Anda di halaman 1dari 16

INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA

Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk. J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Etnik dan bahasa yang berbagai - Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni.

Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia. Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompokkelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.
Teori Hubungan Kaum Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan. Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.Contoh negara - Switzerland. Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal. Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan. Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.

Integrasi Tingkat Tinggi

Integrasi Tingkat Rendah

Faktor-faktor Menghalang Integrasi Nasional Prasangka - (Prejudgement) Di negara kita biasanya prasangka berbentuk negetif (prasangka buruk) terhadap kumpulan atau kaum yang lain. Perkauman - sikap mementingkan kumpulan, kaum sendiri. Di Malaysia sikap perkauman ( asobiyyah) sangat jelas samada dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan kebudayaan. Etnosentrisme - keperyaan bahawa unsur-unsur budaya sendiri adalah lebih agung (superior) daripada unsur budaya lain. Jika bertentangan atau berbeza daripada budaya sendiri, ia akan dianggap salah, tidak baik atau merbahaya.

PERISTIWA 13 MEI 1969 Merupakan titik hitam dalam sejarah integrasi di negara kita. Ia adalah rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia.

ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA 1. Perkongsian Kuasa Politik Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan

berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja. 2. Kerajaan Demokrasi Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh menyurakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan adil.Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara mejoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat. 3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya dibiarkan akan timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain, merasa diri tertindas, gejala sosial, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Bagi mengatasi keadaan ini, pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka. 4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dgn lain. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik. 5. Toleransi Budaya & Agama Memupuk rasa hormat dan menerima budaya & agama kaum lain. Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara satu sama lain.
Dasar Perpaduan Nasional Tanpa perpaduan yang kukuh, aktiviti pembangunan sulit dilaksanakan dalam sesebuah negara. Di Malaysia perpaduan berkait rapat dengan polarisasi. Polarisasi bermaksud pembelahbahagian golongan tertentu kerana mempunyai amalan atau pendirian yang berbeza hingga wujud beberapa kelompok masyarakat yang bertentang antara satu sama lain. Nilai berbeza + amalan berbeza + keinginan berbeza = Pergolakan/perpecahan/konflik. Tujuan dasar ini dilaksanakan ialah untuk memupuk perpaduan antara kaum bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Ekoran dari rusuhan etnik 13 Mei 1969, kerajaan telah melancarkan beberapa dasar sosial, ekonomi dan politik yang berkisar mengenai perpaduan nasional dan bersifat integrasi melalui penyesuaian bersama berbagai-bagai kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kumpulan etnik dalam negara kita. Selain daripada memupuk perpaduan antara kaum, kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara wilayah, terutamanya antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Antara usaha-usaha yang telah diambil untuk memupuk perpaduan nasional ialah: (a) Rukun Negara (ideology kebangsaan); (b) Dasar Ekonomi Baru; (c) Dasar Pendidikan Kebangsaan; (d) Dasar Kebudayaan Kebangsaan; (e) Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu); (f) Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara; (g) Pergabungan parti-parti politik melalui Barisan Nasional; (h) Integrasi antara wilayah. A. Rukun Negara Rukun Negara telah dilancarkan pada 31 Ogos 1970 adalah merupakan ideologi kebangsaan negara kita. Ideologi kebangsaan adalah perlu bagi menimbulkan satu semangat dan identiti yang sama bertujuan memupuk muafakat dalam kalangan masyarakat perlbagai etnik.

Lima prinsip Rukun Negara adalah seperti berikut: (a) Kepercayaan kepada Tuhan; (b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara; (c) Keluhuran Perlembagaan;

(d) Kedaulatan Undang-undang; dan (e) Kesopanan dan Kesusilaan. Kelima-lima prinsip ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokrasi, liberal dan progresif. B. Dasar Ekonomi Baru Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1971 melalui Rancangan Malaysia Kedua (1971 1975), adalah bertujuan mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan wilayah bagi mencapai perpaduan negara. Dengan kata lain, DEB bertujuan memupuk perpaduan negara melalui pengagihan pendapatan dan peluang ekonomi yang saksama dalam kalangan semua rakyat Malaysia. DEB dilaksanakan menerusi strategi serampang dua mata, iaitu: i) Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum ii)Penyusunan semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi ekonomi dapat dihapuskan. C. Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan kepada laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman talib 1960. Antara lain matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ini adalah untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Antara langkah-langkah yang diambil bagi memenuhi matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan dan integrasi nasional adalah: i) Menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. ii) Menyediakan sukatan pelajaran yang seragam kandunganya untuk semua sekolah di Malaysia.

iii) melaksanakan kegiatan kokurikulum. D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan Pembentukan satu kebudayaan kebangsaan dapat memupuk perpaduan menerusi satu gaya hidup dan nilai-nilai yang dipersetujui dan dihayati bersama oleh semua kaum. Kebudayaan Kebangsaan juga dapat mewujudkan satu identiti negara yang dapat dikenali oleh negara-negara luar. Oleh itu, kerajaan telah menitikberatkan pembentukan secara beransur-ansur satu kebudayaan nasional yang merangkumi unsur-unsur yang baik daripada berbagai-bagai kebudayaan yang terdapat di negara kita dengan berteraskan kebudayaan asli tempatan. Tiga prinsip telah ditetapkan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan: i) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; ii) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan; dan iii) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan.[1] E. Bahasa Kebangsaan Bahasa memainkan peranan penting dalam proses memupuk perpaduan antara kaum. Justeru itu, kerajaan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Akta Bahasa Kebangsaan 1967 telah memperuntukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Mulai tahun 1970, bahas Melayu secara berperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah. Kerajan juga telah menjalankan kempen untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan melancarkan Gerakan Cintailah Bahasa Kita.

F. Jabatan Perpaduan Negara Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan rakyat Malaysia. Ia menganjurkan kelas-kelas perpaduan, yang kini dikenali sebagai Pusat Pendidikan Tidak Formal, di seluruh negara dengan mengajar bahasa Melayu, adat resam, nilai-nilai keagamaan masyarakat Malaysia dan pelajaran Sivik. Melalui Skim Rukun Tetangga, Jabatan Perpaduan Negara menggalakkan kegiatankegiatan yang bercorak muhibah atau kejiranan seperti kempen kebersihan, pertandingan sukan, rondaan keselamatan dan kelas kejiranan. Jabatan Perpaduan Negara juga menganjurkan khemah kerja kejiranan bagi mengeratkan persefahaman di kalangan belia serta menanam sifat-sifat kewarganegaraan toleransi dan semangat perpaduan. G. Penggabungan Parti-parti Politik melalui Barisan Nasional Kerjasama dan persefahaman politik adalah amat penting bagi menjamin kestabilan dan perpaduan negara. Pada tahun 1953, parti perikatan telah ditubuhkan dan telah berjaya menubuhkan kerajaan di Tanah Melayu pada tahun 1955. Kerjasama politik melalui muafakat dalam parti Perikatan diperluaskan lagi dengan tertubuhnya Barisan Nasional pada tahun 1971. Dengan tertubuhnya Barisan Nasional, telah melengkapkan perwakilan dari pelbagai etnik dan kepentingan dalam parti pemerintah. I. Pindaan Akta Hasutan Pindaan Akta Hasutan mengeluarkan beberapa perkara daripada perbincangan umum, termasuk di Parlimen dan Dewan undangan Negeri. Dua daripada perkara utama itu ialah: i) hak kedudukan istimewa orang-orang Melayu dan kelompok bumiputera lain negara ini; dan ii) kedudukan raja-raja Melayu. J. Integrasi Antara Wilayah

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan negeri-negeri. Negeri-negeri yang kurang maju seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu diberi peruntukan perbelanjaan pembangunan yang lebih berbanding dengan negeri-negeri lain yang dianggap maju bagi tujuan merapatkan lagi jurang perbezaan ekonomi wilayah. Kerajaan juga menitikberatkan integrasi antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak telah disatukan secara beransur-ansur ke dalam sistem pendidikan kebangsaan. Perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak diperkukuhkan melalui perkhidmatan telekomunikasi, pengangkutan udara dan perkhidmatan pos yang baik. Rangkaian radio dan televisyen di Sabah dan Sarawak juga telah disatukan dengan rangkaian radio dan televisyen nasional. Jabatan Perpaduan Negara seringkali menganjurkan lawatan-lawatan muhibah untuk membolehkan pemimpin-pemimpin masyarakat Sabah dan Sarawak bertemu dan beramah mesra dengan pemimpin-pemimpin masyarakat Semenanjung Malaysia.

Dasar Dalam Negara : Perpaduan Negara


NOTA

1. Definisi Perpaduan Satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. Perpaduan masyarakat merupakan sebahagian yang penting daripada perpaduan negara. Oleh itu adalah mustahak bagi kita meneliti latar belakang dan ciri-ciri masyarakat majmuk di negara kita.

2. Masyarakat Majmuk Ciri yang nyata dalam sesebuah masyarakat yang bersifat majmuk ialah wujudnya jurang perpisahan di antara berbagai golongan etnik atau bangsa yang tinggal di dalam masyarakat yang berkenaan. Di negara kita, perpisahan sedemikian iaitu secara fizikal, telah lama wujud di kalangan penduduk di satu-satu petempatan bahkan pada zaman Kesultanan Melaka keadaan ini wujud untuk memudahkan perjalanan sistem pentadbiran iaitu satu-satu golongan pendatang itu biasanya diletakkan di bawah ketua golongan itu sendiri. Maka muncullah perkampungan Cina, Jawa, India dan sebagainya.

Terdapat perbezaan yang besar di antara keadaan dahulu, iaitu seperti di zaman kesultanan Melaka dengan keadaan yang wujud semasa zaman penjajah. Dahulu, orang asing yang bermastautin di Malaysia ini tidak ramai, apa lagi mereka yang mengambil keputusan untuk berintegrasi dengan penduduk pribumi dan seterusnya menghilangkan keperibadian asalnya. Pastinya soal status politik penduduk asing itu tidak pernah dipertikaikan : orang mendatang mempunyai negara ibunda masing-masing; kehadiran mereka di kawasan ini hanyalah sebagai penduduk sementara walaupun, pada hakikatnya, ramai juga yang akhirnya dikebumikan di negara ini.

Walau bagaimanapun, akibat penjajahan pada abad ke 19 terutamanya di Asia Tenggara telah membawa perubahan yang besar kepada komposisi penduduk di beberapa negara jajahan takluk. Wujudnya pentadbiran British di negara ini menggalakkan lebih ramai orang Cina berhijrah masuk kerana permintaan bijih timah yang meningkat di Eropah. Untuk mempercepatkan lagi pengeluaran hasil ladang terutamanya getah, kaum Tamil telah dibawa masuk ke negara ini dari India yang

sememangnya sudah menjadi tanah jajahan British. Perkembangan ekonomi yang semakin peast ini sedikit sebanyak mengubah keadaan. Penduduk negara luar semakin ramai di negara ini dan masing-masing mempunyai kepentingan sendiri.

Pada tahun-tahun 1920-an, pola masyarakat majmuk semakin nyata. Orang Melayu tinggal di kawasan desa atau pinggir bandar; orang Cina di kawasan bandar dan orang India di ladang-ladang getah. Perpisahan fizikal ini menyebabkan hubunbgan antara kaum menjadi semakin minima.

3. Dasar Perpaduan Dasar perpaduan boleh dicapai melalui dua cara iaitu integrasi dan asimilasi.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik.

Manakala asimilasi pula ialah satu proses bagaimana kumpulan-kumpulan minoriti diasimilasikan melalui perkahwinan campur dan sebagainya ke dalam kumpulan etnik yang lebih besar. Menurut Vender Zanden, seorang ahli sosiologi, asimilasi adalah satu proses dalam mana kelompok-kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam kesatuan sosial serta budaya yang sama.

Cara-cara mencapai perpaduan Politik

Sosial

Ekonomi
Integrasi wilayah Integrasi ekonomi

Integrasi politik

Integrasi kebudayaan Integrasi sosial Integrasi pendidikan

4.

Punca masalah perpaduan Sistem pendidikan yang berbeza


Sistem persekolahan yang wujud di negara ini, pada dasarnya berpandukan sistem Barat yang diperkenalkan oleh pentadbiran British mulai abad ke 19, iaitu pada peringkat permulaannya, di Negeri-negeri Selat. Pada awal tahun itu, pihak British memberi keutamaan kepada pelajaran Melayu dan Inggeris. Pendidikan Cina dan Tamil dibiarkan berkembang secara sendirian.

Pelajaran Cina telah membarai kesedaran kebangsaaan pemuda pemuda Cina. Sekolah Cina bukan hanya menggunakah bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, gurunya datang dari negara China, buku teks diimport dari negara China dan berkiblatkan China. Sekolah Tamil pula menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar yang tunggal. Kebanyakan sekolah Tamil terletak di kawasan ladang dan

sebahagian besarnya dibiayai oleh syarikat-syarikat yang memiliki ladang-ladang berkenaan. Walau

bagaimanapun, keadaan sekolah Tamil tidak pernah setanding dengan sekolah-sekolah Cina, Melayu atau Inggeris.

Kerajaan sebelum merdeka menganggap sekolah Inggeris sebagai sistem persekolahan yang unggul. Kelulusan sekolah Inggeris terdedah kepada pemikiran Barat. Perbezaan di antara sekolah Inggeris dengan sekolah-sekolah lain bukan dari segi bahasa pengantar sahaja, sukatan pelajaran juga tidak sama dan sekolah Inggeris juga memberi kesan kepada perpecahan yang berlaku di dalam masyarakat. Jelas sekali, sistem persekolahan sebelum merdeka memainkan peranan penting mengekalkan keperibadian satu-satu golongan etnik dan, di samping itu, mewujudkan dua golongan terdidik berpelajaran Inggeris dan berpelajaran vernacular yang tidak mempunyai pandangan dunia (world view) yang sama.

Pihak Inggeris tidak memberatkan objektif perpaduan dalam sistem pelajarannya. Tidak ada satu dasar pendidikan kebangsaan sepertimana yang kita lihat hari ini. Yang penting bagi mereka ialah memberi pelajaran kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi.

5. Bagaimana pendidikan boleh membentuk perpaduan


Persoalan besar yang dihadapi para pemimpin dan pendidik selepas Perang dunia Kedua ialah mencari formula untuk melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatupadu, yakni masyarakat majmuk yang mempunyai keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia.

Satu cara yang penting untuk mewujudkan perpaduan di dalam sesebuah negara ialah menerusi pendidikan. Dalam konteks Malaysia, hakikat bahawa pendidikan merupakan faktor unggul dalam membina kerakyatan yang tunggal telah lama disedari : Sistem pelajaran yang ada pada kita sekarang

ialah suatu usaha yang disedari dan bersungguh-sungguh untuk memberi jawapan atau penyelesaian kepada masalah perpaduan ini dengan kaedah-kaedah yang praktikal, wajar dan dapat diterima oleh sebahagian besar rakyat negara ini.

Asas-asas perpaduan sistem pendidikan


Sistem persekolahan yang sama bagi semua Pada asasnya Laporan Razak mencadangkan penubuhan sekolah-sekolah umum yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sekolah-sekolah jenis umum menggunakan bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris. Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa untuk perpaduan jelas dinyatakan.

Seterusnya walaupun pada peringkat rendah ini sekolah-sekolah diasingkan oleh bahasa pengantar yang berbeza namun sukatan pelajaran dan sistem persekolahan disamakan. Pada peringkat menengah pula ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan pengantar bahasa Melayu dan semua kanakkanak akan memasuki sama ada Sekolah Menengah Kebangsaan atau Sekolah Menengah Inggeris tanpa mengira bahasa pengantar yang dilaluinya pada peringkat rendah.

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama Cara paling penting untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia ialah melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa hormoni antara kaum di negara ini.

Kurikulum yang sama Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahliahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikilum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendokong cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukunegara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.

Sukatan pelajaran yang seragam Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak adalah dianggap sebagai salah satu asas sistem pelajaran kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara.

Mata pelajaran Sejarah memainkan peranan penting ke arah matlamat pembangunan. Melalui pelajaran Sejarah diharapkan dapat membina semangat perpaduan dan perasaan hormat menghormati terutama dlam masyarakat yang berbilang kaum, agama dan adat resam.

Peperiksaan yang seragam Rancangan kerajaan untuk menseragamkan kurikulum di sekolah-sekolah telah diperkukuhkan lagi dengan mewujudkan satu sistem peperiksaan yang seragam. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan

yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila terpaksa berpindah sekolah. Langkah ini boleh menolong proses menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.
Perbezaan antara perpaduan dan integrasi nasional: Perpaduan Negara Satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Mesyuarat Panel Penasihat Perpaduan Negara, Februari 1992) Integrasi Nasional Satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. (Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun 1991) Contoh isu Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad kelmarin melahirkan kebimbangannya terhadap ekstremisme berasaskan kaum di kalangan generasi muda yang semakin serius. Sebagai pemimpin yang banyak pengalaman asam garam kehidupan, beliau sudah nampak amalan memisah-misahkan diri mengikut kaum di kalangan masyarakat negara ini. Masyarakat kita kini ada yang sedar dan tidak kurang yang langsung tidak ambil peduli akan bahaya yang mungkin timbul daripada amalan atau budaya tidak menghormati perasaan kaum-kaum lain yang pada ketika tertentu dimainkan oleh sesetengah pertubuhan atau parti politik berasaskan kaum. Sebagaimana yang diingatkan oleh Dr. Mahathir bahawa apabila puak ekstremis daripada semua kaum semakin lantang menggalakkan perpisahan antara kaum dan mereka juga menentang sebarang usaha untuk mendekatkan antara kaum, maka kita khuatir hubungan generasi muda akan terus terpisah jauh. Jika kita kembali meninjau sejarah pembentukan negara ini, Malaysia dibina oleh masyarakat Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak serta kaum-kaum lain. Mahu tidak mahu pewaris generasi masyarakat berbilang kaum, agama dan bahasa ini yang akan terus menjadi rakyat dan tunggak pembangunan negara ini sampai bila-bila. Kita harus sedar bahawa perpaduan antara kaum di negara ini masih longgar. Sedikit sentimen dimainkan oleh puak ekstremisme kaum, ia boleh menyemarakkan api perkauman menjadi besar. Pengaruh dan hasutan ekstremis kaum boleh menjejaskan intergrasi nasional. Mereka ini barangkali sudah lupa pada peristiwa 13 Mei 1969 yang tercetus berpunca daripada masalah perkauman dan jurang ekonomi yang besar. Demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum di negara ini, maka kerajaan Perikatan selepas itu Barisan Nasional berusaha bersungguh-sungguh bagi melaksanakan dasar-dasar pembangunan dan perpaduan kaum melalui Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini yang bermatlamat menghapus jurang pendapatan antara kaum dan menyatukan rakyat berbilang kaum dilaksanakan merentasi bidang ekonomi, pendidikan, kebudayaan serta sosial. Mengapa setelah sekian banyak tenaga, masa dan wang dicurahkan dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni, tetapi ada pihak tertentu pula cuba merosakkan perpaduan kaum yang menjadi teras utama kejayaan negara selama ini. Kita harus segera sedar apa yang sedang berlaku dalam hubungan pelbagai kaum di negara ini. Berapa bilangan rakan kita yang terdiri daripada kaum-kaum lain? Tanya pada diri sendiri, apa punca menyebabkan kita tidak berminat bercampur

gaul dengan kaum-kaum lain. Apakah aktiviti kemasyarakatan dan persekolahan lebih tertumpu kepada kaum-kaum masing-masing sahaja atau pengaruh dakyah pihak-pihak tertentu? Apakah kita berasa perpaduan kaum sudah tidak lagi penting dalam era negara mengharungi dunia tanpa sempadan? Apakah penguasaan ekonomi dan pengaruh politik boleh menentukan kelangsungan hidup kaum-kaum di negara ini? Orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau dan lain-lain harus membuka minda bahawa perbuatan mementingkan kaum masing-masing secara melampau, akhirnya hanya akan membahayakan negara ini. Justeru semua pemimpin kaum, pertubuhan walaupun berbeza ideologi politiknya harus serius mencari punca hingga wujud ekstremisme kaum yang ada di sekeliling mereka, daripada membiarkan ia merosakkan apa yang telah kita bina. CARA-CARA MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM Sebagai warganegara Malaysia, bagainmanakah anda dapat memastikan perpaduan kaum berkekalan???? - memahami dan menghormati adat yang diwarisi oleh kaum lain. - mengamalkan sikap toleransi antara satu sama lain begi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. - bersama-sama memahami, menghargai dan mencintai negara ataupun tanah air agar perpaduan kaum dapat dibina. - mengadakan kempen-kempen untuk memberi kesedaran tentang kepentingan mengekalkan perpaduan kaum. Contoh intro SEBAGAI negara yang dihuni penduduk berbilang kaum dan agama, perpaduan adalah teras mengekalkan suasana aman dan harmoni. Hanya pergaulan dan persefahaman antara kaum yang berpaksikan perasaan saling menghormati agama dan budaya, menjadi landasan kukuh untuk mengekalkan peraduan rakyat. Dalam hubungan ini, kita sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu rakyat menjadikan sambutan kemerdekaan ke-50 tahun depan sebagai landasan mengukuhkan semula perpaduan yang kini dilihat semakin rapuh. Kenyataan Perdana Menteri mengenai kerapuhan perpaduan kaum, lebih-lebih lagi apabila merujuk isu membabitkan bangsa dan agama, menunjukkan persoalan hubungan antara kaum masih menjadi masalah besar. Isu ini harus ditangani dengan bijaksana dan berhikmah oleh semua pihak agar jalinan itu dapat dipelihara dan dipererat. Satu daripada usaha terbaik mewujudkan perpaduan dan semangat setia kawan ialah melaksanakannya pada peringkat sekolah rendah lagi dengan menggalakkan pelajar semua kaum berinteraksi menerusi kegiatan sukan dan persatuan. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum selain mengelak sikap mementingkan diri.

Anda mungkin juga menyukai