Anda di halaman 1dari 4

NAGARAJAN A/L MARADAIYEE 901003-01-5389 Jean Piaget adalah seorang pakar biologi dan psikologi yang telah

mengemukakan satu teori yang berkaitan dengan perkembangan kognitif kanak-kanak. Berdasarkan teorinya kanak-kanak akan mengalami perkembangan kognitif apabila mreka mengalami perubahan umur dan perkembangan kognitif tersebut kanak-kanak akan melalui 4 peringkat iaitu Tahap sensori motor, Tahap Pra Operasi, Tahap Operasi Konkrit dan akhirnya Tahap Operasi Formal. Terdapat beberapa kritikan terhadap penghasilan Teori Piaget dan melalui Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), saya telah dapat menganalisis kritikan Teori Piaget tersebut dengan menjalankan beberapa aktiviti terhadap pelajar-pelajar sekolah rendah saya. Antara kritikannya ialah kanak-kanak belajar sendiri banyak perkara tanpa bantuan guru atau orang yang lebih besar daripada mereka. Walaupun kanak-kanak belajar sendiri melalui pelbagai sumber akibat perkembangan teknologi pada masa kini seperti internet, buku atau majalah serta surat khabar, kemungkinan besar berlaku miskonsepsi atau ketidakjelasan serta ketidakfahaman sesuatu pengetahuan atau ilmu yang mereka belajar sendiri. Ini akan menjadi satu halangan untuk pelajar untuk membelajar atau memahami pengetahuan atau ilmu yang sebenar. Oleh itu, kanakkanak perlu seorang pembantu atau guru yang berupaya untuk menerangkan sesuatu perkara dengan jelas dan tepat. Saya telah menjalankan satu aktiviti dimana menanya tentang konsep kekaratan barang kepada pelajar-pelajar darjah 4. Pelajar-pelajar tersebut pernah melihat beberapa barang atau bahan yang dikarat sebelum ini dalam kehidupan seharian mereka. Tetapi mereka menganggap itu suatu kejadian yang semulajadi disebabkan oleh hanya air hujan sahaja pada halnya semua jenis cecair dan udara adalah faktor

kekaratan. Disinilah saya mendapat tahu bahawa mereka sudah mengalami miskonsepsi konsep kekaratan. Walaupun saya sudah mendapat tahu berlakunya miskonsepsi, tetapi saya telah menyuruh mereka untuk mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan kekaratan dengan merujuk beberapa sumber untuk menjawab soalan saya pada keesokkan harinya. Pada hari kemudian, mereka masih menjawab soalan saya iaitu faktor air hujan adalah faktor yang menyebabkan kekaratan. Oleh sebab itu, saya telah menjelaskan konsep kekaratan dan faktor-faktor yang menyebabkan

NAGARAJAN A/L MARADAIYEE 901003-01-5389 kekaratan. Selepas penerangan yang dilakukan oleh saya dijalankan, barulah pelajarpelajar tersebut bersedar bahawa bukan sahaja air hujan yang menyebabkan kekaratan tetapi semua jenis air dan faktor angin juga mempengaruhi kekaratan. Disini jelaslah bahawa, kanak-kanak amat memerlukan seorang guru atau orang dewasa untuk mengajar sesuatu perkara atau ilmu serta konsep yang sebenar kepada mereka serta mengelakkan berlakunya miskonsepsi. Keduannya adalah Jean Piaget menyatakan bahawa kanak-kanak membina sendiri pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka. Pengalaman adalah salah satu aspek yang juga dapat meningkatkan tahap kematangan seseorang kanak-kanak tanpa mengambilkira peringkat umur. Ia akan menjadi satu pengajaran atau pembelajaran apabila mereka berhadapan dengan satu situasi yang sama dengan apa yang telah dibelajari oleh mereka semasa di sekolah. Walaupun pengalaman akan membina sendiri pengetahuan atau ilmu kanak-kanak tetapi mereka juga pasti memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) atau penerangan daripada orang lain bagi meningkatkan tahap kefahaman atau pembelajaran melalui pengalaman tersebut serta mengelakkan miskonsepsi sesuatu konsep. Contohnya, semasa membuat amali. Pelajar-pelajar mesti diberikan penerangan oleh guru mengenai amali yang akan dilakukan bagi pelajar-pelajar sekolah rendah untuk membuat amali dengan bersungguh-sungguh serta dengan prosedur yang betul. Maka semasa membuat amali mereka akan membelajar beberapa perkara sendiri yang akan menjadi pengalaman bagi mereka. Ini akan membetulkan kesalahan yang mereka pernah buat dalam amali dan mengelakkan pengulangan kesalahan yang sama. Melalui pengalaman tersebut, mereka akan belajar atau memahami sesuatu konsep dengan jelas. Selain itu, Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak secara semula jadi termotivasi untuk belajar dan tidak memerlukan motivasi dalam bentuk ganjaran daripada guru atau orang dewasa. Motivasi adalah satu aspek yang sangat penting untuk meningkatkan tahap pencapaian. Contohnya, pelajar-pelajar yang dapat markah yang tinggi dalam sesuatu subjek dalam peperiksaan akan memotivasikan mereka sendiri (motivasi diri sendiri) untuk mendapatkan markah yang lebih tinggi. Maka untuk mendapatkan markah yang tinggi daripada yang dahulu, mereka akan berusaha lebih

NAGARAJAN A/L MARADAIYEE 901003-01-5389 lagi dengan membuat banyak latihan untuk mendapatkan kecemerlangan dalam peperiksaan atau pencapaian yang bagus. Tetapi kenyataan ini akan hanya sesuai untuk jenis pelajar yang sebegini atau dengan kata lain hanya bagi pelajar yang pandai sahaja. Pelajar-pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah sangat memerlukan motivasi dalam bentuk ganjaran seperti hadiah, pujian, memberikan mata dan sebagainya bagi mengalakkan mereka untuk mendapatkan kecemerlangan atau meningkatkan tahap pencapaian mereka dalam pelajaran. Kadangkala mereka berasa tidak berminat untuk mempelajari subjek yang mereka tidak berminat dalam. Maka, untuk mendapatkan perhatian atau prestasi yang bagus daripada pelajar sebegitu motivasi dalam bentuk ganjaran amat diperlukan. Maka pelajar-pelajar tersebut boleh berupaya dan cuba berusaha untuk mencapai dalam subjek yang mereka tidak berminat. Contohnya pelajar yang kurang berminat dalam pelajaran matematik menyebabkan mereka kurang membuat latihan dan kebanyakkan masa latihan yang mereka buat adalah salah. Guru perlu membuat kelas tambahan bagi mereka untuk mengajar subjek matematik dengan cara lain. Sekiranya mereka membuat latihan dengan betul,ganjaran dalam bentuk pemberian bintang akan memotivasikan mereka untuk mendapatkana banyak bintang dalam latihan. Secar tidak langsung, pelajar tersebut dimotivasikan dan akan meningkatkan keminatan dalam subjek tersebut. Mereka akan membuat banyak latihan untuk mendapatkan bintang dan secara langsung ini akan menyebabkan mereka untuk membuat matematik dengan baik serta mereka akan cuba untuk mendapatkan kecemerlangan dalam subjek tersebut. Disamping itu, ketidaksesuaian metodologi merupakan salah satu kritikan Teori Jean Piaget yang tidak boleh diterima ramai pada masa sekarang. Beliau telah melaksanakan kajiaannya dengan menggunakkan sampelnya 3 orang anak beliau sendiri tentang perkembangan kognitif kanak-kanak dengan umum. Pelaksaanaan kajian ini amat tidak sesuai kerana 3 orang anak beliau tidak boleh atau tidak berupaya mewakili kanak-kanak lain di dunia ini kerana wujudnya perbezaan individu. 3 orang sampel tersebut tidak mempunyai perkembangan kognitif yang sama dengan kanakkanak lain. Perkembangan kognitif kanak-kanak dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu faktor

NAGARAJAN A/L MARADAIYEE 901003-01-5389 genetik dan faktor persekitaran. Latarbelakang keluarga juga merupakan salah satu aspek dalam faktor persekitaran. Aspek ini juga amat mempengaruhi perkembangan kognitif kanak-kanak. Anak-anak Jean Piaget mempunyai latar belakang yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Pemikiran pelajar-pelajar pada masa moden ini sekarang lebih daripada apa yang telah ditetapkan atau dianggapkan oleh Jean Piaget dalam teorinya. Akhirnya adalah Jean Piaget memandang rendah kemampuan kanak-kanak. Beliau telah meletakkan satu batasan di mana kanak-kanak hanya berupaya berfikir mengikut tahap perubahan umur sahaja. Perkara ini tidak boleh diterima pada zaman sekarang. Kanak-kanak sekarang mempunyai kecerdasaan intelek yang tinggi. Piaget menganggap kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 12 tahun iaitu pada tahap operasi konkrit tidak berupaya menguasai konsep pengabadian atau abstrak. Ini adalah amat tidak sesuai dengan tren perkembangan kognitif kanak-kanak pada masa moden sekarang ini. Saya mendapat tahu sesetengah kanak-kanak berumur 11 tahun berupaya menguasai konsep pengabadian atau abstrak melalui aktiviti yang saya menjalankan. Saya telah menjalankan aktiviti mengenai luas, berat dan isipadu cecair dalam bentuk yang berbeza. Saya telah menuangkan air yang kuantitinya sama dari cawan ke tabung uji. Mengikut Piaget kanak-kanak berada pada tahap operasi konkrit akan memberi jawapan iaitu isipadu air yang di dalam tabung uji tinggi berbanding dengan air di dalam cawan tetapi ada halnya isipadu air pada kedua-dua bekas adalah sama. Melalui kajian saya, seramai 3 orang pelajar telah menjawab bahawa isipadu air adalah sama pada kedua-dua bekasnya. Ini dapat membuktikan bahawa Sesetengah kanak-kanak pada masa sekarang berkemampuan berfikir benda-benda yang abstrak. Saya juga telah menanya beberapa soalan kepada pelajar-pelajar tahun 3 dan saya amat kagum akan pengetahuan mereka yang luas. Ini kerana akibat perkembangan teknologi seperti internet yang dapat mengelakkan kanak-kanak sebagai katak dibawah tempurung memperkembang pengetahuan atau ilmu mereka.