Anda di halaman 1dari 2

NOTA UTK DI KONGSI TERIMA KASIH..

Ditulis oleh Mohd Syamim Bin Ahmad Musthafa

Kenapa belajar algebra

Pelajar diperkenalkan dengan algebra semenjak pra sekolah lagi. Adakah semua pembaca masih ingat bila cikgu menggantikan nombor dengan oren, bunga dan lain-lain? Dahulu, kita seronok belajar matematik dengan bantuan lukisan dan pensel warna. Namun, apabila melangkah ke alam sekolah menengah, kebanyakan pelajar tidak suka dan kerap melakukan kesilapan apabila berdepan dengan terbitan algebra sedangkan sedikit sahaja perubahan yang dilakukan seperti epal digantikan dengan anu; x, y, dan lain-lain.

Mari kita lihat satu contoh dalam topik set:

Di sini, pelajar mula mengeluh kenapa perlu belajar algebra? Di mana gunanya algebra? Dunia matematik cuba menyenaraikan bidang penggunaan algebra seperti jadual di bawah:

Sebenarnya, algebra merupakan set pemikiran yang abstrak dan seronok untuk dipelajari. Algebra melatih otak kita untuk berfikir dengan lebih berstruktur dan sistematik. Proses pemikiran sebegini menjadikan otak berfungsi dengan lebih hebat kerana neuron-neuron akan saling berhubungan di dalam sel-sel otak. Fungsi neuron telah diperkenalkan dalam .

Mari kita berbincang mengenai fungsi otak kiri dan kanan. Seorang penggiat seni seperti pelakon, artis dan sebagainya merupakan subset bagi pengguna otak kanan yang hebat. Kumpulan ini kebiasaannya tidak mempunyai kebolehan algebra yang baik. Bagi kumpulan ini, pembelajaran algebra pastinya sesautu yang merumitkan. Sesiapa yang belajar algebra dengan bersungguh-sungguh, ia akan menggunakan otak kiri dengan lebih baik yang mana menghasilkan pembelajaran matematik, sains dan bahasa lebih mudah.

Algebra dipenuhi pelbagai peraturan-peraturan tertentu yang mesti difahami oleh pelajar. Semua orang boleh mempelajari algebra. Kamu hanya menggunakan satu langkah pada satu masa dan belajar peraturan-peraturan asas untuk mempelajari topik-topik berkaitan algebra yang lebih kompleks. Kenapa saya belajar algebra? Ini merupakan soalan yang rumit tetapi jawapan yang paling mudah untuk jawapan ini adalah algebra merupakan permulaan satu pengembaraan yang akan memberikan kamu pelabagai kemahiran untuk menyelesaikan masalah-masalah yang rumit dan kompleks.

Apakah jenis permasalahan yang kamu boleh selesaikan dangan hanya menggunakan kemahiran yang telah dipelajari dalam algebra? Penulis pernah bermain teka-teki pada suatu masa dahulu dan satu soalan ynag diberikan adalah jika Zainal melepaskan sebiji batu dari bumbung rumahnya dan kemudian dia melepaskan sehelai daun dari tempat yang sama. Kemudian dia mengangkat sebuah kereta dan melepaskannya dari bumbung yang sama. Manakah antara

ketiga-tiga objek ini akan sampai ke tanah dahulu? Jawapannya ialah ketiga-tiga objek akan smapai ke tanah pada masa yang sama! Masa yang diambil untuk jatuh bebas adalah bergantung kepada kekuatan medan graviti bumi dan ketinggian bumbung yang digunakan Zainal. Walaupun kereta merupakan objek paling berat dari sehelai daun, namun kedua-duanya akan jatuh ke tanah pada masa yang sama.

Penulis teringatkan subjek fizik moden yang telah diambil pada tahun kedua pengajian di UTM.

Penulis merupakan seorang penuntut UTM, anggota Kos Sukarelawan Polis, atlit memanah dan fasilitator penulisan khat di UTM. Sepanjang menuntut di UTM, pelbagai rintangan dihadapi termasuklah kekangan masa untuk belajar, menjalani latihan polis, berlatih memanah dan mengendalikan kelas penulisan khat. Apa yang ingin penulis tekankan di sini, kebolehan penulis untuk merancang dan menguruskan masa adalah hasil daripada pembelajaran algebra. Apabila kamu menyenaraikan pemboleh ubah, mulakan merancang prosedur, kemudian ikuti prosedur yang telah dirancang. Ini merupakan aspek yang penting dalam menganggotai sesuatu organisasi.

Anda mungkin juga menyukai