami ada juga blog dan facebook kelas kami. Mohd Syafiz Rafiqi, 2 UM SMK Tuanku Jaafar Menurut En Omar bin Ahmad, Pengetua sekolah yang juga Pengetua Cemerlang, sekolah perlu mengambil inisiatif awal untuk membuka pintu kepada ibu bapa dan komuniti setempat yang sememangnya berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak-anak mereka. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari relai.blogspot.com atau http://lensasmkttj.blogspot.com http://omrel-

Sembang Pendidik

Anjakan isu #2 31 Mei 2013

Bagi mencapai aspirasi yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 20132025, kita memerlukan 11 anjakan utama

Cetakan ini diterbitkan oleh PADU, unit prestasi pelaksanaan pendidikan kepada KPM yang bersifat praktikal dan berorientasikan tindakan. Peranan PADU adalah untuk merancang, memantau, menyelesaikan masalah dan menyelaras penyampaian inisiatif 1Agenda, sementara bahagian-bahagian lain di Kementerian bertanggungjawab untuk melaksanakannya. PADU ialah unit kecil terdiri daripada individu yang mempunyai latar belakang kukuh dalam pengurusan projek dan penyampaian hasil. Individu-individu ini mempunyai latar belakang berbeza yang mengandungi unsur pengurusan dan profesional, dari dalam dan luar Kementerian. Sila hubungi kami jika ada sebarang komen atau maklum balas mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia, pelaksanaan Pelan, atau cetakan ini. Emel: padu.maklumbalas@moe.gov.my Telefon: +6 03 8872 1604 / +6 03 8872 1605 Anjakan isu #2 31 Mei 2013

Anda mungkin juga menyukai