Anda di halaman 1dari 20

A

ank-anak yang berumur belasan tahun dikira sudah memasuki alam remaja. Secara tidak langsung mereka memikul tanggungjawab yang lebih meluas daripada tahap sosial sebelumnya.

Umumnya, proses perubahan fizikal yang cepat ini mendekatkan anak-anak lelaki dan perempuan kepada alam baligh yang harus dilalui oleh setiap insan. Perkembangan diri individu di peringkat ini wajar pula diiringi oleh kefahaman tentang iman dan Islam yang lebih sempurna dan bermakna.

Pada tahap baligh, segala amal perbuatan bagi lelaki dan perempuan Islam mula diperhitungkan .
Malaikat Raqib a.s. akan mencatat setiap kebaikan dan malaikat Atid a.s. mencatat setiap kemungkinan dan dosa yang dilakukan. Apabila melangkah kea lam remaja, anak gadis perlu diberi bimbingan dan ingatan supaya mandi hadas setelah tamat haid sesingkat 1 hari dan maksimum 15 hari. Dengan bermulanya alam baligh bagi gadis remaja ini, maka berkewajipanlah mereka menunaikan segala hak dan tanggungjawab sebagaimana yang disyariatkan oleh islam seperti menutup aurat dan menjauhi pergaulan bebas. PEMAKAIAN MENUTUP AURAT BAGI LELAKI DAN PEREMPUAN

Nilai kehidupan manusia yang dipilih sebagai khalifah Allah di bumi ini mengatasi nilai kehidupan sejagat yang Sebagai makhluk pilihan, nilai kehidupan insan itu didasarkan kepada satu tanggungjawab utama iaitu menjuruskan segala perlakuan dan perkataan ke arah pengabdian diri secara sepenuhnya terhadap Allah SWT, menerusi tatacara kehidupan yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Tiada nilai segala bentuk kemewahan dan kesenangan duniawi ini tanpa pengabdian dan kepatuhan terhadap Allah SWT dan Rasulullah SWT.

Lihatlah garisan kedidupan kita yang terdiri daripada pelbagai alam iaitu Alam Rahim, Alam Dunia, Alam Kubur, Padang Mahsyar dan Pembalasan. Alam Rahim hanya selama 9 bulan10 hari. Alam dunia pula hanya Allah yang tahu. Rasulullah wafat pada usia 63 tahun, kita pula berapa? Andai usia melebihi 63 tahun, itu merupakan anugerah Allah untu kita terus beribadah kepadanya.

3 perkara yang meningkatkan kemuliaan:

1. Memaafkan kesalahan orang lain dan menghapuskan bekas-bekasnya 2. Memberi sesuatu kepada orang yang tidak pernah memberinya sesuatu 3. Menyambung silaturrahim dengan orang yang memutuskan hubungan silaturrahim dengannya.

Setelah berbelas tahun kita hidup di muka bumi Allah ini, tahukah tujuan kita dijadikan oleh Allah SWT? Hakikat kewujudan kita sebagai manusia ini telah terakam dengan kemas dalam Surah Adzariat ayat 56 yang menyatakan bahawa Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Oleh itu, dalam waktu yang singkat kehidupan kita di dunia ini, kita perlu sentiasa mengingati tanggungjawab kita di dunia ini untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Pelbagai pengisian atau amalan soleh yang perlu dibuat dalam kita mengisi baling kehidupan kita. Antaranya kita wajib bersolat, bersedekah, berzakat dan mengaji. Selain itu, kita boleh berbuat kebaikan yang terus hidup walaupn kita telah mati.

Dalam melayari bahtera kehidupan kita, sering kali kita terpaksa membuat pilihan sama ada untuk membuat kebaikan atau kejahatan. Buatlah pilihan yang tepat.
Semakin tinggi keyakinan seseorang terhadap Allah swt & kekuasaanNya, semakin banyak anugerah-Nya kepadanya...renungkan Ustaz Zahazan Mohamed.

MARI KITA BERZIKIR. Ketahuilah (bahawa) dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Dalam hadis Qudsi, Allah berfirman yang bermaksud, Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku. Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian), Akupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum, Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, Aku mendekati padanyua sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari). Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Dua kalimah yang ringan di lidah, berat di atas neraca timbangan dan disukai oleh Tuhan Yang Maha Pengasih ialah: SubhanAllahi wa bihamdih, SubhanAllahil-`Azim. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah. (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah). Penawar keletihan. Saidatina Fatimah dan Saidina Ali memohon seorang khadam daripada bapanya, nabi Muhammad s.a.w. Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Zikir ini adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.

Dari Ibnu Masud , beliau berkata: Rasulullah bersabda: Saya bertemu dengan Nabi Ibrahim ketika malam saya diisrakan dan Baginda bersabda: Wahai Muhammad, sampaikanlah salam dari padaku kepada umatmu, dan beritahukanlah kepada mereka, bahawasanya syurga itu subur tanahnya, manis airnya, terhampar luas dan tanamannya adalah ucapan zikir,

(Subhanallahi walhamdulillah walaa ilaaha illallahu wallahu akbar). (HR At Tirmidzi dan dihasankan oleh Al Alba).
Renungan bersama: "Jngn menyintai orng yng tidk cintkn Allah kern jik merek boleh tingglkn Allah, merek jug boleh tingglkn kit". - Imm Syfie

Kelebihan zikir bukan sahaja mendekatkan diri kepada Allah malah dapat menyegar dan mencerdaskan otak.

15 AMALAN RASULULLAH S.A.W 1. Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahuanhu menuturkan, yang artinya, Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam. (Riwayat AtTirmidzi). 2. Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan mandi. (Hadis riwayat Muslim). 3. Berpakaian-

Ummu Salamah meriwayatkan: Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu alaihi wasalam ialah pakaian Qamis). (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud). 4. Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam bersabda: Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata). (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud). 5. Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam memakai cincin di jari tangan kanan Baginda. (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban.). 6. Makan

Kaab bin Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam makan menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya. (Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad). 7. Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: Ketika Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam minum, Baginda menarik nafas (menghela) dua kali. (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh).

Kejayaan hidup bukan atas apa kita kumpul tapi apa kita beri manafaat pada orang.

8.

Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan. (Riwayat Ibnu Majah) 9. Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Apabila Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam berjalan, tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai. (Riwayat Tarmizi dan Hakim). 10. Berkata Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya). (Riwayat Tarmizi dan Hakim). 11. Tertawa Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: Tawa Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasalam hanyalah senyuman. (Riwayat Tarmizi ). 12. Bergurau Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: Betapa baiknya Nabi Shalallahu alaihi wasalam menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, Wahai Abu Umair, apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair? (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud, Nasai dan Ahmad). 13. Tidur Aisyah r.ha. meriwayatkan: Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali. (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasai dan Ahmad). 14. Membaca al-Quran Yala bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud dan Nasai). 15. Ibadah Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam melaksanakan solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, Mengapa engkau melakukan hal ini padahal engkau

mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni dosamu yang telah berlalu dan akan datang? Baginda Shalallahu alaihi wasalam menjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?. (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Khuzaimah.)

DOA PELINDUNG DARIPADA SEGALA SESUATU


Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
(Diamalkan dengan membacanya 3X setiap lepas solat Subuh dan Asar). DOA MOHON DIBUKAKAN 12 PINTU

DOA JIKA BERDUKA CITA, LEMAH, MALAS, KEDEKUT, HUTANG

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang. (Dibaca 3X selepas solat Subuh dan Asar)

FADHILAT HARI JUMAAT


Rasulullah SAW berkata: Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat. (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani) Rasulullah s.a.w bersabda, "Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (HR Al Baihaqi) Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya harimu yang paling utama adalah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari itu, kerana selawatmu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana selawat kami ditunjukkan kepadamu sedangkan tubuhmu telah hancur? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesungguhnya Allah mengharamkan tubuh para Nabi bagi bumi (tidak hancur)." (HR Abu Daud, Nasa'i dan Ibnu Majah). Rasulullah bersabda maksudnya : Sesiapa yang berwuduk dan kemudian dia pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya. (HR Muslim) Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari Jumaat terdapat satu waktu, tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Allah akan mengabulkannya. Carilah ia di akhir waktu selepas asar. (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan alAlbani) Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur (soalan di dalam kubur). (HR AtTirmizi. Al-Albani mengatakan hadis ini hasan dalam Ahkam Janaiz).

11 TANDA ORANG BERBAHAGIA


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tidak rakus dengan dunia ini. Sibuk beribadah Kurang bercakap, melainkan yang penting sahaja Memelihara solat 5 waktu Bersahabat dengan orang soleh Tawadduk (merendah diri) Menjauhi perkara yang haram Pemurah dan baik hati Kasih sayang sesama makhluk Berguna kepada masyarakat Selalu ingat mati.

"Jangan bangga dengan handphone mahal/canggih, kerana alat komunikasi yang boleh menyelamatkan kita adalah doa". ''Jangan bangga dengan rumah mewah, kerana rumah terakhir kita adalah kubur''. Jangan bangga dengan title/gelaran, kerana title kita yang terakhir adalah... almarhum". "Jangan bangga dengan wajah yang cantik/handsome, kerana wajah kita yang terakhir adalah tengkorak". "Jangan bangga dengan kereta mewah anda, karena kereta terakhir anda adalah keranda jenazah". "Jangan sombong dengan tempat tidur, Kerana yang terakhir adalah tanah..

10 GOLONGAN YANG AKAN DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA TANPA HISAB. Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah: 1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka. 2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya. 3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersamasama saudara mereka kerana Allah. - (hadis riwayat Abu Nuaim daripada Ali bin Husain) 4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik (hadis riwayat Jabir) 5. Penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa. (hadis marfu sumber Abu Ayyub al-ansari) 6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.(hadis marfu sumber daripada Anas) 7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan lailahaillallah.(hadis sumber daripada Aisyah r.a) 8. Orang Islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat - (hadis marfu sumber daripada Ata) 9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya - (hadis marfu riwayat Hakim at-Tirmidzi) 10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah (Ibn Masud)

10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI


1. Apabila berdoa, tidak berdoakan orang lain. 2. Tidak membaca Al Quran. 3. Tidak solat sunat tahiyatul masjid bila masuk masjid. 4. Tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur apabila melalui kawasan perkuburan 5. Apabila sampai ke sesuatu tempat, dia tidak solat Jumaat. 6. Apabila orang alim datang ke tempatnya, dia tidak mahu datang belajar. 7. Apabila bertemu dua orang, tidak bertanya nama. 8. Apabila dijemput kenduri, dia tidak datang. 9. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar. 10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan.

TUJUH GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH DI PADANG MAHSYAR PADA HARI YANG TIADA NAUNGAN
1. Pemimpin yang adil. 2. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah. 3. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid. 4. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. 5. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: Tidak saya takut kepada Allah. 6. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya. 7. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT :


1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). 5, Kalangan malaikat mengucapkan amin ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah. 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. 9. Orang yang membelanjakan harta (infak). 10. Orang yang sedang makan sahur. 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

10 WASIAT HASAN ALBANNA


1. Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun. 2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah. 3. Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam. 4. Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan. 5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram. 6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguhsungguh dalam setiap perkara. 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang. 8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan. 9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap umat Islam yang ditemui..asas gerakan dakwah kita ialah kasih sayang dan berkenal-kenalan. 10. Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu, tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri; ringkaskanlah pelaksanaannya.

25 PESANAN LUQMANDUL HAKIM KEPADA ANAK-ANAKNYA


1 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwanya, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah. 2 - Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah juga. 3 - Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah, maka dia tawadduk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah. 4 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman. 5 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam. 6 - Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH. 7 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti. 8 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat. 9 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan. 10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya. 11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja. 12 - Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja. 13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka. 15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah. 17 - Selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga. 18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu. 19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riyak yang akan mendatangkan cela pada dirimu. 20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya. 21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain. 22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal. 24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan. 25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu Ciri orang ingat Allah- mereka tenang dan gembira. Jom audit diri kita.

adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

PETUA IMAM SYAFIE


Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. Tidur para nabi. Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. Tidur para ulama dan ahli ibadah Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. Tidur para raja yang haloba Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan. 4. Tidur syaitan Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

JANGAN BERSEDIH
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. - (Al-Baqarah: 216) Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.- Surah AlBaqarah : Ayat 286 Firman Allah S.w.t yang bermaksud: Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian)

sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. - Surah AlBaqarah : Ayat 214 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun, - Surah AlMulk : Ayat 2 Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya. - Hadith riwayat Muslim Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah. - Hadis riwayat Thobrani Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya. - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA

Doa penutup majlis ilmu supaya majlis yang dihadiri tidak sis-sia dan ilmu yang diperoleh tidak lupa. In sha Allah

Autograf