Anda di halaman 1dari 1

Dari Kitab Mukasyafatul Qulub oleh Imam Ghazali, ada diceritakan bab selawat ini: Ada seorang yangg

masyhur namanya Sufian Suri, sedang ia tawaf di Kaabah, ada seorang pemuda ditepinya yang mana setiap langkah tawafnya disertai dengan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Sufian Suri memerhatikan pemuda tersebut, lalu ia bertanya kepada pemuda tersebut; "Kenapa saya dengar daripada tadi lagi awak berselawat kepada Rasulullah, sedangkan Nabi S.A.W. dah tinggalkan doa-doa mathurat dalam setiap tawaf yang dikeliling sebanyak 7 kali itu?" Pemuda itu mendongak kepala memandang kepada Sufian Suri seketika, lalu bertanya, "Tuan ini siapa?" Jawab Sufian Suri, "Saya sufian Suri." Jawab pemuda, "Ya Allah, nama ni memang saya kenal sangat. Tapi ini kali pertama saya tengok rupa Sufian Suri. Tuan Sufian Suri, saya nak ceritakan kenapa saya berselawat disetiap langkahan tawaf saya ni. Tahun lepas, saya datang mengerjakan ibadat haji dgn ayah saya. Apabila sampai di sini, ayah saya sakit dan saya pangku kepala ayah saya dipeha saya sambil-sambil berdoa supaya ayah saya sihat namun keadaan ayah saya mkin teruk dan nazak akhirnya meninggal dunia dan serta merta muka ayah saya bertukar menjadi hitam. Saya terkejut dan saya menangis. Saya ambil kain mnutupi muka ayah saya sambil istighfar sambil berdoa ampunilah dosa ayahku. Dalam keadaan saya istighfar, saya terlena dan dalam tidur saya, saya ternampak seorang yang rupawan, wajah berseri-seri duduk ditepi saya dan selak kain yang menutupi ayah dan menyapu 3 kali ke muka ayah saya dan tiba-tiba bertukar menjadi muka yang berseri-seri. Lalu orang tadi menutup kembali kain yang menutupi muka ayah saya dan ingin berundur diri. Saya cepat-cepat berpaut di betisnya dan bertanya, "Tuan ni siapa?" Maka orang itu berkata; "Sayalah Rasulullah (S.A.W.)" Rasulullah S.A.W. bertanya, "Awak nak tau kenapa ayah awak jadi begini? Sebenarnya ayah awak sorang yang fasiq. Segala jenis kejahatan dia buat; minum arak, berjudi dan sebagainya, kecuali satu sahaja; lidahnya sentiasa basah berselawat kepada aku." Selepas dari itu, saya tersedar dari tidur dan saya membuka kain yang menutupi muka ayah saya dan muka ayah saya telah bertukar kepada berseri-seri. Sejak dari itu, saya tidak lupa untuk berselawat kepada Rasulullah S.A.W." Maka berkata Sufian Suri, "Maka dengan begitu, awak telah mendapat ijazah besar dari Rasulullah S.A.W. sendiri. Oleh itu, saya tidak akan tegur apa yang awak mahu buat dan apa yang awak baca. Terpulanglah kepada awak."

Anda mungkin juga menyukai