Anda di halaman 1dari 1

MATLAMAT GERAK KERJA KO-KURIKULUM

Di antara matlamat gerakerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah untuk:1. Menyemai kesedaran terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan di kalangan murid. 2. Menseimbangkan anatar perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid-murid. 3. Mengukuhkan perhubungan dan pengalaman di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah. 4. Membina dan meningkat minat dan bakat murid-murid dalam gerak kerja yang diceburi. 5. Membina dan meningkat disiplin murid-murid. 6. Membina dan meningkatkan lagi suasana sekolah supaya lebih menarik dan menggembirakan. 7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat setempat.