Anda di halaman 1dari 6

TOPIK 1 : PENYELESAIAN MASALAH

Strategi: Bekerja Secara Songsang Menggunakan model Polya


Afifah Hanisah L2

Contoh soalan:
Dalam satu pertandingan mengeja, semua peserta berada di atas pentas.

Selepas tiga minit, satu per lima daripada pelajar tersebut melakukan kesilapan dan disingkirkan daripada pertandingan. Dalam tempoh lima minit kemudian, satu perdua daripada perserta yang masih kekal dalam pertandigan terkeluar kerana gagal mengeja perkataan yang sangat sukar. Dua minit kemudian, empat orang pelajar didapati menipu dan dihantar pulang. Selepas lima belas minit masa pertandingan, satu per dua daripada peserta yang ada melakukan kesilapan dan tersingkir. Kira-kira beberapa minit terakhir satu lagi peserta tersingkir dan hanya seorang peserta yang tinggal dan muncul sebagai juara pertandingan mengeja itu. Berapa banyakkah bilangan para pelajar yang mula-mula menyertai pertandingan ini?

Langkah 1
Memahami masalah:

Pelajar yang terlibat dalam pertandingan mengeja.


Pelajar yang melakukan kesilapan atau menipu yang telah

tersingkir. Terdapat seorang pemenang di akhir tempoh pertandingan.


Apa yang perlu kita tahu? Soalan:

Berapa banyakkah para pelajar yang mula-mula menyertai

pertandingan ini?

Langkah 2 & 3: Merancang strategi dan melaksanakan strategi


Mula dengan akhir pertandingan dan songsangkan proses. Seorang

pemenang Beberapa minit sebelum akhir pertandingan, terdapat satu lagi peserta = 2 peserta Lima belas minit semasa pertandingan, gandakan bilangan peserta = 4 peserta Sepuluh minit semasa pertandingan, tambah empat orang lagi = 8 peserta Tiga minit semasa pertandingan, satu per lima daripada peserta terpaksa disingkirkan jadi 16 peserta = 4/5 daripada semua.

Jadi, terdapat 20 orang pelajar yang menyertai pertandingan

tersebut.

Langkah 4:Membuat Refleksi dan Generalisasi


Baca ayat di dalam masalah secara teliti untuk satu-satu masa

dan catat semua maklumat yang diperlukan untuk memulakan penyelesaian daripada akhir serta mengulang kaji semua operasi untuk bekerja secara songsang dan mendapatkan jawapan. Jangan lupa untuk baca semula masalah, dan sebaik sahaja dapat jawapan, semak semula jawapan tersebut.

Rujukan
https://www.blake.com.au/v/vspfiles/downloadables/blak

e-topic-bank-working-backwards.pdf http://www.ziddu.com/download/15672436/WAJ3105Lit erasiNombor.zip.html

Beri Nilai