Anda di halaman 1dari 4

SOALAN KEFAHAMAN

RUBINDRAN HISHAMUDIN FIRDAUS THEVAKI

Indah Negeriku Negeriku ternama berseri, indah dan ceria destinasi utama pilihan hati para pengunjung tidak jemu memuji. Negeriku aman damai pepohon nyiur melambai menaungi pasir halus di pantai tempat pelancong berlibur dan bersantai.

Negeriku aman sentosa warganya bersatu hidup selesa menjalin harmoni rukun muafakat di bawah naungan raja berdaulat.

Soalan
1) Jelaskan maksud perkataan muafakat dalam puisi ini 2) Mengapakah pengunjug tidak jemu memuji negeri ini? 3) Simpulkan maksud keseluruhan puisi ini 4) Huraikan maksud rangkap ke3 puisi 5) Ramalkan keadaan negeri ini jika rakyatnya tidak bersatu-padu?

6) Kategorikan beberapa kebaikan yang dapat dinikmati oleh rakyat berdasarkan puisi ini 7) Tukarkan perkataan muafakat dengan perkataan lain yang sama makna 8)Kemukakan 1 peribahasa yang sesuai mengikut mana-mana rangkap puisi diatas. 9) Kemukakan nama lain bagi pepohon nyiur? 10)Kemukakan 1 nilai utama yang ingin disampaikan penyajak?