Anda di halaman 1dari 3

1.

Konsep Akhlaq

Akhlaq berasal dari bahasa Arab iaitu khuluqun yang bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku, tabiat, bentuk keperibadian atau kebiasaan kehendak. Akhlaq dari segi bahasa

didefinisikan sebagai moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Kamus Dewan mendefinisikan akhlaq sebagai budi pekerti, kelakuan atau tabiat. Tingkah laku, tabiat, perangai, bentuk keperibadian dan kebiasaan dalam bertindak di mana sikap dan keperibadian itu melahirkan tingkah laku perbuatan manusia terhadap Tuhannya, diri sendiri, orang lain serta alam

sarwajagat/semesta. Pendapat yang lain menyatakan akhlaq dari segi bahasa bererti tabiat, kebiasaan dan maruah. Menurut istilah, akhlaq beerti serumpun niai-nilai dan sifat-sifat yang sebati di dalam diri seseorang. Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, akhlaq dalam Islam ditakrifkan sebagai nilai-nilai atau sifat-sifat yang telah sebati dalam diri seseorang dan menjadi kayu ukur bagi insan untuk menilai baik buruknya sesuatu perbuatan. Akhlaq berfungsi sebagai pengatur tingkah laku manusia. Ini berikutan tulisan Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin iaitu, setiap sifat yang tersemat dalam hati akan tercerna kesannya pada anggota badan dan akan bergerak menurut sifat ini. Kata-kata Imam al-Ghazali boleh diumpamakan sebagai akar yang subur yang menghasilkan pokok yang rendang dan tegap. Manakala akar yang sakit akan dapat dikesan pada pokok yang kelihatan lesu dengan dedaun yang kekuningan. Manakala menurut Dr. Miqdad Yalchin, akhlaq ialah prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur tingkah laku manusia dalam kehidupannya. Ia membentuk dan menentukan hubungan dengan orang lain agar misi kehidupan manusia terlaksana dengan sempurna. Kesimpulannya, akhlaq boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau perbuatan yang menjadi kebiasaan. Apabila dilakukan, tidak

perlu berfikir panjang kerana ia diamalkan sekian lama dan diterima dalam masyarakat sebagai sebahagian dari cara hidup. Dalam Islam, akhlaq dikonsepkan sebagai sikap dan amalan Islam yang dipadankan kepada sifat-sifat positif kemanusiaan. Contohnya, seorang pejuang Islam akan tetap menonjolkan akhlaq Islam ketika berperang seperti tidak membunuh perempuan, kanak-kanak, binatang, tumbuhan dan sebagainya yang digariskan dalam akhlaq peperangan. Ilmu akhlaq adalah sejenis ilmu falsafah yang praktikal kerana ia dapat menggambarkan tingkah laku yang mencerminkan keperibadian seseorang di mana ia adalah sesuatu yang boleh dinilai. Akhlaq adalah sains yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan serta cara untuk mempraktikkan kebaikan dan menolak keburukan. Ia juga

berkait rapat dengan kejiwaan. Oleh itu ada yang menafsirkan akhlaq sebagai ilmu yang menyarankan cara-cara membersihkan jiwa dengan tumpuan kepada apakah itu kebaikan dan keburukan; apakah kriteria yang dapat menilai sesuatu itu sebagai baik dan buruk; dan apakah motif dan nilai di sebalik sesuatu perlakuan tersebut. Menurut Prof. Omar Al Toumy Al Syaibani, ilmu akhlaq ialah ilmu yang mengkaji tentang hakikat perbuatan berakhlak, sifat kebaikan, kejahatan, kebenaran, kewajipan, kebahagiaan, hukum dan tanggungjawab akhlaq, motif kelakuan dan asas-asas teori gagasan akhlaq. Prof. Dr. Ahmad Amin dalam bukunya Al- Akhlaq merumuskan pengertian ilmu akhlaq sebagai suatu ilmu yang menjelaskan erti baik dan buruk, menerangkan apa yang seharusnya dilakukan oleh setengah manusia kepada yang lainnya, menyatakan tujuan yang harus dituju oleh manusia dalam perbuatan mereka dan menunjukkan jalan untuk melakukan apa yang harus diperbuat. Akhlaq adalah elemen yang amat penting dalam sistem hidup manusia. Ini adalah kerana nilai manusia itu pada hakikatnya terletak pada akhlaq dirinya. Semakin tinggi nilai akhlaq diri seseorang itu maka makin tinggi pula nilai kemanusian pada dirinya. Akhlaq ini jugalah yang membezakan antara insan dengan haiwan dari segi perilaku, tindak-tanduk dan tanggungjawab dalam kehidupan sehari-harian. Seseorang yang tidak berakhlaq adalah sama tarafnya dengan haiwan malah lebih rendah dari itu lagi. Firman Allah S.W.T yang bermaksud; Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (alAraaf,7:179)

Akhlaq mempunyai kedudukan paling tinggi dalam hierarki tamadun umat manusia. Oleh itu, masyarakat yang tidak mempunyai nilai akhlaq, tidak boleh dianggap sebagai masyarakat yang baik dan mulia walaupun mempunyai kemajuan yang dalam bidang ekonomi, teknologi dan sebagainya. Akhlaq mempunyai pengaruh dan kesan yang besar terhadap tindak tanduk seseorang. Baik dan buruknya perlakuan seseorang adalah

bergantung kepada nilai akhlak mereka. Akhlaq juga dapat meningkatkan insaniah insan sehingga ke tahap ummah yang mempunyai insaniah yang benar-benar tinggi dan berkualiti. Akhlaq juga merupakan kayu ukur untuk menilai ketepatan sesuatu perbuatan. Maka, salah

atau benarnya penilaian yang dilakukan oleh seseorang adalah berkait rapat dengan buruk atau baiknya nilai-nilai akhlaq yang terdapat dalam diri seseorang. Penilaian yang dilakukannya ini akan sejajar dengan nilai-nilai akhlaq yang terdapat dalam dirinya. Selain itu, keharmonian, kesejahteraan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan semua anggota dalam masyarakat dari berbagai lapisan, darjat atau kedudukan adalah bergantung kepada tingginya nilai akhlaq. Dalam Islam, akhlaq diletakkan pada kedudukan yang tinggi. Ia dapat dilihat daripada beberapa sebab berikut: i. Akhlaq telah djadikan sebagai illah (alasan) pengutusan nabi Muhammad S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W,

""
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnkan akhlaq yang mulia.

ii.

Mereka yang paling mulia akhlaqnya dianggap sebagai orang yang paling tinggi darjat keimanannya. Seperti pernyataan hadis yang bermaksud; Telah dikatakan; Ya Rasulullah, mukmin yang manakah paling afdhal imannya? Rasulullah S.A.W bersabda, Orang yang paling baik akhlaqnya antara mereka.

iii.

Akhlaq yang baik adalah merupakan amalan yang utama dapat memberatkan neraca amal baik di akhirat kelak. Sabda Rasulullah yang bermaksud; Perkara yang lebih berat diletakkan dalam neraca pada hari akhirat ialah taqwa kepada Allah dan akhlaq yang baik.

iv.

Nabi Muhammad pernah menyifatkan agama atau ad-din itu sebagai akhlaq yang baik. Seorang sahabat telah bertanya kepada baginda yang bermaksud: Apakah erti ad-din itu? Baginda menjawab: Ad-din ialah akhlaq yang baik.

Orang yang paling aku kasihi antara kamu dan yang paling dekat kedudukannya denganku pada hari qiamat ialah orang yang paling baik akhlaqnya. Tirmidzi) (HR

Anda mungkin juga menyukai