Anda di halaman 1dari 2

Kepada Daripada Rujukan Perkara

: Cikgu Ganeng Awa goper : Cikgu Cindy Vincent : JPS(W)/PPDP(Perk)/153/07/04/20/Jld.3 (6) : Dapatan semasa Taklimat Pengurusan Aset alih Kerajaan bersama Pegawai Aset PPD Padawan. Tarikh : 08 Mac 2013 Masa : 2.30 5.00 petang

Tempat: Blik Mesyuarat Utama, PPD Padawan 1. Latar Belakang Taklimat ini bertujuan untuk memberitahu tentang Pengurusan Aset Alih Kerajaan di sekolah. 2. Isu atau Maklumat Penting 2.1 Laporan Aset Alih Kerajaan dan Laporan Kedudukan Stok Pegawai Aset PPD Padawan mendapati sepanjang tahun 2012, banyak sekolah lewat menghantar Laporan Aset Alih Kerajaan pada masa yang telah ditetapkan. Untuk tahun 2013, PPD meminta semua Pegawai Aset di sekolah menghantar laporan pada masa yang telah ditetapkan. Laporan Aset Alih Kerajaan untuk suku tahun pertama 2013 (Jan-Mac) dan Laporan Kedudukan Stok perlu dihantar pada 1 April 2013 ke PPD untuk membolehkan pihak PPD membuat semakan sebelum dihantar ke JPN. Pegawai Aset boleh meminta bantuan daripada PT dan PAP untuk laporan-laporan tersebut. Bagi Laporan Kedudukan Stok, tidak boleh letak 0 dalam ruangan kuantiti kerana ada baki stok yang dibawa dari tahun sebelum ke tahun semasa. Dapatan dari Audit: Urusan Keluar Masuk Stok dari Stor Unit didapati menggunakan blanco untuk padam kesalahan. Perkara ini tidak dibenarkan. Cara yang betul ialah: garis bahagian yang salah dan buat pembetulan serta tanda initial di tepi sebagai tanda pembetulan telah dilakukan.

2.2 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JPAK) Mesyuarat JPAK di peringkat sekolah perlu dibuat 4 kali setahun seperti yang ditetapkan dalam pekeliling Bilangan 2007 Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Minit mesyuarat perlu disimpan di dalam Fail Induk Aset Alih Kerajaan.

2.3 Urusetia pengurusan Aset Ahli-ahli adalah terdiri daripada: o Pegawai Aset (1 orang) o Lembaga pemeriksa harta modal dan inventori (2 orang) o Lembaga pemeriksa perlupusan aset alih kerajaan (2 orang) o Pegawai penerima aset alih kerajaan 1 orang guru o Pegawai pemeriksa stok 2 org guru. (PT yang membuat LPO tidak boleh dilantik utk jawatan ini) o Pegawai stor PT/PAP/.PPM o Pegawai penerima/pengesah stok PAP/PPM Pastikan setiap ahli ada surat lantikan KSU dari KPM. 2.4 Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Stor Unit Pastikan data pembelian Harta Modal & Inventori lengkap dan tepat. Pastikan benda yg dibeli direkodkan dengan betul. Perlu rujuk dan ikut Pekeliling Bil. 5 Tahun 2007 -Tatacara Pengurusan Harta Alih Kerajaan. Sekiranya aset alih hilang perlu lapor polis dan sekiranya tidak dpt guna/rosak buat pelupusan. Jika beli barang ICT menggunakan peruntukan sekolah : Minta kebenaran dari Unit ICT PPD dahulu. Jika beli barang ICT menggunakan peruntukan LPS: Minta kebenaran dari Unit ICT PPD dahulu. Kemudian, daftar sebagai aset alih kerajaan (harta modal/inventori) Jika sumbangan daripada YB, PIBG atau orang perseorangan-perlu ikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 1998 Garis Paduan Pemberian dan Penerimaan Hadiah. Ikut prosedur dan format dlm Lampiran E. (klu boleh dapatkan invois/harga hadiah tersebut dari pihak pemberi). Perlu buat label HAK MILIK KERAJAAN pada setiap aset alih kerajaan yg ada di sekolah. Borang Pemantauan untuk Pengurusan Aset Alih Kerajaan perlu simpan dalam Fail Sulit. Pastikan fail-fail dari KEW. PA 1- KEW PA 32 diwujudkan di sekolah dan disimpan dlm tempat selamat. Segala tatacara pengurusan aset alih kerajaan telah diberi pada sekolah pada tahun 2010 dalam bentuk CD. Urusetia pengurusan Aset Alih Kerajaan boleh membuat rujukan melalu CD tersebut.

3. Makluman/ Tindakan 3.1 Pegawai Aset membuat perkongsian dengan warga sekolah.

Disediakan Oleh . (CINDY VINCENT) PEGAWAI ASET