Anda di halaman 1dari 3

CONTOH TEKS FORUM REMAJA(MASALAH GEJALA OSIAL DALAM KALANGAN REMAJA) PENGERUSI : NUR FAQRINA BT TASALIM AHLI PANEL

1 : DR. DARSHAYANI JAYARAMAN AHLI PANEL 2 : AHLI PANEL 3: AHLI PANEL 4: PENGERUSI: BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULILLLAHI ROBBIL ALAMIN, WASSOLATU WASSALAAMU ALAA ASYROFIL ANBIYAI WAL MURSALIIN. WA ALAA ALIHI WA SOBBIHI AJMA IIN. ASSALAMUALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, SALAM UKHWAH, SALAM KASIH SAYANG DAN SALAM 1 MALAYSIA. WARGA DEWAN SEKALIAN, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZIN SERTA LIMPAH KURNIA DARIPADANYA , DAPAT KITA BERTEMU KITA LAGI DALAM GELANGGANG FORUM REMAJA BERSAMA SAYA NUR FAQRINA BT TASALIM . HASBULLAH PADA PAGI / PETANG YANG BERBAHAGIA INI . HADIRIN YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN, SEBELUM SAYA MEMPERKENALKAN AHLI- AHLI PANEL KITA PADA HARI INI, KITA SEDIA MAKLUM, DEWASA INI, MASALAH DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR BOLEH DIKATAKAN BERADA DALAM TAHAP AGAK YANG MEMBIMBANGKAN SEMUA PIHAK. JUSTERU, MASALAH INI PERLU DILIHAT DALAM SKOP YANG LEBIH BESAR JIKA IANYA INGIN DISELESAIKAN. SESUAI DENGAN TAJUK FORUM KITA PADA KALI INI MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA: TANGGUNGJAWAB SIAPA?. SEBELUM MENGUPAS TAJUK INI DENGAN LEBIH MENDALAM, TERLEBIH DAHULU, MARI KITA BERKENALAN DENGAN EMPAT ORANG AHLI PANEL KITA PADA HARI INI. JANGAN RAGU DAN JANGAN RISAU KERANA WARGA DEWAN SEMEMANGNYA TIDAK ASING LAGI DENGAN PANEL- PANEL KITA PADA HARI INI. BAIKLAH DISEBELAH KANAN SAYA, AHLI PANEL PERTAMA , SAUDARI DHARSAYANI JAYARAMAN YANG MERUPAKAN APA KHABAR SAUDARI? PANEL PERTAMA: KHABAR BAIK, SIHAT CIK PENGERUSI. CIK PENGERUSI MACAM MANA ? PENGERUSI: ALHAMDULILLAH, SIHAT JUGA SETERUSNYA, AHLI PANEL KEDUA, AYU BERBAJU KURUNG SAUDARI IZZAH SADON . SELAMAT DATANG SAUDARI. DI HUJUNG SANA, NAMPAK SEGAK DAN KEMAS TAPI IDEANYA PASTI SAHAJA BERNAS, SAUDARA

WAN MUHD ZULHUSNI, SELAMAT DATANG BUAT SAUDARA DAN AKHIR SEKALI , NAMPAK SAHAJA MALU TETAPI BIJAK BERKATA- KATA SAUDARA MOHD. IKRAM ZHARFAN BIN MOHD. ASRI, SELAMAT DATANG. SEBELUM SAYA MENYIMPANG DENGAN LEBIH JAUH, SOALAN SAYA PADA PANEL PERTAMA , APAKAH PUNCA PUNCA GEJALA INI BERLAKU? PANEL PERTAMA : TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI ATAS PERSOALAN YANG DIUJARKAN. PADA PENDAPAT SAYA, PUNCA PUNCA YANG MENYEBABKAN GEJALA INI BERLAKU IAITU PENGARUH RAKAN SEBAYA. REMAJA ATAU PELAJAR ZAMAN INI KEBANYAKAN TERSALAH MEMILIH KAWAN MEREKA. OLEH ITU, MEREKA TERJERUMUS DALAM MASALAH SOSIAL DENGAN MELAKUKAN AKTIVITI YANG TIDAK BERFAEDAH DAN AKAN MEMUDARATKAN DIRI MEREKA. MEREKA JUGA TIDAK ADA BENTENG KETAHANAN DIRI. DENGAN ITU, MEREKA BERASA SERONOK BERADA DALAM KELOMPOK KAWAN YANG MAMPU MEMEBERI KEUNTUNGAN. OLEH ITU, PELAJAR HARUSLAH BERHATI- HATI SEMASA MEMILIH KAWAN. PENGERUSI: PADA PANDANGAN EN. WAN PULA, APAKAH MUNGKIN LAGI PUNCA KEPADA BERLAKUNYA MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA? PANEL KETIGA: SELAIN DARIPADA PENGARUH RAKAN SEBAYA YANG DINYATAKAN OLEH CIK DARSHAYANI TADI TERDAPAT JUGA FAKTOR KURANG DIDIKAN AGAMA. PADA ZAMAN YANG MODEN INI, REMAJA KURANG MENGHAYATI DIDIKAN AGAMA YANG MEREKA PELAJARI. MEREKA JUGA TIDAK TAKUT AKAN DOSA DAN BALASAN YANG AKAN MEREKA TERIMA PADA HARI AKHIRAT KELAK. MEREKA JUGA LEBIH MEMENTINGKAN KESERONOKAN WALAUPUN AKTIVITI ITU BERTENTANGAN DENGAN NILAI DAN AGAMA.MASYARAKAT PULA ASYIK MENGAMALKAN BUDAYA LIHAT DAN PANDANG TETAPI TAK ADA USAH PUN NAK MENEGURNYA. PENGERUSI: CIK DARSHAYANI ADA APA APA YANG HENDAK DITAMBAH LAGI? PANEL PERTAMA: PENERANGAN YANG DILAKUKAN OLEH EN. WAN TADI AMAT TERPERINCI TETAPI TIDAK DILUPAKAN JUGA PERASAAN REMAJA YANG SENTIASA INGIN MENCUBA. JIWA REMAJA ZAMAN INI YANG PENUH DENGAN EMOSI SANGAT SUKA KEPADA SESUATU YANG BARU. APABILA MEREKA MELIHAT RAKAN SENDIRI DAPAT MELAKUKAN AKSI ATAU MEMBUAT SESUATU YANG MENYERONOKKAN , MEREKA AKAN TERIKUTIKUT. CONTOH AKSI AKSI YANG MEMBUATKAN MEREKA SERONOK DAN MAHU IKUT IAITU MEREMPIT, MEREKOK DAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL.

PENGERUSI: DAPAT KITA RUMUSKAN DARIPADA APA YANG DIKATAKAN OLEH KEDUA DUA SAUDARA KITA PUNCA MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA ADALAH PENGARUH DARIPADA MEDIA YANG TERDIRI DARIPADA MEDIA CETAK ATAU MEDIA ELEKTRONIK TELAH MENDEDAHKAN REMAJA KEPADA UNSR NEGATIF DAN AKIBAT DARIPADA KURANGNYA KAWALAN TERHADAP SISTEM MAKLUMAT MEMUDAHKAN LAGI UNTUK BAHAN BAHAN BERUNSUR NEGATIF SAMPAI KEPADA REMAJA. DI SAMPING ITU, MASALAH DALAM KELUARGA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU PUNCA. PERTENGKARAN IBU BAPA, KURANG KASIH KAYANG, DAN BEBANAN TUGAS MENYEBABKAN REMAJA TERTEKAN DAN EMOSI TERGANGGU. MEREKA MENGAMBIL JALAN KELUAR DENGAN LARI DARI RUMAH, MENGIKUT KAWAN KAWAN DAN MENGAMBIL DADAH SEBAGAI USAHA MEREDAKAN TEKANAN DALAM DIRI. PENGERUSI: SOALAN SETERUSNYA SAYA TUJUKAN KEPADA DR. IZZAH.PADA PENDAPAT DOKTOR, APAKAH KESAN DARIPADA MASALAH GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA?