Anda di halaman 1dari 37

GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL Tema 3:Sistem Atmosfera

1. a) b) c) d) 2. a) b) c) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi.{15 m} Bagaimanakah perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?{10 m} Semakin tinggi sesuatu tempat, suhu udaranya semakin rendah. Jelaskan mengapa.{10 m} Jelaskan bagaimana olak suhu boleh berlaku.{15 m} Apakah yang dimaksudkan dengan imbangan bahangan?{5 m} Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba?{5 m} Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba.{10 m} Apakah takrifan sejatan.{5 m} Huraikan lima faktor yang mempengaruhi sejatan.{10 m} Jelaskan pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.{10 m} Nyatakan jenis-jenis gangguan atmosfera?{5 m}

3.

a) b) c) d)

4.

a) b) c) d)

Berikan definisi awan.{5 m} Huraikan tiga jenis awan peringkat rendah.{9 m} Jelaskan dua fenomena cuaca dan iklim yang dipengaruhi awan.{4 m} Huraikan empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia.{8 m} Terangkan makna Kerpasan Efektif.{5 m} Jelaskan lima faktor yang menentukan kerpasan efektif.{20 m}

5.

a) b)

6]

Penipisan Lapisan Ozon dan Kesan Rumah Hijau merupakan dua fenomena yang berbeza tetapi memberikan dampak(kesan yang kuat) yang sama ke atas Alam Sekitar Fizikalnya. a) Bezakan kedua-dua fenomena di atas.{6 m} b) c) Jelaskan lima sebab berlakunya kedua-dua fenomena itu.{10 m} Bincangkan tiga kesan akibat kedua-dua fenomena di atas ke atas sistem atmosfera.{9 m} Bagaimanakah Kesan Rumah Hijau dan penipisan lapisan ozon terjadi?{10 m} Huraikan lima kesan kedua-dua fenomena tersebut terhadap iklim dan manusia. {15 m} Bagaimanakah proses penipisan ozon berlaku di ruang stratosfera?{5 m} Apakah yang dimaksudkan dengan Gas Rumah Hijau?{5 m} Bagaimanakah pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global?{8 m} Jelaskan empat langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena kesan rumah hijau.{12 m} Apakah yang dimaksudkan dengan fenomena El-Nino?{6 m}

7.

a) b) c)

8.

a) b) c)

9.

a)

b) c)

Bagaimanakah fenomena El-Nino boleh mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara?{9 m} Cadangkan lima langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah jerebu di bandar-bandar perindustrian utama di Asia Tenggara. {10 m} Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?{5 m} Terangkan bagaimana kegiatan ekonomi boleh menyebabkan berlakunya fenomena tersebut.{7 m} Jelaskan tiga kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal.{7 m} Huraikan tiga langkah bagi mengurangkan masalah yang berpunca daripada pemanasan global.{6 m}

10.

a) b) c) d)

Soalan1 a) > Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi. Konfigurasi muka bumi-seperti kebenuaan dan kepulauan/pengaruh laut.Kawasan yang terletak di pedalaman benua suhunya lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang dikelilingi laut.Hal ini kerana kawasan pedalaman benua jauh daripada sumber air dan peratus kelembapan udaranya amat rendah.Misalnya di kawasan gurun panas seperti Gurun Gobi,Gurun Kalahari,dan Gurun Turkistan. Litupan permukaan bumi-seperti tumbuh-tumbuhan litupan,bangunan,awan,salji dan sebagainya.Kawasan hutan tebal suhunya lebih rendah berbanding kawasan yang dipenuhi bangunan ekoran daripada proses serapan dan balikan haba.Kawasan awan nipis di gurun adalah lebih panas berbanding kawasan awan tebal. Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan dan suhu yang berbeza-beza.Warna permukaan tanah bergantung kepada warna geologi yang mendasarinya.Warna cerah seperti batu kapur membalikkan haba lebih banyak berbanding dengan warna gelap seperti batu riolit. Nilai albedo permukaan bumi yang bebeza-beza.Albedo merujuk peratus balikan bahangan matahari oleh sesuatu permukaan.Kawasan gelap seperti permukaan bertar akan lebih panas kerana ia menyerap haba lebih banyak berbanding permukaan cerah. Jangka masa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang.Di kawasan khatulistiwa,suhunya lebih tinggi kerana menerima cahaya matahari dalam keadaan sudut tepat berbanding dengan kawasan kutub yang lebih condong/serong. Aspek.Merujuk cerun yang menghadap matahari juga cerun yang terlindung. Cerun menghadap matahari lebih panas berbanding cerun terlindung. Angin.Angin sejuk seperti mistral merendahkan suhu.Angin panas seperti Angin Chinook dan Fohn meningkatkan suhu.Hal ini kerana angin yang berbeza membawa kelembapan udara yang berbeza.Angin panas membawa udara kering,manakala angin sejuk membawa udara lembap. Arus lautan.Pegerakan arus laut panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu.Contohnya semasa tempoh El-Nino,arus lautan menjadi panas menyebabkan suhu di daratan meningkat.Hal ini kerana arus panas akan meningkatkan suhu laut,mengurangkan peratus kelembapan udara dan udara menjadi kering. Bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera. Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima antara garis lintang dunia menyebabkan perbezaan taburan suhu.Taburan suhu berbeza yang diterima oleh bahagian muka bumi akan mempengaruhi tiupan angin lazim dunia.Angin akan bertiup dari kawasan tekanan tinggi(bersuhu rendah) ke kawasan tekanan rendah(bersuhu tinggi). Perbezaan suhu antara sesuatu tempat akan mewujudkan kecerunan tekanan.Kewujudan kecerunan tekanan antara sel tekanan tinggi dengan sel tekanan

>

>

> > > >

>

b) >

>

rendah akan menyebabkan pergerakan udara atau angin.Lazimnya,sistem tiupan dunia seperti angin monsun akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah. c) Sebab-sebab suhu udara semakin rendah apabila sesuatu tempat semakin tinggi. Suhu udara sekitar biasanya berkurangan mengikut ketinggian.Hal ini dapat dibuktikan apabila dibandingkan kawasan puncak gunung dengan kawasan kaki gunung.Puncak gunung lebih sejuk berbanding dengan kawasan kakinya.Perbezaan suhu ini dipanggil taburan suhu secara menegak.Mengikut kadar tukaran Adiabatik,setiap kenaikan ketiggian 165meter maka suhu udara akan turun pada kadar 1 darjah Celcius. Penurunan suhu udara mengikut ketinggian adalah disebabkan oleh: Udara tidak dipanaskan secara langsung oleh pancaran matahari .Sebaliknya permukaan bumi yang dipanaskan secara langsung terlebih dahulu.Permukaan bumi yang telah panas pula akan memanaskan udara melalui proses pengaliran haba.Oleh itu,udara di bawah yang bersentuhan dengan permukaan bumi menjadi panas terlebih dahulu sedangkan udara di bahagian atas masih lagi sejuk.Pemanasan udara sebenarnya berlaku dari bawah ke atas.Oleh itu,suhu udara bahagian atas/lebih tinggi adalah rendah. Ketumpatan udara berbeza.Udara di bawah lebih panas berbanding dengan udara di atasnya juga disebabkan oleh udara di bawah lebih tumpat berbanding dengan udara di atas.Oleh itu,udara di bawah lebih berupaya menyerap lebih banyak haba berbanding dengan lapisan udara atasnya.Keupayaan udara untuk menyerap haba amat bergantung kepada jumlah kandungan wap airnya,debu dan karbon dioksida di dalamnya yang bertindak sebagai penyerap.Adalah jelas lapisan udara di bawah lebih banyak mengandungi bahan-bahan penyerap haba.Oleh sebab itu,ia lebih cepat panas.Manakala lapisan udara di atas lebih kering,nipis dan bersih atau tidak banyak penyerap menjadikannya lebih sejuk/lambat panas. Kejadian olak suhu dan kesan-kesan kejadian olak suhu Olak suhu ialah keadaan sonsangan suhu daripada keadaan lazimnya. Suhu semakin tinggi apabila ketinggian sesuatu tempat bertambah.Apabila olak suhu/sonsangan suhu berlaku bermakna udara yang lebih sejuk terdapat di sebelah bawah, udara yang panas pula di sebelah atasnya.Olak suhu biasanya berlaku sementara sahaja di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa.Olak suhu terjadi dalam beberapa keadaan: Olak suhu daratan/sonsangan waktu malam,disebabkan kehilangan haba yang cepat dan berlebihan melalui bahangan bumi.Daratan lebih cepat kehilangan haba berbanding laut. Apabila daratan menjadi cukup sejuk,ia akan menyejukkan udara berdekatannya.Oleh itu ,udara di lapisan bawah menjadi lebih sejuk berbanding udara di sebelah atas.Kesonsangan udara ini tidak kekal lama dan hilang pada waktu siang.Keadaan-keadaan yang menggalakkan kejadian sonsangan daratan ialah,waktu malam yang panjang seperti musim sejuk.Ianya baik kerana memberikan masa yang mencukupi untuk bahangan bumi dibebaskan. Kedua,langit yang cerah adalah baik kerana membolehkan kehilangan haba berlaku dengan cepat. Ketiga,udara yang kering pula membantu mengehadkan penyerapan haba semasa matahari memancar. Keempat,udara yang tenang dapat mengurangkan percampuran udara.Selain itu,olak suhu daratan banyak berlaku di kawasan kutub kerana permukaannya yang diselaputi salji, berupaya menjalankan pembalikan cahaya matahari dengan berkesan.

>

>

d) -

>

>

>

>

>

>

Olak suhu iklim tanah tinggi. Di kawasan pergunungan,sonsangan suhu biasanya berlaku di kawasan-kawasan lembah,terutamanya pada musim panas.Pada waktu siang,bahagian lembah menjadi lebih panas daripada kawasan cerun-cerun yang lebih tinggi.Pada waktu malam pula,udara sejuk di cerun-cerun tinggi akan bergerak ke bawah dan menolak udara yang panas di kawasan lembah naik ke atas.Dengan itu,sonsangan suhu pun berlaku.Kesonsangan suhu tidak kekal lama kerana lembah akan kembali panas pada waktu siang. Olak suhu ataman.Sonsangan suhu berlaku di kawasan tekanan udara tinggi. Terjadi akibat ataman udara secara besar-besaran di kawasan tekanan tinggi.Udara yang mengalami ataman ini akan mampat dan suhunya akan naik,tetapi di bawahnya masih terdapat lapisan udara sejuk yang tidak ke mana-mana.Akibatnya,suhu udara di atas lebih panas berbanding dengan suhu udara di bawah.Sonsangan udara ini lebih jelas terjadi di bahagian-bahagian timur sistem antisiklon. Olak suhu perenggan. Berlaku apabila kumpulan udara panas bertemu dengan kumpulan udara sejuk di perenggan udara.Perenggan udara ini biasanya berada di kawasan sederhana dunia.Pertemuan kumpulan udara panas dengan kumpulan udara sejuk menyebabkan kumpulan udara panas yang lebih ringan terangkat ke atas,manakala kumpulan udara sejuk termendap ke bawah.Maka terbentuklah sonsangan suhu. Olak suhu permukaan yang dinamik.Berlaku apabila kumpulan-kumpulan udara bergerak secara mendatar yang menyebabkan udara panas bergerak di atas permukaan udara sejuk,contohnya di kawasan litupan ais.Apabila ini berlaku,satu lapisan tebal udara sejuk akan terbentuk di bawah sedangkan di atasnya adalah udara panas.Sonsangan suhu jenis ini lebih kekal lama dan tersebar lebih luas. Sonsangan suhu angin timuran berlaku dekat pantai kawasan tropika.Kawasan daratan menyerap dan membebaskan haba lebih cepat berbanding dengan laut.Oleh itu,suhu udara daratan lebih tinggi pada musim panas dan lebih rendah pada musim sejuk berbanding suhu udara lautan.Ini menghasilkan sonsangan suhu yang kecil di kawasan daratan pada musim sejuk dan di kawasan lautan pada musim panas.

Soalan 2 a) Maksud imbangan bahangan -Merujuk keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa.Apabila dibandingkan antaran sinaran matahari yang masuk dengan sinaran bumi yang keluar maka wujud imbangan haba.Bahangan matahari masuk ke sistem bumi melalui gelombang pendek pada waktu siang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang panjang. b) Maksud bajet haba. -Bajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi.Sebelum diterima oleh permukaan bumi, bahangan matahari ini melalui pelbagai proses seperti serapan,serakan,balikan oleh pelbagai lapisan dan komponen dalam atmosfera. -Dalam keadaan semula jadi bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang.Namun begitu bajet haba ini boleh menjadi tidak seimbang apabila berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi.

c) Ketidakseimbangan bajet haba disebabkan: >Tebal/nipisnya litupan awan-yang boleh menyekat,menyerak,membalik dan memantulkan semula bahangan matahari. >Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia-bahangan matahari(sinar lembayung) boleh memasuki ruang atmosfera bumi dengan banyak. >Fenomena kesan rumah hijau-kewujudan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang boleh menyerap dan menyimpan haba dan menghalang pembalikan bahangan bumi ke angkasa. >Fenomena jerebu yang boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari kerana komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan bahangan matahari yang dikenali sebagai Serakan Mie. >Albedo bumi.Bergantung kepada permukaan bumi sama ada gelap atau cerah.Gelap menyerap haba manakala cerah membalikkan haba. Soalan 3 a) Takrifan sejatan. - Sejatan ialah proses perubahan fizikal air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air yang berlaku pada permukaan air. b) Lima faktor mempengaruhi sejatan. >Suhu udara atau air. >Tenaga haba. >Tekanan wap. >Tiupan angin. >Kandungan lembapan tanih. >Kawasan sejatan. >Kandungan air. c) Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. >Pertanian. >Perlancongan. >Perdagangan. >Perikanan. >Pengangkutan. >Perindustrian. >Pembalakan. d) Jenis-jenis gangguan atmosfera. >Ribut taufan >Ribut petir >Lekukan Tropika >Gelombang timuran.

Soalan 4 a) Definisi awan. Awan adalah titisan air/hablur ais yang amat halus yang terapung di ruang atmosfera yang wujud akibat proses pemeluwapan pada aras yang tinggi serta mempunyai warna yang berbeza. b) Tiga jenis awan peringkat rendah.

>Awan sratokumulus - berbentuk sfera besar,tersusun tetap,bewarna kelabu,menunjukkan cuaca baik atau cerah >Awan stratus - padat,bewarna kelabu tua,awan seragam yang rendah,kelihatan seperti kabus >Awan nimbostratus - awan tumpat,tebal, tiada bentuk tertentu,bewarna gelap,mempunyai lapisan yang jelas,membawa hujan berterusan c) Dua fenomena cuaca dan iklim yang dipengaruhi oleh awan.

>Banjir-awan tebal menyebabkan hujan lebat dalam jangka masa yang lama. >Kemarau-ketiadaan awan menyebabkan tiada hujan. d) Empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia ialah

-Ketiadaan awan menyebabkan tiada hujan dan menjejaskan aktiviti manusia. >Pertanian-tanaman sperti padi musnah. >Pelancongan-susana panas dan tidak selesa. >Perindustrian-perindustrian berasaskan air terjejas. >Akuakultur >Penternakan Soalan 5 a) Makna Kerpasan Efektif. Merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya.Tidak semua air hujan akan diguna oleh tumbuh-tumbuhan,ada yang mengalir sebagai aliran permukaan,aliran dalam alur serta aliran bawah tanah menuju ke sungai.Aliran-aliran ini tidak dikira sebagai kerpasan efektif. Kerpasan efektif ialah air hujan yang dilarut resapkan ke dalam tanah dan boleh/tersedia untuk digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dan tanaman sahaja. b) Faktor yang menentukan kerpasan efektif.

>Intensiti hujan(kelebatan curahan hujan mengikut masa) .Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya,menjadikan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak.Oleh itu,nilai kerpasan efektif tentulah sedikit dan mungkin tidak mencukupi bagi pembesaran tumbuhtmbuhan dan tanaman seperti di gurun panas. Jika hujan turun lebat dan banyak jumlahnya tanah akan cukup basah dengan air dan nilai kerpasan efektifnya tinggi seperti di kawasan khatulistiwa.Hal ini akan membekalkan air yang cukup kepada pembesaran tanaman dan tumbuhan.Namun begitu,kerpasan efektif ini ada hadnya. Jika curahan hujan terlalu lebat,tanih sudah tepu air maka nilai kerpasan efektif dikatakan mencapai tahap maksima.Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap ke dalam tanah dan mengalir sebagai aliran permukaan dan mungkin mewujudkan banjir. >Tempoh musim hujan.Tempoh curahan hujan/ bilangan hari hujan adalah tidak sekata di sepanjang tahun.Pada musim hujan,(musim tengkujuh) bilangan hari hujan dalam senulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding dengan musim kemarau/musim kering.Oleh itu,dalam tempoh musim hujan/tengkujuh ini,nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi dan tumbuhan dapat membesar dengan sempurna.Hal ini dapat dibuktikan di kawasan monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiap tahun.Sebaliknya di kawasan Khatulistiwa,hujan lebat turun sepanjang tahun,maka nilai kerpasan efektifnya sentiasa tinggi sepanjang tahun. >Faktor kecerunan muka bumi.Di cerun curam,nilai kerpasan efektifnya adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah. Di cerun landai/ kawasan muka bumi yang hampir rata,halaju larian air permukaan adalah perlahan.Ini memberikan peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah,nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi.Di cerun landai,larian air permukaan berlaku setelah semua liang-liang pori tanih dipenuhi air(tepu). >Ciri geologi sesuatu kawasan.Nilai kerpasan efektif juga berbeza bergantung kepada ciriciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan.Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir(kuartza) walaupun banyak meresapkan air,tetapi nilai kerpasan efektifnya rendah. Hal ini kerana air tidak boleh tersimpan lebih lama untuk digunakan tumbuhan,sebaliknya air teresap terus mengalir sebagai aliran air bawah tanah.Begitu juga dengan geologi yang keras dan tidak poros ,tidak mempunyai nilai kerpasan efektif yang tinggi kerana sifatnya yang tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porinya.Nilai kerpasan efektif tinggi di kawasan geologi seperti di kawasan tanah laterit daripada batuan riolit,kawasan tanah alluvium dan tanah lava bes kerana membenarkan air meresap dan menyimpan air tersebut. >Tumbuhan litupan.Ketebalan tumbuhan litupan mempengaruhi nilai kerpasan efektif.Tumbuhan litupan amat membantu kadar susupan air ke dalam tanah.Di hutan berkanopi tebal dan berlapis seperti di hutsn hujan khatulistiwa,titisan air hujan akan turun dengan perlahan akibat proses cegatan silara tumbuhan berkenaan.Titisan hujan yang turun dengan perlahan mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah.Di samping itu,halangan daripada sistem akar yang timbul di permukaan bumi ke atas pergerakan larian air permukaan sekali lagi memberikan peluang kepada air hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah.Justeru itu,nilai kerpasan efektif di kawasan yang gondol atau tiada tumbuhan litupan adalah kecil sahaja. >Faktor suhu.Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan.Di kawasan suhu tinggi/panas,nilai kerpasan efektifnya adalah rendah seperti di kawasan gurun panas.Hal ini kerana kadar sejatan yang begitu cepat tidak memberikan peluang untuk air meresap

masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan cepat dihilangkan melalui sejatan permukaan.Di kawasan suhu sejuk pula.nilai kerpasan efektif munglin tiada kerana semua kerpasan yang turun adalah berbentuk salji dan membeku di permukaan.Cairan salji boleh diresapkan masuk ke dalam tanah apabila tiba musim panas di mana suhunya menjadi tinggi dan akan cair. Soalam 6 a) Perbezaan konsep penipisan lapisan ozon dengan Kesan Rumah Hijau Kesan Rumah Hijau

Penipisan lapisan ozon

Ruang-berlaku di ruangan stratosfera.(50 Ruang-berlaku di ruang atmosfera. km dari permukaan bumi/dikenali sebagai ozonsfera) Punca-akibat serangan CFC dan halon ke atas ikatan 0 Mekanisme-sinaran UV memutuskan ikatan CFC dan atom klorin yang bebas memutuskan pula ikatan oksigen dalam ozoozon menipis,lebihan tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan pemanasan global. b) Punca-akibat pengumpulan karbon dioksida di udara. Mekanisme-karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera,membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi.Haba terperangkap/pulau haba dan pemanasan global.

Sebab-sebab berlakunya kedua-dua fenomena itu

>Perindustrian.Industri yang membebaskan cloroflorokarbon (CFCs) dan halon seperti industri pendingin udara,industri keluaran foam,industri aerosol dan industri kimia . CFCs dan halon dikeluarkan pada peringkat penyelenggaraan,penggunaan,pembuangan dan kebocoran. Industri ini menyebabkan penipisan lapisan ozon apabila CFCs menyerang dan memutuskan ikatan kovalen3 atom oksigen yang ada dalam ozon .Manakala industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakarnya iaitu industri petrokimia yang membebaskan banyak karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara .Pengumpulan bahanbahan ini membentuk satu lapisan penebat yang boleh memerangkap haba matahari yang menyumbang kepada Kesan Rumah Hijau. >Ujian nuklear.Pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua Antartika.Kini,saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah. >Penggunaan kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakarnya khususnya petrol tanpa plumbum telah banyak membebaskan karbon dioksida dan karbon monoksida.Berlaku Kesan Rumah Hijau terutama di bandar-bandar besar. >Penebangan hutan secara berleluasa telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida di udara tidak seimbang.Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah Kesan Rumah Hijau. >Lain-lain seperti kebakaran hutan,pembakaran terbuka,pembakaran di kawasan pelupusan sampah menyebabkan Kesan Rumah Hijau.Penggunaan aerosol dalam semburan racun

serangga,semburan pewangi dan penyemburan cat boleh membebaskan CFCs serta penggunaan alat pencegah kebakaran dalam latihan,pengujian atau semasa kebakaran yang mengeluarkan halon menipiskan ozon. c) Kesan-kesan akibat kedua-dua fenomena tersebut terhadap sistem atmosfera. > Peningkatan suhu secara global(pemanasan global) dan pada skala mikro seperti kawasan bandar,peningkatan suhu setempat mewujudkan fenomena Pulau Haba.Pemanasan global terjadi apabila sebahagian besar bahang matahari boleh menembusi atmosfera bumi tanpa mengalami proses-proses serakan,serapan dan balikan oleh ozon.Manakala Pulau Haba terjadi apabila karbon dioksida memerangkap bahangan bumi di atmosfera menyebabkan ruang bandar menjadi panas relatif dengan kawasan sekitarnya. >Mengurangkan kelembapan udara.Kekeringan sumber air permukaan bumi/kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan.Kadar hujan berkurangan,udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas.Dalam keadaan udara kering jerebu/partikulat-partikulat terampai mudah terbentuk. >Mendorong meningkatkan fenomena El-Nino.Pemanasan global akibat penipisan lapisan ozon dan Kesan Rumah Hijau boleh meningkatkan suhu Lautan Pasifik.Keadaan ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kering bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembap pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan ribut dan banjir.Fenomena ini dinamakan kekacauan atmosfera. Soalan 7 a) Mekanisme kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

>Kesan Rumah Hijau (Green House Effect). Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana dan hidrokarbon-hidrokarbon yang membentuk satu kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang ia bebas keluar. Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Situasi ini meningkatkan suhu sekitar. Bahan pencemar dibebaskan oleh sumber industri, kenderaan, pembakaran secara terbuka (hutan dan lain-lain). >Penipisan lapisan ozon. Berlaku di ruang stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh kloroflorokarbon (CFC) dan halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(CLO). Ikatan konvalen CLO akan putus apabila menerima sinar lembayung( UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain.Proses secara berterusan akan menyebabkan lapisan ozon menipis dan meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi. b) Kesan kedua-dua fenomena di atas ke atas iklim dan manusia.

IKLIM:

>Peningkatan suhu dunia(pemanasan global).Dunia menjadi semakin panas apabila terpaksa menerima bahangan matahari yang berlebihan.Bajet haba bumi menjadi tidak seimbang(input haba melebihi output haba)Pada skala kecil seperti di kawasan bandar berlakunya Pulau Haba. >Mengubah unsur-unsur lain seperti tiupan angin lazim dan hujan. Boleh dikaitkan dengan kesan El-Nino. Apabila arus lautan menjadi panas,tiupan angin akan berubah dan regim hujan juga berubah.Kemarau dan banjir berlaku pada masa dan kawasan yang tidak sepatutnya pada satu-satu tempoh tertentu. >Peningkatan kadar sejatan berbanding kerpasan(imbangan air negatif). Peratus kelembapan udara menjadi rendah dan keadaan udara kering(dry air) akibat suhu semakain panas.Ini memudahkan terbentuknya jerebu. MANUSIA: >Gangguan kesihatan seperti strok haba,penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, dan kehilangan air dalam badan(dehidrasi). >Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik serta empangan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk turut terjejas. >Penyakit cepat merebak seperti taun dan malaria yang berbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut. >Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti aktiviti riadah kerana cuaca terlalu panas. >Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat. c) >Penggunaan gas CFC secara berlebihan. >Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu lalu terurai menjadi atom klorin. >Atom-atom klorin bertindak balas dengan molekul-molekul ozon,menyebabkan molekul ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen. >Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin monoksida. >Pengurangan molekul ozon berlaku. Soalan 8 a) Maksud gas rumah hijau -Gas rumah hijau (green house gases) merujuk gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia ke atmosfera,ia mampu memerangkap bahangan bumi daripada dilepaskan ke angkasa khususnya pada waktu malam.Sifat kumpulan gas ini membenarkan bahangan haba masuk menembusinya. Kesannya bumi menjadi semakin panas.Contoh gas rumah hijau ialaah karbon dioksida,karbon monoksida, kloroflorokarbon(CFC), metana,dan nitrogen oksida. b) Pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global. >Lebih banyak kadar pemerangkapan haba bumi berlaku di ruang atmosfera menghalang pembebasan tenaga daripada bumi.Haba terpaksa berkitar dalam ruang atmosfera,lama kelamaan suhu bumi terus meningkat. >Lapisan ozon semakin nipis melalui tindak balas atom klorin dan bromin.Penipisan/kebocoran lapisan ozon menyebabkan sinar lembayung matahari

menembusi atmosfera bumi dangan banyak.Sistem bumi terpaksa menerima tenaga haba tinggi yang akhirnya boleh meningkatkan suhu dunia. c) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena Kesan Rumah Hijau. >Mengurangkan penggunaan/pembakaran bahan api fosil dalam sektor industri,pengangkutan,domestik dan beralih kepada penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga hidro,tenaga solar, dan biomass.Peralihan kepada penggunaan tenaga pengganti ini menggurangkan kadar pembebasan gas-gas Rumah Hijau ke atmosfera.Dengan itu,kesannya boleh dikurangkan. >Mengurangkan aktiviti penyahutanan atau melaksanakan program penghutanan semula/penghijauan bumi supaya lebihan karbon dioksida dalam atmosfera boleh dikurangkan.Tumbuh-tumbuhan amat penting sebagai penyimpan semula jadi karbon dioksida melalui proses fotosintesis-respirasi.Oleh itu,imbangan karbon dioksida dengan oksigen di atmosfera akan dapat dikekalkan. >Langkah perundangan yang lebih tegas kepada industri-industri yang melepaskan bahan pencemar tanpa kawalan/tidak mengikut piawai yang ditetapkan.Antara langkah yang boleh diambil ialah meningkatkan denda/kompaun,menarik balik lesen operasi sesebuah kilang,menyitar premis dan lain-lain yang boleh dilakukan melalui mahkamah. >Kerjasama antarabangsa.Persefahaman antara negara dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau seperti yang termaktub dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Janerio.Negaranegara utara khususnya Amerika Syarikat tidak seharusnya menyalahkan negara-negara selatan.Sebaliknya,kesan fenomena Rumah Hijau boleh dikurangkan melalui perkongsian teknologi pintar dan perkongsian untuk membaik-pulih alam sekitar global. >Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pengguna seperti menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan CFC/mesra alam,mencegah pembakaran terbuka agar konsentrasi gas-gas Rumah Hijau dalam atmosfera dapat dikurangkan. Soalan 9 a) Maksud El-Nino

-Satu fenomena cuaca luar biasa yang berlaku pada arus lautan.Arus lautan menjadi panas melebihi keadaan biasanya sehingga boleh mengubah pola tiupan angin lazim.Hal ini mengganggu cuaca dunia sehingga menyebabkan sesetengah bahagian di dunia mengalami panas dan kemarau manakala sesetengah bahagian pula mengalami ribut dan banjir.Contoh pada 1997.berlaku El-Nino di kawasan lautan Pasifik Khatulistiwa. -Kejadiannya: >Tumpuan tenaga matahari di Lautan Pasifik(bahagian khatulistiwa) menyebabkan pemanasan permukaan laut secara luar biasa.Arus Lautan Pasifik panas melebihi 5C. >Arus lautan yang panas bergerak ke arah timur telah mengubah pola tiupan angin timuran yang membawa hujan lebat khususnya ke kawasan Asia Tenggara.Suhu tinggi dan tekanan udara menjadi rendah telah melemah,berhenti,dan mengubah pola tiupan angin timuran menyebabkan cuaca di kawasan timur pasifik(Asia Tenggara) menjadi panas. >Berlaku perubahan kepada lapisan termoklin di lautan menyebabkan proses pembuakan di lautan(upwelling) tidak terjadi.Air laut berterusan panas. b)Fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara.

>El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan-udara menjadi kering(dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai(PM10) berada lebih lama dalam udara seterusnya menghasilkan jerebu. >Menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan-partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering.Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu. >El-Nino turut menyebabkan cuaca panas-cenderung berlakunya kebakaran hutan secaara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera,Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun1997.Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM10 yang menghasilkan komponen jerebu. c) Cadangan mengatasi masalah jerebu di bandar industri utama Asia Tenggara. >Langkah perundangan seperti kawalan pembakaran terbuka dan mengawal pelepasan asap daripada kilang dan kenderaan menerusi Akta Kualiti Sekitar 1974 dan enakmenenakmennya. >Kawalan mekanikal seperti menyediakan sistem penapisan asap dan meninggikan cerobong asap kilang. >Penghijauan persekitaran bandar/menanam pokok-pokok peneduh yang boleh berfungsi sebagai penapis dan perangkap bahan pencemar/jerebu. >Mewujudkan hujan tiruan/pembenihan awan untuk menjernihkan udara sekitar dan jerebu atau meningkatkan kelembapan udara dengan pancutan air. >Beralih kepada bahan-bahan bakar yang mesra alam dan tidak terlalu bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti menggunakan tenaga hidroelektrik,tenaga solar,petrol tanpa plumbum dan lain-lain. >Kempen dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada masyarakat pengguna dalam bandar-ke arah udara yang bersih dan berkualiti untuk menjamin hidup yang sihat. Soalan10 A) Maksud pemanasan global.

-Peningkatan suhu dunia yang diakibatkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan ozonketidakseimbangan bajet haba iaitu input haba yang diterima oleh sistem bumi melebihi output dari bumi. b) Penerangan tentang kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global. >Kegiatan perindustrian-membebaskan gas rumah hijau yang berpunca daripada pembebasan gas karbon dioksida,contohnya Revolusi Perindustrian di Eropah sebanyak 4000 000 billion tan karbon dioksida dibebaskan ke atmotsfera,pada masa kini hampir 5.5 billion tan molekul karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap tahun.Gas CFCs yang dibebaskan oleh perindustrian pembuatan peti sejuk dan aerosol, serta gas CO(karbon dioksida) dan N0(nitrus oksida) yang dibebaskan loji tenaga dan bahan bakar dari kilang akan bergabung dengan karbon dioksida yang membentuk bumbung atmosfera buatan manusia dan berfungsi memerangkap haba bumi. >Kegiatan pengangkutan-kenderaan menggunakan bahan api fosil akan membebaskan asap yang mengandungi karbon monoksida seterusnya menyumbang kepada gas rumah hijau. >Kegiatan pembalakan dan penyahutanan-menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara,menjejaskan imbangan gas.

>Kegiatan pembakaran terbuka-seperti pelupusan sampah,pembakaran pertanian,menyebabkan hutan yang terbakar membebaskan karbon dioksida.

sisa

c) Tiga kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal. >Mempercepatkan fenomena penggurunan-luluhawa fizikal dan layangan angin menjadi giat,saiz gurun bertambah. >Pencairan litupan ais benua dan pergunungan tinggi-isi padu laut meningkat-kawasan rendah akan tenggelam. >Menggalakkan kejadian El-Nino-suhu laut cepat naik,tekanan udara rendah menyebabkan tiupan angin timuran berubah,lemah dan berhenti- hujan kurang di Asia Tenggara,cuaca panas. >Menggalakkan kebakaran hutan secara semulajadi-berlakunya jerebu. >Gangguan ke atas kitar hidrologi-sejatan terlalu cepat,simpanan air bawah tanah berkurang,paras mata air dalam tanah menurun dan sistem akuifer kekurangan sumber air. >Gangguan sistem ekologi-pemanasan global mengancam,mengganggu dan merosakkan kitaran ekosistem pelbagai flora dan fauna. d) Hurai tiga langkah mengurangkan masalah pemanasan global. >Mewujudkan kawasan hijau di bandar. >Pengekalan tumbuhan melalui hutan simpan,taman negara,penanaman semula hutan. >Mengurangkan pembakaran hutan dan pembakaran terbuka. >Kempen kesedaran-pendidikan formal dan informal. >Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar. >Memasang penapis asap-merawat asap sebelum dilepaskan ke udara. >Menggunakan tenaga alternatif-mesra alam.

Soalan.. 1. (a) Apakah makna iklim dan cuaca ? (b) Bagaimanakah aktiviti manusia dapat mempengaruhi iklim dan cuaca suatu kawasan? 2. (a)Jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi. (b) Jelaskan Kesan akibat kedua-dua fenomena tersebut terhadap iklim dan manusia (c) Tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi melalui dua cara. (d) Faktor-faktor kuantiti bahang matahari yang diterima oleh permukaan bumi adalah berbeza-beza mengikut ruang dunia/kawasan-kawasan di bahagian dunia. (e) Sebab-sebab terdapatnya perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi. (f) Kadar penerimaan haba permukaan yang berbeza akan menyebabkan jenis dan aktiviti manusia juga berbeza. 3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba? STPM 2006 (b) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba.

4. (a)Nyatakan konsep edaran atmosfera. (b) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera. STPM 1999 (c) Mengapakah taburan suhu secara mendatar tidak sekata di permukaan bumi? (d)Terangkan mengapa suhu semakin berkurang dengan ketinggian ? (e)Terangkan bagaimana olak suhu berlaku ? (f) Apakah kesan olak suhu ? (g)Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi. STPM 1999 5. (a)Nyatakan konsep wap air dan kelembapan Udara (b)Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan mutlak ? (c) Bezakan dengan ringkas definisi proses sejatan dan pemeluwapan. (d)Jenis dan ciri-ciri awan berdasarkan kepada ketinggian (e)Jenis dan asal kejadian kabut. (f)Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan. (g) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan dan sejatpeluhan. 6. (a)Berikan definisi proses pemeluwapan. (b)Nyatakan 3 keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku. (c)Huraikan proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan yang dibahagikan kepada 3 cara.

7. (a)Nyatakan konsep kerpasan. STPM 2006 (b)Buktikan teori pembentukan kerpasan. (c)Huraikan mekanisme kejadian hujan jenis orografik di kawasan tropika lembap. (d)Huraikan mekanisme kejadian hujan perolakan di kawasan iklim khatulistiwa. 8. (a)Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global? (b)Jelaskan secara ringkas kandungan atmosfera

9. (a)Nyatakan konsep tekanan udara. (b)Jelaskan daya-daya yang mempengaruhi tiupan angin. (c)Jelaskan perbezaan siklon tropika dengan siklon sederhana dunia. 10. (a)Berikan maksud El-Nino dan La-Nino (b)Bagaimana fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di Negara-negara Asia Tenggara. Jawapan.. 1.(a)Iklim ialah unsur purata sesuatu fenomena cuaca seperti suhu dan hujan, iaitu suatu keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut hari dalam suatu jangka masa yang panjang. Taburannya dikatakan lebih meluas merangkumi skala dunia (pola iklim dunia) dan selalunya digunakan bagi merujuk ciri-ciri iklim di sesebuah negara manakala Cuaca umumnya lebih bersifat mikro dan tempatan. Ianya digambarkan melalui keadaan atmosfera pada waktuwaktu tertentu dalam suatu jangka masa yang singkat. Oleh itu, cuaca merupakan suatu perkara yang dinamik dan kadang kala sukar diramal. Bagi suatu kawasan yang kecil umpamanya satu daerah atau bandar, mungkin terdapat perbezaan cuaca yang ketara bagi satu-satu masa.

(b) Aktiviti perindustrian pelepaan gas rumah hijau menyebabkan suhu semakin meningkat. Aktiviti perbandaran asap kenderaan meningkat kandungan gas CO2 meningkat. Keadaan ini meningkatkan suhu. Penggunaan gas CFC di dalam alat penghawa dingin dan peti sejuk. Pembakaran kawasan ladang menyebabkan suhu sekitar menjadi panas. Aktiviti pembalakan menyebabkan perubahan iklim mikro. 2. (a)-Tenaga haba rasa apabila tenaga ini terkena pada sesuatu permukaan, maka permukaan tersebut beransur panas. -Tenaga haba pendam tenaga yang terkandung dalam jirim sehingga ia dibebaskan. -Tenaga potensi tenaga keupayaan yang dimiliki oleh sesuatu jirim. -Tenaga kinetik - tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jirim dari atas ke bawah. (b) >kesan terhadap iklim -Peningkatan suhu dunia (pemanasan global). Dunia menjadi semakin panas apabila terpaksa menerima bahangan matahari yang berlebihan. Bajet haba bumi menjadi tidak

seimbang (input haba melebihi output haba). Pada skala kecil seperti di kawasan Bandar berlakunya Pulau Haba Bandar. -Mengubah unsur-unsur yang lain seperti sistem tiupan angina lazim dan hujan. Boleh dikaitkan dengan kesan El-Nino. Apabila arus lautan menjadi panas, tiupan angin akan berubah dan rejim hujan juga akan berubah. Kemarau dan banjir berlaku pada masa dan kawasan yang tidak sepatutnya pada satu-satu tempoh tertentu -Peningkatan kadar sejatan berbanding kerpasan (imbangan air negatif). Peratus kelembapan udara menjadi rendah dan keadaan udara kering (dry air) akibat suhu semakin panas. Ini memudahkan terbentuknya jerebu. >kesan terhadap manusia -Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas. -Menjejaskan bekalanair kepada penduduk. Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai, tasik, dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga akan terjejas -Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut. -Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti aktiviti riadah kerana keadaan cuaca yang panas. -Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat. (c)-permindahan tenaga haba melalui bahangan Bahangan matahari akan melalui pelbagai peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai medium. Bahangan tersebut akan ditapis, diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partilel-partikel dalam udara. -permindahan tenaga haba melalui gelombang electromagnet dan cahaya. Gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek. (d)-ketebalan lapisan ozon yang melindungi bumi adalah tidak sama antara satu sama lain. Kawasan ozon tebal menyebabkan jumlah bahang matahari yang diterima oleh bumi adalah sedikit berbanding dengan kawasan ozon nipis/lapisan ozon yang bocor. -ketebalan lapisan atmosfera lapisan awan. Seperti ozon, lapisan atmosfera khususnya litupan awan juga mempunyai ketebalan yang berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Kawasa gurun panas, misalnya litupan awannya nipis berbanding di kawasan kutub. Oleh itu, kawasan gurun menerima bahangan matahari yang tinggi. -Kecondongan pancaran matahari/sudut pancaran matahari. Kawasan khatulistiwa menerima banyak bahangan matahari kerana ia menerima pancaran matahari dalam keadaan bersudut tepat berbanding dengan kawasan hemisfera utara dan hemisfera selatan. Selain itu, jarak matahari dengan bumi di kawasan khatulistiwa juga adalah lebih dekat berbanding kedua-dua dengan kawasan hemisfera. -Perbezaan permukaan bumi/topografi. Antaranya dari segi warna, jenis dan ketebalan litupan tumbuhan, jenis permukaan seperti daratan atau air dan lain-lain. Perbezaan permukaan ini akan mempengaruhi nilai Albedo. Contohnya kawasan bersalji menerina sedikit sahaja bahangan matahari kerana sifat permukaannya yang cerah/putih lebih

banyak membalikkan haba berbanding dengan permukaan yang gelap seperti permukaan bertar, bangunan serta litupan tumbuhan yang lebih banyak menyerap haba.Begitu juga dengan kawasan daratan/benua lebih banyak menerima/menyimpan bahangan matahari berbanding dengan kawasan laut. (e) Ciri-ciri permukaan bumi yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain akan menghasilkan kadar penyerapan yang berbeza. Perbezaan ini disebabkan oleh faktor-faktor: -warna permukaan yang berbeza (pengaruh Albedo) permukaan berwarna gelap seperti hutan dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding dengan permukaan yang cerah seperti salji. -Tekstur tekstur yang kasar dan kasap seperti permukaan tar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba berbanding tekstur permukaan yang licin dan rata. -Struktur permukaan permukaan bumi/struktur geologi yang berada dalam keadaan mendatar (horinzontal) lebih banyak menyerap haba berbanding dengan struktur permukaan yang menegak (vertical). Ini berkaitan dengan keluasan permukaan yang boleh menyerap haba. -Kandungan mineral mineralogi batuan yang cerah seperti kuartza, silika, dan mika lebih banyak membalikkan haba berbanding dengan mineral batuan seperti andersit dan riolit (warna gelap). -Aspek berkait dengan permukaan cerun yang menghadap atau membelakangi matahari. Cerun yang menghadap matahari pastinya terdedah lebih lama kepada bahangan solar yang menyebabkan lebih banyak menyerap haba. (f)- Aktiviti pertanian dan penternakan di kawasan yang menerima haba yang lebih banyak (suhu tinggi), tanaman seperti gandum, barli, tamar, ditanam di samping ternakan seperti unta. Berbanding dengan kawasan kurang haba (suhu sejuk), buah-buahan sitrus pula ditanam. Kawasan yang panas dan lembap ditanam pula khatulistiwa dan tropika lembap ditanam pula dengan tanaman padi sawah, getah, kelapa sawit dan sebagainya. -Pelancongan kawasan haba yang tinggi seperti khatulistiwa, aktiviti seperti berjemur di tepi pantai menjadi satu tarikan berbanding kawasan bersalji, aktiviti permainan ski menjadi tarikan utama. Kawasan pelancongan di tanah tinggi adalah lebih popular kerana suhunya yang lebih sejuk berbanding dengan kawasan tanah pamah. -Kegiatan ekonomi primitif mengutip buah-buahan dan berbulu-masyarakat bushmen di kawasan gurun di Afrika mempunyai kaedah pemburuan dan jenis binatang buruanyang berbeza dengan masyarakat Eskimo di Kutub Utara. Ini kerana pengaruh cuaca/suhu setempat akan menentukan ciri-ciri persekitaran yang berbeza. -Perikanan terjejas akibat cuaca panas/haba tinggi seperti tempoh El-nino atau akibat suhu sejuk/beku.Di kawasan yang mengalami 4 musim, aktiviti perikanan pada musin sejuk tergendala akibat permukaan lautan dilaputi ais. -Pembalakan di kawasan hawa sederhana,aktiviti pembalakan dijalankan pada musim sejuk. Ini kerana pada musim panas, sungai mula mencair dan mengangkut bersama kayukayu balak yang ditebang ke kawasan kilang yang terletak berhampiran sungai. 3.(a) Maksud bajet haba adalah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi.Semula jadinya,bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang. Namun,bajet haba boleh menjadi tidak seimbang

apabila berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi. Menurut Barry dan Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari itu digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera bumi akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang akan diserap, diserak dan dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Bukan kesemua sinaran bumi akan terlepas ke angkasa ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari. Ada yang akan diserap, diserak dan dibalikkan semula ke bumi. Apabila dibandingkan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaranbumi yang keluar maka wujudlah bajet haba.Bajet haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa. (b) Ketidakseimbangan bajet haba boleh berpunca akibat tebal atau nipisnya litupan awan di sesuatu kawasan. Ini kerana awan boleh menyekat, menyerak, membalik dan memantul semula bahangan matahari. Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia. Lapisan ozon akan membantu menghalang kemasukan sinaran ultra ungu (sinar lembayung) ke permukaan bumi. Kemasukan sinar ulta ungu akan turut meningkatkan suhu atmosfera bumi. Fenomena kesan rumah hijau juga akan menyebabkan ketidakseimbangan bajet haba. Gasgas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang boleh menyerap dan menyimpan haba dan juga menghalang pembalikan bahangan bumi ke angkasa. Fenomena jerebu pula boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari kerana komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan bahangan matahari. Partikel-partikel terampai akan menyerakkan bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan jarak gelombang bahangan suria. Jika partikel lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang akan menyebabkan serakan Rayleigh. Sekiranya saiz partikel sama besar dengan jarak gelombang akan menyebabkan serakan Mie.Serakan ini banyak dilakukan oleh partikulat di dalam jerebu seperti debu, habuk terampai dan lain-lain bahan pencemar udara. Misalnya kes jerebu yang melanda negara pada tahun 1997 pernah menyebabkan langit di Kuala Lumpur berwarna kekuningan pada waktu tengah hari. Manakala letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina yang memuntahkan debu hingga beberapa kilometer tinginya telah menyebabkan serakan mie sehingga langit sekitarnya berwarna kemerahan. Albedo bumi adalah pembalikan sinaran suria oleh permukaan bumi yang bergantung kepada gelap atau cerah permukan bumi. Permukaan bumi yang lebih gelap akan menyerap haba yang lebih banyak manakala permukaan bumi yang cerah seperti kawasan litupan salji akan membalikkan sinaran suria dengan lebih banyak.Sebahagian daripada sinaran matahari akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung. Oleh itu, albedo sebenarnya ialah nisbah antara cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi. Nilai albedo berbeza-beza antara tempat-tempat yang berlainan bergantung kepada sifat-sifat permukaan bumi tersebut.

4.(a) Konsep edaran umum atmosfera adalah proses pergerakan udara di atmosfera bumi untuk mengimbangkan perbezaan tekanan udara. (b) Pergerakan udara bermula dengan perbezaan suhu di antara dua tempat yang berbeza di permukaan bumi. Kawasan yang lebih panas akan menjadikan udara lebih kurang tumpat

dan bergerak ke atas. Keadaan ini akan menjadikan kawasan tersebut mengalami tekanan rendah berbanding dengan kawasan lain. Perbezaan tekanan udara ini akan menyebabkan penyerbuan udara dari kawasan lain yang bertekanan tinggi. Pergerakan udara inilah yang menjadi asas kepada edaran umum atmosfera.Kawasan garis lintang rendah di permukaan bumi yang menerima pancaran matahari yang lebih banyak akan meningkatkan suhu udara berbanding kawasan garis lintang tinggi. Dengan ini kawasan garis lintang rendah seperti kawasan tropika akan mengalami tekanan udara rendah yang dikenali sebagai doldrum. Udara dari kawasan garis lintang tinggi seperti di kawasan sederhana dan kutub akan bergerak keluar menuju ke kawasan tropika. (c)- Litupan awan. Kawasan tropika lembap banyak awan menyebabkan suhu lebih rendah. Kawasan gurun mempunyai sedikit awan menyebabkan suhu lebih tinggi. - Kebenuaan. Kawasan yang jauh dari pinggir pantai akan mengalami suhu yang tinggi pada musim panas dan suhu yang lebih rendah pada musim sejuk berbanding pinggir pantai. - Pengaruh arus laut. Pantai yang dilanggar arus laut panas, suhunya lebih tinggi berbanding pantai yang dilanggar arus laut sejuk. Arus laut akan menyederhanakan suhu iaitu rendah pada musim panas dan tinggi pada musim sejuk. - Warna tanah. Tanah gelap suhunya lebih tinggi kerana menyerap tenaga suria berbanding tanah cerah. Warna tanah yang cerah, suhunya lebih rendah kerana albedo lebih tinggi. - Aspek cerun. Suhu agak tinggi pada cerun bukit atau gunung yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang terlindung. - Nilai albedo. Permukaan bumi yang berbeza-beza dari segi gelap atau cerah dan sudut pancaran matahari turut mempengaruhi suhu permukaan bumi. Permukaan cerah nilai albedotinggi berbanding permukaan gelap. (d) Suhu berkurangan mengikut ketinggian kerana :- pengaliran haba dr permukaan bumi yang memanaskan udara. - kandungan wap air, debu, karbon dioksida semakin kurang apabila semakin ke atas. - ketumpatan udara semakin berkurangan apabila ke atas. (e)- udara bawah disejukkan oleh permukaan salji di kawasan garis lintang tengah & tinggi. - udara sejuk yang menuruni cerun gunung ke dalam lembah. - udara panas dan udara sejuk bertemu di suatu perenggan menyebabkan udara panas naik ke atas udara sejuk. - udara panas dari daratan pada musim panas bertiup ke permukaan lautan yang lebih sejuk pada musim panas dan udara panas dari lautan yang bertiup ke daratan yang lebih sejuk pada musim sejuk. (f)- kabus berkumpul di lapisan bawah. Keadaan ini mengurangkan jarak penglihatan bagi pemandu kenderaan dan berbahaya pergerakan kapal di lautan. - kejadian fros merosakkan tanaman. (g)Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi ialah - Bentuk muka bumi ketinggian, laut dan tasik

- Litupan permukaan bumi tumbuhan, bangunan, awan dan salji - Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan yang berbeza-beza suhu berbeza-beza. - Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza - Kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza - Jangka masa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang - Aspek cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung - Angin-angin sejuk seperti mistral merendahkan suhu, angin panas seperti Chinook dan Fohn meningkatkan suhu - Arus lautan pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu 5.(a) Maksud konsep wap air merujuk kepada indeks yang menerangkan keadaan kelembapan atmosfera manakala kelembapan udara pula merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara pada masa-masa tertentu. (b)Kelembapan mutlak bermaksud jumlah jisim wap air yang terkandung dalam 1 meter padu udara pada sesuatu suhu tertentu. Unit pengukurannya ialah gram per meter padu (g/m3). Kelembapan mutlak boleh dikira menggunakan rumus di bawah : Kelembapan mutlak = Berat jisim wap air (gram) Isipadu udara (m3) (c) Bezakan dengan ringkas definisi proses sejatan dan pemeluwapan. Sejatan merupakan proses pertukaran air dalam bentuk cecair kepada bentuk wap manakala pemeluwapan adalah proses pertukaran wap air dalam bentuk wap atau gas kepada air dalam bentuk cecair. Proses sejatan berlaku apabila suhu air ditingkatkan daripada suhu persekitaran manakala proses pemeluwapan berlaku apabila suhu wap air dikurangkan sehingga menghampiri takat suhu mengembun iaitu keadaan suhu udara mempunyai kelembapan bandingan 100% dengan kandungan wap air tidak berubah. Semasa berlakunya proses sejatan, haba pendam akan diserap manakala haba pendam akan dibebaskan semasa proses pemeluwapan. Contoh proses sejatan ialah semasa air dipanaskan sehingga mengeluarkan wap manakala contoh pemeluwapan semasa titis air terbentuk di luar bekas yang mengandungi ais. (d) Jenis dan ciri-ciri awan berdasarkan kepada ketinggian (a) Sitrus 1. Awan tinggi (6100 hingg 1200m) Awan ini berbentuk tipis, lembut dan berumbai-umbai. Awan ini lazimnya membentuk jalur-jalur di langit. Awan sirus kelihatan seperti ekor kuda. Awan ini menunjukkan cuaca agak cerah dan mewujudkan suasana waktu senja yang sungguh indah. Awan ini membentuk kepingan awan nipis yang menyebulungi langit. Awan ini kelihatan seperti tirai. Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau berderet-deret. 2. Awan pertengahan (1200 hingga 6100m) Awan ini berwarna kelabu atau kebiru-biruan dan berbentuk seperti

(b) Sirostratus (c) Sirokumulus (a) Altostratus

(b) Altokumulus

(a) Stratokumulus (b) Stratus

(c) Nimbostratus

(a) Kumulus

(b)kumulonimbus

sirostratus tebal. Awan ini lebih padat, berjurai-jurai atau calarcalar. Pancaran matahari yang bersinar melaluinya kelihatan kelamkelam sahaja. Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang yang bertompoktompok, tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun rapat seolaholah gelombang di langit biru. 3. Awan rendah (0 hingga 1200m) Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang tersusun. Gelombang-gelombangnya lebih besar daripada awan altokumulus. Awan ini sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan bumi. Keadaannya tebal dan berwarna kelabu. Oleh itu, awan ini kelihatan seperti kabus di tanah tinggi. Awan ini menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai dengan gerimis. Awan stratus mengaburkan penglihatan dan amat berbahaya kepada kapal terbang. Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal. Awan ini gelap, mempunyai lapisan-lapisan yang jelas. Awan nimbostratus dikenali juga sebagai awan hujan. Awan ini membawa hujan, salji atau hujan beku. 4. Awan tegak (had dasar 180m) Awan ini tinggi menegak. Awan kumulus mempunyai dasar yang rata dan bentuknya seperti kubis bunga serta tebal. Awan ini biasanya terdapat di kawasan-kawasan tropika yang lembap. Awan ini menunjukkan cuaca yang baik. Awan ini juga mempunyai dasar yang rata tetapi mempunyai sifat berkembang secara menegak dan kelihatan seperti gunung. Dasarnya lebar antara 300m hingga 12000m. Awan ini biasanya dapat dilihat pada waktu petang di kawasan-kawasan tropika. Awan kumulonimbus dikenali juga sebagai awan rebut dan membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan petir.

(e) Jenis dan asal kejadian kabut. Jenis kabut (a) Kabut alir lintang (b) Kabut sinaran (c) Kabut perenggan (d) Kabut wap (e) Kabut bukit Asal kejadian Dibentuk oleh pengaliran udara panas di atas permukaan bumi yang sejuk. Dibentuk pada lewat malam dan di awal pagi apabila suhu permukaan bumi menjadi sejuk akibat kehilangan haba sinaran bumi ke angkasa lepas. Dibentuk apabila sesuatu jisim udara panas bertemu dengan jisim udara sejuk. Dibentuk apabila jisim udara sejuk mengalir di atas permukaan bumi yang panas. Dibentuk apabila angina meniupkan awan stratus kepuncak bukit. Juga dibentuk oleh pemeluwapan wap sejatan dan perpeluhan dari permukaan bukit.

(f) Suhu- kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air. Air yang bersuhu tinggi lebih cepat tersejat berbanding air sejuk kerana apabila suhu meningkat tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Tekanan wap- tekanan wap tepu di permukaan air yang tinggi berbanding tekanan wap udara disekelilingnya menyebabkan sejatan meningkat. Angin-berupaya menukar udara lembap dipermukaan air menjadi kering. Keadaan udara yang kering mempercepatkan proses sejatan. Kemasinan air- Proses sejatan berkadar dengan kemasinan air. Air laut kadar sejatan lebih perlahan berbanding air tawar. Kelembapan bandingan- Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah tinggi berbanding dengan wap air di permukaan air. Luas permukaan air- semkin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan. Contohnya kadar sejatan di tasik lebih tinggi berbanding di sungai. (g) Iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar sejatan. Ciri iklim yang dimaksudkan ialah suhu, kelajuan angin dan keadaan yang berawan. Hari berawan bermakna jumlah penerimaan cahaya matahari yang kurang menyebabkan suhu menjadi rendah. Di Malaysia umpamanya, rekod sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Tiupan angin yang kuat juga akan mempercepatkan proses sejatan. Bagi angin kering, permukaan air yang terdedah lebih mudah terpeluwap. Keadaan ini lebih mudah berlaku jika kawasan permukaan air luas, terdedah serta tiada halangan. Dalam proses sejat peluhan, faktor kelajuan angin yang membawa suhupanas ke kawasan lembap boleh mengurangkan kelembapan tanih. Kajian yang dijalankan mendapati kelajuan angin pada kadar lapan kilometer sejam boleh meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 20 peratus manakala kelajuan angin 24 kilometer sejam pula meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 50 peratus. Fisiografi tumbuhan juga mempengaruhi kadar sejat peluhan. Akar pokok yang menjalar sehingga ke zon mata air lebih banyak menyumbang kepada lembapan air pada pokok yang akhirnya digunakan bagi proses perpeluhan. Oleh itu, pokok yang hidup di kawasan berpaya, berdaun lebar dan berstruktur tinggi lebih mudah mengalami perpeluhan apabila terdedah kepada unsur iklim. Pokok yang lebih matang selalunya lebih banyak mengalami perpeluhan Ciri permukaan tanih juga memberi kesan kepada sejatpeluhan. Kajian terdahulu mendapati hutan korniferus dan alfalfa memantul kira-kira 25 peratus tenaga solar menyebabkan ia berupaya menyimpan tenaga yang banyak bagi menggalakkan perpeluhan. Secara kontra di kawasan gurun, hanya memantul 50 peratus tenaga solar bergantung kepada kepadatan tumbuhan. Seperti juga proses sejatan, tren musiman bagi sejatpeluhan adalah turut dipengaruhi unsur iklim. Selain kelajuan angin, suhu dan tenaga solar juga turut menggalakkan proses sejat peluhan. Di negara bermusim, sejatpeluhan minimum lazimnya berlaku semasa musim sejuk, iaitu pada musim luruh dan musim sejuk manakala sejatpeluhan maksimum berlaku pada musim panas dan bunga. Ketinggian, secara umumnya semakin tinggi sesuatu tempat itu, suhunya semakin menurun. Suhu yang rendah menyebabkan kadar sejatan adalah lebih kecil. Jika diperhatikan kepada tren sejatpeluhan di Malaysia, didapati kadar sejatan adalah lebih rendah antara 1.0 dan 2.5 mm sehari telah dicatatkan di kawasan-kawasan tanah tinggi barat laut Pahang dan

tenggara Perak, sebahagian dari timur laut Kelantan serta sebahagian pertengahan pantai Sarawak. 6.(a) Definisi proses pemeluwapan sebagai perubahan wap air kepada cecair. Berlaku apabila suhu dalam jisim udara tersebut menurun sehingga ke takat embun(0 celcius). Penurunan suhu ini akibat kadar tukaran adiabatik (semakin tinggi jisim udara naik maka suhu dalamnya semakin menurun). (b)-Kandungan wap air yang cukup dalam atmosfera penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan atau kelembapan bandingannya 100%. Jika wap-wap air tidak cukup udara tidak akan menjadi tepu dan proses pemeluwapan tidak boleh berlaku. -Takat embun kejatuhan suhu sehingga 0 celsius. -Nukleus pemeluwapan berfungsi mempercepatkan proses percantuman wap air dalam udara. (c) Penyejukan air Lintang Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus yang rendah. Penyejukan Sinaran Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang teranf dan udara yang tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas kesannya jisim udara disejukan menghasilkan embun dan kabus sinaran. Penyejukan adiabatik semakin tinggi jisim semakin naik suhu di dalannya semakin menurun membentuk awan jenis kumulonimbus yang tebal. 7. (a) Kerpasan bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk seperti pepejal (salji, hujan batu dan hujan beku) dan cecair (hujan dan embun). Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam intensiti yang berbeza. Pembentukan kerpasan apabila awan yang menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang semakin bertambah. Keadaan ini dinamakan sebagai lampau-tepu. (b)Teori Bergeron Findeisen- kelembapan udara tinggi di atas permukaan ais berbanding permukaan air. -wap-wap air akan tersejat dan berubah terus kepada bentuk ais dalam proses pejalwapan. -hablur ais akan menarik titisan-titisan air ke dalamnya dan mengembang sehingga awan tidak mampu lagi mengampainya beratnya dan jatuh keluar dari awan sebagai hujan. Teori Pelanggaran-titisan air yang jatuh di dalam sesuatu awan mempunyai halaju terminal yang berlainan yang berkadar dengan garis pusat titisan-titisan tersebut. -Oleh itu,titisan-titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih pesat dan akan menangkap(menyerap) titisan-titisan lebih kecil yang jatuh lebih perlahan ke dalan ekornya(Tangkapan Ekor) -Titisan-titisan itu kemudian melekat kepada titisan besar itu dan seterusnya menjadikannya lebih besar. Seterusnya titisan besar tersebut akan jatuh dengan lebih pesat. Kemudian titisan juga berupaya menyerap lebih banyak titisan kecil yang lain ke dalan ekornya.

-Titisan-titisan air yang lebih halus yang berada di arah hadapan titisan besar tersebut juga dapat di serap melalui Tangkapan Langsung(serapan langsung). (c) Mekanisme kejadian hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang lembap yang dipaksa naik ke atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim udara yang tidak stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan kumulus. Awan kumulus kemudian akan bertukar menjadi awan kumulonimbus apabila mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan yang lebat terhadap cerun hadap angin. Kawasan lindungan hujan kurang menerima hujan kerana kebanyakan hujan telah turun di cerun hadap angin. (d) Mekanisme kejadian hujan perolakan ialah apabila kepanasan yang tidak sama dipermukaan bumi. Semasa hari panas, udara yang hampir dengan permukaan bumi akan turut di panaskan lalu mengembang dan seterusnya bergerak ke atas. Apabila bungkusan udara (air parcell) yang naik mencecah ketinggian yang tertentu, maka suhu di dalam nya akan turun mengikut kadar tukaran adiabatik sehingga ke tahap embun (0 celcius). Di peringkat ini berlakulah kondensasi yang melepaskan haba pendam (latent heat) 539 cal/g , kondensasi yang berterusan akan membetuk awan dan apabila mencapai tahap tepu hujan akan dilepaskan oleh awan berkenaan. 8.(a) Edaran umum atmosfera secara global adalah pergerakan udara di permukaan bumi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Di kawasan sejuk, tekanan udara adalah tinggi seperti di kawasan kutub atau kawasan garis lintang tinggi. Di kawasan panas, tekanan udara adalah rendah seperti kawasan tropika. Udara akan bergerak dari pusat tekanan tinggi ke pusat tekanan rendah. Namun begitu edaran umum atmosfera bukanlah sebegitu mudah kerana pergerakan udara ini akan dipengaruhi pula daya koriolis iaitu daya yang memesongkan arah angin akibat putaran bumi. (b) Kandungan atmosfera ialah gas-gas tetap (seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen), gas-gas inaktif (seperti argon, neon, kripton dan helium), wap air, debu dan bakteria. 9.(a)Tekanan udara ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb). (b) Daya Cerun Tekanan daya utama yang mempengaruhi pergerakan angin. Hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah. Mempunyai dua komponen iaitu menegak dan mendatar. Komponen menegak mempunyai nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambahnya ketinggian dari permukaan bumi. Manakala komponen mendatar pula berbeza mengikut taburan tenaga suria di atas permukaan bumi khususnya taburan tenaga mengikut garis lintang. Daya Koriolis daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya sehingga Berjaya memesongkan arah tiupan angin dunia. Di atas permukaaan bumi, arah tindakan daya koriolis dinyatakan dengan jelasnya di dalam Hukum Ferrel. Daya Geseran wujud berhampiran permukaan bumi, iaitu dari muka bumihingga ke paras 500 meter. Daya ini juga mempengaruhi arah dan halaju angin serta sentiasa bertindak di arah bertentangan dengan arah daya cerun tekanan.

Daya Putaran Memusat amat mempengaruhi pergerakan angin secara putaran dan kencang seperti angin putting beliung, ribut taufan, dan juga pelbagai jenis siklon. Daya ini wujud akibat pergeseran angin dengan permukaan bumi dan ia bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah tiupan angin. (C) Siklon Tropika Siklon sederhana dunia

1. perbezaan kawasan jadian -siklon tropika terbentuk antara garis lintang -siklon sederhana dunia pula terbentuk 8 darjah hingga 35 darjah utara dan selatan antara garis lintang 35 darjah hingga 65 khatulistiwa. darjah utara dan selatan khatulistiwa. -kebanyakannya terbentuk di laut. -banyak terjadi di daratan 2. perbezaan kekuatan dan bentuknya -tiupan siklon lebih kuat kerana kecerunan tekanan udara tinggi dengan udara rendah adalah lebih besar berbasar.-garisan-garisan setekanan (isobar) berbentuk bulat. -berbentuk bujur. Diameter panjang Diameter lebih pendek kira-kira 80-400km. melebihi 2000km.-liputan kawasn siklon sederhana dunia luas 3.perbezaan cara pergerakan menaik jisim udara -jisim udara naik apabila ia menjadi kurang -jisim udara naik melalui proses pertemuan stabil akibat dipanaskan.jisim udara ini kumpulan udara sejuk dgn kumpulan udara lembap dan semasa naik,proses panas dlm atmosfera. Apabila kedua-dua pemeluwapan akan membebaskan haba kmpln udara ini bertemu akn membentuk pendam yang ada dalam jisim udara satu sempadan iaitu perenggan panas dan tersebut,lantas memanas,dan meringankan perenggan sejuk. Apabila kedua-dua lagi jisim udara naik lebih tinggi. Jisim perenggan ini bertemu udara ini naik sambil berpusar dgn laju di Semula ia akan membentuk satu lagi sekeliling pusat siklon tersebut. perenggan yg dikenali sebagai temu perenggan. 4.perbezaan arah pergerakan -bergerak dari timur ke barat,dipengaruhi -bergerak dari barat ke timur dan oleh angina timuran. Kemudian angina ini dipengaruhi oleh angin barat berbelok ke kutub. 5.perbezaan daripada segi taburan suhu -hampir sama di semua kawasan kerana -taburan suhu berbeza-beza kerana kumpulan-kumpulan udara yang bertemu di bergantung kpd perbezaan suhu kumpulan situ mempunyai suhu yang hamper sama udara panas dan kumpulan udara sejuk yang shj. bertemu. 6.perbezaan dari segi masa pembentukan -terbentuk pada musim panas dan musim -terbentuk pada musim dingin luruh iaitu antara bulan Jun hingga November di Hemisfera Utara dan bulan Januari hingga April di Hemisfera Selatan.

10.(a) - El-Nino merupakan satu fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan perubahan arus pemukaan laut iaitu di Lautan Pasifik bertukar arah ke timur menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Keadaan ini menyebabkan tiupan angin baratan lebih laju berbanding angin lazim timuran. Aras air laut lebih tinggi di perairan pantai barat Amerika Selatan. Aras air laut yang tinggi menghalang proses upwelling air dari dasar laut. Manakala maksud La-Nino ialah merujuk kepada banjir. (b) El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan udara menjadi kering (dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai (PM 10) berada lebih lama dalam udara yang menghasilkan jerebu. El-Nino menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu. El-Nino menyebabkan cuaca panas cenderung untuk berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun 1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM 10 yang menghasilkan komponen jerebu.

11. a)Jelaskan konsep kesan rumah hijau dan fenomena penipisan lapisan ozon. (b)Bezakan fenomena penipisan lapisan ozon dan kesan rumah hijau. (c)Huraikan mekanisme kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. (d)Kesan lebihan bahangan matahari akibat penipisan lapisan ozon terhadap manusia. 12.(a)Nyatakan konsep pencemaran udara dan jerebu. (b)Jelaskan kesan-kesan pencemaran udara dan jerebu. (c)Cadangan untuk mengatasi masalah jerebu di bandar-bandar perindustrian utama di Asia Tenggara 13.(a) Nyatakan Konsep Mikro iklim Bandar (Pulau Haba Bandar) (b)Jelaskan mengapa berlaku keadaan suhu kawasan bandar lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya STPM 2002 (c)Huraikan pengaruh iklim mikro bandar terhadap alam sekitar fizikal. STPM 2002 (d) Mengapakah wujudnya ciri-ciri iklim mikro bandar. (e). Huraikan langkah-langkah bagi mengurangkan fenomena iklim mikro bandar. 14. (a) Nyatakan maksud Pulau Haba. (b)Berikan ciri-ciri Pulau haba.

15.(a)Nyatakan maksud hujan asid. (b).Jelaskan punca-punca yang menggalakkan Fenomena Hujan Asid. (c)Jelaskan kesan Fenomena Hujan Asid ke atas Persekitaran Fizikal dan Manusia. Jawapan.. 11.(a) Konsep kesan rumah hijau merujuk kepada pemerangkapan bahangan matahari oleh lapisan selimut karbon dioksida yang terbentuk di ruang atmosfera manakala lapisan ozon terdiri daripada kandungan molekul ozon (gabungan tiga atom oksigen). Aktiviti manusia khusunya pembebasan gas kloroflorokarbon (CFC) bertindak secara kimia memecahkan molekul ozon membentuk molekul oksigen. Lama-kelamaan molekul ozon berkurangan sehingga memusnahkannya dan membentuk lubang-lubang ozon yang dikatakan berlakunya fenomena penipisan lapisan ozon. (b) Penipisan lapisan ozon Ruang berlaku di ruang stratosfera Punca- akibat serangan CFCs dan halon ke atas ikatan oksigen O3 Mekanisme sinaran UV memutuskan ikatan CFCs dan atom klorin yang bebas memutuskan pula ikatan oksigen dalam ozon-ozon menipis, lebihan tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan pemanasan global Kesan rumah hijau Ruang-berlaku di ruang atmosfera Punca- akibat pengumpulan karbon dioksida di udara Mekanisme karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera, membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi. Haba terperangkap/pulau haba dan pemanasan global

(c) kesan rumah hijau Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana, dan hidrokarbon-hidrokarbon yang lain membentuk satu kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang pembebasan keluar. Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Ini akan meningkatkan suhu sekitar. Bahan-Bahan pencemar dibebaskan oleh sumber industri, kenderaan, pembakaran, secara terbuka (hutan dan lain-lain). - penipisan lapisan ozon Berlaku diruang stratosfera menyebabkan kemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh kloroflorokarbon (CFC) dan halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida (CLO). Ikatan kovalen CLO akan putus apabila menerima sinar lembayung (UV) yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses yang berterusan akan menyebabkan lapisan ozon semakin menipis dan seterusnya meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

(d)

-kesan kepada kulit-menjadi gelap dan terbakar.Pendedahan yang begitu lama boleh menyebabkan barah kulit yang berpunca daripada menerima sinar uv (ultra violet) yang berlebihan. Sel-sel kulit akan mati. -Kesan kepada mata merosakkan penglihatan manusia/penyakit katarak mata. Retina mata akan rosak apabila dipaksa menerima lebihan pancaran matahari. -Melemahkan sistem pelalian manusia(imunisasi)-juga berpunca daripada penerimaan sinar UV yang berlebihan. -Kehilangan air badan secara berlebihan-badan cepat berpeluh akibat ppeningkatan metabolisme yang berpunca daripada cuaca panas. Kehilangan tenaga/kelesuan yang kelak memudaratkan kesihatan manusia. -Mempengaruhi genetik manusia menyebabkan kecacatan yang berpunca daripada radiasi bahangan matahari secara berlebihan. -Kekurangan sumber makanan akibat perubahan/kekurangan pembentukan zoo plankton, fitoplankton dan lain-lain. Tumbuhan menjadi layu, proses fotosintesis sukar dijalankan, spesies ikan kurang membiak dan mungkin berhijrah ke kawasan lain akibat cuaca yang terlalu panas. -Mengehadkan aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global juga boleh menyebabkan fenomena lain lain seperti jerebu yang mengganggu aktiviti di luar rumah akibat pemanasan global juga boleh menyebabkan fenomena lain seperti jerebu yang menggangu aktiviti dan membahayakan kesihatan manusia.

12.(a) -Pencemaran udara merujuk kepada kehadiran bahan pencemar udara khususnya gas-gas rumah hijau manakala jerebu pula merujuk kepada kehadiran partikel terampai (PM 10) seperti debu, asap, dan habuk di dalam keadaan udara kering. (b) -Kesan terhadap manusia -Melemahkan pengecutan jantung serta merendahkan jumlah oksigen yang di bawa oleh darah. Mengurangkan keupayaan beriadah dan berbahaya bagi penghidap penyakit jantung yang kronik. -Mengancam kesihatan terutama penghidap penyakit bronkitis dan menganggu saluran penafasan penyakit asma. -meningkatkan jangkitan penyakit melalui udara. -Merosakkan sistem saraf dan otak. -Kesan terhadap persekitaran fizikal -Mempercepat luluhawa, membantut pertumbuhan pokok kerana menutup liang stoma. -Mempercepat kesan rumah hijau dan penipisan ozon. -Menjejaskan kualiti air (hujan asid).

(c) -Langkah perundangan seperti kawalan pembakaran terbuka dan mengawal pelepasan asap daripada kilang dan kenderaan menerusi Akta Kualiti Alam Sekitar1974 dan enakmen-enakmennya.

-Kawalan mekanikal seperti menyediakan sistem penapisan asap dan meninggikan cerobong asap kilang. -Penghijauan persekitaran bandar/menanam pokok-pokok peneduh yang boleh berfungsi sebagai penapis dan perangkap bahan pencemar/jerebu. -Mewujudkan hujan tiruan /pembenihan awan untuk menjernihkan udara sekitar dan jerebu atau meningkatkan kelembapan udara dengan pancutan air. -Beralih kepada bahan-bahan bakar yang mesra alam dan tidak terlalu bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, tenaga solar, petrol tanpa plumbum dan lain-lain. -Kempen dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada masyarakat pengguna dalam bandar-kearah udara yang bersih dan berkualiti untuk menjamin hidup yang sihat. 13.(a)Iklim mikro bandar bermaksud sesuatu bandar mempunyai ciri-ciri iklim tersendiri berbanding kawasan luar bandar atau pinggir bandar yang berhampiran. Unsur iklim seperti suhu yang tinggi,kerpasan yang banyak, keamatan cahaya yang rendah, tiupan angin yang kurang laju serta kelembapan udara yang rendah berbanding di kawasan pinggir bandar. Iklim mikro bandar merupakan satu contoh bagaimana manusia boleh mengubah profil iklim di sesuatu kawasan. (b)- Permukaan fizikal bandar lebih banyak menyerap dan menyimpan haba atau bahangan matahari. Misalnya bahan-bahan seperti bitumen dan konkrit menyimpan haba pada waktu siang sebagai haba pendam dan membebaskannya pada waktu malam. Oleh itu, waktu malam di bandar lebih panas berbanding kawasan pinggir bandar. - Berkurangnya proses perpeluhan tumbuhan (transpirasi) ekoran daripada kekurangan tumbuhan di bandar. Oleh itu udara di bandar bersifat udara kering (dry air) bukannya udara lembap seperti kawasan pinggir bandar atau luar bandar. Kelembapan udara yang tinggi di pinggir bandar atau kawasan luar bandar datangnya dari pembebasan wap-wap air oleh tumbuhan hijau yang lebih padat. - Sifat permukaan bandar atau morfologi bandar yang terdiri daripada bangunan tinggi berupaya menghalang tiupan angin dan menghalang halaju angin permukaan. Justeru itu ia melambatkan proses pemindahan haba secara mendatar oleh angin. Tiupan angin di bandar secara berpusar dan berkisar di ruang yang sama menyebabkan haba juga tidak dapat dibebaskan keluar dengan cepat sebaliknya berkumpul di ruang bandar. - Aktiviti pembandaran yang banyak membebaskan haba seperti dari kenderaan, industri atau oleh manusia sendiri menerusi proses metabolisme. Kesannya banyak sumber-sumber haba yang berpunca, berada dan berkitar di bandar berbanding dengan kawasan pinggir bandar. - Atmosfera bandar juga diliputi bahan pencemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Bahan-bahan ini bersifat membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi ke angkasa. Pembebasan bahangan bumi, kesannya ruang bandar akan mengalami pemerangkapan haba. (c) - Suhu yang tinggi (pulau haba) akan meningkatkan kadar sejatan dan merndahkan kelembapan bandingan, kesannya jumlah hujan semakin berkurangan. Namun begitu kadar sejatan yang tinggi ini boleh mempercepatkan kejadian hujan perolakan di bandar. Hujan ini

biasanya lebat dalam jangka masa yang singkat dan ia cenderung untuk berlaku banjir kilat. - suhu yang tinggi akibat pulau haba juga menggalakkan tiupan angin masuk ke pusat bandar ekoran daripada wujudnya tekanan udara rendah. Akibat perbezaan tekanan yang agak ketara antara pusat bandar dengan pinggirnya maka angin dari luar akan menyerbu masuk ke bandar. Tiupan angin ini agak kencang dan berpusar yang dikenali sebagai badai. - Suhu yang tinggi menyebabkan udara bandar menjadi kering. Ditambah pula dengan terdapat banyaknya bahan-bahan pencemar dalam atmosfera bandar maka ia akan menggalakkan kejadian jerebu. Partikel-partikel terampai (PM10) mudah terapung-apung dalam udara kering. Ini boleh menghalang kemasukan cahaya matahari ke dalam bandar. - Bahan pencemar yang banyak dibandar akan menghasilkan begitu banyak nukleus higroskopik. Bahan-bahan pencemar ini berupaya menarik wap-wap air ke arahnya menjadi titis-titis hujan. Oleh kerana nukleus higroskopiknya terdiri daripada bahan pencemar seperti sulfur oksida, karbon dioksida dan nitrogen oksida maka hujan yang turun dikenali sebagai hujan asid yang boleh merosakkan ekosistem, sumber air dan tanih kawasan bandar. (d)- Suhu yang tinggi lebih 1 2 oC disebabkan jumlah kenderaan bermotor yang banyak yang mengeluarkan haba, asap dan gas rumah hijau yang membentuk jerebu dan memerangkap haba. Industri perkilangan juga mengeluarkan haba dan membebaskan gas rumah hijau. Morfologi bandar yang terdiri daripada binaan konkrit, simen dan jalan raya berturap, menyerap haba. - Kerpasan yang banyak kerana bekalan haba yang banyak telah menghasilkan perolakan udara. Akhirnya akan menggalakkan proses pemeluwapan dan kejadian awan kumulosnimbus. - Keamatan cahaya matahari yang rendah kerana fenomena jerebu yang yang menapis kebanyakan cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi. - Kelajuan angin yang rendah disebabkan morfologi bandar dari segi susunan bangunan yang tinggi dan rapat telah menghalang pergerakan angin lalu menyebabkan peredaran udara adalah terhad. - Kelembapan udara yang rendah kerana kadar turapan yang tinggi telah menghalang penyusupan air. Air hujan yang turun akan terus mengalir keluar melalui sistem perparitan. Keadaan ini telah mengurangkan proses sejatan permukaan. Litupan bumi yang sedikit tidak dapat menyumbang kepada proses transpirasi untuk membekalkan wap air. (e)- Menanam atau mewujudkan kawasan hijau. Langkah ini bertujuan untuk menambah bilangan tumbuh-tumbuhan yang berperanan menyerap haba serta mengurangkan gas rumah hijau melalui proses fotosintesis. - Menggalakkan penggunaan sumber tenaga mesra alam seperti penggunaan gas asli cecair (NGV) dan elektrik bagi kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel. - Kuatkuasa undang-undang bagi mengelakkan pembebasan asap berlebihan bagi kenderaan bermotor dan penggunaan penapis asap pada serombong kilang untuk mengelakkan pembebasan gas-gas merbahaya. - Menggalakkan penggunaan besi keluli dan bahan kaca untuk mengurangkan penggunaan bahan binaan yang terdiri daripada simen dan konkrit yang berpotensi menyerap haba. Bangunan yang baru dibina hendaklah dijarakkan serta dikawal ketinggiannya. 14.(a)Pulau haba merupakan ciri utama yang membentuk iklim mikro bandar. Pulau haba ialah satu keadaan di mana udaranya adalah lebih panas berbanding kawasan persekitarannya.

(b) - Suhu udara di pusat bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan sekitarnya. Perbezaan ini bergantung kepada saiz dan fungsi bandar tersebut. - Pengaruh terma sesebuah bandar boleh dirasakan hingga setinggi 200 hingga 500 meter atau lebih. - Cerun suhu yang curam lazimnya wujud di sekitarsempadan bandar luar bandar. Keadaan ini mencermikan perubahan suhu yang tiba-tiba berikutan perubahan guna tanah. - Kawasan yang mempunyai pembangunan kecil juga mempunyai pulau haba tetapi intensitinya kecil. - Pada waktu siang, intensiti dan bentuk pulau haba banyak bergantung kepada jenis guna tanah dan kesan daripada lindungan bangunan tinggi. Kesan lindungan dari bangunan ini mewujudkan pulau sejuk di pusat bandar. 15.(a) Hujan asid merujuk kepada air hujan yang mengandungi tahap keasidan yang tinggi (pH kurang dari 5). Berlaku apabila bahan-bahan pencemar udara seperti sulfur dioksida, nitrogen dioksida bertindak sebagai nucleus kondensasi mencantumkan wap-wap air menjadi bintik dan titisan air. (b)>Punca Perindustrian. Pada masa kini perindustrian merupakan punca utama yang banyak membebaskan bahan-bahan pencemar ke udara (pollutions) seperti karbon dioksida, karbon monoksida,sulfur dioksida, hidrokarbon-hidrokarbon dan sebagainya. >Punca kenderaan bermotor yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakarnya seperti penggunaan petrol tanpa plumbum. Pembakaran yang tidak lengkap oleh sistem enjin menyebabkan banyak gas-gas pencemar terbebas ke udara. >Punca dari stesen jana kuasa elektrik yang menggunakan bahan bakar konvensional seperti arang batu, petroleum dan gas asli yang juga banyak membebaskan pencemar ke udara. >Punca semulajadi khususnya letusan gunung berapi yang mengeluarkan gas-gas sulfur dalam kuantiti yang banyak untuk menghasilkan asid sulfuric seperti dalam kes letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina. (c) Memusnahkan ekosistem hutan. Wujudnya fenomena waldstrabeen/dedaun pokok keguguran dan meninggalkan hutan berangka. Kerosakan rantaian makanan pengeluar pengguna pengurai, kemusnahan habitat dan kepelbagaian spesies flora dan fauna. Kerosakan ekologi air (akuatik). Meningkatkan nilai keasidan air laut, sungai, tasik, paya yang akan mematikan plankton serta tumbuhan air yang selama ini menjadi habitat pelindung kepada hidupan air. Mengurangkan bekalan makanan hidupan air/menjejaskan ekosistem air. Meningkatkan keasidan air. Tanah menjadi kurang subur dan ini menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan. Kerosakan harta benda seperti kelunturan warna bangunan, warna kereta, mempercepatkan proses pengkaratan besi seperti di bangunan tinggi, di jambatan dan sebagainya yang memerlukan kos yang besar untuk membaik-pulih. Gangguan kesihatan seperti penyakit kulit kerosakan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air sungai, tasik, dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

STPM 2005 GEOGRAFI KERTAS 1 a)Apakah yang dimaksudkan dengan pulau haba. [5m] konsep pulau haba boleh didefinisikan sebagai keadaan suhu di kawasan pusat Bandar yang lebih tinggi berbanding dengan taburan suhu di kawasan pinggir atau luar daripada kawasan Bandar berkenaan. b) Jelaskan sebab berlakunya pulau haba Bandar[12m] Kejadian pulau haba Bandar boleh berlaku daripada dua faktor penting iaitu faktor fizikal dan juga faktor manusia. Faktor kepadatan bangunan dikawasan Bandar seperti di Kuala Lumpur boleh meningkatkan proses turbulens dan seterusnya menghalang pembebasan udara panas keluar dari kawasan persekitaran Bandar. Dengan itu menggalakkan keadaan panas di dalam Bandar dan seterusnya membentuk pulau haba. Di samping itu, susun atur bangunan dan morfologi Bandar turut memainkan peranan penting dalam pembentukan pulau haba Bandar. Susunan bangunan yang tinggi rendah dan tidak sekata boleh menyebabkan pembebasan haba yang tidak lancer di kawasan Bandar. Malahan, susunan bangunan sedemikian, boleh memerangkap haba (waktu siang) pada kadar yang tinggi. Malahan bahan binaan bangunan, rata-rata terdiri daripada simen, batu bata dan bahan konkrit menjadi daya penyerap bahang solar yang tinggi di siang hari. Haba yang diserap ini dibebaskan sebagai haba pendam di waktu malam. Justeru, haba ini mampu meningkatkan suhu Bandar di waktu malam khasnya sehingga membentuk pulau haba Bandar. Permukaan berturap lebih banyak terdapat di kawasan Bandar seperti jalan-jalan raya bertar, kawasan tempat letak kereta yang bersimen, tempat berjalan kaki berbatu bata dan sebagainya boleh meningkatkan kadar penyerapan tenaga solar di siang hari dan membebaskan haba pendan di waktu malam. Keadaan ini kurang atau tidak berlaku di kawasan luar atau pinggir Bandar yang kurang dengan kawasan berturap. Di kawasan Bandar juga didapati kurang dengan tumbuh-tumbuhan dan kawasan lapang. Tumbuh-tumbuhan penting dalam menjalankan proses fotosintesis yang menggunakan tenaga dan gas karbon dioksida. Gas karbon dioksida diangap sebagai salah satu gas rumah hijau yang memerangkap haba dan seterusnya membentuk pulau haba Bandar. Oleh itu, apabila kawasan Bandar kurang dengan tumbuhan maka kadar haba menjadi tinggi. Tumbuhan yang ditanam di tepi-tepijalan boleh menjadi penapis kepada bahan-bahan pencemaran. Bahan-bahan pencemaran yang banyak menjadi salah satu punca meningkatkan suhu Bandar dan seterusnya membentuk pulau haba Bandar. Dengan itu, apabila kurangnya tumbuhan di tepi-tepi jalan maka berlakulah pulau haba Bandar. Keadaan yang sama berlaku sekiranya kekurangan kawasan tanah lapang yang mampu menyederhanakan suhu Bandar. Kadar kelembapan bandingan yang relatifnya rendah di kawasan berbanding dengan kawasan pinggir atau luar Bandar turut berperanan membentuk pulau haba Bandar. Keadaan ini berlaku kerana kawasan Bandar kurang dengan badan air, tumbuh-tumbuhan dan pokokpokok boleh menjana wap air dan seterusnya meningkatkan kadar kelembapan udara.

Dari aspek manusia pula, aktiviti pembakaran bahan api fosil penting dalam membentuk pulau haba Bandar. Kenderaan yang banyak di kawasan Bandar menyebabkan proses pembakaran bahan petrol amat tinggi dan seterusnya meningkatkan gas-gas rumah hijau terbebas ke atmosfera Bandar. Malahan kenderaan yang banyak di kawasan Bandar boleh menyebabkan berlakunya kesesakan jalan raya. Hal ini juga turut meningkatkan pembebasan gas rumah hijau dengan kadar yang berlebihan. Gas-gas tersebut menjadi penghalang kepada pembebasan haba ke angkasa lepas tetapi sebaliknya memantulkan semula ke permukaan bumi. Proses timbal balik pantulan bahang ini boleh meningkatkan suhu persekitaran Bandar. Pembakaran bahan api fosil dari kawasan industri juga boleh meningkatkan kadar pembebasab gas-gas rumah hijau di kawasan Bandar. Dengan itu mencepatkan pembentukan pulau haba Bandar. Selain itu, Bandar biasanya menjadi pusat tumpuan penduduk untuk tempat tinggal, bekerja, membeli belah dan sebagainya. Kepadatan penduduk yang tinggi boleh meningkatkan haba metabolic manusia. Keadaan ini mampu meningkatkan haba di kawasan Bandar dan seterusnya membentuk pulau haba Bandar. Kadang kala berlaku proses pembakaran terbuka di kawsan Bandar atau kawsan berhampiran. Keadaan ini mampu menjana pembebasan haba yang lebih dan seterusnya meningkatkan suhu kawasan Bandar. c)Cadangkan cara untuk menyederhanakan suhu persekitaran Bandar.[8m] Satu cara yang amat berkesan dalam menyederhanakan suhu persekitaran Bandar ialah dengan menanam lebih banyak pokok. Pokok-pokok yang rendang berdaun lebar perlu ditanam dengan banyak di kawasan bagi mengurangkan kemasukan cahaya matahari. Pokokpokok juga mampu menyerap cahaya dengan banyak. Di samping itu, cara penanaman pokok juga penting seperti menjadikan zon penampan, hiasan sepanjang tepi dan pinggir jalan serta di kawasan-kawasan taman. Langkah kedua ialah melakukan kawalan penggunaan bahan api. Penggunaan bahan api biasanya berpunca daripada kenderaan bermotor, industri dan bangunan. Bagi mengurangkan pergerakan kenderaan maka digalakkan penduduk berkongsi kenderaan apabila memasuki kawasan Bandar. Bagi kilang pula digalakkan aktiviti mereka di waktuwaktu tertentu sahaja seperti lewat petang. Di samping itu, digalakkan menggunakan penapis serombong asap bagi mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau yang boleh meningkatkan proses pemanasan di kawasan atmosfera Bandar. Bagi bangunan yang menggunakan alat pendingin hawaperlulah menjadualkan waktu penggunaan agar tidak mengeluarkan gas-gas rumah hijau pada kadar yang berlebihan. Selain itu, perlu ada satu perancangan Bandar yang teratur dan tersusun. Projek-projek pembangunan hendaklah dirancang dengan rapi agak tidak menimbulkan keadaan susun atur bangunan yang terdapat di kawasan Bandar menjadi penghalang kepada pergerakan angin lazim. Kelancaran pergerakan angin di kawasan Bandar boleh mengurangkan kadar turbulens yang menjadi punca pemanasan udara dalam Bandar apabila udara panas tidak dapat digerakkan keluar dari kawsan Bandar. Di samping itu, perlu dirancangkan kawasan-kawasan yang mampu menyederhanakan suhu Bandar seperti kawasan tanah lapang, taman rekraesi dan juga kawasan-kawasan hijau yang lain. Bagi lokasi industri perlulah dirancang agak jauh sedikit daripada kawasan Bandar bagi mengelakkan daripada pembebasan gas-gas rumah hijau terperangkap di kawasan Bandar. Bahan-bahan binaan hendaklah menggunakan bahan yang lebih mesra alam iaitu kurang menyerap haba.

Perancangan yang rapi juga perlu dilakukan bagi meningkatkan kadar kelembapan udara di kawasan Bandar. Kawasan Bandar perlu diwujudkan lebih banyak badan air seperti tasik-tasik buatan manusia, kolam air dan sebagainya. Badan-badan air penting meningkatkan kadar sejatan di kawasan Bandar dan seterusnya meningkatkan kadar kelembapan udara dan dapat menyederhanakan suhu Bandar. Di samping itu, digalakkan pembinaan pancutan air bagi tujuan yang sama iaitu meningkatkan kadar kelembapan udara. Malahan, bagi bangunan yang berbumbung rata digalakkan menyediakan penyemburan air dari bumbung ke persekitarannya terutamanya di waktu tengah hari. Proses ini mampu merendahkan suhu bangunan dan persekitaran. Dengan itu proses peningkatan suhu Bandar dapat dikurangkan. d)Apakah yang dimaksudkan dengan banjir kilat?[5m] Banjir kilat boleh ditakrifkan sebagai peningkatan aras air permukaan yang cepat terutamanya di kawasan Bandar yang disebabkan oleh curahan hujan lebat dalam tempoh masa yang agak singkat dan air akan surut dalam tempoh yang cepat. e)Jelaskan sebab banjir kilat kerap berlaku di kawasan Bandar. [10m] Banjir kilat kerap berlaku di kawasan bandar kerana kadar air larian permukaan yang tinggi. Keadaan ini berlaku kerana pemukaan bandar dipenuhi dengan kawasan yang bersimen dan bertar. Oleh itu, peratusan permukaan yang tidak telap air yanhg tinggi ini menyebabkan kadar infitrasi air adalah amat rendah di kawasan bandar seghingga menjadikan kadar air larian permukaan yang tinggi apabila berlakunya hujan lebat. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila keamatan hujan adalah tinggi dalam tempoh atau jangka masa yang singkat sahaja Selain itu, kekurangan tumbuh-tumbuhan di kawasan bandar boleh juga menjadi faktor kepada kejadian banjir kilat. Tumbuh-tumbuhan boleh bertindak sebagai penyerap atau penapis kepada hujan yang turun. Tetapi apabila sesuatu kawasan seperti di bandar kurang atau tiada pokok-pokok, maka hujan yang turun akan terus menjadi air larian permukaan yang banyak. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kapasiti sungai yang terdapat di kawasan bandar amat rendah berlakunya kesan pemendapan tanih. Pembangunan yang pesat di kawasan bandar menyebabkan proses hakisan yang tinggi dan tanah-tanih akan di larikan ke dalam sungai sehingga mencetekkan sungai. Sistem perparitan yang terdapat di kawasan bandar juga kurang sempurna dan tidak mencukupi. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya kejadian banjir kilat. Kadang kali sistem perparitan yang ada amat cetek, tidak banyak, dan tidak dibersihkan atau dijaga dengan sempurna. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila terdapat banyak sampah sarap berkumpul di dalam longkang atau saliran. Ia berlaku kesan daripada tindakan manusia yang membuang sampah di merata-rata kawasan di dalam bandar. f)Jelaskan kesan banjir kilat terhadap aktiviti manusia.[10m] Banjir kilat boleh menyebabkan sistem pengangkutan tergendala, kerosakan kenderaan dan kemalangan. Apabila semua keadaan ini terjadi maka berlakulah kesesakan lalu lintas dan ini boleh menganggu aktiviti manusia seharian. Kejadian banjir kilat juga boleh menyebabkan aktiviti industri mengalami kesan buruk kerana pengeluaran akan terganggu, bahan rosak dan kadang kala mesin turut musnah dan rosak. Aktiviti perniagaan juga mengalami kesan buruk apabila berlaku banjir kilat. Ramai manusia yang tidak dapat keluar, malahan banyak kedai terpaksa ditutup. Oleh itu, kurang berlaku aktivitijual beli dan hal ini akan menjejaskan pendapatan peniaga.

Aktiviti pertanian dan peternakan juga mengalami kesan buruk apabila berlaku banjir kilat. Ia bukan sahaja memusnahkan tanam-tanaman tetapi juga boleh menyebabkan ternakan mati apabila berlaku banjir. Dengan itu,pendapatan petani turut terjejas. Dalam keadaan banjir kilat, aktiviti pelancongan dan rekreasi tidak dapat dilakukan. Dengan itu, industri pelancongan khasnya akan terjejas sekiranya sesuatu kawasan bandar sering kali berlaku banjir kilat. Banjir kilat juga boleh menyebabkan ternakan ikan akuakultur terganggu atau terjejas. Air banjir akan memasuki kawasan ternakan dan ini mematikan atau menyebabkan ikan terlepas keluar dari sangkar atau kawasan ternakannya. Keadaan ini menjejaskan pendapatan penternak. Sekiranya kejadian banjir kilat kerap berlaku pada setiap kali hujan lebat, maka ia akn menganggu aktiviti harian penduduk seperti pergi dan balik dari kerja, kanak-kanak pergi dan balik dari sekolah dan kerja-kerja seharian yang lain.

Anda mungkin juga menyukai