Anda di halaman 1dari 2

SUKAN TEMPATAN

5,000 rai kejayaan Sarawak juarai Liga Perdana

Ketua pasukan Sarawak, Shahrol Saperi menjulang trofi Liga Perdana pada majlis meraikan kejayaan pasukan itu memenangi Liga Perdana di Plaza Merdeka, Kuching kelmarin.

KUCHING - Lebih 5,000 penyokong Sarawak membanjiri pekarangan Padang Merdeka, di sini kelmarin meraikan kejayaan pasukan itu menjuarai Liga Perdana musim ini. Kemeriahan semakin dirasai apabila para pemain skuad Bujang Senang diarak menaiki sebuah bas melalui beberapa jalan utama sekitar bandar raya ini. Perasaan teruja para pengunjung yang berpakaian serba kian bertambah apabila mereka berpeluang bertemu dan beramah mesra dengan para pemain. Rata-rata penyokong menyifatkan kejayaan tersebut sebagai antara pencapaian paling manis Sarawak yang kali terakhir menjulang trofi juara Liga Perdana 16 tahun lalu. Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Sudarsono Osman melahirkan penghargaan kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan padu terhadap pasukan Sarawak. "Terima kasih kepada barisan pemain, jurulatih serta pihak pengurusan yang bekerja keras sepanjang Liga Perdana berlangsung. "Terima kasih juga kepada para peminat yang sentiasa setia bersama pasukan Sarawak. Kejayaan ini adalah milik semua," katanya. Sarawak dinobatkan sebagai juara Liga Perdana musim ini selepas menang besar 4-0 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Negeri, Isnin lalu.

Selaku juara, Sarawak layak beraksi dalam Liga Super selain membawa pulang Piala Liga Perdana, cek bernilai RM300,000 serta pingat yang disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130701/su_04/5000-rai-kejayaan-Sarawak-juaraiLiga-Perdana#ixzz2XmUoxnUD Utusan Melayu (M) Bhd

Anda mungkin juga menyukai