Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 3

Laporan Sebelum Program Bina Insan Guru Bagi setiap semester, kami telah diwajibkan untuk menjalankan Program Bina Insan Guru (BIG). Pada kali ini, iaitu semester tiga, kami telah diminta untuk melaksanakan Kem Motivasi dan Kerjaya di sekolah yang kami pilih. Sebelum melaksanakan program tersebut, ahli-ahli kelas telah bermesyuarat bersama tutor kami, iaitu Pn. Wan Haspinah binti Wan Hussin untuk melantik ahli jawatankuasa yang akan bertugas bagi memastikan perjalanan program kami lancar. Selain itu, kami turut membincangkan mengenai pemilihan sekolah dan aturcara program untuk dimuatkan di dalam kertas kerja program kami. Hasil daripada perbincangan, kami telah memilih tarikh 7 Mac 2013, hari Khamis untuk melaksanakan program kem motivasi dan kerjaya ini. Setelah perbincangan di buat, kami telah bersetuju memilih Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian untuk dijadikan tempat program BIG dijalankan. Selesai sahaja menetapkan tarikh serta aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan, setiausaha kelas telah membuat kertas kerja untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan. Seramai tiga orang wakil kelas termasuk setiausaha sendiri telah bertemu dengan Pengarah IPGKSM untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan program tersebut sekaligus meluluskan kertas kerja yang telah dibuat. Apabila mendapat kelulusan pihak Pengarah, kami telah menghubungi pihak sekolah SK Pulau Perhentian bagi tujuan mendapatkan kebenaran mereka pula. Kami dikehendaki menfaks kan kertas kerja tersebut kepada pihak sekolah bagi panduan mereka. Maklum balas yang positif dari pihak sekolah telah membantu memudahkan lagi urusan kami. Pihak SK Pulau Perhentian telah bersetuju dengan rancangan kami untuk melaksanakan program di sekolah tersebut. Kami sangat menghargai jasa baik pihak sekolah yang telah memberi kebenaran kepada kami.

Bagi memastikan perjalanan program kami lancar, kami telah mengadakan mesyuarat sekali lagi setelah mendapat kelulusan dari pihak-pihak yang berkenaan. Semasa perbincangan kali ini, kami telah membahagikan ahli kelas kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai peranan masing-masing untuk

mengendalikan aktiviti kumpulan mereka. Antara aktiviti yang akan kami jalankan adalah ice-breaking, ceramah motivasi, LDK dan permainan. Walaubagaimanapun, semua ahli kelas merupakan fasilitator semasa program tersebut berlangsung. Kerjasama dari semua ahli kelas telah membantu memudahkan lagi urusan kami untuk melaksanakan program ini. Sehari sebelum hari program tersebut, kami sekali lagi telah mengadakan perbincangan terakhir bagi memastikan barang-barang yang diperlukan mencukupi. Ahli jawatankuasa peralatan telah memberi senarai semak kepada kami untuk membawa barang-barang mengikut keperluan kumpulan kami. Ini dapat membantu melancarkan lagi aktiviti yang akan dijalankan pada esok hari.

Laporan Semasa Program Bina Insan Guru Kami telah bertolak dari IPGKSM ke jeti Pulau Perhentian pada pukul 7.30 pagi pada hari Khamis dengan menaiki kereta. Bot ke SK Pulau Perhentian bergerak pada pukul 8.00 pagi. Setelah lebih kurang sejam berada di atas bot, akhirnya kami sampai di SK Pulau Perhentian dan disambut mesra oleh Guru Besar sekolah tersebut. Sebelum memulakan program, kami telah bersarapan terlebih dahulu. Semasa sampai di dewan terbuka sekolah tersebut, kami dapati murid-murid telah bersedia menunggu kehadiran kami di sana. Seramai 50 orang murid terlibat dalam program kami, iaitu terdiri daripada murid-murid tahun 4 dan tahun 5. Aktiviti pertama yang kami jalankan adalah ice-breaking. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sering dilakukan bagi mewujudkan hubungan yang mesra antara muridmurid dan fasilitator. Ketua aktiviti ini telah memperkenalkan kesemua fasilitator kepada murid-murid. Bagi aktiviti diminta Subhanallah, ice-breaking, untuk murid-murid menyebut dan

Alhamdulillah

Allahu Akbar. Tiga orang murid telah dipilih untuk mewakili setiap zikir tersebut. Murid-murid lain

dikehendaki menyebut zikir yang diwakili oleh murid yang ditunjuk oleh fasilitator. Ini dapat melatih kepekaan dan tahap ingatan mereka. Setelah itu, murid-murid dibahagikan kepada lima buah kumpulan dan diarahkan untuk duduk di dalam barisan. Bagi aktiviti kedua pula adalah sesi ceramah motivasi dan kerjaya. Tajuk adalah ceramah Be yang disampaikan Murid-murid Positive.

memberi perhatian penuh terhadap apa yang disampaikan oleh fasilitator yang memberi ceramah motivasi.

Salah satu topik yang diperkatakan

oleh fasilitator semasa aktiviti ini adalah kepentingan solat. Fasilitator-fasilitator yang lain pula mengawasi murid-murid disekeliling mereka. Sebelum murid-murid dibenarkan rehat, fasilitator telah mengajak mereka untuk menyanyikan sebuah lagu bagi menarik perhatian mereka, iaitu lagu Standing In The Eyes of The World. Mereka menyanyi dengan penuh semangat dan diiringi dengan muzik. Selepas itu, mereka dibenarkan berehat selama 30 minit. Aktiviti seterusnya adalah permainan. Terdapat tiga jenis permainan yang telah dirancang oleh kumpulan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan slot ini. Permainan pertama adalah magic paper. Murid-murid harus koyakkan kertas A4 dan pastikan semua ahli kumpulan mereka dapat masuk di dalam kertas tersebut Permainan kedua pula adalah creating message. Muridmurid perlu duduk di dalam barisan dan murid yang berada di belakang sekali daripada perlu mencabut fasilitator. kertas Mereka

dikehendaki melukis apa yang ditulis di dalam kertas tersebut. Kemudian, lukisan itu diberi kepada murid dihadapan untuk mereka lukis semula. Langkah tersebut diulang kepada murid di hadapan dan apabila tiba kepada murid yang dihadapan sekali, mereka perlu meneka lukisan tersebut. Permainan terakhir bagi slot ini adalah bombom. Permainan ini memerlukan kerjasama ahli kumpulan yang bersepadu agar dapat mengebom kumpulan-kumpulan lain. Slot yang terakhir bagi

program ini adalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti LDK yang pertama adalah murid-murid diminta untuk membuat sebuah beg

menggunakan kertas mahjung dan mengisikan patah-patah perkataan daripada surat khabar ke dalam beg tersebut. Aktiviti ini dijalankan

secara berkumpulan. Selain itu, murid-murid ini juga dikehendaki membuat pakaian menggunakan kertas surat khabar. Seterusnya, pilih seorang wakil kumpulan untuk meragakan pakaian serta beg kertas tersebut dengan meniru gaya model. Ini dapat melatih mereka menggunakan fikiran secara kreatif dan kritis. Fasilitator-fasilitator pula mengawasi dan membantu mereka secara tidak langsung.

Laporan Selepas Program Bina Insan Guru Setelah tamat semua aktiviti, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada murid-murid telah diadakan. Majlis penutup tersebut telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan 1 SK Pulau Perhentian. Beliau mewakilkan Guru Besar sekolah tersebut yang tidak dapat hadir pada masa itu. Pihak kami telah memberikan cenderamata kepada pihak sekolah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mereka. Selepas ucapan perasmian majlis penutupan kem motivasi dan kerjaya, majlis penyampaian hadiah pula diadakan. Murid-murid diberikan hadiah mengikut kumpulan masing-masing dan setiap kumpulan menerima hamper. Selesai sahaja penyampaian hadiah, majlis bersurai dan kami mengadakan sesi fotografi bersama murid-murid sekolah tersebut sebagai kenang-kenangan. Program kami berjalan lancar seperti yang dirancang. Setelah tamat program, kami semua membersihkan kawasan dewan terbuka yang kami gunakan sepanjang program tersebut dan mengemaskan barang-barang yang perlu dibawa pulang ke kampus. Selesai mengemas, kami bergerak ke gerai berhampiran jeti untuk makan tengah hari dan solat zohor. Kami bergerak pulang ke kampus lebih kurang jam 4.30 petang dan selamat sampai ke kampus sejam selepas itu.

Anda mungkin juga menyukai