Apakah imej yang menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang masalah sosial diketengahkan? Sudah tentu terdapat pelbagi hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikran kita bagi mencari jawapan tepat berhubung soalan tersebut. Saban hari, kes-kes maksiat seperti rompakan, pembunuhan penderaan dan penyalahgunaan dadah dan berbagai-bagai lagi penyakit sering terpampang dan terhidang pada dada-dada akhbar dan tersiar melalui kaca televisyen. Tiadakah noktah bagi masalah ini yang semakin menular di seluruh negara ini bagai suatu wabak? Sesungguhnya kini, gejala sosial sedang melanda negara pada tahap yang agak serius. Siapa yang harus dipersalah atau dipertangungjawab? Sebelum mencapai tahap kritikal, masalah ini harus dibuang daripada pangkalnya. Cuba kita mengerah otak sejenak, apakah yang menyebabkan kegiatan ini meruncing dan apakah lompang yang harus ditutup untuk membanteras gejala ini? Jika dikaji begitu banyak begitu banyak punca berlakunya kebejatan sosial di kalangan remaja. Antaranya ialah kegoyahan dalam institusi keluarga. Ibu bapa kini begitu ghairah dalam mengejar harta dunia sehingga alpa dalam membentuk jiwa anak-anak. Hidup ala nafsi-nafsi siapa lu siapa gua telah menjadi budaya songsang masyarakat bandar kini. Wang ringgit dan harta benda menjadi kiblat manusia era modenisasi ini. Mereka bersifat agnostik dan materialistik. Akhirnya anak-anak terbiar dalam ketandusan kasih sayang, hanya ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang masyarakat elit. Akhirnya denagan kuasa wang, anak-anakhidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agama. Justeru, berkembangnya konflik sosial yang tiada noktahnya. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya masalah sosial yang acap kali dikaitkan dengan pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat denagan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih menghabiskan mengahabiskan masa mereka di sekolah dan sebelum pulang dari rumah pula, mereka akan melpak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat yang memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih sudah pasti
mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja-remaja mudah terikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kebejatan sosial seperti seperti rogol, peras ugut, bunuh dan sebagainya. Tambahan pula, ketandusan agama dan keimanan setebal kulit bawang telah mencetuskan seseorang tergamak melakukan angkara yang mencemarkan maruah dan harga diri serta keluaraga. Dengan kedangkalan ilmu agama, seseorang itu tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk atau haram dan halal. Oleh sebab itu, setiap tindakan hanyalah berlandaskan percaturan fikiran yang singkat dan nanar dan bertindak secara membujur lalu melintang patah. Iman merupakan kompas kehidupan seseorang. landasan benar yang ditentukan oleh Ilahi. Media massa yang turut bias kepada peradaban masyarkat Barat turut menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja. Media seperti televisyen adalah menjadi wahana penting denagan begitu tega menayangkan adegan-adegan yang tidak sihat. yang berunsurkan 3S iaitu seka, sadis dan seram, Pengaruh negatif melalui media massa amatlah destruktif kepada pemikiran masyarakat terutamanya generasi muda. Kanak-kanak yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onar akan cepat belajar membesar dan membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Musibahnya, generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebjatan sosial dan menjadi golongan yang liar, anarkis, perosak dan tidak produktif. Pelbagai langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini. Langkah yang pertama harus dimulakan daripada institusi kekeluargaan.Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anakanak mereka. Mereka harus mengambil insiatif untuk mengetahui segalanya tentang anak-anak mereka. Jika masa mengizinkan, ibu bapa boleh berkongsi pendapat dan berbual dengan anakanak mereka. Hal ini dapat meneratkan hububgan silaturahim di samping memahami hati anakanak mereka. Rumah merupakan sekolah yang pertama bagi anak-anak. Ibu bapa harus mendidik anak-anak sejak kecil lagi supaya menjauhkan diri daripada gejala negatif bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu bapa harus membekalkan ajaran agama yang sempurna kepada anak-anak Sesungguhnya, seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpegaruh oleh runtutan nnafsu syawaniah ajakan syaitan daripada memilih
supaya sentiasa berada di landasan takwa yang ditentukan oleh Ilahi. Hal ini juga dapat mengelakan anak-anak daripada memilih rakan yang tidak baik perangainya. Iman dapat membantu seseorang untuk sentiasa berbuat yang baik dan berfikir yang baik. Keteguhan iman seseorang dapat mengembalikan seseorang itu ke pangkal jalan walaupun dia tersilap jalan. Tambahan pula, media massa seperti televisyen harus menapis rancangan yang berunsurkan seks, sadis dan seram sebelum disiarkan di kaca televisyen Kerajaan harus bekerjasama dengan pihak televisyen untuk menerbitkan rancangan-rancangan dokumentari yang menunjolkan keburukan masalah sosial yang dapat menimbulkan kesedaran di sanubari rakyat terutamanya para remaja. Rancangan-rancangan yang berbentuk ilmiah turut dapat membentuk jiwa remaja. Media cetak pula harus berperanan untuk menapis kandungan cetakan yang mengandungi unsur yang tidak senonoh seperti gambar-gambar yang mencolok mata. Pendidikan menjaring masa seumur hidup bagi setiap insan. Pendidikan yang berasaskan unsur-unsur material dengan menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah. Sistem pendidikan yang seimbang dari segi tuntutan jasmani, rohani. emosi, intelek seperti yang termaktub dalam falsafah pendidikan negara akan membentuk individu yang bermaklumat dan sedar akan sistem nilai, etika dan agama. Apabila dikatakan tentang pendidikan, guru memainkan peranan yang penting. Para guru harus menjadi teman yang baik kepada pelajar-pelajar. Hal ini dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi masalah mereka dengan guru mereka. Tambahan pula, pihak kerajaan perlu mengutkuasakan undang-undang secara komprehensif supaya dapat memberikan rasa takut dan hormat kepada setiap pesalah. Pihak kerajaan harus melucut jawatan para pengamal undang-undang yang sepatutnya menjadi pelindung undang-undang tetapi luwes dalam menjalankan amanah yang dipertanggunjawabkan. Hal-hal ini seperti ini akan mencetuskan kesedaran di kalangan rakyat terutamanya golongan muda supaya tidak terjun ke kancah permasalahan sosial. Tindakan ini juga akan mengelakan gejalah jenayah dan gejala moral seperti rasuah, tridak menghormati undang-undang dan peraturan, peregaulan bebas dan berbagai-bagai tingkah laku yang mencemari peradaban dan tatasusila.
Konklusinya, gejala sosial merupakan suatu maslah yang serius dan semakin menular. Oleh sebab itu, langkah-langkah yang disyorkan perlu diambil segera. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung harus menggembleng tenaga untuk membanteras masalah kebejatn sosial. Ingatlah masalah ini tetap melibatkan segenap lapisan masyarakat Masalah ini sentiasa menagih komitmen dan keiltizaman semua pihak sebagi suatu sinergi untuk menanganinya dengan lebih berkesan.