Anda di halaman 1dari 4

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2703

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER 5/ MEI 2012

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : : :

NORAIN BT MOHAMED SUDKI 680621085206001 680621085206 012-7674729 Anne5206@gmail.com DR S NATHESAN PUSAT PEMBELAJARAN BATU PAHAT

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2703

JURNAL REFLEKTIF Syukur Alhamdulillah saya lafazkan kerana berjaya merealisasikan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga saya rakamkan buat tutor saya, Dr. S. Nathesan yang tidak jemu-jemu membimbing agar tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya. Tugasan yang berbentuk portfolio ini merujuk kepada subjek HBEF 2703 Ko-Kurikulum. Portfolio yang perlu disediakan menjurus kepada profesion saya sebagai guru. Ianya

berkaitan dengan pengurusan aktiviti ko-kurikulum di sekolah sama ada persatuan, permainan atau unit beruniform. Sememangnya ia memudahkan saya untuk mendapatkan dan menggunakan segala pengalaman yang ada. Dalam usaha mengumpul segala maklumat dan sumber untuk portfolio ini, akhirnya saya memutuskan memilih aktiviti-aktiviti unit beruniform TKRS di sekolah saya sendiri sebagai fokus. Saya memilih dua aktiviti yang telah dijalankan iaitu Pertandingan Memasak dan Pertandingan Membuat Kolaj. Pertandingan Memasak sememangnya aktiviti popular bagi setiap pasukan unit beruniform. Pertandingan kali ini terbuka kepada ahli TKRS dari tahun 5 dan 6 sahaja kerana mereka telah diberi pendedahan dalam bidang masakan tersebut. Respon daripada ahli agak baik di mana tujuh buah kumpulan telah bersedia untuk bertanding. Namun begitu, saya tidak dapat lari dari beberapa masalah semasa menjalankan kedua-dua aktiviti tersebut. Masalah pertama yang saya hadapi ialah semasa menganjurkan

pertandingan masakan. Kawasan sekolah saya hanya mempunyai keluasan 0.9 hektar tanpa kawasan berumput. Oleh itu, mencari kawasan sesuai menyediakan tapak untuk memasak agak sukar. Pada tahun-tahun yang lalu, pertandingan seperti ini dijalankan di kawasan dataran sekolah tetapi kini kawasan tersebut telah berubah menjadi dewan terbuka. Tiada pilihan lain, program terpaksa menggunakan kawasan yang agak sempit di belakang bangunan bilik darjah. Oleh kerana aktiviti pertandingan ini dijalankan pada hari

persekolahan, terdapat proses P&P yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Dalam waktu yang sama pertandingan memasak yang diadakan memerlukan peserta menghidupkan api menggunakan kayu api. Tanpa dapat mengelak, P&P di dalam bilik darjah menjadi terganggu dengan asap dari tempat memasak selain kebisingan para peserta pertandingan.

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2703

Sebagai tindakan semerta, murid-murid di dalam dua buah kelas terlibat terpaksa dipindahkan ke perpustakaan dan dewan terbuka untuk meneruskan proses P&P selama 2 jam. Sebagai pihak penganjur, saya perlu bertanggungjawab terhadap situasi tersebut. Saya harus memastikan ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Justeru itu, semua

pertandingan memasak yang perlu menggunakan api tidak sesuai diadakan pada sesi P&P sedang berlangsung yang turut melibatkan murid lain selain peserta. Bagi mengelak situasi seperti ini berlaku lagi, hari Sabtu adalah pilihan terbaik untuk menjalankan aktiviti sepertinya. Walaubagaimanapun, aktiviti ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana ia adalah salah satu aktiviti yang dapat memupuk kemahiran insaniah dalam kalangan para peserta. Kegiatan kokurikulum yang telah saya jalankan seterusnya ialah Pertandingan Membuat Kolaj. Seperti kebiasaannya, para pelajar sangat seronok jika ada sebarang program kokurikulum diadakan untuk mereka. Masing-masing sibuk memilih ahli kumpulan dan

mendaftar sebagai peserta. Bagi Pertandingan Membuat Kolaj, peserta terdiri daripada 4 orang, masing-masing seorang dari setiap unit beruniform iaitu kumpulan majmuk. Merujuk kepada syarat pertandingan, semua bahan serta peralatan yang diperlukan untuk pertandingan adalah tanggungjawab para peserta sendiri. Atas nasihat guru, pelajar

dikehendaki menyenaraikan bahan dan alatan yang perlu dibawa dan mengagihkan sesama ahli kumpulan. Tepat jam 2.00 petang pada hari pertandingan peserta diminta berkumpul untuk memulakan aktiviti. Ketika itu kekecohan mula berlaku apabila ramai di antara ahli kumpulan tidak membawa bahan atau alatan yang telah dijanjikan. Antara faktor-faktornya ialah lupa, hilang serta tidak mendapat kerjasama dari ibu bapa sendiri. Berlaku juga pertelingkahan sesama ahli. Ada juga kumpulan yang ingin menarik diri dari pertandingan. Namun, atas nasihat guru-guru, para peserta bersedia meneruskan acara. Oleh kerana aktiviti kumpulan sangat mementingkan kerjasama antara ahli, semua peserta perlu meneruskan acara menggunakan bahan yang ada sahaja. Berasaskan bahan dan alatan yang minima, maka hasil kerja mereka juga sangat minima. Selain itu, semasa pertandingan dijalankan, ramai ahli kumpulan yang tidak bekerjasama menyiapkan kolaj mereka. Hanya beberapa ahli kumpulan yang tekun untuk menyiapkan

NORAIN BT MOHAMED SUDKI (680621085206001)

HBEF2703

kolaj tersebut. Para peserta juga tidak teliti dalam menjaga kebersihan kawasan kerja mereka. Secara amnya, objektif bagi aktiviti ini tidak dapat dicapai sepenuhnya. Bagi mengelakkan perkara sama berulang pada masa akan datang, guru pemimpin atau guru penasihat mungkin perlu mengumpulkan bahan dan alatan terlebih dahulu sebelum hari pertandingan dijalankan. Beberapa kategori hadiah mungkin boleh dpertimbangkan untuk memberi motivasi kepada peserta. Contohnya ialah kategori Kumpulan Paling Bersih,

Peserta Paling Rajin, Kumpulan Paling Sporting, dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai