Anda di halaman 1dari 23

Bulan juga dikenali sebagai satelit semulajadi Bumi.

TAHUKAH ANDA ?

Kuar angkasa yang dihantar ke planet Zuhrah harus boleh tahan suhu sehingga 500 C iaitu suhu yang boleh meleburkan timah.

Bulan Mac diterbitkan daripada Marikh.


Uranus pertama kali ditemui oleh William Herschel pada 13 Mac 1781.

TAHUKAH ANDA ?
Jarak Bumi dari Matahari Tempoh setahun Tempoh sehari Diameter Bumi Suhu purata di permukaan Bumi 150 juta km 365 hari 24 jam 12 760 km
22 C

TAHUKAH ANDA ?
Bumi mengambil masa satu hari untuk membuat satu putaran lengkap pada paksinya. Putaran bumi pada paksinya menyebabkan kejadian siang dan malam.

Matahari berusia 5 bilion tahun.Jisimnya 332 000 kali jisim Bumi.Diameternya 1.4 juta km. Suhu permukaannya 6000 C. Matahari adalah 150 juta km dari bumi. Semua planet dalam Sistem Suria tidak memancarkan cahaya sendiri. Planet-planet kelihatan bersinar kerana memantulkan cahaya dari Matahari.

TAHUKAH ANDA ?

Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun dinamakan Raksaksa Bergas kerana keempat-empat planet itu amat besar dan dibentukkan oleh gas terutamanya gas hidrogen dan helium.

TAHUKAH ANDA ?
Planet Terdiri daripada Jarak dari Matahari (km) Bilangan Bulan Lingkaran

UTARID
ZUHRAH

Batuan
Batuan

58 juta
108 juta

0
0

Tiada
Tiada

BUMI
MARIKH

Batuan
Batuan

150 juta
228 juta

1
2

Tiada
Tiada

MUSYTARI
ZUHAL

Cecair dan gas


Cecair dan gas

778 juta
1427 juta

16
18

Ada
Ada

URANUS
NEPTUN

Cecair dan gas


Gas beku

2800 juta
4500 juta

15
8

Ada
Ada

TAHUKAH ANDA ?
Kewujudan Neptun diramalkan oleh ahli-ahli astronomi sebelum planet ini ditemui pada 23 September 1846. Dari manakah datangnya meteor-meteorit ? Kebanyakan meteorit dipercayai berasal daripada asteroid. Ada juga beberapa meteorit yang berpunca daripada komet. Komet yang paling terkenal ialah Komet Hally. Komet ini boleh dilihat dari Bumi sekali setiap 76 tahun.

Sistem Suria terdiri daripada Matahari, 8 buah planet, asteroid, komet, meteor dan meteorit. Matahari adalah pusat Sistem Suria dan jasad-jasad yang lain dalam Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari.

Matahari adalah jasad yang terbesar dalam Sistem Suria. Matahari mengandungi lebih

MATAHARI

daripada 99 % jumlah jirim dalam Sistem Suria.


Matahari terletak pada pusat Sistem Suria dan semua jasad dalam Sistem Suria beredar mengelilinginya. Matahari bukan satu sfera pejal. Matahari dibentukkan oleh gas-gas yang amat panas, hampir semuanya hidrogen dan helium.

Permukaan Matahari mempunyai tompok-tompok hitam.Tompok hitam adalah kawasan yang lebih sejuk. Di sekeliling tompok hitam, terdapat letusan gas yang disebut nyala suria. Nyala suria berlaku secara tiba-tiba dan hanya kekal selama beberapa minit. Adakala Matahari juga menghasilkan pancutan gas yang boleh mencapai jarak beribu-ribu kilometer. Pancutan gas ini disebut prominen. Matahari membekalkan haba dan cahaya iaitu keperluan asas bagi hidupan di Bumi. Cahaya Matahari amat penting kepada hidupan kerana cahaya Matahari memberikan tenaga kepada tumbuh-tumbuhan untuk membuat makanan.

Planet ialah nama yang diberikan kepada jasad besar berbentuk sfera yang beredar mengelilingi Matahari. Terdapat lapan planet dalam Sistem Suria.

Utarid ialah planet yang paling dekat dengan Matahari dan merupakan planet yang kelapan besar dalam Sistem Suria. Diameter Utarid adalah 4 870 km. Permukaan Utarid adalah amat panas dan mempunyai banyak kawah seperti permukaan Bulan. Suhu pada tengah hari adalah 420 C dan suhu pada tengah malam boleh mencapai 180 C iaitu 180 C di bawah takat beku ais.

UTARID

Utarid tidak mempunyai atmosfera dan tiada Bulan.

Zuhrah adalah planet yang kedua dari Matahari dan merupakan planet yang keenam besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 12 100 km. Permukaan Zuhrah tidak dapat dilihat dari Bumi kerana diseliputi awan-awan yang tebal. Lapisan tebal atmosfera Zuhrah merangkap haba daripada cahaya Matahari dan menjadikan suhu permukaan Zuhrah paling panas dalam Sistem Suria. Suhu di permukaan Zuhrah adalah di antara 430 C dan 480 C. Atmosfera zuhrah adalah terdiri daripada karbon dioksida dan titisan-titisan asid sulfurik. Zuhrah tidak mempunyai Bulan.

ZUHRAH

Bumi ialah planet yang ketiga dari Matahari dan merupakan planet yang kelima besar dalam Sistem Suria.
Bumi dibentukkan kira-kira 4.5 hingga 4.6 bilion tahun dahulu. Bumi kita ialah planet tunggal di Sistem Suria yang menyokong kehidupan dan mempunyai air dalam bentuk cecair pada permukaannya.

BUMI

Bumi mempunyai satu Bulan.


Bulan adalah objek tunggal di luar Bumi yang pernah didarati oleh manusia Atmosfera Bumi terdiri daripada 78 % nitrogen dan 21 % oksigen serta sedikit karbon dioksida, argon dan air.

Marikh ialah planet yang keempat dari Matahari dan merupakan planet yang ke tujuh besar dalam Sistem Suria. Diameternya lebih kurang 6 670 km. Marikh kelihatan merah kerana permukaannya mengandungi banyak karatan besi. Marikh mempunyai polar putih pada kedua-dua kutubnya yang dibentukkan oleh karbon dioksida pejal. Atmosfera Marikh amat nipis dan terdiri daripada karbon dioksida dan sedikit nitrogen.

MARIKH

Marikh mempunyai dua Bulan yang dinamakan Phobos dan Deimos.

Musytari ialah planet yang kelima dari Matahari dan merupakan planet yang terbesar dalam Sistem Suria.

MUSYTARI

Diameter planet ini adalah lebih kurang 14 300 km.


Musytari tiada permukaan pejal. Musytari dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium. Atmosfera luar Musytari mempunyai jalur-jalur berwarna dan satu tompok merah besar ( tiga kali saiz Bumi).

Musytari mempunyai 16 Bulan.

Zuhal ialah planet yang keenam dari Matahari dan merupakan planet yang kedua besar dalam Sistem Suria. Diameternya berukuran 120 400 km. Zuhal mempunyai lingkaran-lingkaran lebar dan cerah mengelilinginya yang terbentuk daripada ketulan-ketulan ais.

ZUHAL

Permukaan Zuhal dibentukkan daripada gas hidrogen dan helium.


Atmosfera Zuhal terdiri daripada gas hidrogen , helium dan sedikit metana. Planet yang berwarna kuning ini mempunyai banyak Bulan ( sekurang-kurangnya lebih daripada 23 Bulan).

Uranus ialah planet yang ketujuh dari Matahari dan merupakan planet yang ketiga besar dalam Sistem Suria. Planet yang berwarna biru hijau ini mempunyai 15 Bulan.

URANUS

Planet Uranus mempunyai sekurang-kurangnya 24 satelit-satelit. Dua daripada mereka yang terbesar sekali dikenali sebagai Titania dan Oberon. Ia dikelilingi oleh beberapa gegelang halus yang terdiri daripada ais bergaris-pusat beberapa meter, yang gelap dan tidak begitu berkilat.

Neptun ialah planet yang kelapan dari Matahari dan merupakan planet yang keempat besar dalam Sistem Suria. Atmosfera Neptun terdiri daripada gas hidrogen, helium dan metana. Planet yang berwarna biru ini mempunyai 8 Bulan.

NEPTUN

KOMET

Komet adalah ketulan ais dan debu yang beredar mengelilingi Matahari.

Apabila suatu komet menghampiri Matahari, komet dipanaskan lalu melepaskan gas dan debu.
Pantulan cahaya Matahari daripada gas dan debu itu kelihatan sebagi ekor komet. Ekor sebuah komet sentiasa menghala menjauhi Matahari.

Meteor dan Meteorit


Meteor boleh dilihat dari Bumi sebagai tahi bintang pada waktu malam. Sebenarnya tahi bintang adalah sebutir batuan kecil dari angkasa lepas yang sedang jatuh ke Bumi. Geseran antara meteor dan atmosfera Bumi menyebabkan meteor itu berbara dan kelihatan sebagai satu coret cahaya. Satu meteor yang besar tidak dihapuskan dalam lintasannya melalui atmosfera Bumi dan dapat sampai ke permukaan Bumi. Meteor yang sampai ke Bumi disebut meteorit. Satu meteor besar yang menghempas Bumi boleh menghasilkan kawah yang besar pada permukaan Bumi.
Meteorit adalah meteormeteor yang sampai ke permukaan Bumi

Asteroid
Asteroid adalah batu atau logam yang beredar mengelilingi Matahari dalam satu jalur di antara Marikh dan Musytari. Ada lebih kurang 100 000 asteroid dalam Sistem Suria. Asteroid mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Asteroid yang terbesar ialah Ceres yang mempunyai diameter 1000 km.
253 Mathilde, asteroid jenis-C berukuran 50 km . Gambar diambil pada 1997 oleh prob NEAR Shoemaker