Anda di halaman 1dari 12

TUGASAN : INDIVIDU PROPOSAL PERMASALAHAN PENDIDIKAN JASMANI HBPE 2203 JULAI 2013

NAMA NOMBOR MATRIK NO. TELEFON

: : :

HAIRUDDIN BIN RUBAIAN 761222016427002 761222016427

NO. KAD PENGENALAN :

TUTOR TEMPAT KURSUS

: :

NORHIZAN BIN ZAINOL PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH , OPEN UNIVERSITI MALAYSIA, JALAN IBRAHIM SULTAN 80300 JOHOR BAHRU, JOHOR.

KANDUNGAN

Intisari Kandungan

Muka surat

Pengenalan

(latar belakang kajian)

1 3 4 6 7 8 9 10

Perbincangan masalah PJ di sekolah Penerimaan Pentadbir Penerimaan Ibu Bapa Pengagihan Jadual Waktu Guru bukan Opsyen mengajar PJK Penutup Rujukan

PENDAHULUAN
Pendidikan Jasmani(PJ) adalah mata pelajaran wajib yang diajar dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSM) berdasar Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 25/1998,Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1998 ).Oleh yang demikian guru-guru matapelajaran PJ mestilah mengikut manual pendidikan seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Matapelajaran Pendidikan Jasmani boleh menggalakkan murid untuk minat bersukan. Sukan adalah satu aktiviti yang membantu manusia hidup seimbang di dunia ini.Kegembiraan dan keseronokan hidup akan menjadikan manusia akan bahagia dan menikmati kehidupan bersama keluarga yang tercinta.Aktiviti sukan juga dapat memenuhi masa lapang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Ini kerana apabila seseorang melakukan aktiviti sukan,mereka akan mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan.Penyakit-penyakit akibat pengambilan makanan yang berlebihan seperti obesiti,sakit jantung,darah tinggi dan kencing manis akan terjaga dan dapat dirawat sekiranya seseorang itu secara berterusan melakukan aktiviti sukan. Di Malaysia khususnya,banyak faedah boleh diketengahkan untuk menarik perhatian masyarakat dan kesedaran mereka terhadap aktiviti sukan ini.Jika dilihat dari kacamata kasar,sebenarnya banyak perkembangan yang telah berlaku terhadap sukan di Malaysia.Contohnya pada awal 80-an kita dapat perhatikan hanya segelintir sukan sahaja yang dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia.Antara sukan yang sering mendapat perhatian masyarakat dan media massa ialah sukan Bolasepak dan Badminton sehingga lahirnya jaguh-jaguh sukan yang digeruni pihak lawan khususnya di Nusantara.Nama-nama seperti Dato M.Jegathesan,Dato Mokthar Dahari,Dato Marina,Dato Misbun dan adik beradiknya,Dato Malek Noor dan ramai lagi adalah jaguh-jaguh sukan terkemuka yang pernah dilahirkan oleh negara satu ketika dahulu. Di era 90-an pula,banyak sukan-sukan baru yang telah diperkenalkan oleh Kementeria Belia dan Sukan Malaysia contohnya sukan skuasy dan sukan lawn ball(boling padang.Sukan-sukan ini telah menempa nama Malaysia dipersada Asean kerana ada antara pemain dan atlet kita yang telah berjaya mendapat pingat emas dalam sukan Sea.Masyarakat Malaysia secara sedikit demi sedikit beralih kepada sukan-sukan baru ini

tetapi yang menyedihkan banyak sukan-sukan hebat tidak lagi mampu melahirkan jaguhan ternama.Pada era Mileniuem ini pula,kebangkitan semula sukan-sukan popular dengan banyak projek-projek pemulihan dijalankan dengan penubuhan banyak akedemi sukan di serata negara bagi mencungkil bakat-bakat baru.Usaha itu tidak terhenti di situ,rancanganrancangan realiti juga sedikit sebanyak telah menyumbang kearah memperkembangkan sukan di Malaysia seperti My Team,Soccerstars dan lain-lain lagi. Sesungguhnya pepatah Melayu ada mengatakan Akal yang cerdas itu bermula daripada badan yang sihat.Saya amat mengharapkan agar anak-anak murid saya akan sentiasa cergas dalam apa jua bentuk perkara yang mereka lakukan samada di dalam atau diluar sekolah.Saya juga mengharapkan juga agar murid-murid saya yang berada di tahun 6 akan sentiasa menjaga kesihatan mereka khususnya menjelang peperiksaan yang mereka akan hadapi. Akan tetapi terdapat beberapa permasalahan yang timbul kepada guru-guru PJK(Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) untuk memastikan kelancaran bagi P dan P Pendidikan Jasmani di skeolah rendah.Permasalahan tersebut sedikit sebanyak mengganggu pihak guru dan murid-murid daripada cenderung terhadap sukan.Oleh yang demikian pelbagai kajian telah dilaksanakan untuk menyatakan hasrat kerajaan menjadikan setiap murid aktif dalam sukan.Motto satu murid satu sukan akan berjaya sekiranya banyak pihak bergabung tenaga untuk menyelesaikannya. Tugasan saya ini adalah berkaitan dengan perbincangan dan cadangan secara terperinci mengenai permasalahan yang didapati ketika saya menjalankan pendidikan jasmani di sekolah saya.Oleh kerana permasalahan ini sering berlaku terhadap guru-guru PJ sendiri,saya membuat beberapa kajian tindakan di sekolah saya agar perkara ini dapat di selidiki secara lebih mendalam.Saya amat berterima kasih kepada pensyarah saya kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada saya selama ini.

PERBINCANGAN MENGENAI PERMASALAHAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Matapelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah bantuan kerajaan/harian merupakan matapelajaran elektif.Sepertimana masalah yang dihadapi oleh matapelajaran elektif yang lain di sekolah seperti Pendidikan Islam,Pendidikan Seni Visual(PSV),Sivik,Muzik,Bahasa asing (bahasa arab,bahasa tamil dan bahasa cina),Kemahiran Hidup dan beberapa matapelajaran lain sering menghadapi masalah daripada sikap dan kesungguhan murid serta ibu bapa terhadap kepentingannya dalam kehidupan seharian.Oleh yang demikian,sekiranya tidak di bendung maka wabak ini akan menular kepada masyarakat di Malaysia mengabaikan aspek kecergasan dan tidak mengendahkan budaya yang sihat di dalam kehidupan.Selagimana matapelajaran elektif khususnya matapelajaran PJ tidak dijadikan sebagai matapelajaran teras atau wajib dalam peperiksaan selagi itu ibu bapa tidak menekankan serta menggalakkan anak anak melakukan sebarang aktiviti kokurikulum termasuklah bersukan menjelang tibanya peperiksaan besar seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Terdapat juga masalah yang datangnya daripada pihak pentadbir iaitu sekolah tidak membenarkan murid-murid tahun 6 atau tingkatan 5 untuk terlibat dalam semua aktiviti sukan sepanjang tahun kerana dikhuatiri akan menyebabkan murid akan terganggu pelajarannya.Kerisauan ibu bapa juga mempengaruhi minat pelajar untuk meneruskan kegiatan sukan yang mereka ceburi sepanjang pembelajaran mereka baik di sekolah rendah lagi dan di sekolah menengah.Masalah-masalah ini akan bertambah rumit apabila murid sendiri tidak tahu sukan yang mereka minati kerana tidak pernah melibatkan diri dalam kegiatan sukan sejak daripada bangku sekolah rendah dek kerana kerap tidak menghadiri aktiviti kokurikulum dan asyik belajar untuk menghadapi peperiksaan. Oleh yang demikian saya telah merumuskan permasalahan ini kepada empat aspek yang terpenting dan selalu menjadi igauan setiap guru-guru matapelajaran elektif

khususnya matapelajaran Pendidikan Jasmani iaitu daripada aspek penerimaan pentadbir,ibu bapa,masa pembelajaran dan guru-guru yang bukan opsyen.

1.Penerimaan pihak pentadbir


Pihak pentadbiran sekolah sering meletakkan guru yang mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sebagai pelengkap jumlah waktu mengajar guru.Hal ini berpunca daripada masalah kekurangan guru yang opsyen bagi mata pelajaran tersebut.Guru yang terlibat dalam mata pelajaran ini tidak mempunyai nilai dari segi peperiksaan umum.Kebanyakan sekolah terutama sekolah rendah tidak menitikberakan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.Pelajaran pendidikan jasmani sekolah rendah ada elemen sains sukan walaupun tidak secara terperinci seperti sekolah menengah walaupun penajar tahap 1 diajar tentang perkara-perkara yang dianggap remeh namun dari situlah kita belajar bagaimana membina kondisi otot,koordinasi dan elemen-elemen sains sukan yang lain. Walaupun begitu,pihak pentadbiran sekolah beranggapan pendidikan jasmani tidak perlu guru yang mahir tentang pendidikan jasmani malah sesiapapun boleh mengajar pendidikan jasmani.Apabila guru bukan opsyen ini mengajar,kebanyakkan murid mahu bermain permainan yang mereka suka sahaja iaitu murid lelaki suka bermain bolasepak dan murid perempuan suka bermain permainan bola jaring.Akhirnya kita lihat dikebanyakan padang sekolah dipenuhi dengan aktiviti bolasepak dan bolajaring sahaja setiap hari kerana guru-guru tidak tahu mengawal kelas atau dalam bahasa yang lain tidak tahu mengajar PJ.Natijahnya kita lihat bakat murid tidak berkembang malah yang menyedihkan lagi banyak berlaku kemalangan ketika P dan P Pendidikan Jasmani akibat sikap ambil mudah dan sambil lewa daripada guru. Sikap pentadbir yang tidak pernah turun padang memantau P dan P guru-guru PJ juga adalah antara faktor yang menyebabkan ramai dikalangan guru PJ tidak membuat persediaan dari segi tulisan,amali dan perlaksanaan.Terdapat juga guru-guru yang hanya memberi murid sebiji bola dan guru tersebut duduk sahaja di tepi padang sambil berborakborak dengan rakan setugas atau bermain facebook.Pendidikan Jasmani bukan subjek utama peperiksaan UPSR,semasa jadual anjal dilaksanakan di sekolah-sekolah pada bulan Julai hingga UPSR maka berlakulah situasi rebut murid dikalangan guru-guru.Para guru tahun 6 biasanya tidak akan membenarkan sama sekali selama 3 bulan murid-murid

menyertai aktiviti sukan malah Pendidikan Jasmani itu sendiri kerana ingin lebih fokus kepada UPSR semata-mata mengejar GPS dan Ranking UPSR sekolah yang diidamkan. Saban tahun perkara ini berlaku,murid-murid dipaksa untuk bekerja keras dalam merealisasikan misi dan visi guru tahun 6 tersebut.Guru-guru matapelajaran elektif khususnya matapelajaran PJ akan diberi relief atau sijil ganti setiap hari tanpa diberikan silibus untuk meneruskan Pdan P guru tahun 6 yang masih berbaki di kelas-kelas selain tahun 6.Sikap pentadbir diperingkat sekolah mahupun jabatan pendidikan hanya menjadikan matapelajaran ini sampingan dengan meletakkan keutamaan kepada subjek teras yang lain dan juga menempatkan guru-guru yang tiada pengkhususan untuk mengajar subjek ini sebagai pelengkap jadual adalah dianggaps sebagai keterlaluan dan pengabaian terhadap sukan. Kita tidak boleh mengembangkan sukan dinegara kita apatah lagi mencapai kegemilangan sukan seperti masa dahulu sekiranya masalah utama ini tidak dapat dibendung dari akar umbinya lagi.Ketidakpuashatian guru-guru PJK sering timbul apabila musim sukan bermula.Merekalah orang yang sentiasa mengerahkan tenaga dan keringat sanggup berhempas pulas dan berpanas terik tanpa dipedulikan oleh pihak pentadbir.Malah pihak pentadbir yang lebih melampau sengaja mencuri masa mereka ketika musim jadual anjal akan menyebabkan guru-guru mahir dalam PJ disesebuah sekolah akan berkecil hati dan dianggap sebagai anak tiri.Layanan pentadbir seharusnya bersikap sama rata dan tidak memilih bulu sehingga semua guru akan lebih mesra dengan pihak pentadbir serta proaktif dalam menjalankan tugasan rutin mereka atau bukan tugas mereka.Guru-guru PJK sering menganggap tidak diberi keistimewaan terhadap diri mereka dari segi metodologi dan pengetahuan hanya guru-guru yang mempunyai kemahiran tertentu dan sering menceburkan diri dalam aktiviti luar seperti mewakili daerah,negeri dan negara sahaja akan diberi keutamaan oleh pihak pentadbir.Mereka ini dianggap glamour daripada rakanrakan guru PJK yang lain.Persoalan yang timbul tanpa jawapan sekarang adalah adakah mereka sahaja yang berkelayakan untuk memberi input bagi melahirkan manusia yang seimbang dari segi Jasmani,Emosi,Rohani dan Spiritual(JERIS)? dan soalan Dimanakah peranan guru-guru PJ yang lain?.

Justeru,pihak pentadbir diseru agar tidak menggunakan kuasa yang diberi dengan sewenang-wenangnya agar semua pihak berpuashati dan menjalankan tugasan dengan saksama.Kerja berpasukan adalah lebih seronok daripada kerja bersendirian.

2.Penerimaan pihak ibubapa


Masalah Pendidikan Jasmani tidak terhenti masalah yang dihadapi oleh guru-guru PJK terhadap pihak pentadbir sahaja malah masalah kedua yang sering timbul adalah penerimaan pihak ibubapa terhadap matapelajaran ini.Seperti yang telah dijelaskan di pendahuluan ini,pihak ibubapa menganggap bahawa mata pelajaran ini banyak membuang masa kerana murid telah diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum yang lain diluar waktu pembelajaran.Para ibu bapa sanggup menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tuisyen di luar daripada menghadiri kegiatan sukan atau latihan sukan pada waktu petang dan aktiviti kokurikulum permainan pada hari sabtu. Sepertimana yang berlaku sendiri pada saya tahun lepas,ketika hari sukan muridmurid bagi setiap rumah sukan akan ditempatkan di khemah masing-masing.Ada segelintir murid sahaja yang suka bermain dan berjemur di padang.Isu tersebut bermula apabila ada seorang bapa pelajar mengirimkan email aduan pelanggan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan guru-guru menjemur anaknya dengan sengaja dipadang sehingga ke tengahari dan menyebabkan anaknya demam.Kenyataan tersebut telah dipanjangkan kepada pihak JPN Johor dan PPD Pasir Gudang.Satu siasatan telah dilaksanakan untuk membetulkan kenyataan tersebut.Akhirnya keputusan dibuat dan mengarahkan semua sekolah mengadakan aktiviti sukan pada akhir tahun iaitu bermula bulan 7 selepas UPSR dan pada waktu yang lebih sejuk.Malang bagi saya terpaksa bekerjasama dan meninggalkan kelas semata-mata untuk menjawab isu itu.Bagi pihak sekolah pula tidak dapat memilih atlet mewakili sekolah kerana terpaksa menunggu sehingga bulan Julai.Oleh yang demikian sikap ibu bapa ini perlu di betulkan sebelum menjadi lebih parah dan wabak terhadap pihak guru dan sekolah. Bagi murid pula,mereka sering beranggapan bahawa mereka dapat memberi pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada bersenam atau bersukan.Walaupun mereka sedar bahawa matapelajaran ini penting bagi meningkatkan tahap kesihatan dari segi fizikal dan mental namun sikap malas dan menganggap bahawa mata pelajaran

Pendidikan Jasmani tidak penting telah mempengaruhi minda mereka.Tanpa kesihatan fizikal,seseorang itu akan mengalami masalah dari segi fizikal dan mental. Minda yang cerdas bermula daripada badan yang sihat dan cergas.Rakyat Malaysia perlu lebih prihatin terhadap masa depan mereka dan menjaga kecergasan mereka sendiri.

3.Pengagihan waktu P dan P


Masalah ketiga yang dikhuatiri oleh para guru PJK adalah masalah pengagihan waktu P dan P yang tidak mengikut ketetapan pekeliling yang dibuat oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sejak Disember 1993 lagi.Sejak tahun 1993 lagi sebenarnya telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk tahap satu menjadi tiga waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk tahap dua.Oleh kerana objektif yang hendak di capai bagi sesuatu kemahiran tidak boleh dicapai dalam waktu yang terlalu singkat.Sebenarnya pengagihan waktu tersebut masih lagi tidak mencukupi pada guru PJK.Kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu terhadap objektif dalam sukatan pelajaran sebelum mengubah dan mengagihkan waktu yang baru terhadap matapelajaran ini.Jika dilihat daripada objektif contohnya kemahiran kardiovaskular,murid tidak boleh menguasai sepenuhnya kemahiran tersebut dengan hanya mengetahui asasnya sahaja. Aspek yang digabungjalinkan dalam pendidikan jasmani melalui aktiviti pergerakan fizikal dalam sukan.Banyak kemahiran difokuskan dalam perlaksanaan aktiviti P dan P Pendidikan Jasmani memerlukan masa yang lama sehingga 6 waktu seminggu.Matlamat utama Pendidikan Jasmani adalah ke arah pembinaan kecergasan diri pelajar melalui amalan-amalan gaya hidup sihat serta menjadikan aktiviti kecergasan dan sukan sebagai pendidikan sepanjang hayat (Pusat Perkembangan Kurikulum 1999). Pengagihan waktu mestilah dikaji semula sebelum dilaksanakan disekolahsekolah.Oleh kerana matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani yang terlalu besar ini,guruguru PJK terpaksa menggunakan masa lapang mereka menjalankan aktiviti pengujian dan pengukuran Pendidikan Jasmani seperti SEGAK.Guru-guru mestilah mengajar mengikut sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kokurikulum bagi memastikan pelajaran yang diajar lebih berkesan dan bermakna dengan penguasaan ilmu pedagogi dalam Pendidikan Jasmani di sekolah.

4.Guru-guru bukan opsyen PJ


Kehadiran lambakan guru yang tidak diperlukan oleh BPG akhir-akhir ini kesekolah menjadi tanda tanya dan kerisauan oleh sesetengah guru.Contohnya sekiranya guru-guru yang keluar berpindah dari sekolah kebanyakkan guru opsyen Bahasa Melayu tetapi guru yang masuk menggantikan mereka adalah dari kalangan opsyen Bahasa Inggeris.Sepatutnya pihak BPG memberikan sekolah guru-guru mengikut opsyen guru yang keluar.Ini akan mengganggu kelancaran proses pembelajaran seperti lambakan guru yang sama opsyen dan pihak pentadbir pening untuk mengagihkan jadual waktu yang bersesuaian.Inilah yang dimaksudkan guru yang tidak diperlukan. Bagi matapelaran Pendidikan Jasmani,sudah tentulah menjadi satu pilihan terakhir bagi para pentadbir sekolah untuk melengkapkan jadual persekolahan dengan memberikan jadual waktu harian kepada guru-guru baru ini dengan jadual Pendidikan Jasmani.Mereka tiada kemahiran dan ilmu pedagogi ketika kursus pengajian mereka dahulu.Perkara ini perlu dianggap serius kerana ianya melibatkan kemahiran tenaga pengajar sesuatu ilmu itu mestilah dalam bidangnya.Akhirnya guru-guru baru tersebut bersikap sambil lewa dan tidak peka dalam menghadapi sebarang permasalahan yang membelenggu pelajarnya. Shulman (1987) berpendapat seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan teruatamanya ilmu konten untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah.Ilmu konten ini sangat penting kerana melaluinyalah sesuatu ilmu itu dapat disalurkan dengan lebih berkesan.Murid akan cepat menerima dan melaksanakan sesuatu aktiviti Pendidikan Jasmani.Banyak masalah dan situasi akan dapat dikawal oleh guru-guru yang berkemahiran dan berilmu dengan ilmu konten. Menurut Pissanis & Temple (1990),melaporkan bahawa guru opsyen Pendidikan Jasmani merasa kecewa dengan kualiti pengajaran guru bukan opsyen kerana pengajaran mereka bersifatikut apa yang cikgu suruh buat daripada pengajaran yang berpusatkan bagaimana hendak melakukan dan mengapa perlu lakukan kemahiran ituSaranan pihak kerajaan supaya melestarikan pembelajaran Pendidikan Jasmani melalui program

pembestarian guru sudah semestinya bagi memastikan pengajaran dapat diajar dengan lebih berkualiti.

PENUTUP
Telah sampai waktunya matapelajaran Pendidikan Jasmani menjadi satu matapelajaran teras dan wajib dalam peperiksaan.Ini terbukti hasil daripada ujian SEGAK yang telah saya laksanakan disekolah,masih ramai lagi murid tahap dua yang tidak melepasi tahap normal.Terdapat hampir 25% murid khususnya murid perempuan tahun enam yang berada diparas obesiti.Sebanyak 30% sahaja murid yang berada diparas normal.Manakala baki peratus iaitu 45% berada diparas tidak normal.Justeru saya menyeru agar semua pihak yang terlibat dalam pembangunan pendidikan dan sukan di negara ini untuk mengkaji dengan lebih terperinci dan seterusnya melaksanakan kajian tersebut dengan lebih tegas. Matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Keishatan adalah satu matapelajaran yang sangat penting.Ini kerana matapelajaran ini sangat berkait rapat dan mempunyai satu hubungan yang mendalam dalam kehidupan manusia.Contohnya dari segi kerjaya,sekiarnaya murid meminati sukan atau bidang kokurikulum,maka mereka perlulah mengembangkan bakat yang mereka ada sejak dari kecil lagi dalam bidang Pendidikan Jasmani.Ini akan menjadikan mereka berjaya dalam kerjaya mereka sebagai seorang ahli sukan yang termasyhur kelak.Dari segi kesihatan pula,murid akan sentiasa menjaga dan perihatin terhadap kesihatan serta kecergasan fizikal mereka supaya mereka boleh memberikan yang terbaik dalam pelajaran mereka dan kerjaya mereka kelak.Usia mereka juga akan berpanjangan berbanding dengan murid yang hanya duduk belajar tanpa menghiraukan aktiviti pendidikan jasmani. Cadangan saya pada masa akan datang,pihak pentadbir mestilah lebih berperanan dalam menjelaskan kepada ibu bapa mengenai kepentingan Pendidikan Jasmani untuk anak-anak mereka,sentiasa menjaga hati dan mengiktiraf semua guru khususnya guru PJK

tanpa memilih bulu dan mengagihkan masa dan waktu dengan fleksibel kepada semua guru khususnya guru-guru baru. Harapan saya semoga matapelajaran Pendidikan Jasmani kembali menjadi matapelajaran yang digemari dan popular disekolah.Semaikan kecintaan terhadap pendidikan Kesihatan dan pembangunan sukan bermula di sekolah.

Rujukan
1. Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) sekolah rendah dan Menengah,Jun 2006,Pusat Perkembangan Kokurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Portal My Sihat :http://www.mysihat.gov.my/V2/Promosi/images/stories/Modul_Program_ Kesihatan_2011/Modul_Aktiviti_Fizikal_4.pdf 3. Reddin, W. J. Managerial Effectiveness. (1970). (pp. 189-190). (New York: McGraw-Hill Book Company). 4. Whisenand, Paul M. and R. Fred Ferguson. (1978). (p. 37). The Managing of Police Organizations, Second Edition.

5. Wortheim E.G. (2002) Historical background of organizational behavior (p. 17). Boston, MA: College of Business Administration.

Anda mungkin juga menyukai