Anda di halaman 1dari 10

Buat x tau je...

Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan, Tenaga Label:Elektrik, Keselamatan, Tiang Elektrik, TNB

ADAKAH RUMAH KITA SELAMAT UNTUK ANAK ANAK


01/08/2009 abdul sapawi 2 comments

Bagaimana Keadaan Ini Berlaku Di dapur Rumah Anda? Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak dan warga tua. Ramai tidak prihatin soal keselamatan di rumah terutama bagi anak kecil berusia 2 4 tahun. Perlu disedari, kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa anak dan membawa kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup. Mengikut perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, 25 peratus kemalangan di rumah membabitkan kemalangan kecil seperti luka, terseliuh dan bengkak; 10 peratus mengalami kemalangan perlu dirawat seperti patah, luka besar yang perlu jahitan, disengat serangga berbisa dan melecur. Sejumlah lima peratus mengalami kemalangan teruk yang memerlukan mereka dimasukkan ke hospital seperti terbakar, jatuh yang mencederakan kepala dan satu peratus lagi cacat seumur hidup. Read more Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan Label:Keselamatan, Panduan, Rumah

Kesan RCCB alat pelindungan pada pemanas air tidak berfungsi


30/07/2009 abdul sapawi Tinggalkan komen Adakah pemanas air anda selamat untuk digunakan? Pastikan anda periksa RCCB pada pemanas air supaya ia berfungsi dengan baik..Gambar ini sebagai renungan untuk keselamatan kita bersama.

Jenis Pemanas Air Yang Digunakan

Tempat Kejadian

Kesan Kerosakan

Kesan renjatan elektrik1

Kesan renjatan elektrik2

Kesan renjatan elektrik3

Kesan renjatan elektrik4

Kesan renjatan elektrik5

Kesan renjatan elektrik6

Kesan renjatan elektrik7

Akhirnya kehilangan nyawa Categories: Kecederaan & Kemalangan Label:Alat perlindungan, Keselamatan, Pemanas air, RCCB, Renjatan Elektrik

Gambar Akibat Ceroboh Pencawang TNB Voltan TinggiNgeri Kan?


29/07/2009 abdul sapawi Tinggalkan komen

Kesan pencerobohan

Gergaji yang disalahguna

Begitu juga dengan screw driver ini

Kemusnahan peralatan voltan tinggi1

Kemusnahan peralatan voltan tinggi2

Kehilangan nyawa1

Kehilangan nyawa2

Kawasan larangan

Pencawang TNB Voltan Tinggi Categories: Kecederaan & Kemalangan Label:Gambar, Kehilangan Nyawa, Kemusnahan, TNB, Voltan Tinggi

Remaja maut kena renjatan elektrik di tempat awamSalah siapa?


29/07/2009 abdul sapawi Tinggalkan komen

INILAH tiang lampu yang telah meragut nyawa Faizul ketika menyambut ambang tahun baru di Taman KLCC. Gambar kecil kiri : Mangsa Gambar kecil kanan : Bapa mangsa KUALA LUMPUR Kegembiraan seorang remaja menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam sambutan tahun baru berakhir dengan dia mati terkena renjatan elektrik di Taman KLCC di Jalan P. Ramlee di sini semalam. Kejadian pukul 12.04 malam itu berlaku apabila Muhamad Faizul Abdul Basek, 17, dikatakan bersandar pada tiang lampu di taman tersebut dalam keadaaan bajunya basah akibat peluh. Keadaan tersebut menyebabkan badan mangsa disambar arus elektrik bervoltan tinggi dari tiang lampu itu. Ketika menceritakan detik kejadian itu, rakan mangsa, Muhammad Syaqir Ameer Muhammat, 17, berkata, sebelum itu dia bersama tiga lagi rakan termasuk mangsa baru empat minit sampai di situ. Menurutnya, mereka berempat bertolak dari rumah di Taman Fadason, Jinjang Utara pukul 7 malam dengan menaiki bas semata-mata untuk menyaksikan pertunjukan bunga api secara dekat. Ketika itu Faizul berada di belakang saya dan dia kata dia hendak menyaksikan bunga api sambil duduk dengan bersandar pada tiang lampu. Saya tidak perasan bila dia terkena renjatan elektrik kerana suasana bising dan saya sibuk merakamkan gambar bunga api guna telefon bimbit, kata Syaqir. Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan Label:Awam, KLCC, Maut, Renjatan Elektrik

Awasi anak Terkena kejutan elektrik


29/07/2009 abdul sapawi Tinggalkan komen

Akibatnya anak-anak terkena kejutan atau renjatan elektrik sehingga meragut nyawa. Beberapa kes yang melibatkan kejutan elektrik pernah dirujuk kepada Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hal ini diakui oleh Pakar Perunding Perubatan Kecemasan & Ketua Jabatan, Prof. Madya Dr. Azhar Abdul Aziz. Menurut Dr. Azhar, dalam sesetengah kes kejutan elektrik yang menyebabkan kecederaan sehingga meragut nyawa, kanak-kanak dibiarkan memperbaiki barangan elektrik tanpa kawalan.

Mungkin di peringkat awal kerana suka-suka atau menunjuk diri kreatif malangnya elektrik bukannya bahan percubaan kemahiran. Voltan yang tinggi boleh menyebabkan renjatan terhadap ritma atau denyutan elektrik di dalam jantung manusia. Pertembungan dengan arus elektrik menyebabkannya terganggu dan berlaku kecederaan, jelasnya. Read more Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan Label:Elektrik, kejutan elektrik, renjatan, voltan

Keselamatan Pengendalian Alatan Elektrik


28/07/2009 abdul sapawi 4 comments Pengenalan Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang amat penting pada hari ini. Tanpa elektrik manusia tidak dapat melaksanakan aktiviti seharian yang sebahagian besarnya beroperasi dengan menggunakan tenaga elektrik. Perkembang pesat era teknologi elektrik ini bermula dari era kurun ke-16 Masehi. Ramai inventor yang lahir di Eropah pada zaman revolusi. Antaranya Alessandro Antonio Volta (1745-1827), seorang ahli fizik Itali yang mencipta bateri elektrik yang mana alat pertama yang menjana pengaliran elektrisiti (Arus) secara berterusan. Seorang lagi inventor yang begitu signifikan dalam perkembangan teknologi elektrik ini ialah Adre-Marie Ampere (17751836), seorang ahli matematik dan fizik Perancis yang mengasas prinsip elektrodinamik. Beliau telah menjelaskan konsep arus elektrik secara spesifik dan membangunkan kaedah menilai dan mengira kuantiti arus. Terminologi Elektrik adalah satu bentuk tenaga yang terhasil daripada pengaliran elektron. Manakala elektrisiti boleh ditakrifkan sebagai aliran zarah bercas negatif. Zarah bercas negatif (elektron) ini mengalir di atas objek atau sesuatu yang mengkonduksikan elektrik. Elektrisiti juga dikenali sebagai Arus. Secara asasnya, elektron akan mengorbit nukleus atom. Nukleus atom ini terdiri daripada zarah bercas positif yang digelar proton dan juga zarah neutral iaitu neutron. Read more Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan, Peralatan Rumah Label:Alat elektrik, Elektrik, Faktor, Hazad, Keselamatan, voltan

339 Kemalangan Elektrik Dicatat Dari 2002 Hingga 2007

28/07/2009 abdul sapawi 3 comments JOHOR BAHARU, 28 Feb (Bernama) Suruhanjaya Tenaga merekodkan 339 kemalangan elektrik di seluruh negara sepanjang tahun 2002 hingga 2007. Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Ir Abllah Mohd Salleh berkata sebanyak 171 kes yang berlaku sepanjang tempoh itu melibatkan kemalangan maut manakala 168 kes tidak membawa kematian. Sebanyak 37 kemalangan maut dicatat setiap tahun dari tahun 2005 hingga 2007, katanya ketika merasmikan kempen kesedaran keselamatan elektrik 2009 peringkat Negeri Johor di sini, Sabtu. Beliau berkata statistik kemalangan maut 2002-2006 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga turut menunjukkan pelajar sekolah merupakan golongan ketiga selepas kontraktor dan pekerja sendiri yang menjadi mangsa. Abllah berkata kempen kesedaran sebagaimana yang diadakan hari ini bertujuan menyalurkan maklumat dan memupuk kesedaran yang positif mengenai kepentingan menjaga keselamatan elektrik. Beliau berkata pada tahun lepas program seumpama itu diadakan di 10 daerah di Zon Utara, Tengah, Selatan dan Timur melibatkan hampir 150 buah sekolah rendah dan menengah. BERNAMA Categories: Elektrik, Kecederaan & Kemalangan Label:Elektrik, Kecederaan, Kemalangan, Stastik, Suruhanjaya Tenaga, TNB

http://litarelektrik09.wordpress.com/category/elektrik/kecederaan-kemalangan/

Anda mungkin juga menyukai