Anda di halaman 1dari 3

KEPENTINGAN ILMU TAUHID DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Kesan Tidak Memahami Ilmu Tauhid


<!--[if !supportLists]--><!--[endif]--> 1. Seseorang yang tidak mengetahui siapa penciptanya
tidak akan mengetahui kenapa dia dicipta dan hikmah kewujudannya di muka bumi.
Kehidupan di bumi akan tamat sedangkan dia tidak tahu kenapa ia bermula.
(Muhammad: 10)
2. Mereka yang tidak beriman dengan Hari Akhirat akan terpedaya dengan kehidupan di
dunia dan menjadikan setiap kerjanya untuk mencari kesenangan di dunia sebelum mati. Dia
mencari kemewahan dunia tanpa hiraukan halal dan haram, tidak hiraukan orang lain dan
mementingkan diri sendiri. Sikap individualistik ini yang akan memecahbelahkan
masyarakat, merosakkan hubungan dan menyebabkan peperangan antara satu sama lain.
3.Akidah dan amalan manusia akan rosak dan maksiat serta dosa akan berleluasa. Maka,
Allah akan menurunkan azab ke atas orang Islam yang mengabaikan dan mensia-siakan
agama mereka
(ar-Rum: 41)

Implikasi Ilmu Tauhid dalam Kehidupan Manusia


<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Orang yang mengesakan Allah dan beriman kepada
para Rasul mengetahui tujuan Allah menciptakannya. Dia menjalani kehidupan di atas jalan
yang lurus. Dia mengetahui permulaan dan pengakhiran kehidupan dan dia jauh dari
kegelapan.
(al-Mulk: 22)
<!--[if !supportLists]--> 2.Tauhid menjadikan hati manusia itu bersatu di bawah Allah yang
satu, kitab yang satu, Rasul yang satu dan kiblat yang satu. Iman menjadikan manusia
berkasih sayang dan bersaudara. (al-Hujuraat: 10). Juga digambarkan oleh Rasulullah:
“Perumpamaan orang yang beriman dalam kemesraan dan kasih sayang antara mereka
adalah seperti satu jasad. Apabila satu anggota sakit, semua anggota yang lain terpaksa
berjaga malam dan menanggung sakit demam.”
Masyarakat beriman sentiasa tolong-menolong dalam melakukan kebajukan dan ketakwaan,
menegah ahli lain dari melakukan dosa dan bermusuh-musuhan. Semua individu akan bekerja
untuk mendapat kejayaan yang diredhai Allah. Takut untuk melakukan kezaliman dan kejahatan
kerana takutkkan Allah.
(Ali-Imran: 110)
<!--[if !supportLists]-->3. <!--[endif]-->Apabila iman bekembang dalam masyarakat,
akan membuahkan pelbagai amalan soleh, maka pintu kebaikan akan dibuka dan mereka
akan memperoleh kemenangan dalam menghadapi musuh kerana mendapat pertolongan
Allah.
(al-A’raaf: 96) (Muhammad: 7)
Perihal orang islam terdahulu, mereka golongan lemah dan fakir tetapi mereka beriman
dan mengerjakan amalan soleh. Dengan itu Allah membuka pintu dunia dan mengurniakan
mereka kurniaanNya dan memberi kemenangan.
Kepentingan Akidah di Dunia dan Akhirat
1. Di dunia - akidah berperanan untuk menjadi sumber kekuatan pada diri seseorang

Mengapa sumber kekuatan? Kerana dalam diri manusia ada ruh, akal, kalbu, emosi dan
fizikal. Semua ini mempunyai makanan yang tersendiri.

Ruh - kedekatan kepada Allah menerusi akidah yang mantap


Akal - ilmu
Kalbu - zikrullah
Emosi - ketenangan
Fizikal - makanan dan minuman

Ruuh akan meronta-ronta kalau ia jauh daripada Penciptanya kerana keseimbangan alam
ini adalah berasaskan kepada kedekatan seseorang kepada Pencipta. Jika sesuatu itu tidak
mengikut peraturan dan arahan daripada apa yang telah ditetapkan, ia akan mewujudkan
ketidakseimbangan dan kecelaruan.

Ruuh akan kuat apabila ia dekat dengan sumber tenaga yang memberi kekuatan.
Kedekatan ini akan makin jelas apabila amalan-amalan yang dilaksanakan adalah
berpaksikan kepada tauhid Ilahi atau Uluhiyyah, bukan sekadar Rabbi atau Rububiyyah.

Antara amalan-amalan yang perlu diusahakan bagi mendapatkan kekuatan daripada Allah
ialah amalan ibadah khusus dan dalam masa yang sama apa-apa ibadah am. Yang penting
amalan tersebut:

>> Kerana ALlah


>> Mengikut syariat sebagaimana ditunjukkan oleh sunnah Rasul

2. Di akhirat - akidah berperanan untuk menyelamatkan dan melayakkan diri untuk


mendapat keridhaan dan nikmat syurga daripada Allah.

Kerana di akhirat, yang akan dibawa ialah hati yang sejahtera. Hati yang sejahtera ialah
hati yang mempunyai amalan serta kepercayaan yang sahih. Itulah akidah. Ikatan-ikatan
akidah itulah yang akan mengemudi seseorang untuk menuju jalan yang sejahtera dan
bertemu dengan Penciptanya. Pada waktu itu, tidak bermanfaat anak pinak dan harta
benda.

Akidah bukan sekadar dijaja atau dilaungkan pada mulut tetapi perlu dinobatkan dalam
bentuk iktikad (hati), penyataan (lisan) dan pelaksanaan (anggota badan).
KEPENTINGAN AKIDAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA.
1.Akidah Sebagai Asas
Akidah sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak
mengkibatkan runtuh pegangan Islan seseoranng. Sesungguhnya Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya
memberi penumpuan yang serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat
akidah dan sejahtera hidupnya.
2.Akidah Sebagai Penentu/Pendorong.
Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah
penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang lemah mempengruhi gaya hidup negatif seseorang.
PENYELEWENGAN DAN KEROSAKAN AKIDAH.
Akidah boleh menyeleweng dan rosak melalui beberapa bentuk diantaranya:
1.Lidah: melalui percakapan seseorang yang mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan
konsep akidah Islam, seperti mengatakan Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan di sepanjang zaman
atau sebagainya.
2.Perbuatan: melakukan upacara-uoacara ibadah sama dengan apa yang dilakukan oleh orang bukan
Islam sama ada di tempat-tempat ibadah mereka atau di mana sahaja.
3.Iktikad/hati: Hati tidak yakin dengan Islam atau ragu-ragu terhadap sebahagian dari ajaran Islam
yang terdapat dalam Al-Quran atau Al-Sunnah.
PEMBINAAN AKIDAH
• Memahami konsep Islam yang sebenarnya dan memahami konsep akodah secara khusus.

• Membersihkan hati dengan cara meninggalkan dosa dan melakukan perkara-perkara yang

• disuruh oleh Allah.

• Sentiasa berjihad melawan nafsu dan syaitan untuk beriltizam dengan Islam.

• Bersama sama dengan orang-orang yang soleh atau sentiasa mencari suasana yang baik.

• Sentiasa berdoa memohon pimpinan Allah.

• Bertawakkal kepada Allah.