Anda di halaman 1dari 3

TINGGAL KENANGAN OLEH:NUR SHAHIRAH BINTI SIDEK Sedang asyik mengemas kamar tidurku,aku terjumpa sebuah foto album

yang telah sedikit usang.Wah,aku tidak sangka fotoku ketika berada dibangku sekolah masih wujud lagi.Aku tergelak sedikit apabila melihat foto kelasku ketika berada di dalam tingkatan tiga.Bagaikan ada kisah yang lucu apabila melihat foto tersebut,segala memori manis pahit terkenang kembali.Ah,pada masa itulah detik paling indah bagi zaman remaja.Bagaimanalah agaknya khabar rakan seperjuanganku dahulu.Tiba-tiba,mataku tertumpu pada seorang lelaki tua bermisai lebat dengan berwajah agak bengis.Ya,itulah cikgu Rosli merangkap sebagai guru kelasku.Tanpa aku sedari,air mataku sudah melimpah keluar,sungguh tidak dapat menahan rasa sebak yang memukul hatiku. Segalanya terjadi apabila aku hadir lewat kesekolah.Walaupun cuaca pagi tersebut cukup dingin,tapi aku merasakan kehangatan mencucuk tubuhku.Lelaki yang berusia 43 tahun itu datang ke arahku sambil menunjukkan muka bengisnya.Ah,tentu orang tua ini hendak membebel lagi! Akmal Rizal Bin Dato Razali,apa pula alasan kamu kali ini?Cikgu Rosli meninggikan suaranya kepadaku.Dengan suara yan g gugup aku menjawab soalannya ke...kereta bapa saya rosak,cikgu.Itu sahaja jawapan yang mampu terlintas difikiranku.Tanpa sebarang yang tergambar di wajahnya,beliau mengarahkanku berlari keliling padang.Aku hanya mampu menebalkan muka apabila beberapa orang pelajar mentertawakanku sambil merundingkanjari telunjuk mereka kearahku.Apabila aku masuk ke dalam kelas,rakan sekelasku mempamerkan wajah sinis.Tidak kurang juga, ada yang memerliku.Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya aku. Loceng yang nyaring berbunyi menandakan waktu rehat.Inilah masa yang dinanti-nantikan oleh para pelajar setelah penat duduk diatas kerusi sambil menadah telinga mendengar apa yang diajar.Bagi pelajar seperti aku mereka tidak fokus apa yang diajar,tetapi persis kata orang dulu-dulu,masuk telinga kanan keluar telinga kiri.Tanpa membuang masa,aku,Ameen serta Haziq bergegas pergi ke belakang dewan untuk memulakan projek.Sepatutnya,pada waktu ini para pelajar yang bergama islam dikehendaki pergi kesurau sekolah untuk menunaikan solat dhuha.Kata orang,itulah salah satu faktor kejayaan pelajar sekolah ini.Selain itu,kelebihannya ialah memurahkan rezeki.Memang benar,sebagai hamba-Nya, kita harus mendekatkan diri kepada-Nya dan berdoa kepadanya kerana kita tidak sempurna.Entah kenapalah pada waktu itu aku tidak memikirkannya! Kami duduk melepak dibelakang dewan ditemani oleh kepulan asap-asap rokok.Tiadak lama kemudian,Cikgu Rosli datang kearah kami.Cikgu Rosli membawa kami ke bilik kaunseling.Selain memberikan khidmat kaunseling kepada kami,kami juga dirotan beberapa kali dan diberi amaran.Semua itu tidak memberi apa-apa kesan kepadaku.Seperti mencurah air ke daun keladi. Jarum jam tanganku sudah tepat menunjukkan pukul 12 tengahari.Aku mendengus perlahan apabila melihat kelibat cikgu rosli melangkah masuk ke dalam kelas.Sebaik sahaja ketua tingkatan memberi salam,baru aku teringat.Aku masih belum menyiapkan tugasan yang diberinya.Seperti biasa, setelah beliau menyuruh kami melabuhkan punggung di atas kerusi,beliau akan bertanya; sesiapa yang tidak menyiapkan tugasannya, diminta berdiri di hadapan kelas.Beliau merenung tajam kepadaku,sepeti sudah tahu sahaja.Apa nak jadi pada kamu ni Akmal,sudahlah hadir lewat kesekolah,tugasan yang saya beri pun tidak disiapkan!jerkahnya.Bagaikan bunyi guruh yang berdentam-dentum membingitkan telingaku.Tidak lama kemudian,dia terus merotanku.Ibubapa saya pun tidak pernah hendak membebel dekat saya apatah lagi hendak pukul saya,inikan cikgu yang tidak ada apa-apa hendakbuat sewenang-wenangnaya dekat saya!tegasku yang tidak dapat menahan sabar lagi.Semua pelajar kelas 3 Mawar terperanjat dengan tindakanku kerana cikgu Rosli ialah guru yang paling digeruni oleh pelajar SMK Tun Mamat.Tiba-tiba pipiku terasa hangat apabila penampar cikgu Rosli hinggap dipipiku.Aku tidak lagi berani untuk melawannya tetapi geramku bukan kepalang. Kelihatan kenderaan pacuan empat roda milik bapaku sedang menanti kehadiranku.Malangnya,bukan bapaku yang menjemputku pulang dari sekolah,tetapi Pak Ali iaitu salah seorang pekerja bapaku yang dibayar gaji untuk menghantar dan menjemputku dari sekolah.Kadangkala rasa cemburu timbul dihatiku melihat pelajarpelajar lain yang dihantar dan dijemput oleh ibubapa kandung mereka sendiri.Terukir senyuman ceria diwajah mereka.Setibanya,di rumah aku terus menghenyakkan tubuhku di atas sofa yang empuk itu sambil menekannekan butang alat kawalan televisyen.Semuanya membosankan.Mataku meliar adik kecilku yang bermain di dalam kamarku.Meradang betul hatiku melihat buku latihan Sejarahku dikoyakkan untukdijadikan kapal terbang

kertas.Dengan langkah pantas,aku menuju kearahnya dan memukulnya.Tanpa aku sedari,ayah masuk kedalam kamarku lalu memarahiku.Akmal,kenapa kamu ni teruk sangat?keputusan dan disiplin kamu disekolah sangat teruk!Di rumah pula kamu memukul adik kamu sendiri.ungkapan yang keluar dari mulut ayah membuatkan aku rasa hairan.Bagaimana dia tahu dan sejak bila dia mengambil berat tentangku?Cikgu Rosli yang beritahu ayah sebentar tadikata-kata ayah menjawab segala perseoalan yang bermain dimindaku.Ini semua angkara cikgu Rosli,ayah telah memarahiku!memangtidak berguna orang tua itu,tidak puas lagikah dia menampar pipiku. Sebelum tidur,aku memikirkan pelbagai rancangan untuk membalas dendam kepada lelaki bermisai lebat itu.Macam-macam idea yang terlintas di mindaku.Tunggu sahajalah esok cikgu Rosli yang tersayangkataku sendirian.Lalu,aku menghubungi Ameen dan Haziq keluar bersama untuk melepaskan tekananku. Keesokkan sebelum pulang dari program sekolah pada pukul 6 petang,aku ditemani Ameen dan Haziq menuju ke tempat letak kereta.Mataku meliar untuk memastikan agar tiada sesiapa pun yang melihat.Dalam keadaan mencangkung,Ameen mengeluarkan paku lalu membenamkannya pada tayar kereta itu.Aku dan Haziq pula mencalarkan kereta cikgu Rosli.Setelah itu,kami beredar dari situ dan mentertawakan keadaan kereta tersebut.Tidak dapat aku bayangkan,bagaimanalah dia hendak pulang kerumah. Tanpa membuang masa aku menumpang motosikal Ameen menuju ke bawah jambatanuntuk menjebakkan diri menjadi sampah masyarakat.Tiba-tiba muncul beberapa orang polis.Aduh,pada masa aku nak beseronoklah polis datang!Aku sempat melarikan diri ke jalan utama,dalam keadaan separuh sedar aku melintas jalan tersebut.Satu cahaya yang terang menyuluh kearahku.Kelihatanku samar-samar.Tiba-tiba,aku terasa seperti tubuhku ditolak lalu terdampar ditepi jalan.Satu cecair iaitu darah terpecik ke mukaku.Beberapa orang yang berada disitu menolong dan menghantarku kesebuah klinik yang terletak ditengah-tengah bandar tersebut kerana aku hanya mengalami kecedaran ringan sahaja. Pada saat itu,aku terfikir dan sangat terhutang budi dengan insan mulia yang telah menyelamatkanku.Ingin sekali aku membalas budinya.Tapi apakan daya,aku mendapat tahu insan tersebut telah meninggal dunia.Aku telah insaf kerana tuhan telah memberi kesempatan kedua untuk aku meneruskan hidup.Aku hanya mampu berdoa agar rohnya dicucuri Allah. Keesokkannya, semangatku berkobar-kobar untuk kembali ke sekolah.Aku mengambil cuti selama dua hari untuk memastikan aku benar-benar pulih.Tidak dapat digambarkan betapa aku ceria dipagi itu.Lebih-lebih lagi, waktu yang pertama selepas perhimpunan masa ialah Sejarah,Cikgu Rosli.Rasa hairan menyelubungi diriku apabila tidak nampak kelibatnya di atas pentas.Ketika pengetua memberikan ucapan,kami diminta menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham cikgu Rosli.Aku tersentak dan air mataku tidak dapat ditahan lagi.Lebih-lebih aku mendapat tahu selepas beliau mendapati tayar keretanya bocor,beliau telah berjalan kaki di tepi jalan untuk menahan teksi .Ketika menunggu teksi,beliau ternampak aku melintas jalan dalam keadaan terhuyung-hayang dan hampir dilanggar kereta.Tanpa memikirkan keselamatannya,beliau telah menolak tubuhku ketepi jalan dan akhirnya beliau terkorban kerana kehilangan banyak darah. Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir,dia telah berpesan kepada seseorang untuk disampaikan kepadaku. Akmal,jadilah orang yang berguna.Jangan jebakkan diri kamu kedalam kancah kesesatan.Tuhan telah memberikan peluan untuk hidup.Oleh itu,janganlah kamu sia-siakannya.Kamu tidak perlu rasa bersalah,hanya dengan belajar bersungguh-sunggu,berbakti kepada ibubapa dan mendoakan cikgu,itupun sudah terlalu cukup bagi cikgu. Aku merasakan diriku hendak rebah.Aku dihimpit rasa bersalah.Baru sahaja aku ingin menyusun sepuluh jari untuk memohon maaf kepadanya,beliau telah menghadap Ilahi.Sejak hari itu,aku bertekad untuk memulakan hidup baru dengan belajar bersungguh hingga mendapat keputusan cemerlang.Aku telah menjauhkan diri daripada menjadi sampah masyarakat.Kini aku menjadi seorang arkitek yang berjaya.Cikgu,namamu,jasamu dan seluruh pengorbananmu amat besar bagiku.Aku tidak akan sesekali membiarkannya hanyut dan pergi melayang dari kamus hidupku.Terima kasih,cikgu.Terima kasih juga Tuhan telah mengurniakanku guru seperti ini.

Anda mungkin juga menyukai