Anda di halaman 1dari 8

2.

0 Cadangan Aktiviti Berdasarkan tema yang dipilih iaitu Malaysia Negaraku tahun 4, saya memilih unit 8 yang bertajuk Berbangga dengan identiti negara untuk menghasilkan satu cadangan aktiviti yang baru. Dalam akhir pembelajaran tajuk tersebut, murid dapat mengenal pasti identiti negara, menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara dan berbangga dengan identiti negara. Dalam aktiviti tajuk ini, murid dapat belajar mengenalpasti identiti-identiti negara dengan melukis bunga kebangsaan, Jata Negara, dan Bendera Jalur Gemilang. Seterusnya mereka akan secara berkumpulan menghafal dan melafaz Rukun Negara serta menyanyi Lagu Negaraku. Dengan melakukan aktiviti ini, murid-murid dapat

mengenalpasti dan mengingat identiti-identiti negara tersebut dengan lebih berkesan kerana mereka dapat melibatkan diri dan mendapat pengalaman belajar secara peribadi. Selepas itu, mereka dihendaki memilih salah satu daripada identiti-identiti negara tersebut dan cuba menunjukkan perasaan bangga menggunakan pelbagai cara dengan identiti negara yang dipilih tersebut. Dengan ini, murid akan cuba memahami maksud dan peranan identiti negara yang dipilih. Secara tidak langsung, mereka sedang belajar

menghayati dan berasa bangga dengan idnetiti-identiti negara tersebut.

3.0 Lembaran Kerja A. Kenalpasti dan lukiskan identiti-identiti negara Malaysia ke dalam kotak yang diberikan.

Lembaran Kerja B. 1. Hafal dan melafaz Rukun Negara 2. Nyanyikan Lagu Negaraku

C. Pilih satu daripada identiti-identiti Negara Malaysia dan tunjukkan bagaimana dan mengapa anda berasa bangga terhadap identiti negara yang dipilih tersebut. 1. Bunga Kebangsaan (Bunga Raya) 2. Jata Negara 3. Rukun Negara 4. Lagu Negaraku 5. Bahasa Kebangsaan 6. Bendera Jalur Gemilang

4.0 Penulisan Deskriptif 4.1 Menghurai dan menghubungkait cadangan aktiviti dan lembaran kerja dengan hasil pembelajaran. Dalam cadangan aktiviti tersebut, murid-murid dapat melibatkan diri dengan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru yang mengajar subjek sivik. Cadangan aktiviti ini lebih menekankan pembelajaran sendiri murid-murid di mana murid-murid mendapat pengalaman dari aktiviti yang dilakukan. Dalam aktiviti ini, guru cuma bertindak sebagai seorang fasilitator dan pembimbing untuk pelajar-pelajar yang tidak dapat melakukan tugasan yang diberikan dalam cadangan aktiviti tersebut. Menurut Jurnal Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya dengan Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan oleh Dr. Abdullah Ibrahim, Pembelajaran berpusatkan Pelajar boleh membantu mencapai matlamat pendidikan negara dengan membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangasaan dan Falsafah Pendidikan Guru kerana penerapan nilai social boleh disediakan melalui kaedah ini. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar secara umumnya dapat membina individu yang akan memiliki fikran berdaya tinggi. Jika ini dikaitkan dengan cadangan aktiviti ini dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, pelajar-pelajar akan dapat mengenalpasti identiti-identiti negara di bawah bimbingan guru yang mengajar. Penghafalan dan penglafazan Rukun Negara dalam kelas mampu memberi pelajar masa untuk menghayati dan memahami maksud yang ingin disampaikan dalam Rukun Negara kita. Dengan melafaz Rukun Negara. Pelajar dapat masa untuk menghayati isi Rukun Negara di negara klta. Pelajar yang mengikut cadangan aktiviti ini akan dapat menghayati topic ini dengan lebih baik dan menyeluruh.kerana dapat fokus tentang pengajaran dan pembelajaran dengan kegangguan yang minimum. mengfokuskan diri mereka sambil bermain. Aktiviti belajar sambil bermain berupaya menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi menarik dan berupaya menarik perhatian murid-murid untuk membuat atau belajar secara langsung atau tidak langsung sambil bermain. Mengikut kamus dewan, bermain adalah suatu yang dilakukan oleh seseorang untuk bersenang lenang dan bersuka-suka dengan menggunakan alatan ataupun tidak. Caplan and caplan (1973) dalam jurnal keberkesanan kaedah bermain sambil belajar di peringkat pra sekolah, Pelajar dapat

mengatakan bahawa bermain sebagai penentu penting bagi perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi perkembangan social dan intelek. Cadangan aktiviti yang menyuruh mereka memilih satu identiti negara dan menunjukkan bagainaman mereka berasa bangga dengan identiti negara tersebut ingin murid berupaya menggunakan ilmu yang diperoleh dengan cara yang kreatif. Mereka

boleh menerangkan mengenai cirri-ciri setiap identiti negara ini dan mempunyai hati yang bangga sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dalam mengetahui jenis jenis identiti negara. Ini juga merupakan satu cara pembelajaran koperatif di mana mereka harus berbincang mengenai sesuatu perkara dan bekerjsasama untuk mendapat keputusan yang baik. Menurut Jurnal bertajuk Penerapan nilai murni melalui

Pembelajaran kooperatif dalam sains oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahaya Ariffin, dan Musa Daja, pembelajaran kooperatif memberi kesan dan memupuk lebih banyak nilai nilai murni ke dalam murid berbanding dengan cara pengajaran yang bisasa. Oleh itu, ini adalah cara yang lebih berkesan untuk memupuk rasa bangga terhadap identiti negara kepada murid dan juga pada masa yang sama nilai nilai murni yang lain seperti bekerjasama, sifat kepimpinan ke dalam minda mereka melalui aktiviti ini.

4.2 Menghurai dan menghubungkaitkan cadangan aktiviti dan lembaran kerja dengan objektif pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pendidikan sivik dan

kewarganegaraan Berdasarkan Sukatan Pelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan. Mata pelajaran bertumpu kepada isu isu perpaduan, patriotisme dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekellilingnya, manakala kewarganegaraan merujuk kepda hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegera yang bertanggungjawab. Pendidikan Sivik dan kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang kea rah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Terdapat tiga aspek objektif mata pelajaran ini iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai. Dalam lembaran kerja tersebut, kita dapat mencapai beberapa objektif mata pelajaran dari 3 aspek tersebut, pada aspek pengetahuan, lembaran kerja tersebut mampu memberi pelajar menerangkan system kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpin negara yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan maju sehingga sekarang. Dengan kemampuan pelajar untuk mengenalpasti dan menghayati identiti-

identiti negara, mereka juga dapat mengenalpasti cabaran dan ancaman kepada masyarakat yang mampu mengugat ketenteraman hidup negara dan mengambil tahu tentang perkembangan negara pada setiap masa. Manakala dari segi kemahiran pula, dengan lembaran kerja dan cadangan aktiviti tersebut, mereka membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan diri dan orang lain. melalui aktiviti C di mana mereka perlu bekerjasama untuk mendapat satu persembahan yang bermutu. Selain itu, mereka juga mampu berinteraksi secara sopan dengan keluarga, rakan dan masyarakat serta menangani konflik diri, keluarga dan rakan dengan sempurna melalui aktiviti berkumpulan C.

Dari segi nilai pula, lembaran kerja yang dibuat boleh memberi kan perasaan bangga dan cinta akan negara sebab murid dapat peluang untuk mengenalpasti, memahami dan menghayati apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara kita untuk menjadikan negara Malaysia sebuath negara yagn aman damai. Lembaran kerja aktiviti B yang memerlukan murid menghafal dan melafaz Rukun Negara dan menyanyi Lagu Negaraku pula mampu memberi murid mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri untuk menghayati identiti-identiti negara tersebut. Objektif pengetahuan yang dapat dicapai oleh murid-murid dalam cadangan aktiviti membolehkan murid-murid mengenalpasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhadap pembangunan watak yang mulia. Pembangunan watak yang mulia dapat memberi manfaat yang besar terhadap pembangunan negara. Ini kerana mereka berasa bangga dengan negara mereka sendiri dan ingin meyalur tenaga untuk memastikan keamanan dan pembangunan negara dapat diteruskan dan seterusnya mencapai wawasan 2020; Objektif nilai yang boleh didapati dalam cadangan aktiviti pula membolehkan muridmurid memupuk semangat kerjasama dengan sama-sama bekerja menyiapkan tugasan atau cabaran yang diberikan sebagai satu kumpulan. Semangat ini amat penting dalam memastikan negara Malaysia mampu bersaing dengan negara lain yang lebih maju. Dengan melahirkan generasi yang kuat bersaing dan mempunyai semangat kekitaan sebagai warga Malaysia yang kuat, negara dapat membangun dengan lebih cepat dan pesat dari aspek nilai moral dan juga segi kewangan. Manakala pada objektif kemahiran pula, cadangan aktiviti yang dilaksanakan

mampu melahirkan seorang individu yang mampu mengurus diri dengan bertanggungjawab dan sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku. Individu yang tidak

sombong dan mempunyai pendirian yang kuat terhadap negara sendiri boleh membantu negara menepis desas desus yang berkeliaran di sekitar negara. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan berita-berita luar yang tidak tahu sumbernya dan akan sentiasa membantu membetulkan kesalahfahaman yang berlaku di luar. Sebagai warganegara Malaysia juga, kita juga harus sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat seperti gotong royong untuk kebaikan semua orang. Dengan

melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat juga. Kita dapat merapatkan hubungan silaturahim antara jiran-jiran dan masyarakat sekeliling kita sebagai rakayat Malaysia yang mesra. Kita boleh belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat serta berterima kasih

kepada jasa pemimpin negara yang sentiasa bertungkus lumus dalam memastikan negara berada dalam keadaan stabil. Dengan memupuk semangat cinta akan negara melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memberi tumpuan utama kepada isu perpaduan , patriotism, dan pemahaman pelbagai budaya masyarakat Malaysia. Dengan kurikulum mata pelajaran ini, kita dapat melahirkan individu yang bersemangat patriotik. Boleh bekerjasama dengan orang lain, Memahami dan menghargai kepelbagai budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang ke arah pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai