Anda di halaman 1dari 3

Contoh teks pengacara majlis Author: puteri shahena | posted at: 10:59 am | filed under: teks Sirih berlipat

sirih pinang sirih dari pulau mutiara pemanis kata selamat datang awal bismillah pembuka bicara bismillahirahmanirahim yang dialu-alukan tuan haji ahmad bin othman, merangkap pengerusi bersama gerakan pengguna negeri, negeri kelantan, yang berusaha en.amri bin ahmad, selaku ketua seksyen kepenggunaan, pejabat perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan negeri kelantan, yang dihormati pengerusi-pengerusi gerakan pengguna daerah, yang disayangi para penceramah jemputan, ajk-ajk pelaksana projek dan yang dikasihi para peserta seminar serta hadirin dan hadirat sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta taufik dan inayahnya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada pagi yang penuh ceria ini, bagi menjalankan seminar rakan pengguna peringkat negeri kelantan bagi tahun 2009. Semoga majlis kita pada hari ini, dapat berjalan dengan lancar dan sentiasa berada di bawah lindungannya. Untuk pengetahuan para peserta dan hadirin serta hadirat sekalian, seminar ini diadakan bertujuan untuk mendekati masyarakat dalam mendedahkan isu-isu kepenggunaan dan hak-hak pengguna. Di samping itu, pengguna akan sedar bahawa terdapat saluran yang boleh membantu mereka mengetengahkan sebarang aduan dan masalah yang dihadapi berhubung hak-hak mereka sebagai pengguna sejajar dengan tema program latihan rakan pengguna iaitu dari pengguna untuk pengguna. Jadi, diharap seminar yang diadakan ini dapat memberikan sedikit input kepada para peserta. Oleh itu, bagi memberkatikan lagi majlis kita pada pagi ini, saya dengan segala

hormatnya menjemput dan mempersilakan saudara muliady bin mustafa untuk bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudara muliady di atas bacaan doa itu tadi. Seterusnya, untuk tidak melengahkan masa lagi, majlis diteruskan dengan ucapan aluan daripada en.amri bin ahmad iaitu ketua seksyen kepenggunaan,pejabat perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan negeri kelantan. Dengan sukacitanya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada en.amri di atas ucapan beliau sebentar tadi. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh yang berusaha tn haji ahmad bin othman, pengerusi bersama gerakan pengguna negeri, negeri kelantan. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada tn haji ahmad di atas ucapan itu tadi. Sebagai tanda kenangan daripada kami buat tn haji ahmad, dijemput en.amri selaku ketua seksyen kepenggunaan bagi menyampaikan sedikit cenderahati kepada tn. Haji ahmad. Dengan sukacitanya dipersilakan. Terima kasih diucapkan. Ucapan demi ucapan telah didengari, halwa telinga sudah pun dipenuhi, elok rasanya kita teruskan majlis ini, bagi memenuhi program yang telah diisi kita teruskan seminar kita pada hari ini, dengan menjemput dan mempersilakan penceramah pertama iaitu en.ismail bin awang, pengerusi gerakan pengguna daerah pasir puteh. Majlis menjemput dan mempersilakan. Kita bukakan sesi soal jawab kepada para peserta yang ingin bertanyakan soalan atau mempunyai sebarang kemusykilan.

Terima kasih diucapkan kepada en.ismail di atas ceramahnya sebentar tadi. Semoga apa yang telah diperkatakan oleh beliau dapat memberi manfaat kepada para peserta sekalian. Sebelum kita meneruskan seminar kedua, elokla kiranya kita berhenti rehat seketika untuk minum pagi. Jadi, majlis kita akan diteruskan pada pukul 11.00 pagi dan diharap para peserta dapat memenuhi ruang dewan ini sebelum pukul 11.00 iaitu dalam pukul 10.50 pagi. Seminar kedua...en.shamsuri bin hamzah sesi soal jawab kepada para peserta seminar, anda diminta untuk menghantar borang pendaftaran sebagai rakan pengguna kepada urusetia di luar dewan selepas ini. Dengan ucapan ceramah dari en.shamsuri itu tadi, maka berkakhirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku pengerusi majlis ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang saya mengendalikan majlis ini. Segala yang baik datang dari allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Sekian.. Sebelum itu, diminta para peserta untuk menikmati jamuan tengah hari.