Anda di halaman 1dari 59

KOLEKSI PUISI & PANTUN

NEWSFEED

KOMEN

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

utama pengenalan info ringkas visi & misi organisasi penulisan2u di media hantar karya carian karya carian kata kunci carian cerpen terbaru carian novel terbaru carian cerpen ikut abjab carian novel ikut abjab maklumat soalan lazim info penulis ingin menjadi penulis? promosi hebat laman web pilihan pengiklanan langganan novel peraduan muat turun peraduan novel hubungi kami
Cari novel atau CARI

AKTIVITI CERPEN INFO TERKINI MENARIK DI SINI NOVEL NOVEL DI PASARAN PEMENANG PEMENANG PERADUAN PENGULAS TERBAIK BULANAN PENULIS TERBAIK BULANAN PERADUAN TIP PENULISAN VIDEO PILIHAN

Selamat Datang ke Penulisan2u.my


Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari. Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali. Kewujudan website penulisan2u dengan blog sebagai wadah untuk meningkatkan nilai diri. Bermatlamatkan penyatuan ummah dengan ciri-ciri kemurnian budi dan budaya. Walaupun, dunia terus maju dengan teknologi, kita akan terus kekal dengan akhlak dan jati diri insani.

Selamat Datang ke Penulisan2u.my


Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai. Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggung jawabkan pada kemudian hari.

Carian >Utama / Cerpen / Cerpen : Dialah driver yang tercipta untukku

Cerpen : Dialah driver yang tercipta untukku

1 May 2011 Kategori: Cerpen 21,735 bacaan 170 ulasan

Oleh : s@r@ sassy gurlz


Dayana yang berlari itu terus terjatuh apabila kakinya tersandung dengan batu yang berselerakan di sana-sani. Dia mengaduh kesakitan apabila seluar yang dipakai telah koyak dan lututnya berdarah akibat terluka. Aya! Macam mana boleh jatuh ni? Nada suaranya jelas kedengaran penuh kerisauan. Macam mana lagi? Macam nilah. Sempat lagi tu mulut gadis genit ini menjawab. Segera Mikhail terus mencubit pipi milik Dayana. Tidak suka dengan perangai gadis itu yang kuat benar menjawab. Dah besar-besar pun jatuh lagi. Dah macam nangka busuk dah abang tengok. Terus Mikhail melahirkan tawa apabila sudah memastikan yang Dayana hanya mengalami luka-luka biasa sahaja. Abang ni teruklah Dayana sudah mula tarik muka. Dia kalau dengan Mikhail, manjanya tak usah cakaplah. Mungkin kerana mereka sudah kenal sedari kecil lagi. Hahaha Alah, abang gurau pun tak boleh sekarang Mengusik lagi. Tak boleh. Aya tak suka tau. Marah Dayana namun masih menyambut huluran tangan Mikhail yang ingin membantunya bangun. Boleh jalan tak ni? Ada nada was-was dalam lenggok katanya. Mungkin kerana matanya dapat menangkap gaya jalan Dayana yang agak terhencot-hencot itu. Sakitlah Adu Dayana dengan suara yang manja. Mikhail tersenyum sendiri. Sudah biasa dengan segala karenah Dayana itu. Anak asuhan ibunya ini memang tersangatlah manja dengan sesiapa. Apatah lagi dengan dirinya. Meh abang gendong.. Dayana tersengih hingga ke telinga apabila mendengar pelawaan Mikhail itu. Sesungguhnya, dia teramat senang dengan segala layanan Mikhail itu. Aya ni beratlah.. Adu Mikhail apabila Dyana sudah memulakan langkah untuk membawa Dayana pulang ke rumah. Tak Abang tu yang lembik. Sesedap rasa sahaja Dayana mengomel sedangkan dia yang terpaksa mengalas tubuh Dayana yang sememangnya tidaklah seberat mana. Abang sayang Aya tak? Uish, kecik-kecik lagi dah pandai tanya soalan maut. Tak malu betul Aya ni. Kalau Aya sayang abang, abang sayanglah Aya.. Mikhail memilih jawapan yang selamat. Sememangnya, dia menyayangi Dayana. Kerana sedari kecil lagi dia sudah rapat dengan Dayana. Jadi dia sudah kenal benar dengan selok belok perangai Dayana ini. Kalau macam tu, nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang tau. Abang jangan kahwin dengan orang lain tau. Mikhail tersenyum mendengar kata-kata Dayana itu. Baru berusia sepuluh tahun namun sudah pandai mengungkapkan perasaan sayang. Hahaha Tengoklah kalau abang ingat.. Sakat Mikhail.

Abang. Dayana meronta-ronta hingga menambahkan lagi rasa berat. Akhirnya Mikhail mengalah dengan kedegilan dan kemanjaan Dayana. Yalah-yalah Tapi duduk diam-diam. Karang abang tinggalkan Dayana kat tepi ni. Ugutan Mikhail itu Dayana semat dalam kepala otaknya. Terus dia melentokkan kepala ke belakang badan Mikhail. Ya Allah, kenapa dengan Aya ni? Soal Puan Rahimah apabila anaknya mengendong Dayana yang sudah tertidur itu. Sedap je dia tidur padahal Khail ni macam nak mati kendong dia bu. Adu Mikhail kepada ibunya. Aya ni manja betul dengan Khail. Ya, itu memang satu hakikat yang tidak boleh disangkal langsung. Dayana memang jenis yang mudah mesra namun kemesraan yang terjalin dengan Mikhail adalah kemesraan yang dia sendiri tidak dapat mentafsirkan dengan kata-kata. Aya jatuh tadi. Sebab tulah Khail kendong dia. Musim cuti sekolah ini beginilah rutin hariannya. Iaitu menemani Dayana bermain di taman permainan yang tidak jauh dari perumahan mereka ini. Jika ingin membiarkan Dayana bermain sendiran, memang tidak akan mendapat kelulusan dari Puan Rahimah. Macam manalah boleh jatuh si Aya ni. Eee, nakal sungguh. Tangan seorang ibu muka mencuci luka di kepala lutut Dayana itu. Dari Dayana berusia dua bulan, dialah yang mengasuh Dayana memandangkan dia adalah suri rumah sepenuh biasa sedangkan Mama Dayana merupakan seorang Pensyarah. Khail, dah pukul berapa ni, pergi mandi nuh. Ujar Puan Rahimah sambil mula menoleh. Namun bibirnya menguntumkan senyuman apabila menangkap susuk tubuh Mikhail yang sudah terlentang di tengah rumah akibat kepenatan kerana mengendong Dayana barangkali. *** Dayana membalingkan semua anak patungnya yang selama ini terletak cantik diatas katil. Habis semua barangan dibaling sehinggakan bilik yang sedia cantik dan kemas itu berubahh seperti kapal diserang garuda sahaja. Aya, jangan macam ni. Abang pergi nak belajarlah. Jangan merajuk macam ni. Pujuk Puan Salima. Bagaimanalah hendak melunturkan sifat manja Dayana ini. Kuat mengamuk sungguh! Perangainya makin menjadi apabila Mikhail memberitahu yang dia akan mendaftar di sekolah asrama kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan menengah rendah. Puan Salima ikut turut berbangga dengan Mikhail itu. Sudahlah pandai, anak yang mendengar kata pulak itu. Memang nilai didikan seorang ibu itu sangat bernilai dalam mendidik setiap manusia yang bergelar khalifah di muka bumi ini. Aya nak abang Aya nak abang mama Air mata anak gadisnya itu sudah lama mengalir di pipi. Jika dikesat sekalipun, air mata itu masih setia menumpahkan diri. Puan Salima memandang sedikit ke arah suaminya itu. Encik Husin hanya mengangkat bahu. Dia sendiri tidak tahu cara bagaimana lagi hendak memujuk anak gadisnya yang sorang itu. Abang nak belajar Nak jadi pandai. Kalau Aya nak jumpa abang, Aya pun kena belajar pandai-pandai jugak tau. Pujuk si ibu lembut. Sedih dia melihat Dayana yang tersedu-sedu itu. Sayang benar dia pada Mikhail.

Abang pergi tak cakap kat Aya pun Adu Dayana sambil memeluk tubuh si ibu. Puan Salima mengisyaratkan sesuatu agar suaminya mengambil alih tugasnya pula. Dia sudah kering idea untuk menghentikan tangisan Dayana. Sayang, abang kan nak jumpa dengan Aya tapi Aya yang tak nak keluar bilik. Hah, bukan salah abang. Kenapa Aya tak keluar tadi? Encik Husin mengusap lembut belakang badan anaknya itu. Sebab Aya marah kat abang. Abang jahat. Dia tinggalkan Aya. Aya tak nak kawan dengan abang dah. Terus dengan tangisan pilu lantas mula menyembamkan muka ke bantal. Puan Salima hanya mampu menepuk lembut belakang badan anaknya. Tidak tahu lagi cara bagaimana hendak memujuk. Akhirnya Dayana lena sendiri sambil ditemani oleh sedu yang sangat sayu untuk didengar. *** Dayana duduk di tepi tingkat. Kenangan lama mengimbau kembali di kotak fikiran. Tersenyum sendiri apabila mengenangkan kedegilan dan kemanjaan zaman kanak-kanaknya dulu. Namun dia tidak manja seperti dulu lagi. Dia sudah matang lebih dari usianya sekarang. Kerana ada satu peristiwa yang telah merubah seratus peratus hidupnya kini. Sejarah silam mengusik lagi. Dayana mengjinjing anak patungnya sambil melangkah ke arah mamanya yang sedang menangis di penjuru katil. Diatas katil pula terdampar sebuah beg besar yang disekitarnya terdapat baju-baju yang berteraburan. Mama, kenapa mama menangis? Digoncang badan milik Puan Salima. Puan Salima tidak menjawab tetapi terus menarik Dayana ke dalam pelukannya. Ayalah kekuatan mama sekarang.. Kelihatannya, terlalu sukar untuk mamanya mengeluarkan suara. Dayana pelik sendiri. Tidak memahami akan situasi yang melanda. Kenapa mama menangis? Tanyanya lagi. Mama gaduh dengan papa ke? Soalnya lagi. Papa marah mama ke? Tambahnya lagi. Namun hanya sedu sedan sahaja yang menjawab setiap pertanyaan Dayana. Akhirnya Dayana ikut turut menangis apabila melihat mamanya itu tidak berhenti menangis. Dari pintu bilik, Encik Husin memandang kedua kesayangannya itu. Ima nak pergi mana ni? Nak tinggalkan abang.. Tanya Encik Husin dengan pandangan yang menusuk terus ke kalbu. Abang, inilah jalan penyelesaiannya. Kita kena terima yang jodoh kita memang tersurat sampai disini saja bang. Berat. Itulah kesimpulannya. Namun semua ini harus ada nokhtahnya. Sampai bila ianya harus berlarutan hingga terus melukakan semua pihak. Abang sayangkan Ima Sungguh.. Pengakuan itu memang jujur dari hatinya. Bukan dari paksaan sesiapa pun. Untuk apa kasih sayang ni kalau ianya bakal mengeruhkan hubungan semua pihak. Tak ada guna kita bersama kalau semua pihak berbalah sebegini bang Saya dah tak larat bang.. Cukup-cukuplah hati saya terluka. Hati saya ni dah tak boleh ditoreh lagi bang.. Encik Husin memeluk isteri dan anaknya yang sedang menangis itu. Dayana itu seolah-olah mengerti akan perasaan mamanya. Tanpa kata dan suara, dia ikut turut menangis.

Hal ini semuanya bermula apabila isteri pertamanya sudah mula mengetahui akan hubungannya dengan Salima. Habis teruk dia mengamuk dan melampiaskan marah kepada Salima. Memang Salima ini adalah isteri keduanya. Namun itu tidak bermakna dia berlaku curang dengan isteri pertamanya. Sikap isterinya yang komited pada kerjaya hingga mengetepikan segala perihal keluarga membuatkan Husin mula mengenali Salima. Lama-kelamaan, perasaan sayang itu sudah tidak mampu untuk dibendung lagi. Lantas dia terus meminang Salima. Memang pada mulanya hubungan mereka ini mendapat tentangan daripada keluarga Salima. Namun setelah diyakinkan oleh Salima, dengan berat hati mereka bersetuju. Dan Alhamdulilah, perkahwinan ini memang tersangat bahagia. Kebahagiaan yang dia pernah temu dengan Safura. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Lebih sepuluh tahun mereka berjaya menyembunyikan perkahwinan keduanya ini dari isteri pertamanya. Tapi entah dari mana, Safura tahu. Sedar-sedar sahaja isterinya itu sudah mengamuk pada Salima. Dan Safura telah mengarahkan agar mereka berpisah. Abang rela berpisah dengan dia Ima.. Tapi bukan dengan Ima. Pujuk Encik Husin lagi. Ayat bagaimana ya yang sesuai untuk meyakinkan isterinya dikala ini. Abang, mak abang tengah sakit sekarang.. Abang dengar kan ugutan dia tadi. Dia cakap nak beritahu hal ini pada mak abang. Abang sedar tak besar mana risiko yang abang tanggung sekarang? Abang sedang mempertaruhkan nyawa mak abang sendiri. Itulah hakikat yang sebenar. Safura mengugut untuk menceritakan perkahwinan kedua Husin ini kepada Datin Munah. Dan risiko ini tidak sama sekali akan diambil oleh Salima. Hilang isteri boleh dicari galang gantinya. Namun jika kehilangan seorang ibu, gelaplah dunia ini. Kelamlah dari segala cahaya yang selama ini cantik menghiasi. Apa salahnya kalau mak tahu? Kita suami isteri yang sah. Biar mak tahu yang abang ada anak yang sangat comel. Ada isteri yang sentiasa berada disamping abang. Salima mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Abang, percayalah. Memang ini jalan terbaiknya. Mak abang tak akan terima saya sebagai isteri nombor dua abang. Abang tahu tak yang masyarakat memang memandang keji pada isteri kedua ini. Bagi mereka, perempuan macam sayalah yang merosakkan kebahagiaan rumah tangga orang lain. Itu orang luar. Apa abang peduli. Yang penting diri kita Ima. Kenapa nak dengar cakap orang. Marah Husin pula. Baginya, Salima memikir terlalu jauh. Dia bukan jenis manusia yang berpijak di muka bumi Allah ini kerana berpandukan kata-kata manusia disekeliling. Dia manusia yang mengharapkan kasih sayang Allah untuk diserapkan kepada isteri dan anaknya. Abang, keputusan saya muktamad. Kita berpisah jelah.. Ujarnya lantas berlalu pergi. Jika berlama-lama dihadapan Husin, kekuatannya makin longgar termakan dek pujukan Husin. *** Usikan di bahu miliknya mematikan lamunannya. Tersenyum dia memandang mamanya yang masih cantik walau usia sudah mencapai empat puluh lima tahun.

Ingat kat siapa tu? Kekasih? Dayana hanya tergelak mendengar soalan cepu emas mamanya itu. Segera dipeluk mesra bahu Puan Salima. Senang bermanja sebegeni rupa. Aya mana ada kekasih mama Macamlah mama tak tahu. Jawabnya mudah. Manalah tahu kalau-kalau anak mama ni nak sorokkan dari mama ke? Kot-kot malu kalau nak cerita kat mama. Usik Puan Salima lagi walau dia memang sedia maklum yang anaknya ini memang masih belum punya sesiapa. Ialah, dua puluh empat jam mengadap buku. Dia tidak punya masa untuk bersosial pun. Keluar rumah bersama kawan-kawan pun jarang. Jika ada kelapangan, anaknya itu lebih mudah untuk menghabiskan masa menemaninya di rumah. Menerokai segala resepi miliknya. Dulu dia akui, dia penat tika melayan karenah Dayana yang sering mengamuk dan manja itu. Namun setelah dia berpisah dengan suaminya, dia sedar yang Dayana sudah mula berubah sikit. Anak itu sudah tidak senang untuk terus dimanjai. Dia lebih rela hidup berdikari dalam segala hal. Mungkin inilah hikmahnya perpisahannya dengan Husin. Apalah khabar bekas suaminya itu? Selepas mereka berpisah, Salima terus membawa Dayana berpindah jauh. Bukan untuk menjauhkan seorang anak dengan bapanya. Namun ini kerana janji yang sudah dipatri bersama dengan Safura. Kau tu perampas. Perempuan gatal. Dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni, lelaki aku jugak yang kau nak kan? Pedih. Itulah kesimpulan yang mampu dia rungkaikan dikala kata-kata itu menerjah gegendang telingannya. Jangan pernah nak munculkan diri depan aku atau depan Husin. Kalau kau cari pasal juga, Dayana akan menjadi galang gantinya. Dia rela kehilangan Husin. Tapi bukan anaknya. Biarlah dikembalikan Husin kepada Safura semula. Dia tau Dayana teramat sedih apabila terpaksa berpisah dengan pengasuh yang selama ini telah mendidik dan menjaganya sejak kecil lagi. Teresak-esak gadis itu tika hari perpisahan mereka tiba. Puan Rahimah tidak cukup-cukup dari mencium segenap wajah milik Dayana. Air mata juga turut menghiasi wajah Puan Rahimah. Saya minta maaf kak. Sebab terpaksa memisahkan akak pada Aya. Saya tahu yang keluarga akak dah banyak tolong saya. Sampai bila-bila pun saya tentu tak dapat membalasnya. Lama mereka berpelukan. Puan Rahimah tahu akan takdir yang menimpa mama Dayana itu. Dia tahu, wanita itu terluka. Bukanlah Salima tegar untuk memisahkan dia dengan Dayana. Tak ada apa yang perlu dibalas Ima. Bukan susah pun nak jaga Aya ni. Dia anak yang baik. Moga kamu jumpa kebahagiaan kamu kat sana nanti. Moga Allah mendengar doanya ini. Ya ALLAH, berkatilah kehidupan kedua beranak ini. Titipkanlah kepada mereka kebahagiaan yang setimpal. Aya, kamu kena janji dengan Ibu yang kamu tak akan sesekali susahkan mama. Kamu kena jadi anak yang baik tau. Tak boleh manja-manja lagi. Belajar rajin-rajin tau. Ibu pasti rindukan kamu nanti Aya. Entah untuk kali yang keberapa dia memeluk Dayana. Kasihnya telah lama tumpah buat anak kecil itu. Dia sudah tidak punya anak kecil lagi. Semua anaknya sudah besar panjang. Jadi dia sudah menganggap Dayana sebagai anak bongsunya.

Sudahlah tu Mah, nanti lambat pulak dia orang ni sampai. Tegur Encik Bakri sambil menepuk lembut bahu milik isterinya itu. Aya nak jumpa abang.. Anak kecil itu merengek lembut disisi Puan Salima. Encik Bakri dan Puan Rahimah berpandangan sesama sendiri. Abang kan sekolah sayang Pujuk Puan Salima lembut. Dia tahu Dayana merindui Mikhail. Dia pun turut menyayangi Mikhail. Kerana anak muda itu sering menjaga dan melayan Dayana dengan baik sekali. Sampaikan salam saya pada Mikhail ya. Insyallah, kita jumpa lagi. Saya pergi dulu kak, bang.. Puan Salima mengendong anaknya yang sedang menangis itu. Hanya lambaian terakhir yang menemani pemergian mereka dikala itu. Puan Salima tidak sedar yang kenangan lama itu mengusik fikirannya sehinggakan airmatanya menitis perlahan di tangan Dayana. Lupa yang dia sedang bersama dengan Dayana. Mama, kenapa nangis ni? Ish, jangan nangis ma Kalau dulu, mamanya itu tidak pernah gagal dalam menjaga ruang hatinya. Jadi dia ingin membalas kembali jasa ibunya itu. DIa ingin menjadi anak yang terbaik buat mamanya. Mama rindukan papa? Tanya Dayana perlahan. Dia takut kalau-kalau pertanyaan ini bakal meluluhkan lagi hati mamanya. Mama bukan sedih, tapi mama bangga sebab kamu membesar di depan mata mama. Dan kamu memang anak yang baik Aya.. Puji Puan Salima sambil mengusap lembut rambut anaknya itu. Dayana tersenyum hambar. Dia tahu yang mamanya itu cuba menyembunyikan kebenaran. Aya rindukan papa Kita memang tak boleh jumpa papa ke? Ujar Dayana perlahan. Dia teringin untuk berjumpa dengan papanya. Dan yang paling penting, dia ingin menemukan papa dan mamanya. Walau bukan untuk bersama kembali, namun sekurang-kurangnya ianya dapat mengurangkan beban kerinduan yang ditanggung oleh mamanya. Mama bersalah sebab pisahkan Aya dengan papa. Mama ni mama yang teruk kan.. Sungguh, dia tahu yang selama ini Dayana kepingin kasih sayang seorang bapa. Anaknya itu membesar tanpa sentuhan seorang lelaki yang bernama papa. Mama, Aya bersyukur dengan segala yang mama bagi pada Aya. Aya bukan nak bebankan mama cuma Aya rindukan papa. Aya tau yang papa pun sentiasa ingatkan kita kan.. Kalau tak, dia tak akan masukkan duit tiap-tiap bulan pada kita. Dia tahu yang papanya mesti mencari mereka sekarang? Dan dia juga tahu yang mama menjauh bukan kerana ego. Cuma mama bimbangkan keselamatan dirinya. Dia sedikit pun tidak menyalahkan keduanya. Memang takdir bukan milik mereka. Puan Salima tersenyum hambar mendengar kata-kata anaknya. Ya, memang cintanya pada bekas suaminya itu masih bersisa. Jika tidak, pastilah dia sudah boleh mencari pegantinya sekarang. Namun lelaki seperti Husin sukar benar untuk ditemui. Kita balik sana mama Aya nak jumpa ibu dan ayah. Aya rindu dekat semua. Ajak Dayana untuk yang pertama kalinya. Sebelum ini dia tidak punya kekuatan untuk mengajak mamanya pulang. Namun kali ini, ada satu keberanian yang memanggil agar dia menyuarakan cadangan. Rindu kat semua ke rindu kat Khail? Melopong mulut Dayana mendengar usikan mamanya itu. Merah mukanya dek malu.

Ish, mama ni. Rindu kat ibulah. Bangkangnya sambil menunduk sedikit. Puan Salima tersenyum sahaja. Dia tahu yang Dayana terlalu menyayangi Mikhail. Jika tidak, pastilah gambar Mikhail itu sudah dialih jauh dari meja studynya. Namun sayang yang bagaimana, itu Puan Salima tidak dapat mengenal pastinya. Sudah sepuluh tahun berlalu, macam-macam perkara yang akan berubah. Okay kita balik. Putus Puan Salima. Terlalu lama dia membawa jauh Dayana pergi. Dan kali ini, dia perlu memulangkan Dayana pada semua orang yang ikut turut menyayangi Dayana. Yeahhh!!! Aya nak packing barang Terus dicium bertalu-talu muka mamanya. Puan Salima hanya mampu tersenyum. Namun ada debaran yang bertandang menghimpit perasaannya. *** Puan Salima dan Dayana berpandangan sesama sendiri. Kali ini, kaki mereka sudah terpacak di rumah Puan Rahimah dan Encik Bakri. Dengan tangan yang agak terketar, Puan Salima mula menekan loceng rumah. Pabila pintu pagar rumah sudah terbuka, terpancul satu wajah yang sudah lama dirinduinya. Melopong keduanya seketika lantas hilang dalam pelukan yang ditemani linangan air mata. Lama betul kamu menghilang Ima. Tutur Puan Rahimah sambil mengelap sedikit air matanya yang tumpah. Aya kak Dia memperkenalkan anak gadisnya yang sedari tadi diam tidak berkutik. Sekali lagi mulut Puan Rahimah melopong. Terketar-ketar tangannya bila hendak mendaratkan tapak tangan di bahu milik Dayana. Anak ibu ni.. Ya Allah, rindunya ibu pada kamu. Terus ditarik Dayana ke dalam pelukannya. Setelah itu, mulutnya melaungkan nama suaminya. Memanggil suaminya itu agar keluar melihat gerangan tetamu yang datang ke rumah dikala ini. Apa yang kamu terjerit-jerit ni Kata-katanya mati apabila terpandangkan wajah Puan Salima yang tersenyum itu. Apatah lagi melihat isterinya memeluk seorang gadis. Dayana ke ni? Ya Allah, dah besar dah kamu eh.. Disalam tangan Encik Bakri yang telah dipanggil ayah itu. Sungguh, sudah lama rasanya dia tidak merasa segembira ini. Eh, jemput-jemput masuk.. Kalut sungguh Puan Rahimah menjemput Puan Salima dan Dayana masuk. Ibu, ibu Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Desis hati kecil milik Dayana. Matanya merayap disekitar ruang tamu rumah ibu pengasuhnya itu. Sudah banyak yang berubah. Rumah itu dihias dengan cantik sekali. Kalau dulu tidak banyak perabot yang ada tapi kini, semuanya serba lengkap. Matanya tersangkut pada bingkai gambar yang tergantung di dinding rumah. Gambar dia dan Mikhail masih terletak cantik disitu rupanya. Gambar seperti ini pun ada terletak di atas meja studynya. Gambar itulah yang menjadi pendorong untuknya. Aya, mari minum sayang.. Panggilan Puan Rahimah itu tidak dihiraukan oleh Dayana. Asyik sungguh dia menilik gambar-gambar itu. Dan kali ini, matanya menjamah pada seraut wajah yang bukan berusia enam belas tahun tapi gambar seorang pemuda yang sudah dewasa. Ini ke Mikhail? Soalan itu hanya mampu terkeluar didalam hatinya.

Ish, seronok sangat dia pandang muka Abang Khail eh? Hampir-hampir frame gambar itu terlepas dari tangannya apabila disergah oleh satu suara. Gambar ini sebjik dengan orang yang sedang berdiri didepannya sekarang. Abang, terkejut aya.. Gugup. Itulah satu ayat yang paling sesuai untuknya dikala ini. Sememangnya pemuda ini telah berubah dari seorang yang selekeh kepada seorang yang sangat kacak. Ya, sangat kacak! Hahaha Mana tahu ni abang? Soal Mikhail lembut. Gembira sungguh hatinya apabila ibunya memberitahu yang Dayana ada dirumah dikala ini. Dia benar-benar sudah kerinduan dengan anak asuhan ibunya itu. Sebab dalam semua anak-anak ibu, abang sorang yang tak hensem. So, sebab tulah Aya tahu. Akhirnya mereka tertawa bersama. Eh, ibu panggil makanlah. Alah, waktu makan nanti pun boleh tengok muka abang jugak. Tengok gambar tu tak puas. Usik Mikhail sehingga muka Dayana merona kemerahan. Masih seperti dulu, kuat benar mengusik. *** Entah untuk yang keberapa kali, mereka berdua ketawa lagi. Sungguh, Dayana sangat menyenangi saat seperti ini. Sudah lebih sepuluh tahun mereka terputus hubungan. Kali ini, takdir menemukan mereka semula. So, sekarang Aya buat apa? Dayana terpana seketika apabila renungan Mikhail memanah anak matanya. Sekarang tengah tunggu result Matrikulasi. Nanti kalau ada rezeki, mungkin boleh sambung kat luar ke tapi rasanya sambung kat negara kita je kot. Berkerut dahi Mikhail mendengarnya. Lah, kenapa pulak nak sambung kat sini kalau ada rezeki nak sambung kat luar. Pelik sungguh Dayana ni. Peluang yang baik itu tak kan lah hendak dilepaskan begitu sahaja. Aya fikirkan mama. Kesian dia duduk sorang-sorang nanti. Mikhail tersenyum mendengar jawapan Dayana itu. Gadis itu nampak lebih kuat berbanding waktu kecilnya. Mungkin keadaan memaksa dia untuk terus bertahan bersama dengan Puan Salima. Itu Aya jangan risau. Abang kan duduk dekat dengan rumah Aya. Jadi abang boleh tolong jengukkan mama. Rupa-rupa sudah setahun Mikhail duduk di sebelah perumahannya. Kecil betul dunia ni. Terasa begitu jauh mereka berpisah, rupa-rupanya mereka sebenarnya terlalu hampir diantara satu sama lain. Abang pula macam mana sekarang? Bila nak kahwin? Sengaja dihadiahkan soalan cepu emas itu. Selebihnya, dia ingin menyelongkar rasa hati Mikhail. Sudah berpunya ataupun masih sendiri sepertinya. Hahaha Abang muda lagilah.. Protes Mikhail sambil mengalihkan pandangan. Malu juga dia bila membincangkan soal hati dan perasaan ini. Umur abang dah dua puluh lima. Sesuai sangat kalau nak kahwin. Entah kenapa, dia merasa lega mendengar kata-kata Mikhail itu. Mungkin kerana sedari dulu lagi, dia memang mengharapkan lelaki itu. Terus terang, Dayana memang sukakan Mikhail. Pada mulanya, dia ingatkan yang dia cuma merindui Mikhail seperti seorang abang namun lama kelamaan, dia sering membandingkan lelaki lain dengan Mikhail. Pasti Mikhail lebih serba serbi berbanding orang lain.

Dan barulah dia sedar yang cinta itu memang sudah lama bertapak didalam hatinya. Cuma baru dirungkai selepas menanggung kerinduan selama bertahun-tahun. Kahwin ni bukan bergantung pada umur Aya. Tapi pada sifat tanggungjawab. Kalau dah umur empat puluh pun masih tak rasa nak pegang tanggungjawab lagi, tetap tak boleh kahwin. Bidas Mikhail kembali. Dayana hanya tergelak mendengar kata-kata Mikhail yang memang ada benarnya. Matanya merayap di sekitar taman permainan yang sudah banyak berubah itu. Anak-anak kecil berlari disana-sini. Aya pulak macam mana? Tentu dah ada teman istimewa kan. Sebenarnya dia tidak pernah menyangka yang kanak-kanak kecil yang comot dahulu akan bertukar kepada seorang gadis yang cantik dan penuh dengan kesopanan. Puan Salima memang menggunakan kerjayanya sebagai pendidik lantas menyempurnakan tugasnya dengan mendidik Dayana sebagai seorang anak yang sempurna. Rutin hidup Aya hanya belajar bang.. Kesibukan kat matrik macam menghalang Aya untuk cari teman istimewa ni. Lagipun, lelaki kat sana tak cukup hensemlah. Tergelak besar Mikhail mendengarnya. Oh, nak yang hensem je. Kesianlah pada lelaki yang tak hensem macam abang ni. Eleh, sengaja je nak guna ayat pasrah. Padahal kalau cermin boleh berkata-kata, pasti cermin itu akan mengatakan yang Mikhail antara muka yang paling kacak yang pernah mengadapnya. Hehehe Mungkin ada perempuan kat luar sana yang nak kat abang yang tak hensem ni. Sengaja Dayana mengenakan Mikhail. Gurau senda seperti ini sudah lama ditinggalkan. Jika di Matrik, dia hanya punya dua orang rakan karib. Habibah dan Arian. Jadi Aya tak nak lah kat abang ni eh? Terkedu Dayana mendengar soalan Mikhail yang bagai menarik tangkai jantungnya. Boleh dia tanya aku soalan macam ni. Hei, nak je aku cakap yang aku memang nak kat kau lah bang.. hehehe. Memang hati membenarkan namun kewarasan akal fikirannya menghalang. Dia masih gadis timur yang yang penuh dengan adat kesopanan. Abang gurau jelah. Hmm, jomlah balik. Hari dah nak maghrib ni. Akhirnya mereka berdua beriringan pulang ke rumah Puan Rahimah. Minggu ini, dia dan mamanya akan menghabiskan masa disini. Jika punya kesempatan, dia teringin untuk berjumpa dengan papa. *** Kamu pergilah. Mama duduk rumah je. Sungguh, hatinya keberatan untuk ikut turut pergi. Dia takut akan penerimaan Safura nanti. Mama, jomlah pergi sekali. Papa mesti seronok kalau dapat jumpa mama nanti. Pujuk Dayana lagi. Dia tahu yang mama terlalu merindui papa. Aya, kita jelah yang pergi. Akhirnya Mikhail bersuara. Dia tahu perasaan milik Puan Salima. Walau dia tidak merasainya namun mustahil jika dia tidak memahaminya. Betul mama tak nak pergi ni? Tanyanya lagi untuk yang kesekian kalinya. Betul sayang. Sampaikan salam mama pada papa ya. Ujar Puan Salima sambil menyambut huluran salam Dayana. Salam sayang ke sayang biasa-biasa je. Sempat lagi dia mengusik mamanya itu. Aya, nakal eh. Dicubit pipi milik anaknya itu.

Aya tahu, tanpa salam sayang pun, papa dan mama memang masih sayang antara satu sama lain. Perlahan suaranya namun masih kedengaran jelas di pendengaran Mikhail. Dia ikut turut tersenyum hambar. Mikhail memandang Puan Salima, nampaknya mama Dayana itu tidak mendengarnya. Mujurlah. Jika tidak, pasti permata akan menitis di pipinya itu. Berdasarkan alamat yang dititipkan oleh Puan Salima, Mikhail membawa Dayana ke alamat berikut. Namun sesampainya mereka disana, ada penghuni lain yang menetap. Bukan Encik Husin. Dah lama ke mak cik tinggal kat sini? Dayana memberanikan diri untuk bertanya kerana banyak persoalan yang menghimpit benaknya. Dah lebih lapan tahun nak. Jawab mak cik tua itu. Mak cik tahu tak pemilik asal rumah ni tinggal kat mana sekarang? Tanya Mikhail pula. Mana tahu kalau-kalau soalannya mengena. Tak tahulah. Akhirnya, mereka mula beredar dari rumah banglo itu. Mikhail menjeling pada Dayana yang menyepi di tempat duduk sebelah. Mungkin tak ada rezeki. Satu hari nanti, Aya mesti dapat jumpa dengan papa. Pujuk Mikhail lembut. Mungkin jugak sekarang ni papa pun tengah cari Aya dengan mama. Siapa tahu kan. Ujar Mikhail lagi. Dayana hanya tersenyum sedikit. Jelas kelihatan tidak ikhlas. Jom kita pergi makan ketam nak. Kat sini ada satu restoren yang sedap tau. Abang suka sangat. Mikhail cuba untuk membangkitkan semangat Dayana. Abang ni dari kecik sampai besar suka makan ketam. Ketam ni lecehlah. Susah nak makan. Tengok, sekejap sahaja Dayana sudah mula bersemangat semula. Alah, Aya ni memang pemalas. Yalah nanti biar abang yang bukakkan isi ketam tu. Aya makan je. Biarlah kali ini dia beralah untuk melihat senyuman di wajah gadis itu. Yeahhhh!!! Ni yang buat Aya sayang kat abang ni. Tanpa sedar, dia sudah meluahkan rasa hatinya. Namun konsep sayang itu meluas. Tak semestinya sayang sebagai seorang kekasih. Oh, dalam diam sebenarnya sayang kat abang eh Usik Mikhail senang hati. Eee, perasan betul. Siapalah yang sayangkan abang. Tolonglah. Akhirnya, mereka tertawa bersama. Dayana senang dengan saat sebegini. Rasanya hendak sahaja dia menghentikan jarum saat. Biarlah waktu terhenti disini. Kerana dia cukup merasa bahagia bersama Mikhail. *** Hoi, jauh betul kau termenung eh? Sergahan Arian itu betul-betul mengejutkan Dayana. Terus dihempuk mamat itu dengan tangannya. Tak sakit langsung! Kau ni, buat aku terkejut je. Marah Dayana. Namun sedikit pun tidak mengentarkan Arian. Hahaha.. Aku memang suka bagi kau kejutan. Jawab Arian lagi. Tapi aku tak suka.. Bengang bila bercakap dengan Arian ini. Ada sahaja benda yang ingin dibidas. Mereka memang kawan baik. Namun musuh yang baik pun iya juga. Pelikkan? Tak ada yang pelik dalam dunia ni. Sebab tu aku suka. Sebab kau tak suka. Ingin sahaja ditampar mulut Arian itu. Biar bengkak dan terus tidak boleh bercakap. Sebab orang lain boleh naik pekak dengar kata-kata dari mulut Arian itu.

So amacam? Kau dah jumpalah kekasih lama kau tu? Dengan segera Dayana meletakkan jari telunjuknya dimulutnya sendiri. Menyarankan agar Arian memperlahankan nada suaranya. Suara kuat macam tertelan microfon je. Weh, kau nak bagi tahu satu kampus ke? Bilalah kau nak reti perlahankan volume suara kau ni. Ish. Dayana adalah seorang gadis yang tidak suka membebel. Namun bila bersama dengan Arian, dia boleh jadi manusia yang kuat membebel. Kerana Arian senang benar untuk menaikkan api kemarahannya. Eleh, malu-malu konon. Menyampah aku tengok. Cepatlah cerita. Desak Arian. Dayana hanya tersenyum bila seraut wajah Mikhail menjengah kotak fikirannya. Aku betul-betul memang suka dia. Luah Dayana. Dia memang sudah rapat dengan Arian. Segala cerita mengenai perasaanya akan diluahkan kepada Arian. Dan Arian akan menjadi pendengar yang sangat setia. Itu aku tahulah. Tapi dia macam mana pulak? Dayana mula mengigit bibir. Itu dia sendiri tidak pasti. Layana lelaki itu padanya memang baik. Namun jika hendak mengandaikan yang Mikhail juga menyukainya, dia kelu sendiri. Dia aku tak tahulah pulak. Arian mengeluh mendengar kata-kata Dayana itu. Tak kan kau tak boleh rasa atau faham. Gaya dia layan kau macam mana? Hmm, dah macam doktor cinta pun ada rasanya si Arian ni. Kadang-kadang, apa yang kita rasa tak sama dengan apa yang kita faham. Kita rasa benda lain. Kita faham benda lain. Tapi sebenarnya apa yang kita faham dan rasa tu sebenarnya memang salah. Berbelit kepala otak Arian memikirnya. Eee, berpusing otak aku ni dengar kau cakap. Marah Arian namun Dayana boleh tergelak sahaja. Arian memerhatikan Dayana yang senang hati itu. Teruslah ketawa Aya Kerana kau kelihatan sangat cantik dalam keadaan seperti ini. Dan aku akan lakukan apa sahaja untuk melihat tawa dan senyuman milikmu ini. Kenapa tengok aku macam tu? Malu rasanya bila diperlakukan seperti itu. Walaupun hubungan mereka teramatlah akrab. Tak, aku tengok kat dahi kau tu dah ada cop dah. Nama Mikhail. Usik Arian lagi. Bertambah panjang senyuman gadis itu. Eh, Bib mana eh? Baru sekarang dia menyedari ketiadaan Habibah. Biasanya, mulut Habibah itu lebih becok lagi. Ada sahaja topiknya. Bib pergi ambik result. Jelas Arian. Dayana tersenyum apabila berbicara pasal result. Alhamdulilah, Allah melimpahkan rezeki yang setimpal dengan segala penat jerihnya. Result kau macam mana? Soal Dayana ingin tahu. Arian tersenyum. Melalui senyuman itu, dia sudah dapat mengagak. Kerana lelaki itu memang dikenali sebagai top student di Matrik ini. Alhamdulilah. Result kau aku tak payah tanyalah. Aku dah boleh baca dari air muka kau tu. Sedari dulu, lelaki itu cukup memahaminya. Segala serba miliknya akan dapat dibaca oleh Arian dengan sangat mudah. Mungkin kerana itu mereka menjadi amat serasi. So, kau nak sambung kat mana nanti? Tanya Dayana ambil tahu.

Hmm, aku nak tunggu result JPA dulu. Kalau ada rezeki, memanglah aku nak sambung kat Australia. Hmm, tak sabarnya. Bersemangat rasanya bila membayangkan yang dia akan menyambung pengajian di luar negara. Kau pulak macam mana? Giliran Arian pula yang melahirkan pertanyaan. Aku nak sambung kat sini jelah. Lagipun tak kan aku nak tinggalkan mama aku sorang-sorang kat rumah. Belajar kat mana-mana pun sama je. Yang penting usaha tu. Eh Bib, amacam dengan result kau? Tanya Dayana apabila menangkap susuk tubuh yang mula menghampiri mereka itu. Walaupun tak gempak macam korang berdua tapi ianya tetap memberi kepuasan pada diri aku. Ialah, sekurang-kurangnya result aku ni melebihi sasaranlah jugak. Akhirnya mereka bertiga tersenyum melihat result masing-masing. Kalau ada usaha, kejayaan pasti akan tiba juga. Tidak kiralah sekarang atau masa akan datang, ianya tetap akan dibalas oleh Allah. *** Sejak dua menjak ini mereka kerap benar keluar bersama. Hubungan mereka memang bertambah erat. Dan yang paling ceria pastilah Dayana sendiri. Keceriaan Dayana dapat dikesan oleh Puan Salima. Nak keluar dengan Khail ke? Melalui senyuman manis itu pun, dia sudah mula membaca isi hati anaknya itu. Dia senang dengan keriangan Dayana. Sudah agak lama dia tidak melihat Dayana seceria ini. Mama nak ikut boleh? Hah! Spontan, ayat itu keluar dari bibirnya. Dia bukan tidak suka namun dia terkejut sahaja. Jika mamanya itu ingin keluar bersama, sedikit pun dia tidak kisah. Malah lebih senang lagi adalah. Mama gurau jelah. Kelakar rasanya melihat muka Dayana dikala ini. Memang anaknya itu sudah terkena panahan asmara. Mama ni, terkejut Aya tau. Eleh, nak cover malu padahalnya. Aya memang sayangkan Khail? Gulp. Air liur yang senantiasa ditelan itu tiba-tiba terasa kelat. Dia tahu yang satu hari nanti pasti mamanya akan bertanyakan soalan seperti ini. Namun dia tidak tahu bagaimana cara untuk melahirkan rasa. Terus terang je dengan mama. Bukan mama nak marah pun. Akhirnya, dengan rasa malu yang menebal, dia mengangguk perlahan. Alhamdulilah. Mama bersyukur sebab Aya tak silap jatuh cinta. Mama pun memang berkenan pada Khail. Sekurang-kurangnya lepas mama pergi nanti, mama tahu yang Khail akan jaga Aya dengan baik. Bergenang air matanya tika mamanya membicarakan soal mati. Dia tahu mati itu adalah satu kepastian. Namun dia kurang menyukai topik ini. Dia belum bersedia untuk kehilangan mamanya ini. Sungguh! Ish, dah make up cantik-cantik ni, janganlah menangis pulak. Lagipun mama ada satu berita baik untuk Aya. Ujar Puan Salima sambil menyerahkan sekeping sampul surat ke tangan anaknya. Apabila dibuka, terserlahlah surat tawaran untuk melanjuttkan pelajaran di Universiti di Australia dibawah biasiswa JPA.

Aya tak nak pergi mama. Memang itulah keputusannya. Dia tidak sanggup untuk meninggalkan mama sendirian. Jika ada papa, tidaklah hatinya keberatan sangat. Tapi mama akan tinggal keseorangan. Dia akan bimbang akan keselamatan Puan Salima. Ish, peluang yang baik macam ni tak kan lah nak tolak. Dia tidak bersetuju dengan Dayana kali ini. Mama, belajar kat mana-mana pun sama jugak kan. Yang penting kena ada usaha. Lagipun kalau Aya pergi, siapa nak jaga mama. Puan Salima tersenyum. Balik-balik itulah modal Dayana untuk mengelak dari pergi. Takut nak tinggalkan mama ke atau takut nak tinggalkan Khail? Usikan mamanya meroankan lagi muka Dayana yang memang sedia merah dengan blusher di pipi. Uish, kesitu pulak mama ni. Tingkah anak gadisnya itu. Fikir betul-betul dulu. Jangan buat keputusan terburu-buru. Mungkin nanti akan ada satu sebab untuk membuatkan Aya membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Australia ni. Eh, Khail dah sampai tu, pergilah. Kirim salam kat dia eh. Sebelum melangkah pergi, sempat disalam dan dicium mesra pipi mamanya itu. Kata-kata mamanya bagai terngiang-ngiang di gegendang telinganya. *** Usai memesan makanan, tiba-tiba Mikhail meletakkan sekeping sampul surat diatas meja makan mereka. Surat apa ni? Tanya Dayana pelik. Bukaklah. Ujar Mikhail dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari wajahnya. Dengan perlahan-lahan tangannya membuka sampul dan mengeluarkan isi didalamnya. Nampaknya seperti undangan perkahwinan. Persoalannya, undangan perkahwinan siapa? Matanya terus membaca ayat yang tertera di atas kad tersebut. Dia ingin mencari nama pemilik kad perkahwinan ini. Dan akhirnya dia terjumpa nama yang tidak pernah asing dalam hidupnya. Mikhail dan Marlia. Melopong dia seketika. Namun segera dikawal dengan senyuman sumbing diwajahnya. Badannya bagai bebas ke awangan. Kakinya bagai tidak memijak tanah. Pandai tak abang buat kejutan? Soal Mikhail dengan kening yang sedikit terangkat. Sedangkan hatinya bagai ditusuk dengan belati tajam. Pandai sangat. Kenapa baru sekarang beritahu. Sedaya upaya dia cuba mengawal nada suaranya dari kelihatan cemburu ataupun seangkatan dengannya. Saja je. Nak buat Aya surprise. Ya. Sememangnya abang berjaya mengejutkan Aya. Sebenarnya abang baru mengejutkan Aya dari mimpi agar melarang Aya agar jangan terus mengharapkan abang. Baru Aya sedar yang selama ini bukan Aya yang akan membahagiakan abang nanti. Ya Allah, sungguh dia rasa hendak menangis. Aya pun ada satu kejutan nak beritahu abang. Dia tidak pasti dengan keputusannya sekarang. Namun yang paling utama, hatinya pedih yang teramat sangat. Beginikah perasaan apabila cinta mereka ditolak. Serius, sakit ini memang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata. Apa dia? Jangan cakap yang Aya nak kahwin jugaklah. Sempat lagi dia membuat lawak. Ish abang ni. Calon pun tak ada, nak kahwin pulak. Dulu mungkin ada calonnya. Namun kini dia bukan lagi kepunyaaanya.

Habis tu pasal apa? Aya nak sambung study kat Australia. Baru sedari tadi dia menolak hasrat mamanya itu. Namun kini, kerana terluka dengan seorang lelaki, dia sanggup meninggalkan mamanya itu untuk menyambung pelajaran yang dahulunya ditolak keras olehnya. Wah, ya ke? Tahniah Aya. Tidak terkesan langsung riak kesedihan untuk berpisah dengannya. Kelihatannya lelaki itu teramat menyenanginya. Aya mintak, sepeninggalan Aya nanti abang boleh tolong jengukkan mama. Pintanya lemah. Ya Allah, pinjamkanlah kepada hambaMu ini kekuatan. Sungguh, hamba tidak berdaya lagi untuk mengawal rasa. InsyaAllah, abang akan buat apa yang Aya suruh tu. Aya jangan sedih ya. Pujuk Mikhail lembut. Pujukan lelaki itu terus dapat menumpaskan air mata yang sebentar tadi hanya bergenang di tubir mata. Kini ianya singgah di pipi pula. Ya ALLAH, benarkah keputusanku ini? Tegakah aku meninggalkan mama hanya kerana ingin membawa sekeping hatiku yang terluka ini. Sesungguhnya, aku belum menjadi anak yang baik untuk mama. *** Kau rasa betul ke keputusan kau ni Aya? Soalan Habibah itu bagai menusuk ke dasar hatinya. Kau janganlah tanya aku soalan yang aku tak ada jawapannya. Ujar Dayana lemah. Arian yang memandang mula menghimpun simpati. Betul atau salah, bukan kerja kita nak menilai. Cukuplah kalau kita rasa yang benda tu akan mendatangkan kebaikan kepada kita. Bantu Arian sambil tersenyum sedikit ke arah Dayana. Ingin sahaja dia mengembalikan senyuman milik gadis itu. Hmm, nampaknya korang berdua ni nak tinggalkan akulah nanti eh? Ngomel Habibah sambil mengeluh sedikit. Ialah, Dayana dan Arian mendapat tawaran JPA untuk belajar di Universiti yang sama. Hahaha, nak angkut kau sekali tak boleh sebab tak muat beglah. Badan kau tu besar sangat. Selamba sahaja Arian mengutuk Habibah. Terus dicubit lengan sasa Arian sehinggakan pemuda itu mengaduh kesakitan. Kurang ajar betul kau ni an. Bengang sungguh Habibah mendengar kata-kata sahabatnya itu. Korang berdua ni kalau sehari tak bergaduh tak boleh eh? Sedikit sebanyak, hati yang rawan ini berjaya disembuhkan oleh kedua sahabatnya ini. Rian ni pilih kasih tau. Kalau dengan Aya, bukan main lembut lagi. Tapi kalau dengan aku, bukan main lagi mulut dia mengutuk. Habibah perasan yang Arian selalu memberikan perhatian yang lebih kepada Dayana. Tapi itu bukanlah satu tiket untuk membuatkan dia mencemburui Dayana. Malah dia senang dan gembira sekali jika ada sesuatu hubungan yang mengikat sahabatnya ini. Ish, pandai-pandai je kau ni. Kau tu yang selalu cari pasal dengan aku. Sebab tulah aku balas balik. Sedikit sebanyak, berdebar juga dia mendengar kata-kata Habibah itu. Berbeza sangatkah layananya terhadap mereka berdua? Rian tak cari pasal dengan aku sebab dia tahu hati aku ni tengah terluka. Kan Rian? Soalan Dayana itu Arian sambut dengan senyuman hambar. Kasihan sungguh dia dengan Dayana.

Baju ni cantik tak? Tanya Habibah sambil mengajukan sehelai baju tebal ke arah badan Dayana. Namun tiba-tiba baju tersebut terjatuh dari pegangan Habibah. Dengan segera Dayana menunduk namun kepalanya terhantuk dengan seseorang yang ikut turut menunduk untuk mencapai baju sejuk tersebut. Oh, sorry. Spontan wanita itu memohon maaf. Eh, tak apa. Sory jugak sebab tak perasan. Ujar Dayana sambil menghulurkan senyuman. Mar, kenapa tu? Kedengaran satu suara yang agak familiar di pendengarannya. Segera dia berpaling. Abang. Spontan ayat itu terkeluar dari mulutnya. Serta merta Arian dan Habibah merapati. Eh, Aya buat apa kat sini? Wanita yang berlanggar dengannya tadi tiba-tiba menghampiri Mikhail. Jadi inilah wanita yang sangat bertuah itu. Beli barang sikit. Dia segera mencari tangan Habibah. Dia rasa hendak pengsan sahaja disini. Oh, buat persiapan nak pergi sanalah eh. Oh, lupa abang nak perkenalkan. Ini kak Mar, bakal isteri abang. Wanita yang bernama Marlia itu terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Dayana tidak tahu sama ada wanita itu sedar atau tidak yang tangannya sejuk dan terketarketar tika tangan mereka bersatu. Nanti jemput datang tau. Lembut sahaja suaranya. Pasti akan menampan hati sesiapa yang mendengar. InsyaAllah. Eh, Aya kena pergi dulu. Nanti jumpa lagi ya. Dia perlu segera pergi. Dia sudah tidak betah bertahan lagi. Bagaimana dia ingin mengumpul kekuatan untuk melihat insan yang sudah dicintai lebih sepuluh tahun itu bersama dengan orang lain. Aya, kau okay? Tanya Arian sambil menyuakan secawan minuman. Aku tak boleh Rian. Aku tak kuat. Air mata yang selama ini ditahan tidak betah bertahan lagi lantas ianya gugur tanpa dipinta. Aya, jangan macam ni. Orang cakap, kalau betul kita mencintai orang tu, kita kena biarkan dia pilih jalan bahagia dia sendiri. Kata-kata Habibah itu memang benar sekali. Namun hati dan perasaannya tidak mengerti. Air mata juga tidak pandai mendengar kata. Kerana itu ia mudah benar tumpah membasahi pipi. Nangislah Aya Lepaskan semuanya. Nanti satu hari nanti, air mata tu akan kering dengan sendirinya. Pujuk Arian lembut. Hendak diusap air mata yang tumpah itu, namun ada batas yang memagari hubungan mereka. Habibah memandang Arian yang sedang memujuk Dayana itu. Takdir apakah yang sedang mempermainkan mereka ini? Kenapa adakalanya kita sukar untuk melihat cinta yang sudah terbentang di depan mata? Sedangkan lebih senang menanam benih kecewa lantaran apabila cinta di tolak. *** Puan Salima memegang lembut bahu milik anaknya itu tika mata anaknya itu tidak lepas dari memandang sepasang pengantin yang sedang tersenyum bahagia di atas pelamin. Dayana tersenyum hambar. Sungguh, senyuman itu kelihatan sangat sumbing. Tidak tahulah bagaimana dia hendak memujuk Dayana lagi. Memang secara fizikalnya, Dayana kelihatan sungguh kuat namun hatinya hanya pemilik sebenar sahaja yang tahu.

Kita balik nak.. Ajak Puan Salima mengerti. Dia pernah terluka, dia tahu benar bagaimana peritnya rasa sakit itu. Ma, ini kan perkahwinan abang Khail, tak manislah kalau kita balik awal. Biarlah Aya tolong mana yang patut dulu. Mama pun pergilah berborak dengan mak cik-mak cik tu. Ditolak mamanya agar maju kehadapan. Dia tidak boleh mementingkan diri sendiri. Air muka mamanya juga perlu diambil kira. Soal perasaannya dia telah letak di tepi. Kalau boleh, dia tidak mahu orang mengenal pasti luka kekecewaannya. Namun memang diakui sangat sukar untuk berpura-pura tak tahu dengan apa yang kita tak tahu. Kerana itu mamanya kelihatan lebih sedih darinya sendiri. Mungkin segenap ingatannya tergarit pada papa. Rajinnya anak ibu ni.. Dari tadi tak berhenti buat kerja. Pujian Puan Rahimah itu membuatkan Dayana tersenyum sedikit. Bukan pujian ibu yang membangkitkan senyumannya tapi kerana kasih sayang wanita itu tidak pernah pudar buatnya. Mana ada banyak ibu. Mak cik-mak cik kat sana tu lagi banyak buat kerja. Seloroh Dayana sambil memuncungkan bibirnya. Menunjukkan satu arah. Hmm, nasib baiklah anak lelaki ibu semua dah kahwin, kalau tak memang ibu dah ambil kamu jadi menantu ibu. Serba tak kena Dayana dibuatnya. Tak apa bu, korum Khail ada tiga lagi kosong. Entah dari mana Mikhail datang. Namun usikannya bagai belati yang menorah tangkai hatinya. Berani kamu bergurau macam tu depan bini kamu sendiri Khail. Mar, bawa bersabar sikitlah dengan Khail ni. Marlia hanya tersenyum kerana dia tahu yang Mikhail hanya sekadar bercanda. Dengan langkah yang berat, Dayana mula memajukan langkah. Dia bukan tidak boleh melihat Marlia yang sedang memeluk mesra lengan sasa milik Mikhail namun matanya sering terbayangkan yang dia berada di tempat Marlia. Ya Allah, ikhlaskanlah hatiku menerima takdir ini. Redhakannlah diriku menerima semua qada dan qadar ini dengan rela. Kerana Kau tahu bahawa aku layak diuji sebegini rupa. Tuhan pasti akan memberi gantinya. Seketika dia berpaling dan tersenyum sedikit. Pada permulaannya, pasti payah untuknya. Lama-lama nanti, kekuatan akan hadir dengan sendirinya. Lagipula, malulah kalau tidak berdaya hanya semata-mata diuji kerana cinta. Orang mati di medan perang, tak kanlah dia hendak mati di garisan cinta Mikhail. Lawak lawak.. hehehe *** Aya, kau duduk dulu. Aku naik atas kejap. Arah Arian sambil berlari ke tingkat atas. Dayana memerhatikan sekeliling rumah bangle yang tersergam indah itu. Semua barang perhiasannya memang kelihatan sangat mahal. Ingin menyentuh dengan tangan pun, Dayana tidak berani. Dayana Terus Dayana berpaling ke arah satu suara. Eh, auntie. Tak perasan pula Aya. Auntie sihat? Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Dayana menjejakkan kaki ke rumah Arian. Malah sudah acap kali namun matanya masih taksub melihat dekorasi banglo ini.

Alhamdulilah sihat. Lega sikit hati auntie bila tahu yang Rian pergi dengan kamu. Dayana tersengih sahaja kerana wanita itu memang tahu akan hubungan baik di antarannya dengan Arian. Walaupun sudah berusia awal lima puluh an, wanita itu masih kelihatan cantik. Tengoklah, baju yang dipakai olehnya pun bukan jenis calang-calang jenama. Nak menyebut pun terasa takut. Ada apa-apa lagi yang tak cukup. Auntie boleh tambah. Pelawa Hajah Safura riang. Matanya memang suka menatap wajah Dayana itu. Persis orang yang sangat dikasihinya. Eh, tak apalah auntie. Dah cukup dah. Malu rasanya jika ingin menerima pelawaan ibu saudara Arian itu. Sudah banyak jasa wanita itu pada dirinya. Lagipula, wang simpanannya cukup benar untuk membeli barang-barang keperluan. Mujurlah sedari dulu lagi dia gemar menabung, jadi usahanya memang tidak sia-sia. Apatah lagi dibantu dengan wang pemberian papa setiap bulan yang jarang benar disentuh. Namun ada rasa hairan juga kerana kalinya papanya memasukkan sejumlah wang yang agak banyak untuknya. Mungkinkah papanya tahu yang dia bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara? Bila kat sana nanti, auntie harap kamu boleh tengok-tengokkan Arian. Sebenarnya amamat itu juga telah dimandatkan pada anak saudaranya semalam. Dia mahu Arian menjaga Dayana setelah berada di negara orang nanti. InsyaAllah auntie. Silap hari bulan nanti, dia yang jaga saya. Ujar Dayana sambil tergelak kecil. Baguslah kalau macam tu. Saling menjaga diantara satu sama lain. Nasihat Hajah Safura lagi. Okay jom. Dah siap. Pergi dulu mak ngah. Arian terus bersalam dan mencium kedua belah pipi ibu saudaranya itu. Dayana ikut turut melakukan perkara yang sama. Namun dia kelu seketika pabila ciuman hangat melekat di pipinya. Air mata wanita itu sedikit bergenangan. Rian, mak saudara kau tu memang sayang benar pada kau kan? Tanya Dayana sambil matanya memandang jalan raya di depan tanpa sebarang perasaan. Sedikit sebanyak, perasaannya sedikit terusik pabila mendapat layanan yang istimewa dari Hajah Safura itu. Dari kecik lagi aku tinggal dengan dia. Aku dah rapat dengan dia lebih dari aku rapat dengan mak aku sendiri tau. Cerita Arian. Kenapa kau tinggal dengan dia eh? Rasanya dia pernah bertanyakan soalan ini kepada Arian. Namun dia lupa akan jawapannya. Dulu keluarga aku susah. Jadi dia tolonglah bela aku. Ish kau ni, kan aku pernah cerita dulu. Dengus Arian geram. Hehehe, dah banyak sangat belajar sampai terhilang ingatan kejap. Eh, dia memang tak kahwin ke? Antara berani dengan tidak, dia menyelongkar sejarah keluarga Arian. Dah. Jawab Arian ringkas. Muka lelaki itu dihambat kesedihan sedikit. Habis tu, aku tak pernah nampak pun pak saudara kau tu. Arian memandang Dayana yang berada disebelahnya itu. Kau datang time dia tak ada Antara dengar dan tidak sahaja nada suara Arian itu. Akhirnya Dayana memutuskan untuk senyap sahaja. Cukuplah sampai disini dulu. Nanti ada waktu, dia selongkar lagi. Hehehe. ***

Dari musim panas, musim bunga, musim luruh, kini sudah beralih ke musim sejuk. Sudah banyak kenangan yang mereka kumpul di sini. Terlalu banyak hingga boleh habis dakwat pen jika hendak dicoretkan di atas kertas. Dan selama lima tahun ini, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia. Bukan kerana hatinya terluka namun dia takut jika dia balik ke Malaysia, dia tidak mahu datang lagi. Dia takut jika dia tidak betah meninggalkan mamanya. Jadi selama beberapa tahun ini, mamanyalah yang datang kesini. Tapi bagus juga. Sekurangkurangnya dapatlah mereka menghabiskan masa dengan melancong ke negara kanggaru ini. Apa khabarlah mamanya disana? Hatinya sudah dipagut rindu yang tidak pernah habis. Moga dia sihat-sihat sahaja disana. Ma, tunggu Aya, tak lama lagi Aya balik. Apa agaknya kisah abang Mikhail ya? Dari cerita mama yang lepas, abang Khail dah ada anak perempuan seorang. Hmm, mesti cantik seperti ibunya juga. Apa yang mampu dilakukan ialah mendoakan kebahagiaan mereka dari jauh. Termenung lagi. Dayana tersenyum. Dengan nakal dia mengumpul salji dan membaling ke arah Arian. Dia tergelak besar. Bahagia dapat mengenakan Arian. Eee, main kasar eh? Akhirnya, terjadilah sesi pembalingan ais di antara mereka berdua. Setelah kepenatan, mereka berdua berehat dibawah sebuah pokok yang agak rendang sambil menghirup udara dingin pagi yang sungguh nyaman. Tanpa pengetahuan Dayana, dia menjeling sedikit ke arah gadis yang sedang duduk disebelahnya itu. Masih kekal cantik seperti dulu. Dan dari hari ke sehari, kelihatannya Dayana telah berjaya mengumpul kekuatan. Dia bukan lagi gadis yang murah dengan air mata tika hatinya tewas dilanda badai cinta. Kau tengok apa hah? Sedikit sebanyak dia perasan yang Arian tidak lepas memandangnnya. Tengok kau. Selamba jawapannya. Kenapa tengok aku pulak? Kau tak jemu ke asyik tengok aku je. Baiklah kau tengok minahminah saleh tu. Sekurang-kurangnya dapat juga menjamu mata tengok benda cantik. Malu rasanya bila Arian memandangnya tanpa kelip. Pemalu jugak kau ni ya. Sakat Arian. Dayana menghadiahkan jelingan. Arian jarang benar bersikap sedemikian rupa. Persahabatan yang terjalin langusng tidak mengubah perasaan mereka kepada hubungan cinta. Dalam diam dia turut mengagumi Arian, jejaka itu tampan dengan gayanya yang tersendiri. Namun masih lagi menolak cinta yang hadir walaupun bersepah pelajar Malaysia disini yang terhegehhegehkannya. Kau masih sayangkan dia? Dia menggunakan sedikit keberaniannya untuk bertanyakan soalan maut kepada Dayana. Kenapa kau tanya? Tanya Dayana kembali. Nak tahu. Ringkas jawapannya. Kalau hati kau kosong, bolehlah aku taburkan dengan wangian kasih sayangku. Sambungnya didalam hati. Sayang aku pada dia tak pernah terluak walau seinci pun. Tergamam Arian mendengarnya. Sampai bila Aya? Dia tu suami orang.Keras nada suaranya. Arian ingat, dalam masa lima tahun ini sudah mampu untuk melenyapkan cinta Dayana pada Mikhail namun hampa. Cintanya masih bersisa malah tidak terluak sedikit pun.

Kau jangan salah faham. Kalau sayang aku ni bukan sebagai seorang kekasih, ia boleh menjadi seperti sayang seorang adik kepada abangnya. Jelas Dayana kembali. Namun beberapa kali Arian mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Sayang tu tak boleh ditukar tempat duduknya. Bidas Arian. Kau lupa ke? Kasih sayang persahabatan boleh merubah kepada erti cinta kasih abadi. Jadi cinta juga boleh berubah menjadi kasih dari seorang adik kepada abangnya. Pelik untuk dirungkaikan. Namun begitulah cinta. Makin kita nak faham, makin membuatkan kita tak faham. Kita ingat kita faham tapi sebenarnya, kita tak faham apa-apa pun. Berbelit kepala otak Arian memikirkan kata-kata Dayana yang memang ada betulnya dan memang memeningkan kepala itu. Okay, andai kata ada orang sukakan kau, kau nak terima tak orang tu? Berhalus sahaja gayanya bertanya. Kalau terlampau terang pula nanti Dayana dapat mengesan yang soalan itu sebenarnya dari dirinya sendiri. Hmm, aku tak akan terima orang tu selagi aku tak hapuskan nama Mikhail dalam hati aku ni. Keputusan ini sudah lama diputuskan. Dia tidak akan sesekali cuba merawat hatinya dengan cuba menerima cinta lelaki lain. Itu bukanlah jalan penyelesaian yang baik. Kalau kau tak nak hapuskan, kau cari jelah mana-mana lelaki yang nama Mikhail. Hah, kan senang. Gurauan Arian itu Dayana sambut dengan gelak tawa. Akhirnya, mereka sama-sama tergelak. Entah apalah yang kelakar namun sebenarnya masing-masing cuba menyembunyikan gelodak jiwa masing-masing. Dayana dengan cintanya kepada Mikhail dan Arian dengan rimbunan kasihnya kepada Dayana. Pelikkan dunia cinta ni? Uish *** Sudah seminggu dia pulang ke tanah air. Dalam masa seminggu ini, dia banyak melakukan sesuatu yang jarang dia perolehi di sana. Kerana sudah terbiasa berjoging, Dayana mengajak Arian berjoging di taman berdekatan dengan rumahnya. Bila kau nak cari kerja? Tanya Arian. Bila aku dapat kerjalah. Jawab Dayana selamba. Dia terus tergelak besar apabila Arian melopong mendengar jawapannya. Serta merta, Arian terus menyekeh kepala Dayana. Orang tanya betul-betul dia main-main pulak. Kau ingat kerja tu datang bergolek kat kau ke? Dayana hanya mampu ketawa senang setelah dapat mengenakan sahabatnya itu. Memanglah tak datang bergolek tapi mungkin boleh datang berguling ke. Mati kata-katanya apabila jari Arian mencubit lengannya. Suka mencubit macam orang perempuan. Oit mak cik, sakitlah. Rungut Dayana berpura-pura marah. Siapa suruh main-main. Balas Arian. Eh, ni taman permainan, mestilah boleh main. Kalau nak serius je, pergi masuk librarylah. Bagaimanalah caranya hendak membuatkan Dayana ini berhenti bercakap. Dayana sudah mula serius apabila melihat muka Arian sudah mula serius. Tapi dia tahu, Arian hanya sengaja berdrama. Lelaki itu payah sebenarnya hendak menyimpan rasa marah. Namun air tasik yang tenang, jangan disangka tak ada buaya? Kau nak kerja dekat office mak saudara aku tak? Kebetulan memang ada kosong dan sangat sesuai dengan kelayakkan kau. Bagai pucuk ulam mendatang, rezeki sebegini tak baik ditolak. Okay jugak. Berapa gaji? Uish, gelojoh betul. Kerja belum lagi dah nak tanya gaji.

Tak sebanyak gaji akulah. Berkerut dahi Dayana mendengarnya. Kenapa pulak? Tanya Dayana tidak berpuas hati. Sebab aku bos kau. Ternganga Dayana dibuatnya. Serius Rian? Kenapa? Tak percaya ke? Hmm, aku pun baru tahu. Pada mulanya memang aku nak menolak tapi aku tak sanggup nak kecewakan Mak ngah. Lagipun, dah banyak jasa dia pada aku. Sekarang mungkin masa yang sesuai nak balas jasa dia. Kata-kata Arian itu memang benar. Lagipula sudah sampai waktunya Hajah Safura berehat di rumah sahaja. Lagipun, dia kenal benar dengan Arian. Arian pasti akan meneruskan empayar perniagaan Hajah Safura dengan baik. Okay jugak kalau kau jadi bos aku. Sekurang-kurangnya aku tahu yang bos aku tak garang. Ujar Dayana kesukaan. Eh, kalau salah tetap kena marah tau. Dayana buat muka tak puas hati. Eh, budak tu nak terjatuhlah. Tegur Arian sambil memandang ke arah satu tempat. Serta merta mereka berlari ke arah seorang budak yang hampir terjatuh dari gelongsor itu. Jangan nangis sayang. Pujuk Dayana sambil mengambil kanak-kanak perempuan yang berada dalam dukungan Arian. Teserlah sifat keibuannya. Yani. Panggil satu suara. Segera Dayana berpaling. Ibu. Dayana tidak tahu sama ada ini satu suratan atau kebetulan. Bagaimana ibu boleh berada disini? Namun barulah dia teringat yang Mikhail tinggal di sebelah perumahannya. Jadi tidak hairanlah jika Puan Rahimah datang sekali sekala untuk bermain dengan cucu. Tercengang Dayana seketika. Cucu? Mengikut dari cerita ibunya, Mikhail ada seorang anak perempuan. Jadi kanak-kanak perempuan yang berada di dalam dukungannya sekarang ialah anak Mikhail. Aya. Ya Allah, rindunya ibu pada kamu. Terus dicium gadis itu. Dan Dayana terus memandang ke arah kanak-kanak perempuan yang masih berada dalam dukungannya itu. Ibu tak tahu pulak yang kamu dah balik. Tanya Puan Rahimah teruja. Baru je ibu. Hari ni genap seminggu. Terang Dayana. Ibu datang dengan siapa ni? Soalan ini memang bagai menarik tangkai jantungnya. Sudah bersediakah dia berjumpa dengan Mikhail setelah hampir lima tahun berpisah. Dengan ayah. Ayah ada duduk kat bawah pokok tu. Jomlah. Dimajukan langkah apabila tangan Puan Rahimah menarik tangannya. Dia menebarkan pandangan kea rah Arian. Mengajak Arian mengikutinya juga. Wah, comelnya. Spontan perkataan itu keluar dari mulutnya apabila matanya tersangkut pada seorang kanak-kanak yang sangat comel yang berada dalam gendongan Encik Bakri. Pak cik sihat? Tanya Arian sekadar berbasa basi. Alhamdulilah. Tak sangka jumpa Aya kat sini. Sedikit sebanyak, hatinya sedikit lega apabila melihat anak asuhan isterinya itu sudah pulang ke tanah air. Anak siapa ni ibu? Tanya Dayana sambil mula mengendong anak kecil itu. Anak Khail. Serta merta pandangannya jatuh pada Arian. Comelnya. Ujar Arian sambil mengusik hidung si kecil.

Oh, jadi abang Khail dah ada dua orang anaklah ya? Hatinya masih bersisa cinta pada Mikhail. Namun kewarasan akal fikirannya masih menebal. Dia bukanlah seorang wanita yang tegar melukakan perasaan kaum sejenis dengannya. Aah. Jawab Puan Rahimah lemah. Abang Khail tak ikut sekali ke? Arian tahu yang Dayana teringin benar untuk bertanyakan perihal Mikhail. Jadi biarlah dia yang membantu gadis itu. Abang Khail kamu kerja. Jawab Ayah apabila ibu hanya mendiamkan diri. Kak Mar tak ikut pulak? Kali ini, Puan Rahimah dan Encik Bakri berpandangan sesama sendiri. Kak Mar dah tak ada. Telinganya bagai ditampar ribut petir. Benarkah berita yang baru didengari ini? Sungguh, tidak pernah ada satu saat pun dia mendoakan kecelakaan kebahagiaan Mikhail. Inalilahiwainailahirajiun.. Seketika, ayat itu menampar cuping telinganya. Bila arwah meninggal? Tanya Dayana perlahan. Sungguh, berita ini memang tersangat mengejutkannya. Dia meninggal sewaktu melahirkan Zikri. Cerita Puan Rahimah sambil mengelap air mata yang menitis di pipi. Mata Dayana juga sudah mula kabur. Bila-bila masa sahaja permata jernih itu akan mengalir di pipinya. Kamu tak tahu ke? Pertanyaan Encik Bakri Dayana jawab dengan gelengan lemah. Tangannya mengusap lembut kepala Zikri. Kasihannya. Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih seorang ibu. Mungkin mama tak nak kamu tahu sebab tak nak kamu susah hati kat sana. Dari kata-kata Puan Rahimah itu, Dayana dapat mengagak yang mamanya itu memang tahu akan berita ini. Akhirnya, Puan Rahimah dan Encik Bakri memohon diri untuk pulang memandangkan hari sudah lewat petang. Sebelum berpisah, sempat lagi Dayana mencium kedua belah pipi Zikri dan Dayani. Ya, nama kanak-kanak perempuan ini persis seperti namanya. Aya, kau okay? Dia tahu Dayana terkejut. Namun bukankah ini berita baik untuk gadis itu. Akhirnya, lelaki yang dicintai sudah sendirian. Pasti peluang untuk dia bersama dengan Mikhail sangat cerah dan peluangnya untuk bersama dengan Dayana semakin menipis. Setelah jauh aku merantau mengumpul kekuatan, ianya macam pecah bederai dengan senangnya Rian. Kalau tadi ia sedaya upaya ditahan. Namun apabila bersama dengan Arian, air matanya mudah benar untuk tumpah. Aya Tidak tahulah ayat yang bagaimana hendak dicedok untuk memujuk Dayana. Sumpah! Tak pernah sekalipun aku pernah mendoakan kisah mereka menjadi sebegini. Setelah dia hampir menerima hakikat yang Mikhail bukan lagi miliknya, namun kini harapan itu bakal memusnahkan hatinya sekali lagi. Ini bukan doa kau Aya. Tapi ini takdir Allah. Tak ada orang boleh sangkal atau halang. Iya. Itulah hakikatnya. Aku dah lama terima takdir aku seadanya. Tapi.. Bagaimana ya ingin menerangkan kepada Arian perasaannya sekarang?

Aya, Allah nak buka ruang untuk kau bahagia disamping insan yang paling kau cinta. Jadi, singkirkanlah segala rungutan. Sebab bahagia sedang menanti kau. Ujar Arian dengan senyuman yang sangat menyenangkan. Di saat hati ini diserang keraguan, lelaki ini sentiasa ada untuk membantu meleraikan segala kekusutan yang menghimpit. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan kepadaku seorang. Rian, kenapa ya sampai sekarang kau masih sendiri? Kau tak pernah terdetik nak cari seseorang ke? Entah kenapa, soalan itu terpancul keluar dari mulutnya. Kerana baru sekarang dia perasan yang sedari dulu, Arian sentiasa menepis cinta yang hadir untuknya. Belum masanya lagi Aya. Lagipun, sebelum aku meneruskan hidup aku, aku nak menyelesaikan amanat pak saudara aku dulu. Lepas tu, barulah aku fikirkan hal ni. Terang Arian sambil tersenyum sedikit. *** Cincin yang bertahtakan sebutir belian itu Dayana pandang dengan tidak berkelip. Tidak percaya yang perkara sebegini akan terjadi dalam hidupnya. Fikirlah baik-baik Aya. Mama terima apa pun keputusan Aya. Terang Puan Salima sambil memeluk mesra bahu anaknya itu. Dia tahu yang Dayana terkejut dengan berita peminangan ini. Mama Matanya mula kabur. Lidahnya beku dengan kata-kata. Bagaimana hendak di luahkan rasa hatinya sekarang? Mama tahu yang Aya masih sayangkan dia. Tapi mama tak tahulah kalau Aya boleh terima anak-anak dia atau tak? Itu hanyalah satu taktik utnuk mengetahui isi hati anaknya itu. Dia kenal benar dengan Dayana. Anaknya itu memang sangat menyukai kanak-kanak. Ma, apa yang mama cakap ni. Dia orang tu anak yatim. Lagipun, kalau dah pinjam papa dia orang, jadi kenalah ambik anak-anak sekali. Tidakkah mamanya tidak kenal akan segala perangainya. Kenapa mamanya berkata yang tidak-tidak. Jadi Aya terimalah ni eh? Pertanyaan mamanya itu penuh dengan usikan. Gulp! Tak pasal-pasal terkantoi sendiri. Ya Allah, malunya. Terus dipeluk mamanya yang sedang ketawa itu. Sungguh, dia teramat bahagia dikala ini. Tapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya tika kebahagian hendak menjengah masuk. Tapi mama, siapa yang nak jadi wali? Terus mati senyuman yang sedari tadi menghiasi wajah si ibu. Mungkin perkara ini baru terlintas di fikirannya. Papa pasti akan memunculkan diri dia nanti. Ayat itu selebihnya ingin melegakan hatinya sendiri. Mungkin abangnya boleh menjadi wali kepada anaknya itu namun hal ini pasti akan menyedihkan Husin. Kerana dia lebih berhak untuk menyempurnakan hari bahagia Dayana. *** Untuk yang pertama kalinya, mereka menghabiskan masa bersama. Diangkutnya sekali anakanak Mikhail. Hati Dayana diserang debaran yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Mungkin kerana kali ini, dia dapat merasakan yang Mikhail akan menjadi miliknya. Maaf kalau Aya rasa terbeban dengan permintaan ibu kali ini. Mikhail memulakan intro. Manakala Dayana memberikan reaksi yang sukar untuk Mikhail tafsirkan.

Abang cakap apa ni? Aya tak faham. Dayana mula rasa tidak enak. Adakah Mikhail berfikir yang dia terpaksa mengorbankan hidupnya hanya semata-mata ingin memenuhi permintaan Puan Rahimah. Mar masih ada dalam hati saya Aya. Terus terang, saya masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi. Sedaya upaya Dayana ingin berlagak tenang. Namun masa air yang sedang berkocak itu tidak kelihatan dek pandangan mata orang. Apabila Mikhail membahasakan diri sebagai saya, ayat itu bagai memberi tanda yang dia sebenarnya makin jauh dengan Mikhail. Sebelum ini, lelaki itu tetap membahasakan dirinya sebagai abang. Tetapi kenapa kali ini panggilannya mula berubah? Aya tak mintak bahagian Aya dalam hati abang. Cukuplah kalau ada ruang sebesar kuman bang. Itu pun dah cukup buat Aya. Ujarnya dengan sedikit senyuman. Saya takut saya tak mampu nak bahagiakan awak Aya. Mikhail takut jika orang akan menuduhnya mendera Dayana. Dia tidak mahu perkara sebegini berlaku nanti. Sungguh, dia keberatan dengan permintaan ibunya ini. Anak kau ni kecil lagi. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu. Kau tak rasa kasihan ke dekat dia orang. Kau tu asyik bekerja je. Tak ada masa langsung untuk dia orang. Tapi kalau dah ada isteri nanti, bolehlah dia tengok-tengokkan anak kau. Lagipun Aya tu bukan orang luar. Dah lama benar kau kenal dia. Bebelan ibunya itu masih jelas di pendengarannya. Memang. Sebab bahagia tu bukan terletak dalam gengaman abang. Tapi bahagia itu hak Allah. Hanya dia yang berhak mencampakkan pada sesiapa yang lebih memerlukan. Abang jangan bimbang, Aya tak akan minta lebih dari yang sepatutnya bang. Abang jangan risau. Mikhail memandang ke arah wajah yang kelihatan tenang itu. Ada sinar keikhlasan dalam nada suaranya. Apatah lagi layanannya terhadap anak-anak kelihatan sungguh jujur. *** Oit, orang nak kahwin mana boleh buat muka macam ni. Tegur Arian tika mereka berada di restoren Allif untuk makan tengah hari. Hei, apa masalahnya ni? Cuba cerita kat aku. Pujuk Arian lembut apabila usikannya tidak mendapat sebarang reaksi daripada Dayana. Aku nak kahwin tapi aku belum jumpa papa aku lagi Rian.. Terus mati kunyahan Arian kali ini. Seketika, Arian menatap sebening mata yang memandang ke arah lain itu. Pandangan yang penuh dengan kerinduan. Aya Dia sudah tidak larat melihat penderitaan milik Dayana. Mungkin sudah tiba masanya dia berterus terang akan satu hakikat yang tersembunyi daripada pengetahuan Dayana. Rian, aku nak papa aku jadi wali. Aku tak nak orang lain. Kau rasa, permintaan aku ni melampau sangat ke? Desak Dayana dengan air mata yang mula membasahi pipi. Tak Aya.. cuma.. Ya Allah, bagaimana hendak diperjelaskan kepada Dayana. Dia kering idea untuk meneruskan bicara. Cuma apa Rian? Tertanya-tanya dia dibuatnya. Cuma adakalanya kita tak akan dapat semua benda dalam satu masa. Kebahagiaan itu memang ada peringkat-peringkat tertentu yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Mungkin belum masanya untuk kau jumpa dengan papa kau.

Tapi ini mungkin masanya untuk kau berbahagia dengan Mikhail. Jangan sesekali berprasangka buruk padaNya. Sebab dia maha mengetahui yang terbaik untuk kita. Lebih dari diri kita sendiri. Kata-kata itu sedikit sebanyak dapat melegakan perasaan Dayana sedikit. Ya, dia memang tidak boleh terlalu tamak dengan memohon segala macam dengan Allah. Thanks Rian. Aku bersnyukur sekurang-kurangnya aku ada sahabat yang baik macam kau. Puji Dayana ikhlas. Ya, sudah terlalu lama dia mengenali Arian. Lelaki itu adalah separuh dari kehidupan hariannya. Tanpa lelaki itu, perjalanan hidupnya terasa begitu tempang. Dah memang kerja aku untuk jaga kau. Berkerut dahi Dayana kerana ingin menangkap segala maksud tersirat. Namun setelah difikir-fikir semula, Arian berkata begitu mungkin kerana mamanya pernah mempertanggungjawabkan Arian untuk menjaganya tika mereka berada di Australia. Jadi mungkin sifatnya sebagai penjaga itu sudah sebati dalam hidupnya. Jadi walaupun mereka sudah kembali ke Malaysia, Arian masih menjaganya dengan baik. Baik tika menjadi seorang kawan atau pun sebagai majikan. Lelaki sepertinya memang tiada galang gantinya dalam hidup Dayana. *** Terlalu banyak pilihan yang terbentang dihadapan matanya. Pening juga hendak membuat pilihan barang yang paling sesuai untuk dijadikan hantaran. Usikan lembut di bahunya membuatkan Dayana segera berpaling. Tercengang seketika apabila melihat Hajah Safura yang sedang berdiri dihadapannya. Eh, apa Auntiie buat kat sini? Tanya Dayana riang. Auntie saja jalan-jalan. Tiba-tiba ternampak Aya kat kedai ni. Sebab tulah Auntie tegur. Ujar Hajah Safura ramah. Macam mana persiapan, semuanya dah beres? Ringan mulutnya melahirkan pertanyaan. Senang dapat berjumpa dengan Dayana itu. Tak adalah banyak sangat. Sibuk sangat Auntie. Rungut Dayana sambil tergelak sedikit. Tak apa, nanti Auntie pesan pada Rian supaya jangan bagi kerja banyak sangat pada Aya ya. Sayang sungguh Hajah Safura pada Dayana. Mak ngah, tak payahlah nak manjakan sangat si Aya ni. Terus Dayana berpaling. Ada jugak mamat ni. Tengok auntie, dia memang suka buli Aya. Adu Dayana manja. Manja yang bukan dibuatbuat. Eleh, konon je tu Aya. Padahal auntie tahu yang dia sayangkan kamu. Pertama kali Dayana dapat melihat muka Arian yang merah dipanah malu. Dayana terus tergelak. Eleh, mak ngah saja nak bodek kau Aya. Kau jangan nak perasan eh. Tidak rela rasanya mukanya dijamah oleh Dayana ketika ini. Jelas sangatkah cintanya terpancar pada air mukanya. Apa yang seronok sangat tu. Tegur satu suara. Serta merta mereka berpaling. Dayana melemparkan senyuman kepada mamanya. Namun kelihatannya Puan Salima seperti terpaku bagai terserempak dengan hantu sahaja. Bila berpaling ke arah Hajah Safura, wanita itu juga berkeadaan seperti mamanya juga. Adakah mereka berdua itu saling mengenali di antara satu sama lain?

Arian meletakkan kedua belah tangannya di atas bahu ibu saudarannya itu. Moga ianya dapat meminjamkan kekuatan kepada ibu saudaranya itu. Apabila Puan Salima sudah mula menapak, terus dipeluk wanita itu. Air matanya merebes di pipinya. Akak mintak maaf Ima. Pohon Hajah Safura teresak-esak. Bertahun dia mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan Puan Salima. Namun kebetulan yang telah dirancang di tangan takdir ini dapat menemukan mereka berdua akhirnya. Tak ada apa yang perlu dimaafkan kak. Ini anak saya. Dayana. Terpinga-pinga Dayana dibuatnya. Sketsa apa yang sedang berlangsung ini? Ini, isteri pertama papa Aya. Rasanya mukanya panas tanpa darah yang selama ini mengalir deras. Hajah Safura memeluk tubuh Dayana itu. Pada mulanya dia teragak-agak. Namun tetap dibalas pautan Hajah Safura itu. Patutlah air mata wanita itu akan tergenang apabila tubuh mereka berpelukkan. Auntie mintak maaf Aya. Walaupun ini bukanlah petermuan pertama mereka, namun inilah kali pertamanya dia memohon maaf. Kerana dia terlalu kejam dahulu. Kejam kerana memisahkan seorang bapa dengan anaknya. Kejam kerana memisahkan suaminya itu dengan wanita yang teramat dicintainya. Auntie, papa mana? Perlahan nada suaranya. Persoalan itu mengundang air mata Hajah Safura. Terus wanita tua itu berpandangan sesama sendiri dengan Arian. *** Aya Panggil satu suara yang tanpa dilihat wajahnya pun, dia pasti sudah dapat mengecamnya. Aku tak kuat Rian Air mata masih setia menitis di pipi. Kau kuat. Aku tahu. Kata-kata semangat perlu ditaburkan buat Dayana ketika ini. Kerana dengan kata-kata, ia mampu membangkitkan semangat yang mula hilang. Dah lebih sepuluh tahun dia meninggal. Dan aku tak tahu langsung. Sungguh, tak pernah aku membayangkan yang kami akan berjumpa semula dalam keadaan macam ni. Tak pernah sekali pun aku terfikir. Segala penat lelah tika mencari papanya bagai terasa tidak berbaloi langsung kerana ruparupanya papanya itu sudah lama menutup mata. Meninggalkan dunia yang fana ini. Maafkan aku sebab terpaksa merahsiakan semua ini. Ini semua permintaan mak ngah. Bukan dia tak nak beritahu kau dengan mak cik. Tapi dia tak berdaya. Dia rasa bersalah sangat kerana memisahkan kau dengan papa kau. Mungkin orang lain akan mencaci mak ngahnya itu. Namun dia yang mengerti derita yang ditanggung oleh ibu saudarannya itu. Betapa selama sepuluh tahun ini, jiwanya tidak pernah tenteram. Hatinya tidak pernah tenang. Waktu mula-mula aku jumpa kau dan mak cik, nak je aku ceritakan semua tu. Tapi kerana janji yang dah aku ikat dengan mak ngah, aku terpaksa merahsiakan semua ini. Aku mula merapatkan diri dengan kau sebab aku dah berjanji dengan mak ngah untuk jaga kau Aya.

Dan Alhamdulilah, takdir sering memihak kepada aku. Siapa sangka yang kita dapat melanjutkan pelajaran di tempat yang sama. Terang Arian lagi. Dia tahu Dayana kesedihan. Dan jika Dayana merasa sedih, dia ikut turut terpalit sama. Jadi selama ini, siapa yang masukkan duit dalam akaun aku? Soal Dayana ingin tahu. Mak ngah yang masukkan. Tapi dia kata, walau dia berikan kau kesemua hartanya pun, dia tahu yang itu tidak akan mampu untuk membersihkan segala kesalahan dia pada kalian berdua. Aku mohon, kau maafkanlah mak ngah. Selama dia mengenali Dayana, dia tahu yang gadis itu pemaaf orangnnya. Tapi takut juga kalau-kalau hati yang lembut itu bertukar menjadi keras lantaran kerana sifat marah dan rasa sedih yang mula menghimpit. Kepala otak aku ni macam dah tak boleh berfikir dah. Ujar Dayana dengan suara yang lemah. Kau marahkan mak ngah? Tanya Arian ingin tahu. Entah. Jawab Dayana jujur. Dia sendiri tidak tahu akan perasaan milik hatinya sendiri. Kau memang berhak untuk marah. Ya. Memang itulah hakikatnya. Jika dia ditempat Dayana, dia juga akan marah. Untuk apa kemarahan ni? Untuk memperlihatkan kebodohan aku ke? Aku nak marah pada orang yang dah mintak maaf, memang orang akan nampak yang aku ni kejamlah. Luah Dayana dengan air mata yang berderai di pipi. Aya aku tak tahu nak cakap apa lagi. Entahlah. Bingung rasanya hendak memikirkan ayat yang sesuai untuk Dayana dikala ini. Jangan cakap Arian. Jangan cakap. Sebab dari dulu kau tak pernah nak cakap apa-apa kan Jadi sekarang jangan cakap apa-apa. Menangis lagi. Bila orang sedang marah, memang dia akan bertindak di luar dugaannya. Dalam hal ini, Arian tidak pernah marahkan Dayana. Maaf Rian. Dia sedar yang dia sudah terlanjur dalam perbicaraannya. Tapi nak buat macam mana. Dia manusia biasa yang mempunyai perasaan. Memang tidak lari dari melakukan kesalahan. Aku tak suka tengok kau macam ni Aya. Kau nampak lemah sangat. Ujar Arian jujur. Selama ini, gadis ini kelihatan kuat dalam menghadapi segala rintangan. Kenapa kali ini kekuatan kelihatan hampir hilang. Aku bukan Malaikat Rian. Bidas Dayana sedikit keras nadanya. Memang. Kalau kau tak cakap pun aku tahu. Tapi kau tahu tak apa maksud nama kau? Maksud Dayana tu ialah kekuatan. Jadi kalau orang panggil nama kau, orang lain mendoakan kekuatan bagi kau Aya. Jadi kau tak boleh lemah macam ni. Nasihat Arian lembut. Dayana terpana seketika. Mungkin kata-kata Arian itu meresap terus ke dalam kepala otaknya. Terima kasih abang sepupu. Ujar Dayana sambil tersenyum dalam ketawa. Arian juga ikut turut ketawa mendengar panggilan Dayana itu. Susah bila dapat adik sepupu yang manja ni. Usik Arian. Tidak pernah sedikit pun Dayana pernah terfikir yang ada ikatan yang mengikat mereka berdua. Patutlah mereka berdua mudah benar serasi dalam apa jua perkara sekalipun. Kerana mereka adalah sepupu. *** Aya Panggil Mikhail sekali. Namun gadis itu kekal dengan khayalannya. Aya.. Tersentak Dayana dibuatnya. Segera dia berpaling ke arah suara itu.

Abang panggil Aya? Tanya Dayana terkejut dengan kedatangan Mikhail pada malam majlis tahlil ini. Setahunya, ibu memberitahu yang Mikhail tidak dapat hadir kerana banyak kerja di pejabat. Aya okay? Tidak tahu bagaimana hendak memujuk Dayana kali ini. Yang dia tahu, Dayana memang sedih dengan kehilangan ini. Dia tahu perasaan Dayana. Dia juga pernah kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidupnya satu ketika dahulu. Okay. Abang dah makan? Aya sediakan makanan untuk abang ya. Pasti Mikhail kepenatan kerana baru pulang dari kerja. Baju kerjanya juga masih belum bertukar. Sedikit sebanyak, hatinya lega dengan kehadiran Mikhail. Baru sahaja Dayana ingin berlalu namun tangannya disentap dan Mikhail mengarahkannya duduk di tempatnya tadi. Saya tak lapar sebab Aya pun tak lapar kan? Berkerut dahi Dayana. Adakah ini satu pertanyaan. Abang makanlah sikit ya? Pohon Dayana namun Mikhail mengeleng sedikit. Aya tak makan. Macam mana abang nak makan. Puan Salima ada memberitahunya yang Dayana tidak menjamah sebarang makanan dari siang lagi. Aya tak ada selera. Ujarnya sambil menunduk sedikit. Kalau macam tu saya pun tak ada selera. Ujar Mikhail sambil mengangkat sedikit bahunya. Jom kita makan sama-sama. Kalau Aya tengok muka saya, mesti berselera sikit kan. Usik Mikhail. Sudah lama lelaki ini tidak bersenda gurau seperti ini. Sejak pemergian Marlia, cinta hati Dayana ini sudah bertukar menjadi serius. Hilang terus perangai gila-gilanya. Aya Tegur Mikhail apabila melihat ada permata jernih yang hadir di pipi Dayana. Sejak pemergian Marlia, dia sudah tidak pandai memujuk lagi. Semuanya sudah hilang. Jika tidak difikirkan anak-anak, pasti dia tidak akan menerima cadangan ibu untuk memperisterikan Dayana ini. Yang pergi tu tak akan kembali. Tapi yang hidup kena teruskan kehidupan. Pujuk Mikhail sambil tersenyum sedikit. Akhirnya, barulah ada senyuman yang terbit di wajah Dayana. Tanpa mereka sedar, ada mata yang melihat. Ada senyuman juga yang lahir. Namun rasa kecewa juga ikut turut hadir tika gadis idamannya sudah mula menemui cinta hatinya. Tapi sekurang-kurangnnya dia bersyukur kerana mereka telah mengumpul sebanyak mungkin kenangan untuk bekalan kehidupannya nanti. Sudah cukup bererti apabila melihat senyuman Dayana. Itu semua sudah memadai baginya. *** Akhirnya perkahwinan Dayana dan Mikhail diadakan dengan suasana yang sederhana tetapi meriah. Senyuman manis tidak lekang dari wajah Dayana. Dan yang paling sibuk pada hari itu pastilah Arian. Hajah Safura yang melihat ikut turut merasa sedih kerana dia kenal perasaan milik Arian. Walau tidak pernah diucap di bibir, namun sebenarnya rasa sayang itu sudah terkesan dengan segala perbuatannya. Comelnya anak mama ni. Serta merta Mikhail memandang ke arah Dayana apabila isterinya itu membahasakan diri sebagai mama dengan anaknya Dayani. Mama cantik. Puji si kecil pula.

Kenapa bang? Tanya Dayana apabila melihat Mikhail memandangnya dengan satu pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Tak ada apa-apa. Ujar Mikhail sambil berlalu pergi. Dayana hanya memandang. Tidak senangkah apabila Dayani memanggilku sebagai mama? Persoalan ini hanya Mikhail sahaja yang dapat merungkaikan jawapannya. *** Tidak dapat dinafikan yang dia berdebar-debar apabila duduk berdua-duaan dengan suaminya ini. Serba tidak kena dia rasakan. Aya, boleh saya cakap sikit. Pohon Mikhail. Dayana tersenyum walaupun hatinya perit apabila mendengar Mikhail membahasakan diri sebagai saya. Abang nak cakap apa? Walaupun mungkin Mikhail tidak menyukainya, namun dia sudah senang memanggil lelaki itu sebagai abang. Saya harap yang Aya jangan salah faham dengan apa yang saya nak cakap ni. Ujarnya lagi. Insya Allah bang. Apa dia? Berdebar hatinya. Dia tahu yang dia bakal mendengar sesuatu yang bakal merobek jiwanya. Saya dah ada dua orang anak dengan Marlia. Jadi saya fikir, saya tak nak anak dalam waktu yang terdekat ni. Lagipun Zikri masih kecil lagi. Saya harap Aya faham. Dayana tersenyum sedangkan hatinya berdarah teruk. Apa maksud suaminya itu? Tidak mahu anak dalam waktu yang terdekat ataupun tidak mahu menyentuhnya dalam waktu yang terdekat? Bahasa kiasan itu sebenarnya mampu dijejaki oleh kepala otak Dayana. Aya faham bang. Lagipun, memang Zikri masih kecil. Abang jangan risau. Permulaan perkahwinan yang menyakitkan. Maksud saya Fahamkah isterinya akan maksud tersirat kata-katanya tadi. Aya faham bang. Pintas Dayana sambil tersenyum. Sesungguhnya senyuman itu dapat menutup segala rasa gundah yang mula singgah. Terima kasih Aya. Tidurlah. Dah lewat ni. Ujar Mikhail sambil mula menepuk-nepuk bantal. Abang tidurlah dulu. Aya nak tengok anak-anak kejap. Ujar Dayana sambil mula melangkah ke arah pintu. Didalam bilik tidur Dayani, permata yang sedari tadi ditahan mula menitis perlahan. Tangannya mengusap lembut rambut Dayani yang lurus itu. Yani, pinjamkan pada mama sedikit kekuatan. Mama janji, ini adalah kali terakhir mama nangis. Mama rela korbankan seluruh hidup mama demi papa dan demi kamu berdua sayang. Dikucup lembut dahi anak tirinya itu. Sungguh, dia sayangkan Dayani macam dia sayangkan Mikhail. Dan dia sayangkan Mikhail lebih dari nyawanya sendiri. *** Yani, mari sini mama ikatkan rambut. Panggil Dayana setelah menghidangkan sarapan kepada suaminya. Baru semalam mereka berkahwin namun hari ini Mikhail sudah pun mula bekerja. Katanya, dia tidak boleh bercuti terlalu lama kerana kerjanya bertimbun di atas meja. Sebagai seorang yang ikut turut bekerja, dia faham dengan situasi yang menimpa suaminya.

Muahh! Sayang mama. Ujar Dayani sambil mengucup kuat pipi ibu tirinya itu. Dayana tersenyum senang. Senang melimpahkan kebahagiaan terhadap Dayani. Dah abis makan bang? Tanya Dayana apabila melihat Mikhail hanya menjamah nasi goreng dengan sedikit. Boleh tak guna panggilan lain selain daripada mama? Soal Mikhail tiba-tiba. Kenapa? Tak boleh ke guna panggilan mama? Tanya Dayana kembali. Panggilan itu untuk Marlia. Akhirnya dia mengerti. Patutlah setiap kali Dayani memanggilkannya dengan panggilan mama, muka Mikhail pasti akan berubah warna. Mungkin panggilan itu akan mengenangkan dia pada arwah isterinya. Maaflah. Aya tak tahu. Mikhail serba salah sendiri. Dia tahu yang kata-katanya sebentar tadi baru sahaja melukakan hati isterinya. Aya Panggil Mikhail tiba-tiba. Dengan mengunakan seluruh kekuatannya, Dayana berpaling ke arah suaminya itu dan tersenyum sedikit. Tapi nampak sangat plastik. Selain dari mama, Aya boleh guna panggilan lain. Ibu ke Aya faham bang. Abang tak payah nak rasa serba salah. Pintas Dayana segera. Abang pergi kerja dulu. Perlahan dilangkahkan kaki ke arah suaminya itu. Dengan lembut dia mencium tangan suaminya itu. Baru sahaja Mikhail hendak mencium dahi isterinya itu namun bayangan Marlia bagaikan terlayar di minda. Setelah itu, terus diangkat kaki. Demi cinta ni, Aya rela merana kerana cinta bang. Ujarnya sambil mula mengumpul kekuatan. Dia sudah berjanji dengan diri sendiri agar tidak menangis lagi. Jika dia menangis, ianya bakal menambahkan lagi kepenatannya. Dengan izin Allah, dia pasti boleh melalui semua ini. *** Aya! Jeritan dari tingkat atas itu memang mengejutkan Dayana. Segera dilarikan langkah. Mencari pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan suaminya. Kenapa bang? Tanya Dayana cemas. Mana baju dan barang-barang Marlia dalam almari ni? Tak cukup nafas rasanya mendengar soalan Mikhail itu. Aya simpan kat dalam almari bawah sebab Aya nak letak baju-baju Aya dalam tu. Dengan nafas yang semput Dayana menerangkan kepada suaminya. Tukar balik. Arah Mikhail sambil membuka butang bajunya. Tukar balik? Tanya Dayana pelik. Nanti abang belikan almari baru untuk Aya. Tapi tolong letak balik barang-barang Marlia dalam almari ni. Dan tolong jangan sentuh atau pakai apa-apa pun barang Marlia. Saya tak izinkan. Rasa hendak terburai nyawanya tika mendengar kata-kata suaminya dikala ini. Abang, kalau iya pun ingin ditoreh hati ini, janganlah terlalu ditunjukkan. Abang boleh buat perlahan-lahan tanpa pengetahuan Aya. Tapi ini Hendak berbicara didalam hati pun dia sudah tidak larat rasanya. Maaf. Dia tidak tahu sama ada perlu atau tidak ayat maaf itu. Tapi padanya, biarlah dia beralah demi kebahagiaan Mikhail. Sungguh, selepas mendengar ayat maaf itu, Mikhail terasa begitu bersalah sekali kerana telah berjaya memarahi Dayana. Kenapa mudah benar dia naik marah dengan perkara-perkara kecil seperti ini.

Baru sahaja dia ingin memohon maaf atas keterlanjurannya sebentar tadi namun Dayana sudah hilang dari pandangan mata. Mikhail dapat merasakan yang perkahwinan ini akan lebih banyak melukakan mereka berdua daripada membahagiakan. *** Boleh Yani tolong ibu. Dayana sudah mengajar Dayani agar memanggilnya dengan gelaran ibu. Tidak kisahlah panggil apa-apa pun, cukuplah gelaran itu dapat mengelarnya sebagai ibu walaupun hanya sekadar ibu tiri. Yani tak ada kerja sekolah ke? Kanak-kanak yang berusia empat tahun lebih itu memang petah berkata-kata. Malah pandai pula tu. Kerana Dayani sering menunjukkan minat untuk belajar, Mikhail telah menghantarnya ke sebuah tadika berhampiran rumahnya ini. Yani kan dah buat petang tadi. Jawab si kecil. Tak apa, ibu dah nak siap dah ni. Yani pergilah main dengan adik. Arah Dayana sambil menyusun semula baju arwah Marlia ke tempat asalnya. Yani suka ibu duduk sini. Ada orang sayang Yani.. ada orang jaga Yani. Bila besar nanti Yani nak jadi macam ibu. Ibu pandai, cantik, baik. Ujar Dayani sambil mencium ibu tirinya itu. Bergenang kelopak matanya apabila anak tirinya memujinya sedemikian rupa. Ibu pun sayang dekat Yani.Ujar Dayana pula. Mama pun baik macam ibu tau. Yani rindu kat mama. Luah si kecil sambil mula berbaring di pangkuannya. Tangan Dayana bermain di rambut Dayani yang lurus itu. Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk menjadi ibu yang terbaik buat Dayani dan Zikri. Mungkin mereka tidak lahir dari rahimku namun InsyaAllah, kasihku pada mereka berdua tidak akan pernah habis selagi Kau mengizinkannya. *** Hujung minggu ini, Dayana teringin untuk memasak sesuatu yang sedari dulu menjadi kegemaran Mikhail. Apa lagi kalau bukan ketam masak lemak cili api. Aromanya pasti akan menusuk kalbu sesiapa pun. Hmm, sedapnya bau. Ibu masak apa? Tanya si kecil yang memang petah berbicara itu. Ibu masak ketam. Yani suka tak? Dayani melonjak kesukaan apabila mendengar kata-kata ibunya itu. Yani suka. Papa pun suka. Jawab Dayani omeh. Ibu tahu papa suka. Sebab tu ibu masak. Yani suka makan ketam tak? Tanya si ibu sambil mula mengecilkan api dapur. Suka tapi susahlah. Ibu tolong suapkan eh? Dayana hanya tersenyum mendengar permintaan si kecil itu. Ingatannya tergarit pada kenangan mereka satu ketika dahulu tika Mikhail dengan senangnya membukakan isi ketam dan meletakkan di dalam pinggannya. Pergi panggil papa. Kita makan sama-sama. Arah Dayana sambil mengemaskan dapur dan mula meletakkan lauk pauk di atas meja makan. Eh abang, tengok apa lagi. Duduklah. Ujar Dayana riang sambil mula mengambil tempatnya. Dengan teragak-agak Mikhail duduk sambil menghulurkan tangan tika Dayana mengarahkannya untuk membasuh tangan. Layanan Dayana padanya sentiasa first class walaupun dia dengan senangnya sering melukakan isterinya itu.

Dayana agak tersentak apabila Mikhail menghalangnya dari meletakkan seekor ketam ke dalam pinggan suaminya itu. Kedua-duanya bagai dipanah rasa terkejut. Saya tak nak lauk ketam. Bagi saya ikan tu je. Arah Mikhail walaupun dia perasan yang air muka Dayana berubah seratus peratus. Ini kan lauk kegemaran abang. Lembut suara Dayana menampar gegendang telingannya. Saya tak suka makan ketam dah. Tipu Mikhail. Bukan dia tidak mahu makan ketam masak cili api yang dimasak oleh isterinya itu namun ada segenap rasa hatinya melarang keras. Dia tidak mahu membandingkan masakan Dayana dengan masakan arwah isterinya dahulu. Dia seakan-akan tidak dapat menerima hakikat jika masakan Dayana lebih sedap dari masakan arwah isterinya itu. Lagipula, kenangan tika arwah Marlia menyuapkan isi ketam kepadanya masih jelas di layar ingatan. Maaf, Aya tak tahu. Tika Dayana mengucapkan ayat maaf itu, barulah Mikhail tersedar yang dia sudah melukakan hati isterinya itu. Berapa banyak lagi kelukaan yang bakal dihadapi oleh Dayana disebabkan keangkuhannya? Ibu, tolong keluarkan isi ketam ni. Susahlah. Rungut Dayani. Dan Dayana dengan senang hatinya terus melayan karenah anak tirinya itu walaupun hatinya bagai disiat-siat halus oleh suaminya. *** Dayana membuka lampu tidur yang berada di tepi katillnya. Tidurnya terganggu apabila Mikhail mengigau menyebut nama arwah Marlia. Abang, abang Dia mengongcangkan tubuh suaminya sedikit. Kasihan sungguh dia dengan Mikhail. Suaminya itu menanggung beban kerinduan yang bukan sedikit terhadap arwah isterinya. Kenapa? Tanya Mikhail tika Dayana mengejutkannya. Minum air ni. Abang mengigau tadi. Jangan lupa selawat. Ini bukanlah kali pertama suaminya itu meracau menyebut nama arwah Marlia. Sudah acap kali. Malah boleh dikatakan hampir saban malam perkara ini terjadi. Aya tak tidur lagi? Soal Mikhail serba salah. Dah. Abang tidurlah. Aya nak tengok anak-anak dulu. Ujar Dayana sambil keluar dari bilik tidurnya itu. Sesudah melihat kedua anak tirinya yang sedang nyenyak tidur itu, Dayana melangkah ke bilik air lantas mengambil wuduk. Dipagi yang hening ini, dia tidak betah untuk tidur. Jadi adalah lebih baik jika dia menghabiskan masanya dengan bertahajud kepada Yang Maha Kuasa. Ya Allah, kirimkanlah kesabaran dan ketabahan kepadaku dan suamiku. Sesungguhnya apalah daya kami tanpa bantuan dan rahmat dariMu. Kau rahmatilah perkahwinan kami. Kau selamatkanlah dari hasutan syaitan yang menceroboh. Kau tingkatkanlah Iman kami agar jauh terpesong dari segala kemungkaran yang dibenci olehMu. Dan jika ada pahala pada bacaan yasinku ini, moga ia sampai pada arwah. Sesungguhnya hanya ini yang mampu aku hadiahkan buat arwah. Kau ampunilah segala dosa-dosanya dan tempatkanlah dia dengan golongan orang yang beriman. Amin

Kedengaran sayup-sayup suara Dayana menemani waktu sepi di subuh hari. Dan tanpa pengetahuan Dayana, ada seseorang yang mendengar dengan jelas doanya tadi. *** Apa yang kau buat pada dia tu salah Khail. Amran meluahkan pendapatnya tika sahabatnya itu menceritakan tentang layanannya terhadap isteri barunya itu. Aku bingung Am. Keluh Mikhail. Dia akui sedari dulu lagi dia sayangkan Dayana. Namun tidak pernah dia membayangkan yang dia akan mengahwini seorang gadis yang sudah dianggap sebagai adik itu. Kenapa kau kahwin kalau kau tahu yang kau akan lukakan dia? Soal Amran. Dia ikut turut pening mendengar luahan hati sahabatnya itu. Aku kahwin dengan dia sebab anak-anak Am. Aku tak nak anak-anak aku membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Jujur. Itulah alasan dia menerima cadangan ibunya satu ketika dahulu. Amran tersenyum sinis sambil mengelengkan kepalanya. Kalau macam tu kenapa kau tak cari pengasuh je. Kan lebih senang. Kata-kata Amran itu membuatkan Mikhail terkejut. Apa yang aku nak buat sekarang Am? Ya Allah, kusut sungguh kepalanya tika ini. Memang Dayana tidak pernah sekalipun merungut tentang layanannya namun dia sendiri yang merasakan bahawa perkahwinan mereka ini akan lebih memudaratkan mereka berdua. Senang je. Terima Dayana dengan erti kata yang sebenar. Secara zahir dan batin. Ditekankan perkataan batin itu kerana dia mengetahui cerita Mikhail itu dengan jelas sekali. Susah Am. Kalau sesenang tu, tak adalah kami jadi macam ni. Bangkang Mikhail. Siapa yang lebih terluka sekarang Khail? Bini kau kan. Dan siapa yang melukakan dia? Kau kan. Kau sendiri dah nampak jalan penyelesaiannya tapi kau sendiri yang tak nak selesaikan. Kalau macam nilah caranya, baik kau tak payah mintak nasihat aku. Sebab kesan dia sama je, kau tetap dengan keras kepala kau ni. Hah, tak pasal-pasal Amran pulak yang mengamuk. Mikhail terdiam mendengar omelan sahabatnya itu. Kau tak faham perasaan aku Am? Aku tak nak menduakan Marlia. Kenapa tak ada seorang manusia pun yang memahami perasaannya dikala ini. Kau sebenarnya yang tak faham diri kau sendiri. Berkahwin dengan Dayana bukan bermakna kau menduakan arwah. Tapi itu cara kau terima qada dan qadar yang tertulis bahawa mati telah memisahkan kalian berdua. Jodoh kalian dah tersurat sampai disitu sahaja. Dan kau beruntung sebab Allah mengurniakan seorang wanita lain sebagai peganti arwah. Kau pernah dengar dia merungut atau cemburukan arwah? Tak pernah kan. Sebab dia pun tak pernah nak gantikan tempar arwah. Dia cuma nak cuba bahagiakan insan yang dia sayang. Tapi tulah, kau tak faham dan tak nampak semua ni. Bebel Amran panjang terus meninggalkan sahabatnya terkulat-kualt sendirian. *** Kilat yang menyambung membuatkan Dayana ketakutan sendiri. Tiba-tiba ada ketukan dari luar. Segera dia membuka. Dayani muncul dengan anak patung di pelukannya.

Yani takut kilat. Ujar Dayani ketakutan. Terus dipeluk anak kecil itu. Ya. Dia juga seperti Dayani. Takutkan kilat. Mujurlah malam ini Zikri tidur bersama-sama ibu dan ayah. Jika tidak, pasti sukar baginya. Jom, kita tidur dua nak? Ajak Dayana sambil membawa anak gadis itu ke bilik tidurnya. Dia mula mengambil tempat disebelah Dayani. Pelukkan mereka bertambah erat apabila kilat dan guruh saling bergema di luar. Langit pula tidak penat-penat mencurahkan hujan. Tiba-tiba hon kereta diluar mengejutkan Dayana yang baru sahaja disapa lena. Dan barulah diingat yang dia sudah mengunci pintu pagar rumah sedangkan kunci suaminya itu tertinggal dirumah. Walaupun takut akan guruh yang masih setia berdentum, Dayana memberanikan diri untuk membuka pintu pagar. Dicapai payung yang berada di tepi pintu. Ketika dia hendak membukakan kunci, tiba-tiba kilat menyabung. Terlepas payung yang berada dalam pegangannya. Habis terkena hujan. Namun dengan cepat-cepat dia terus membukakan kunci dan membuka luas pintu pagar rumah. Aya pergi masuk. Biar saya kunci pintu. Arah Mikhail lantas mengunci pintu pagar rumah. Akhirnya, Dayana menghilang disebalik pintu. Mikhail terus menukar pakaiannya kerana pakaiannya basah dek terkena hujan tika menutup pintu pagar tadi. Namun tiba-tiba dia menangkap jeritan kecil seseorang dari dalam bilik air. Terus dia mengetuk pintu bilik air yang dimasuki oleh isterinya itu. Aya, awak tak apa-apa ke? Tanyanya risau. Dayana memegang kakinya yang kesakitan. Time nilah aku nak jatuh. Ketukan bertalu-talu di pintu itu memaksa Dayana untuk bangun. Tangannya memegang dinding untuk mebantu tubuhnya untuk berdiri. Aya tak apa-apa? Seketika dia terpana melihat Dayana yang hanya bertuala sahaja. Rambutnya yang panjang mengurai itu hanya dibiarkan lepas kerana kebasahan. Kaki Aya. Adu Dayana kerana dia rasa dia tidak boleh meneruskan langkah kerana terseliuh. Terus Mikhail mencempung tubuh milik isterinya itu. Rasa hendak tercabut rasanya jantung milik Dayana tika berada dalam dukungan Mikhail. Ialah, mereka berdua sama-sama hanya memakai tuala. Mikhail meletakkan Dayana perlahan-lahan di atas katil. Dayana mula memengang tualanya yang sudah mula hendak tercabut. Pandangan Mikhail padanya juga tidak dapat dia tafsirkan. Tangan Mikhail mula mendarat di atas kaki Dayana yang sejuk itu. Dan diletakkan minyak sedikit lalu diiurut perlahan. Eh bang, tak apalah. Sikit je. Halang Dayana. Sungguh dia tidak selesa berada dalam situasi intim sebegini. Sudahlah tualanya itu agak singkat hingga mampu menampakkan pehanya yang putih bersih itu. Kalau tak urut sekarang, nanti melarat pulak. Ujar Mikhail. Padahalnya, dia tidak senang melihat Dayana tika ini. Bagai ada sesuatu yang merasuk fikirannya agar menyentuh Dayana dan melayan Dayana sebagai seorang isteri. Kau kena bagi nafkarh zahir dan batin pada dia. Dia tu isteri kau yang sah. Kata-kata Amran bagai bergema di ruang pendengarannya.

Tika mereka sedang leka melayan perasaan masing-masing, tiba-tiba gurh berdentum dengan kuatnya. Terus Dayana memeluk suaminya. Sungguh, dia memang takutkan kilat dan seangkatan dengannya. Mikhail bagai merasa debaran dan ketakutan milik isterinya itu. Cuaca yang sedari tadi sejuk dan dingin tiba-tiba bertukar menjadi panas. Dayana terkejut apabila ada sesuatu yang menjalar di lehernya. Pautan pelukannya makin erat pada Mikhail. Akhirnya, Mikhail rela menyentuhnya dan melayannya sebagai seorang isteri. Abang cintakan Marlia. Gulp. Bagaikan kilat yang berdentum itu memanah terus hati dan perasaannya hingga pecah dengan sendirinya. Air matanya menitis perlahan. Namun dia menyerahkan diri. Biarlah jika perkara ini mampu melenyapkan rindu Mikhail pada Marlia, dia rela mengorbankan dirinya. *** Maaf. Ucapan maaf dari Mikhail itu mengejutkan Dayana yang sedang mencedokkan makanan ke dalam pinggan. Untuk apa? Dia mengerti namun sengaja dia bertanya. Aya, tolonglah jangan buat tak tahu dengan perkara yang Aya tahu. Ujar Mikhail berang. Sifat inilah yang makin membuatkan Mikhail bertambah bingung. Aya yang tak tahu ke atau abang yang tak tahu? Soal Dayana pula. Apa Aya cakap ni? Berbelit kata-katanya. Hingga pening Mikhail dibuatnya. Aya ni isteri abang. Isteri abang yang sah. Kenapa mesti mintak maaf bila abang sedang menunaikan tanggungjawab abang pada Aya? Sebab abang serba salah? Bang, tak perlulah rasa serba salah tu. Abang tak ada apa-apa salah pun pada Aya. Aya tak akan pertikaikan apaapa bang. Itu kan janji Aya pada abang sebelum kita kahwin dulu. Sejurus selepas itu, Dayana menghilang disebalik dapur. Meninggalkan Mikhail seseorangan berfikir. Ya Allah, kusut sungguh jiwa hambaMu ini. Bila Kau menitipkan seorang isteri yang baik sepertinya, aku seringkali merasakan yang aku adalah suami yang paling tidak berguna disampingnya. Desis hati Mikhail lemah. *** Kenapa muka kau monyok je ni? Tanya Arian ambik berat. Penat.Jawab Dayana tanpa sedikit pun membuka matanya yang sedari tadi dipejam rapat. Banyak sangat ke kerja? Tanya Arian prihatin. Hmm.. Tidak tahu lagi hendak memberi respon yang bagaimana. Aya, mulut tu memang boleh dikunci namun air muka tu memang jelas kelihatan. Tak payah sorok apa-apa dari aku Aya. Perlahan-lahan dibuka matanya. Merenung anak mata Arian yang memang sedari dulu senang membaca perangainya. Aku tak sorokkan apa-apa dari kau sebab aku tak main sorok-sorok eh. Gurauan Dayana itu tidak mendapat sebarang respon dari Arian. Hmm, kau bolehlah relaks-relaks, kerja kau tandangan je. Aku ni penat tau nak fikirkan pasal akaun syarikat. Bidas Dayana. Dia tidak mahu jika Arian dapat membaca gelodak jiwanya. Kalau macam tu tak payah kerja. Aku boleh bagi elaun tiap-tiap bulan dekat kau. Lagipun laki kau tu dah cukup duit sangat nak sara kau. Balas Arian kembali. Dia sedar yang Dayana ingin berahsia dengannya.

Memang sebenarnya Dayana yang lebih berhak menerajui syarikat. Namun wanita itu menolak lembut. Katanya kemahirannya belum tebal untuk memenuhi keperluan syarikat. Aya, betul ke kau okay ni? Tanya Arian tidak puas hati. Kenapa hatinya merasa tidak enak. Dia seperti dapat merasakan keperitan Dayana. Okay je. Eh, aku nak balik dulu ni. Nak ambik anak aku. Ujar Dayana sambil mengemaskan meja dan barang-barangnya. Jika berlama-lama dengan Arian, pasti jejaka itu akan dapat membongkar segalanya. Masalah rumah tangganya ialah rahsia peribadi yang tidak boleh dibuka oleh sesiapa pun. Kerana ianya mampu mengundang salah faham dari pihak yang mendengar dan pihak yang memberi info. Lebih teruk lagi, ia bakal mengundang fitnah besar buat kedua pasangan itu. Jadi lebih baik dirahsiakan. *** Dayana melambai-lambai ke arah Dayani yang baru sahaja keluar dari Tadika. Anak kecil itu berlari ingin mendapatkan ibunya tanpa menyedari ada kereta yang datang dari arah kanan. Dayana yang menyedari menjerit nama Dayani hingga membuatkan kanak-kanak itu terkejut dan berhenti serta merta. Terus Dayana berlari mendapatkan anak tirinya dan memeluk anak kecil itu. Mujurlah Kereta tersebut sempat menekan brek namun bahagian depan kereta berjaya menolak tubuh Dayana hingga hilang imbangan badannya lantas terjatuh. Habis melecet lengannya. Yani, yani tak apa-apa? Berdebar dia dibuatnya. Dayani memang jelas kelihatan terkejut dan kemudia badannya terkulai layu di dalam dakapan Dayana. Yani, bangun. Hei, jangan buat ibu takut. Ya Allah, selamatkan anakku ini dari sebarang kecelakaan. Akhirnya, dengan bantuan pemandu kereta yang melanggar mereka, mereka berdua dibawa ke hospital yang berhampiran. *** Macam mana awak jaga anak hah? Tengkingan Mikhail itu memang mengejutkan semua yang berada di hospital tika ini. Lebih-lebih lagi Dayana. Dia.. Ya Allah, sungguh dia rasa sungguh malu apabila dijergah sebegini dihadapan ahli keluarganya yang lain. Jangan nak bagi alasan. Patutnya awal-awal lagi saya sedar yang awak memang tak boleh jaga anak-anak saya. Terkedu semua yang mendengarnya. Bergenang air mata Dayana. Terkebil-kebil dia dimarahi sebegini rupa. Terus berdiri Arian dibuatnya tika mendengar kata-kata Mikhail itu. Kalau ikutkan hatinya, hendak sahaja ditumbuk muka Mikhail itu. Bercakap tanpa berfikir langsung. Kenapa dengan kamu ni Khail, benda dah nak jadi. Yang kamu nak marah Aya buat apa. Memang Dayani tu nakal. Kadang-kadang ibu pun tak dapat nak kawal. Puan Rahimah terpanggil untuk membela menantunya itu. Sungguh dia terkejut melihat adengan sebentar tadi. Beginikah layanan Mikhail pada Dayana sepanjang tiga bulan perkahwinan mereka ini? Ya Allah, sangkanya selama ini mereka bahagia-bahagia saja. Rupanya ada duka yang tersimpan.

Ibu jangan nak salahkan anak saya pulak. Dayani tu jenis yang mendengar kata. Balas Mikhail. Beberapa kali dikuakkan rambutnya. Hanya Allah yang tahu debaran hatinya tadi tika ibunya menelefon yang isteri dan anaknya terlibat dalam kemalangan kecil. Ketibaan doktor yang merawat Dayani melegakan sedikit ketegangan antara mereka ahil keluarga. Cepat-cepat Mikhail menghampiri dan bertanyakan keadaan anaknya. Anak Encik cuma mengalami kejutan sahaja. Tiada sebarang kecederaan kerana isteri encik sempat menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Terang Doktor yang bernama Amir itu. Setelah mengetahui keadaan Dayani, terus Dayana berlalu dari situ. Dia tidak betah berada disitu kerana air matnya akan melimpah bila-bila masa sahaja lagi. Selama ini dia masih boleh bersabar namun tika dirinya dimarahi dihadapan semua ahli keluarganya, dia dapat merasakan yang maruahnya bagai dipijak dengan lumat oleh Mikhail. Aya.. Seru satu suara. Cepat-cepat diseka air matanya yang tumpah. Namun sisanya masih setia berada di pipinya. Bak tangan tu. Suruh Arian. Dia perasan yang lengan tangan Dayana berdarah teruk akibat berpeleseran dengan jalan tar. Sakit? Tanya Arian sambil menyapukan ubat. Entah dari mana dia memperolehi ubat itu, Dayana sendiri tidak tahu. Tak. Sikit je. Jawab Dayana. Lelaki ini tidak pernah gagal dalam menjaga segenap ruang perasaannya. Alangkah indahnya jika yang menyapu ubat di lengannya tika ini ialah Mikhail. Pasti akan terbasuh segala lukanya sebentar tadi. Sebab luka di hati tu lebih sakit kan.. Ujar Arian selamba. Hatinya sakit bila melihat Dayana diperlakukan sedemikian rupa. Aku akan terus bertahan Rian Sampai bila? Sampai kau hidup tanpa hati dan perasaan. Pintas Arian keras. Kalau aku tahu macam nilah jadinya, akulah orang pertama yang akan halang perkahwinan korang dulu. Inilah kali pertama Dayana melihat Arian sebengang ini. Rian Panggil Dayana lembut dengan air mata yang mencurah. Kau doakan jelah kebahagiaan aku. InsyaAllah, adalah bahagia aku nanti. Arian menyandarkan kepalanya ke dinding. Minta diberikan kekuatan melihat orang yang paling dia sayang disakiti sebegini rupa. *** Dayana meramas kepalanya yang terasa begitu pening itu. Rasanya hendak sahaja dihentak kepalanya ke dinding. Moga hilang segala rasa peningnya itu. Ibu okay? Tanya Dayani. Kasihan dia melihat ibunya itu. Sejak dua menjak ini, ibunya selalu kelihatan tidak larat. Ibu okay sayang. Bunyi loceng rumah itu membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri. Terus di majukan langkah ke arah pintu rumah. Rian Mak ngah kirim pengat ni pada kau. Dia kata kau suka makan. Aku tolong kirim je. Ujar Arian sambil menyerahkan sebuah beg plastik. Rajinnya mak ngah buat pengat. Kepalanya terasa begitu berpusing hingga tidak dapat mengawal imbangan badannya sendiri.

Eh, kau okay tak ni? Arian cepat-cepat memegang bahu Dayana dan dibawa ke ararh sofa yang berdekatan dengan mereka. Ibu sakit kepala. Kesian ibu. Terang Dayani. Dayana tersenyum sedikit tika mendengar kepetahan mulut Dayana itu. Kau okay tak ni? Tanya Arian risau. Okaylah. Jangan risau. Rian, maaflah tapi abang Khail tak ada ni. Jadi rasa macam tak sopan pulak kalau kau masuk. Serba salah dia dibuatnya. Aku faham. Kau rehat ya. Ujar Arian sambil mula bangun. Namun baru sahaja dia ingin melangkah, dia mula terperasankan susuk tubuh Mikhail yang berada di muka pintu. Apa kau buat kat rumah aku? Nada suarany jelas benar tidak menunjukkan kemesraan. Abang, Rian hantar pengat tadi. Terang Dayana. Takut juga dia dengan Mikhail kali ini. Sudahlah hubungan mereka menjadi terlalu dingin ekoran kemalangan yang menimpa Dayani dua minggu lepas. Saya tak tanya awak. Mencerlang matanya memandang isterinya itu. Kini pandangannya jatuh pada Arian pula. Aku tahu kau ada niat lain bila datang jumpa isteri aku. Ujar Mikhail sambil bertentang mata dengan Arian. Isteri? Kalau kau anggap dia betul-betul isteri kau, tolong bagi layanan yang selayaknya seorang isteri dapat. Jangan pulak kau jadikan dia hamba abdi kau dalam rumah ni. Balas Arian pula. Dayana dapat merasakan ketegangan diantara kedua lelaki itu. Kau jangan pandai-pandai nak mengajar aku pulak. Gertak Mikhail. Tangannya sudah mula mengepal penumbuk. Tunggu masa je nak menerkam mangsa. Orang macam kau ni memang perlu diajar pun. Kalau dah tak reti nak jaga isteri, baik bagi pada orang yang lebih pandai. Mikhail faham benar dengan bahasa kiasan Arian itu. Sejurus habis kata-katanya, terus penumbuk sulung singgah di pipi Arian. Abang.. Apa ni? Sudahlah kepalanya pening, kekusutan makin bertambah apabila melihat dua orang insan yang dia sayang bergaduhan sebegini rupa. Cakap jelah yang kau tu sukakan bini aku? Tercengang Dayana dibuatnya. Apa abang merepek ni? Hei, korang berdua, tolonglah bertindak macam orang dewasa sikit. Malulah Yani tengok. Suara Dayana pula yang kedengaran. Entah syaitan manalah yang merasuk Mikhail dan Arian ini? Aya tak percaya? Cuba Aya tanya kawan baik Aya ni. Terus pandangan Dayana hinggap pada Arian. Ya. Memang aku cintakan kau Aya. Aku rela lepaskan orang yang aku cinta untuk dia cari kebahagiaan dia sendiri. Tapi bila aku tahu yang dia tak bahagia, aku nak rampas dia balik. Eh Khail, kau jangan jadi dayus, kalau kau tak pernah cintakan Aya, buat apa kau simpan dia lagi. Biar aku yang jaga dia. Tercengang Dayana dibuatnya. Dia sudah rasa seperti barang permainan sahaja. Mudah ditolak dan diambil sesuka hati mereka. Kurang ajar! Hampir sekali lagi sebuah penumbuk singgah di wajah Arian namun jeritan Dayani mengejutkan kedua lelaki itu.

Dah cukup ke? Dah cukup puas sebab dapat takutkan Yani? Sergah Dayana sambil menghampiri Dayani yang sedang menangis ketakutan itu. Terus dipeluk anak kecil itu dan dibawa ke tingkat atas. Tidak dilupa untuk dia mengunci pintu bilik itu. Biar tidak dimasuki oleh sesiapa pun. Jiwanya kusut. Kepalanya serabut sungguh. Dan hatinya kacau bilau bagai dilanda garuda. Pengakuan Arian sebentar tadi begitu mengejutkannya. Aku tak akan mempersoalkan takdirMu ini Ya Allah. Namun aku akui yang kekuatanku sudah hampir pudar. Kau tingkatkanlah kesabaran dan ketabahan hatiku. Bimbinglah aku ke jalan yang Kau redhai. Sesungguhnya aku amatlah tidak berdaya tanpa bantuan dariMu Ya Allah. Kerana hanya Kau tempat aku pemohon pertolongan dan perlindungan. *** Akhirnya Dayana mengambil keputusan untuk keluar dari bilik. Kalau mengurungkan diri pun, tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan kepada mereka berdua. Ketika hendak turun tangga, dia berselisih dengan Mikhail. Namun suaminya itu dengan lagak selambanya. Bagaikan tidak nampak langsung kelibatnya. Abang, sampai bila kita nak macam ni? Soal Dayana. Dia tidak suka bila perkara seperti berlarutan. Tidak bolehkah mereka menyelesaikan masalah ini dengan duduk berbincang secara baik. Melarikan diri dari masalah bukanlah satu penyelesaian yang baik. Kita macam mana? Kenapa, awak mula rasa tak bahagia dengan saya. Jadi nak pergi pada Arianlah? Terkejut Dayana mendengarnya. Tidak pernah terfikir dek akal fikirannya yang suaminya akan berkata seperti ini. Apa yang abang merepek ni? Marah Dayana. Yalah, awak pun dah dengar pengakuan Arian tadi kan. Jadi apa perlunya saya lagi. Awak dah jumpa jalan bahagia awak. Saya ni lebih banyak buat awak menderita adalah. Abang dah dengar pengakuan Arian kan, jadi sekarang abang dengar pengakuan Aya pulak. Aya adalah isteri abang, jadi seharusnya cinta Aya adalah pada abang. Bukan pada orang lain. Tegas nada suaranya. Moga-moga dapat difahami oleh Mikhail. Tolonglah jangan berpura-pura lagi Aya. Cakap jelah yang awak pun sayangkan Arian. Senang kita nak tutup cerita kita ni. Tinggi suara Mikhail kali ini. Tutup cerita kita? Maksud abang, kita berpisah? Macam tu? Terketar-ketar nada suaranya. Tidak disangka bahawa perpisahan juga jalan penyelesaiannya. Perkahwinan kita ni adalah satu kesilapan. Sebab ia sebenarnya lebih melukakan dari membahagiakan. Sungguh, dia tidak sanggup untuk terus menerus melukakan hati Dayana. Biarlah isterinya itu mencari kebahagiaannya sendiri. Kerana memang sudah tersurat bahawa bukan dia yang membahagiakan Dayana. Terduduk Dayana di atas tangga itu. Air mata berlinangan di pipi. Begitu sakit rasanya tika perpisahan yang paling ditakuti ini berlaku jua akhirnya. Sayu sungguh Mikhail melihat Dayana sebegitu rupa. Sejujurnya, dia takut untuk bersama dengan Dayana. Dia takut jika cintanya pada Marlia akan terkubur. Kerana pada hakikatnya, kasih dan sayangnya sudah mula bercambah untuk Dayana. Kesabaran dan kecekalan isterinya itu dalam meniti hidup bersamanya menambat hatinya. Tapi dia tidak sanggup menduakan cinta Marlia.

Rasa cemburunya mula menghimpit tika Arian meluahkan perasaan pada isterinya itu. Jadi sebelum keadaan menjadi teruk, atau dengan lebih terang, sebelum perasaannya pada Dayana menjadi lebih kuat, lebih baik dilepaskan isterinya itu. Dia tidak sanggup kehilangan lagi. Cukuplah dia kehilangan Marlia. Cukuplah Dengan perlahan-lahan, dia mencapai tangan si suami. Mungkin ini adalah yang terakhir kali dia melakukan. Halalkan makan minum Aya sepanjang Aya menumpang di rumah abang. Maaf kalau kedatangan Aya ini menyusahkan abang. Tapi percayalah bang, Aya bahagia di rumah ni walaupun Aya tahu yang Aya tak pernah mendapat tempat di hati abang. Terima kasih sebab pernah sudi untuk menerima Aya walaupun seketika cuma. Bergenang air mata Mikhail dibuatnya. Benarkah apa yang aku lakukan sekarang? Betulkah tindakan aku sekarang? Ataupun tindakan aku ni sebenarnya lebih menyusahkan semua pihak? Ya Allah, sungguh dia tidak tahu hendak berbuat apa lagi. Dayana meninggalkan rumah itu dengan linangan air mata yang sentiasa setia membasahi pipi. Ya Allah, titipkanlah kekuatan buatku. Aku terima takdir yang telah tersurat untukku ini. Redha dengan ketetapan Ilahi ialah satu jalan untuk ketemu kebahagiaan. InsyaAllah. *** Agaknya memang dah tersurat yang kamu akan mengalami nasib yang sama macam mama jugak. Menitis air mata mamanya itu. Mama, kenapa cakap macam tu. Aya redha ma Lagipun Aya dah rasa cukup bahagia sekarang. Tutur Dayana. Entahlah, sejak akhir-akhir ini, dia dapat merasakan yang dirinya makin kuat dalam menghadapi pancaroba dunia ini. Air matanya seolah-olah sudah kering. Hatinya walau dibelah sekalipun pasti tidak akan kelihatan lukanya. Mungkin kerana kelukaannya yang lama membuatkan dia sudah lali dengan semua ini. Dulu mama terpaksa beralah demi keluarga pertama papa. Tapi sekarang giliran kamu pula. Ya Allah, kasihanilah anakku ini. Jangan kau jadikan takdirnya seperti takdir hidupku Ya Allah. Aku tidak tegar melihatnya menderita. Mama, jangan persoalkan takdir. Sebab ia telah tersurat di loh mahfuz lagi. Tapi kita kena soal diri kita? Kenapa kekuatan kita masih lemah lagi sedangkan ujian menangih tahap keimanan kita ma.. Jadi itu yang kita kena persiapkan. Perterbalkan keimananan dan kecintaan kita pada Allah. InsyaAllah, Allah bersama-sama dengan hamba yang tidak putus mengharapkan bantuanNya. Dipeluk anaknya seerat mungkin. Sesungguhnya dia berbangga dengan Dayana. Dulu dia kuat kerana dia punya Dayana. Tapi Dayana kuat kerana apa? Kerana kecintaannya yang utuh pada suami dan Allah. Alhamdulilah, dia bersyukur kerana anaknya itu diperbesarkan dengan didikan yang sempurna. Mama janganlah sedih. Adalah bahagia untuk Aya nanti. Dia tahu waktu mana yang lebih sesuai untuk limpahkan kebahagiaan pada setiap hambaNya. Dan setiap kesabaran kita akan mendapat ganjaranya. Kalau bukan di dunia, pada di akhirat yang kekal abadi. Ujar Dayana sambil tersenyum. ***

Aku mintak maaf. Sebab aku Kata-katanya terhenti apabila dengan cepat Dayana memintas. Rian, tak ada apa yang perlu dimaafkan. Tiada siapa yang bersalah dalam hal ini. Jelas Dayana serius. Ya, kenapa manusia sering mempersalahkan diri sendiri? Bukankah takdir sudah tersurat sebegitu rupa? Sebagai manusia, kita hendaklah menerima ketentuannya. Yalah, kalau aku tak beritahu tentang perasaan aku, mesti Khail tak akan Kata-katanya mati. Idak sanggup untuk menuturkan perkataan cerai itu. Rian, aku tak boleh halang kau dari suka pada aku. Khail pun tak boleh halang. Sebab perasaan tu milik masing-masing. Ia datang tanpa dipinta. Lumrah manusia ni memang ingin disayangi dan menyayangi. Ujar Dayana. Namun, dia sedikit pun tidak pernah menyangka yang Arian menyintai dirinya. Dia ingatkan, kasih sayang lelaki itu padanya hanya sekadar sebagai abang sepupu kepada adik sepupunya. Dayana memegang kepalanya yang terasa berat sungguh. Sejak akhir-akhir ini, sakit kepala sering menghantuinya. Badanya tiba-tiba terasa ringan dan akhirnya, dia hampir sahaja tersembam namun cepat-cepat Arian menyambutnya. Aya, Aya Beberapa kali ditepuk pipi wanita itu. Namun hampa, tidak mendapat sebarang sahutan. Akhirnya, dipapah isteri Mikhail itu ke kereta. Dayana perlu dibawa ke hospital. *** Arian mengerling ke arah Dayana yang sedari tadi diam tidak berkutik. Kelihatannya perkara tadi mungkin sedang bermain di fikirannya. Aya Kau okay? Arian meminta kepastian akan kebisuan Dayana. Okay je. Kau jangan risau. Balik-balik, ayat risau juga yang diungkapkan. Sekarang, risau aku pada kau makin bertambah tau. Ujar Arian serius namun Dayana boleh pula tergelak besar. Kau ni Rian. Banyak sangat berfikir tau. Nanti uban cepat tumbuh tau. Nanti kau nampak tua sebelum masanya. Gurauan Dayana itu sedikit sebanyak melahirkan senyuman di wajah Arian. Sudah lama jejaka itu tidak tersenyum sebegini. Nanti tak laku baru padan muka. Sakat Dayana lagi. Memang dah tak laku pun. Sambung Arian perlahan. Namun sentiasa jelas di pendengarannya. Kau tu yang jual mahal. Mahal mengalahkan perempuan. Usik Dayana sedangkan hatinya jatuh kasihan melihat Arian. Namun hendak buat macam mana lagi? Rasa kasihan itu memang tidak akan dapat menukar pada rasa kasih. Aya, kalau ditakdirkan yang Khail betul-betul lepaskan kau satu hari nanti, sudi tak kau jadi isteri aku. Tercengang Dayana mendengarnya. Di hadapkan matanya ke luar tingkap. Memejam matanya sedikit. Rian, aku berkahwin dengan seorang lelaki yang tak pernah cintakan aku. Jadi aku tak nak kau rasa apa yang aku rasa Rian. Aku tak nak jika kita bersama, kau akan terluka kerana aku menyintai orang lain. Jika ditakdirkan aku berpisah dengan Khail, aku redha dan terima. Mungkin itulah jalan kebahagiaan aku. Kau pun kena terima hakikat yang kita tak mungkin akan bersama Rian. Kau baik dan aku pasti yang kau akan mendapat jodoh yang baik juga. InsyaAllah.

Dikumpulkan segala kekuatan untuk berterus terang kepada Arian. Dia tidak rela jika dia membuatkan Arian menderita jika mereka bersama. Kerana Arian yang baik hati itu berhak untuk bahagia. Dan kelukaannya akan melukakan hati Arian sahaja. Aku faham Aya. Tadi tu aku sengaja cuba nasib. Arian tergelak kecil. Menyembunyikan rasa gundah gulananya. Tapi kalau tak dapat maknya pun tak apalah. Asalkan boleh dapat ananknya. Kata-kata Arian itu membuatkan Dayana ketawa besar. Rian, anak aku belum lahir lagi eh. Jantina pun belum tahu lagi. Tak apa. Aku nak chop dulu tau. Arian sengaja melawak. Cuping telinganya cukup bahagia mendengar tawa Dayana itu. Ish, kesian anak aku sebab terpaksa kahwin dengan orang tua nanti. Rungut Dayana sambil tergelak lagi. Tangannya mendarat pada perutnya yang masih leper itu. Patutlah dia rasa sejak akhir-akhir ini dia terasa bertambah semangat, rupa-rupanya Allah menumpangkan satu roh di dalam rahimnya. Ya Allah, sungguh aku bersyukur dengan kurniaanMu ini. *** Ibu, Yani mana? Tanya Dayana penuh dengan kerisauan. Allah sahaja tahu yang nyawanya bagai melayang apabila mendapat berita yang Dayani diserang demam panas. Ada dalam bilik. Maaflah kalau ibu menyusahkan kamu tapi banyak kali Yani sebut nama Aya. Terus dilajukan langkah ke bilik anak kecil itu. Yani, ibu datang sayang. Diusap lembut ubun-ubun anak kecil itu. Badan Dayani memang panas. Ibu, dah bawak Yani pergi klinik? Tanya Dayana sambil mengalihkan pandangan pada ibu mertuanya. Dah. Ayah yang bawak tadi. Yani ni demam rindu. Rindu pada kamu Aya. Serba salah Dayana dibuatnya. Adakah aku terlalu mementingkan diri sendiri hingga melupakan akan Dayani sendirian? Anak sekecil ini pastilah memerlukan belaian seorang ibu. Maafkan Aya ibu. Pohonnya halus. Kasihan sungguh dia pada Dayani. Bukan salah kamu Aya. Salah ibu sebab tak pandai mendidik anak sendiri. Kalau ibu tahu macam ni jadinya, tak ada maknanya ibu nak suruh kamu kahwin dengan Khail. Ujar Puan Rahimah luluh. Ibu, jangan cakap macam ni. Tak ada sesiapa pun yang bersalah. Kehendak takdir memang tersurat sebegini. Rancangan manusia tu pastilah tak dapat melawan rancangan Allah yang dah tersusun kemas itu. Mengalir air mata orang tua itu. Sedih melihat nasib anak yang diasuh sejak kecil itu. Kenapa Mikhail tidak nampak semua ini? Kenapa? Dayana rasa serba salah apabila melihat air mata ibunya mengalir deras di pipi. Dia mungkin kuat untuk menghadapi semua ini. Namun serius dia tidak tegar melihat permata jernih itu mengalir. Hatinya sangat-sangat tersentuh. Mungkin kerara sifat keibuanya sudah meresap ke dalam jiwannya. Eh, Zikri. Mari dekat ibu sayang. Terkedek-kedek anak kecil itu mendapatkan ibu tirinya. Mata Puan Rahimah asyik melihat menantunya itu. Bagai ada seri di wajah itu. Matanya jatuh pula pada perut Dayana. Mulutnya melopong. Adakah benar tekaannya?

Rie makan apa ni, comotnya anak ibu. Layanannya masih lagi tidak berbelah bahagi untuk anak-anak Mikhail. Walaupun dia sudah punya anak sendiri nanti, kasih sayangnya tetap akan utuh seperti sekarang. Tangan yang mendarat di perutnya membuatkan Dayana tersedar. Air mata ibunya bergenang. Tunggu masa ingin dijatuhkan sahaja. Kenapa tak beritahu ibu? Terus dipeluknya Dayana. Tak tahu nak beritahu macam mana. Jelas Dayana jujur. Khail tahu? Dayana diam tidak berkutik. Kenapa tak beritahu dia? Kebisuan Dayana telah menjawab segala persoalannya. Dulu abang pernah cakap yang dia tak nak ada anak dalam waktu yang terdekat ni. Jadi Aya takut kalau-kalau berita ni akan merisaukan dan merunsingkan fikiran dia. Ibu, tolong Aya. Tolong rahsiakan semua ni dari abang. Pohon Dayana. Dia bukannya ingin merahsiakan semua ini dari pengetahuan Mikhail tapi dalam keadaan hubungan mereka yang berantakan sebegini, dia tidak mahu menanggung sebarang risiko. Khail pernah cakap macam tu. Habis tu kalau tak nak anak, buat apa dia sentuh kamu. Ya Allah, makin lama ibu rasa yang dia tu bukan anak ibu yang dulu. Mikhail yang dulu tak akan buat semua ni. Marah Puan Rahimah. Ibu, jangan cakap macam tu. Sepanjang kita orang berkahwin, kita orang bahagia bu. Abang tak pernah lokek memberi. Sememangnya itulah kebenarannya. Mikhail tidak pernah memukul atau memakinya. Dia dilayan seadanya. Cuma mungkin kasih dan cinta bukan buatnya. Kamu masih nak bela dia Aya setelah macam-macam yang dia lakukan pada kamu. Dayana hanya mendiamkan diri. Bukankah rahsia seorang suami itu berada dalam kocek seorang isteri. Untuk apa diburukkan Mikhail? Mikhail itu adalah suaminya. Tiang hidupnya. Maaflah. Tak pasal-pasal, kamu pulak yang terkena tempias kemarahan ibu. Ibu bukan apa, ibu sayangkan korang berdua. Ibu tak nak korang hidup macam ni. Luah Puan Rahimah perlahan. Ibu, jangan risaukan kami. Adalah bahagia untuk kami nanti. Allah kirimkan Mikhail untuk Aya sebagai satu ujian. Begitu juga dengan abang. Allah titipkan saya untuk dia sebagai ujian dan dugaan. Untuk mengetahui dimana takuk kelemahan kami. Supaya kami dapat membetulkan apa yang tak betul, apa yang kurang. Jadi, jawapan kepada semua persoalan itu adalah sabar bu. Ada ganjaran untuk orang yang bersabar. Itu janji Allah. Tutur kata Dayana itu penuh dengan makna tersirat. Berbunga hati Puan Rahimah mendengarnya. Memang Dayana ini tidak pernah salah asuhan. Akhirnya dibiarkan Dayana menemani Dayani. Dengan tepukan lembut dari seorang ibu, Zikri yang sedari tadi lincah bermain, akhirnya terkulai layu di dalam pelukan Dayana. Kerana terlalu penat melayan Zikri, akhirnya ibu muda itu turut tertidur disebelah Dayani dan Zikri. Tangannya tidak lepas dari memeluk Zikri. Hari ini Mikhail pulang agak awal sedikit. Ini kerana khabar yang diterima dari ibunya pagi tadi sedikit sebanyak mengusarkan perasaannya sedikit. Dayani demam kerana rindukan Dayana? Itulah kata ibu. Betulkah apa yang dilakukannya sekarang? Adakah dia kelihatan kejam kerana memisahkan seorang ibu dengan anak tirinya. Dia akui, layanan dan perhatian Dayana itu adakalanya

memlebihi dari layanan dari dirinya sendiri. Anak-anaknya juga lebih rapat dengan Dayana berbanding dengan dirinya yang asyik sibuk bekerja itu. Ketiadaan Dayana dalam hidupnya sedikit sebanyak mengucar-kacirkan jadual kerjanya. Dimana bila masa dia perlu mengambil Dayana dari taska dan juga mengambil Zikri dari rumah ibunya. Kerana semenjak kehadiran Dayana, isterinya itulah yang melakukan semua itu. Rumahnya juga sudah seperti tongkang pecah. Semuanya bertaburan. Matanya terpaku pada seorang wanita yang sedang lena dibuai mimpi itu. Hatinya jadi sayu melihat Dayana. Sedari kecil dia sangat menyayangi wanita itu. Dayana dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Tapi apabila mereka tinggal dibawah satu bumbung, kenapa dia perlu melukakan isterinya itu berulang kali? Ralit sungguh dia melihat Dayana. Matanya seakan-akan ingin melampiaskan segala rindu yang menggunung. Ya, sejujurnya dia sangat merindui Dayana. Namun adakah rasa rindu itu adalah sekeping cinta yang baru berputik? Bingung lagi. Dia tu isteri kamu. Sekadar tengok je tak kan luak apa-apa Khail. Entah bila masa ibunya sudah berdiri dibelakangnya. Mujurlah suara ibu perlahan sahaja, jika tidak pasti akan mengejutkan Dayana. Akhirnya Mikhail membawa langkah ke luar bilik. Kalau berdepan dengan ibunya nanti, pasti akan ada bebelan yang singgah di telingannya kelak. Kalau sayang, kenapa nak lepaskan. Apalah yang ada dalam kepala otak kamu ni Khail? Bebel Puan Rahimah. Menuruti setiap jejak langkah Mikhail. Ibu, tolonglah jangan mula. Ujar Mikhail. Kata-kata ibunya nanti akan menambahkan lagi rasa serba salahnya. Itulah, bila ibu cakap sikit je kamu mulalah cakap ibu membebel. Tapi kalau ibu tak membebel, macam mana ibu nak betulkan kepala otak kamu tu. Mikhail mengarukan kepalanya. Ibu, nanti Aya terjaga nanti. Esok-esoklah ibu sambung eh. Ujar Mikhail sambil tersengehsengeh. Dulu masa kamu kecil, kamulah yang paling senang nak jaga. Tak pernah pun nak susahkan hati ibu. Tapi sekarang, ibu susah hati tau tengok kamu berdua macam ni. Ibu bukan nak halang kamu dari terus sayang pada Marlia. Ibu pun sayangkan dia Khail. Ibu tahu yang dia baik. Tapi kamu ingat tak masa dia ada dulu. Bukan selalu pun kamu ada masa dengan dia. Kamu asyik duk dengan kerja kamu tu. Sebab tu bila dia meninggal, ibu tahu yang kamu serba salah. Kamu serba salah sebab takut tak jadi suami yang baik untuk dia. Jadi sekarang, kamu nak ulang balik kesilapan kamu tu pada Aya? Allah beri kesempatan pada kamu Khail. Supaya perbetulkan silap kamu. Bukan terus-menerus menyalahkan diri sendiri. Mikhail hanya mendiamkan diri. Kata-katanya ibunya itu memang betul semuanya. Dia meminggirkan Dayana kerana rasa serba salah yang menggunung pada Marlia. Yang sudah tu sudahlah Khail. Bagi peluang pada diri kamu sendiri untuk bahagia. Bukan kerja kita untuk menghukum diri sendiri. Digosok perlahan bahu anaknya itu. Moga nasihatinya yang entah keberapa kali ini mampu membasuh segala rasa bersalah Mikhail. *** Eh abang, maaflah sebab datang tak beritahu. Berdegup kencang jantungnya tika ini apabila Mikhail mula melangkah masuk ke dalam bilik.

Tak apalah. Saya tak kisah. Lagipun saya yang salah dalam hal ini sebab pisahkan Aya dengan anak-anak. Tutur Mikhail perlahan. Abang tak salah. Abang cuma buat sesuatu yang abang rasa betul. Ujar Dayana dengan senyuman. Jadi betul ke apa yang saya buat sekarang? Mata mereka saling beradu di antara satu sama lain. Masing-masing cuba mencari sinar kebahagian yang mungkin sudah menyorok. Kalau abang rasa betul, abang tak perlu tanya orang lain. Kalau abang rasa salah, abang kena tanya diri abang sendiri. Sebab jawapan hidup abang, hanya abang sorang sahaja yang berhak menentukan. Bukan orang lain bang. Berbelit kepala otaknya memikirkan tutur kata isterinya itu. Aya balik dulu. Ujar Dayana sambil menarik tangan Mikhail dan dikucup lembut. Baru sahaja kakinya melangkah selangkah tiba-tiba tangannya ditarik lembut oleh Mikhail. Agak tersentak juga dia dibuatnya. Aya tak drive kan? Biar saya hantar Aya balik ya. Lagipun dah lewat sangat ni. Dayana tersenyum. Sungguh dia sangat bahagia dengan perlawaan suaminya itu. Baby, papa sudi hantarkan ibu balik. Dibukanya pintu kereta untuk isterinya itu. Entah apalah yang merasuk jiwanya untuk berkelakuan seperti itu. Namun dia teirngin melakukannya. Dayana dapat merasakan yang sikap Mikhail kali ini sangat romantik dan menyentuh naluri hatinya walaupun Mikhail hanya sekadar membukakan pintu kereta untuknya. Aya dah macam gemuk sikit. Gurau Mikhail sambil tergelak sedikit. Dayana ikut turut senyum. Perasan juga suaminya akan perubahan dirinya. Kiranya dah tak cantiklah. Malam ini dia dapat merasakan yang suaminya itu berkelakuan tidak seperti selalu. Mesra benar layanan Mikhail terhadap dirinya. Aya tak pernah tak cantik. Sentiasa cantik je di mata abang. Tercengang Dayana mendengarnya. Bukan perkataan cantik itu yang menarik hatinya tetapi perkataan abang itu yang bagai membuatkan Dayana ingin memangis sahaja. Menangis kerana bahagia. Dia melontarkan pandangan ke luar tingkap. Lidahnya kelu untuk menyambung perbualan. Tiba-tiba dia merasakan yang tangannya panas kerana tangan Mikhail mengenggam erat jari jemarinya. Bagi abang masa untuk perbetulkan semula hubungan kita. Abang tahu yang abang bukan suami yang terbaik tapi abang akan cuba Aya. Aya tunggu abang ya? Kali ini, sungguh dia tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir. Memang masa Aya dah diperuntukkan untuk abang sorang je. Aya akan tunggu waktu tu bang. Dikucup tangan isterinya itu. Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk mencari kebahagiaan kami. Bantulah hambaMu yang penuh kekhilafan ini. *** Berita yang diterimanya ini amat mengejutkannya. Bagai hendak luruh jantungnya mendengar berita kemalangan Dayana. Ya Allah, sekali lagi Kau ingin menguji kekuatan Imanku? Aya mana mama? Nadanya penuh dengan kerisauan. Semua mata mula memandangnya. Aya kat dewan bedah lagi. Jawab Puan Salima lemah. Sedari tadi air matanya tidak hentihenti mengalir.

Buat apa kau datang? Bukan peluang macam ni ke yang kau tunggu selama ni? Suara itu kedengaran sungguh marah. Arian sememangnya sudah tidak dapat mengawal rasa marahnya pada Mikhail lagi. Sekarang bukan masanya Rian. Isteri aku tengah bertarung nyawa tu. Jawab Mikhail perlahan. Isteri? Baru sekarang kau nak panggil dia isteri. Eh, kau tahu tak yang kau layan dia tak ubah macam orang gaji je. Tak payahlah kau ada kat sini, buat menyemak mata orang lain je. Hambur Arian lagi. Itu bukan masalah kau. Suaranya masih perlahan kerana dia masih lagi boleh menahan sabar. Ia akan jadi masalah aku bila melibatkan Aya. Jawab Arian keras. Kalau tidak difikirkan yang ini adalah hospital, hendak sahaja dia mendaratkan buku limanya di muka Mikhail itu. Lelaki tak sedari diuntung langsung. Sudahlah. Bertekak tak akan menyelesaikan masalah. Puan Safura terpanggil untuk bersuara. Kasihan dia melihat kondisi Puan Salima tika ini, hatinya pasti akan lagi susah jika melihat pertengkaran diantara dua orang pemuda ini. Sejurus kemudian, semua berpusu-pusu menghampiri doktor yang keluar dari dewan bedah. Macam mana dengan isteri saya doktor? Tanya Mikhail tidak sabar. Hatinya yang gundah gulana ini hanya boleh ditenangkan setelah mengetahui keadaan isterinya sekarang. Setakat ini isteri Encik berada dalam keadaan stabil. Tapi kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kandungannya tapi nampaknya Allah lebih sayangkan anak encik. Penerangan doktor itu bagai belati tajam yang menusuk tangkai jantungnya. Ya Allah. Puan Salima menangis kepiluan. Mogalah ada Puan Safura yang membantu menenangkan ibu mertuanya itu. Aya mengandung? Ya Allah, apa yang dah aku buat pada isteri aku sendiri. Dia sedang mengandung dan aku tak tahu langsung? Inikah hukuman yang terpaksa dia bayar kerana mengabaikan isterinya selama ini? Boleh saya tengok dia sekarang? Tanya Mikhail penuh dengan harapan. Boleh tapi cuma seketika kerana pesakit perlu berehat. Lagipula, isteri encik masih tidak sedarkan diri lagi. Terang doktor sambil berlalu pergi. *** Ya Allah, kau selamatkanlah isteriku. Kau selamatkanlah ibu kepada anak-anakku. Aku berjanji akan menebus kembali segala kesalahanku padanya. Tapi jangan Kau ambil dia dariku Ya Allah, kerana aku tidak sanggup untuk kehilangannya. Bersungguh-sungguh dia berdoa. Mengharap agar yang Mencipta akan mendengar segala keluhan hatinya tika ini. Dikala hati sedang dirundung duka, barulah setiap manusia itu akan melebihkan masa untuk bersama-sama Kekasih yang sebenar. Namun jika tidak, rasa bahagia yang Allah titipkan itu adakala membuatkan manusia itu alpa dengan nikmat dunia. Jadi jika kita merasa diuji dengan dugaan yang adakalanya tidak tertanggung dek diri kita, kita harus mengingatkan diri sendiri bahawa ujian ini Allah titipkan untuk kita memantapkan lagi tahap keimanan kita terhadapNya. Kerana Allah ingin memperbetulkan semula hati dan jiwa kita agar jangan terus lalai dari mengingatiNya.

Nikmat memang tidak dapat selalu tetapi bersyukur perlu selalu. Kerana rasa syukur dengan ujian Allah adalah tanda kerelaan hati menempuh ujian ilahi dan tanda bahawa manusia itu mempunyai hati yang sangat indah. Tapi dapatkah kita temui manusia itu dicelah-celah kelompok masyarakat akhir zaman ini? *** Abang mintak maaf Aya. Sungguh-sungguh pohonan maaf itu. Air mata seorang lelaki akhirnya gugur membasahi pipi. Aya yang salah sebab rahsiakan semua ni dari pengetahuan abang. Ujarnya dengan linangan air mata. Hatinya dimamah rasa pilu kerana kehilangan seorang permata hati. Tipulah jika dia tidak bersedih sedikit pun, namun Alhamdulilah, Mikhail sentiasa ada disampingnya tika dia dipalit peristiwa sedih ini. Aya, tolonglah berhenti salahkan diri sendiri. Aya adalah anugerah yang paling mahal buat abang. Anugerah yang abang tak pernah sedar. Cuma apabila abang hampir kehilangannya, barulah abang nak hargai. Teruk kan abang ni. Mikhail mengutuk dirinya sendiri. Dayana tergelak kecil. Entah apalah yang kelakar, tapi dia senang dengan gaya Mikhail melayannya kini. Persis layanan Mikhail ketika dia kecil dahulu. Betullah kata orang, kita tidak akan mendapat semua benda dalam dunia ini. Jika kita mendapat sesuatu, kita pasti akan kehilangan sesuatu. Namun kata cerdik pandai, pastikan apa yang kita dapat tu lebih bermakna daripada yang kita hilang. Mungkin Allah tak benarkan anak tu lahir sebab Dia tahu yang abang sentuh Aya sambil melukakan perasaan Aya. Abang bersyukur yang Aya sanggup terima abang semula. Luah Mikhail lagi. Abang, kan Aya dah cakap yang Aya akan tunggu abang sampai bila-bila. Itu janji seorang isteri pada suaminya. Ujar Dayana sambil tersenyum sedikit. Dan janji seorang suami pada isterinya ialah abang akan beri ganti yang hilang tu. Aya tunggu jelah. Bisik Mikhail nakal. Dayana terus mencubit Mikhail dengan muka yang merona malu kerana diusik sebegitu rupa. Ya Allah, terima kasih dengan kebahagiaan ini. Dari balik pintu, Arian tersenyum sendirian. Kerana akhirnya Dayana berbahagia juga. Kehilangan sesuatu perkara akan membuatkan kita mendapatkan sesuatu. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Ya Allah, terima kasih kerana menitipkan rasa redha dalam diri ini diatas segala suratan takdirMu. Aku tahu, pasti ada seorang wanita yang lebih baik untukku nanti. Berbahagialah dikau wahai gadisku. *** Baru sahaja Dayana memegang stereng kereta namun tiba-tiba bayangan kemalangan yang menimpanya bagai bermain di layar ingatan. Arghhhhh!!! Jerit Dayana sambil merangkak keluar dari kereta. Degupan jantungnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aya, kenapa ni? Terus dipeluk isterinya yang bagai ketakutan itu. Bergetar bibirnya seperti menahan rasa takut yang teramat sangat.

Abang, Aya takut. Tutur Dayana sambil kemas memeluk suaminya. Ya, Mikhail dapat merasakan trauma yang dialami isterinya itu. Kerana hampir setiap malam isterinya itu akan mengigau. Aya rasa Aya tak boleh drivelah bang. Ujar Dayana setelah keadaannya sudah agak lega sedikit. Syhhh, Aya tenang dulu eh. Yani, tolong ambilkan papa air untuk ibu. Arah Mikhail terhadap anak perempuannya yang berdiri di sebelahnya. Dipinpin isterinya itu ke dalam rumah. Dayana bersandar lemah di sofa. Perlahan-lahan dia meneguk minuman yang dihulurkan oleh suaminya itu. Dah ok sikit? Tanya Mikhail sambil gengaman tangannya tidak lepas dari tangan Aya. Aya takut bang. Aya takut bawa kereta. Aya takut kalau-kalau ada lagi yang akan terkorban kerana Aya. Abang, Aya boleh kuat bila kehilangan anak kita tapi Aya tak kuat kalau terpaksa kehilangan Yani dan Zikri. Jelas Dayana. Ish, jangan cakap macam tu sayang. Dipeluk isterinya. Mungkin dengan pelukannya mampu untuk mengurangkan sedikit ketakutan milik isterinya itu. Aya ni memang tak berguna kan. Bila hati resah mendesah, mulut sudah tidak boleh menerima arahan otak lagi. Kerana itulah mereka akan bercakap tanpa berfikir. Ish, apa cakap macam tu. Abang kan ada. Biar abang yang jadi driver untuk Aya dan anakanak. Ujar Mikhail dengan senyuman. Lagipun, untuk apa Dayana risau, bukankah Dayana ada dia sebagai suami. Bukankah seorang suami itu menjadi seorang driver untuk isterinya. Barulah mereka akan menghabiskan masa lapang dengan lebih banyak lagi. Mana ada isteri, disitu juga ada seorang suami. Jadi mereka tidak akan berpisah lagi. Abang akan jadi dirver untuk Aya untuk seumur hidup abang. Mana Aya nak pergi abang akan bawa. Mana Aya nak pergi abang akan ikut. Abang akan ekori Aya untuk selama-lamanya. Menjadi driver dan pendamping dalam hidup Aya. InsyaAllah selagi nyawa dikandung badan ini. Menangis Dayana mendengar kata-kata Mikhail. Sejak mereka kembali sebagai suami isteri semula, tidak ada satu detik pun yang melukakan hatinya. Kerana Mikhail menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Macam mana Aya nak balas semua ni? Soal Dayana teresak-esak. Balaslah dengan kasih sayang yang tak berbelah bahagi untuk abang. Ujar Mikhail kembali. Mana boleh. Terus Mikhail meleraikan pelukan apabila mendengar kata-kata yang terbit dari mulut isterinya itu. Kenapa pulak? Tanya Mikhail tidak berpuas hati. Sebab abang kan driver je. Usik Dayan. Mikhail buat-buat marah. Eh, ni driver a.k.a husband tau. Tutur Mikhail pula. Mereka ketawa bersama diringi kebahagiaan yang menyelimut rumah tangga. Jika sesuatu itu menyakitkan pada awalnya, itu tidak bermakna yang kesakitan itu akan terus bermaharajalela di jendela hati.

Akan ada satu masa nanti, rasa kecewa itu akan beransur pergi kerana telah dihalau oleh rasa bahagia. Kasih sayang yang mengikat setiap manusia pada hari ini bukanlah satu jaminan kebahagiaan pada hari depan. Namun kasih sayang itu boleh menjadi tangga menuju kebahagian. Persis lirik lagu Aleycate itu. p/s: Pasti kalian sume merasa sangat bengang dengan Mikhail dan ingin menyalahkan Dayana kenapa dia lebih mementingkan cinta lebih dari kebahagiaan diri sendiri. Seringkali kita dihidangkan dengan karakter yang sangat mengusik perasaan sehingga membuatkan diri kita alpa dan terleka. Secara hakikatnya yang menanti kita bukanlah seperti hero dan heroin di dalam novel fantasi tetapi makhluk Allah yang punya perasaan marah, sayang, benci, ego dan sebagainya. apa yang kita akan dapat jika kita melebihkan ego dan menanamkan rasa dendam dan benci. Alih-alih diri kita juga yang merana. Jadi tidak ada salahnya jika kita beralah pada seorang suami. Kadang-kadang, kita pun tak faham diri kita sendiri. Jadi jangan fikir yang akan ada orang yang akan sentiasa memhami diri kita. Soryy sebab alih-alih cite ni akan jadi panjang jgak akal sy x boleh mengawal jari jemari yang menari di keyboard.. Idea adakalanya mencurah tanpa tak diketahui mana duduk cerita sebenar heehe.. Moga Allah ilhamkan diriku ini dengan idea yang lebih menarik agar dapat digarap menjadi bacaaan kalian semua love u alll so muchhhhhh!!!!!! Dari penulis: saat terakhir, awekku gengsternyerrr, kau musuh atau cintaku, 77 hari couple contract, cintaku bukan di atas kertas, apa ada pada cinta, cintaku masuk goolll, kaulah pencuri tulang rusukku. Jom baca enovel terbaru penulis in : CINTA UNTUK SEDETIK LAGI

Kongsi Karya ini Di Facebook Anda368

Klik nama penulis untuk keseluruhan karya penulis Klik judul karya untuk sambungan novel bersiri

Kata kunci karya: Cerpen, Dialah driver yang tercipta untukku, s@r@ sassy gurlz

klik iklan menarik

NOVEL DI PASARAN

Cinta Berinti Kasih Dibius Cinta

Aku Yang Kau Tinggalkan Akulah Cinderella Cinta Dari Istana Lovin You Penjara Rindu Sesuci Kasih Seorang Isteri Jiranku Kekasihku Senarai penuh novel di pasaran Cerpen : Terima kasih sayang Novel : Cintaku Sold Out 1

Komen dan ulasan karya


170 ulasan untuk Cerpen : Dialah driver yang tercipta untukku

1.

noveler says:

11/05/2011 at 3:17 am

best sngt2bnyak pengajaran dari cerpen ni hidup xsmestinya sentiasa bahagia dan xjuga sentiasa derita.

2.

orangegirlz says:

11/05/2011 at 9:20 am

best tp ending tu klu xder pon mmg dh best.

3.

FBHolix says:

11/05/2011 at 3:55 pm

Aqoo smpai menangis , sya tabik sassy gurlz , mmg btol , sya menangis , sya bca citer ney dkt 5 kali , mmg x bowrink baca , mmg sedey giler , aqoo menangis x renti2 , adex aqoo tnya , naper akak nangis .. tuh je lah yg aqoo nk bgitao , but please , sharp it than more, oke?

4.

miz sagi says:

11/05/2011 at 3:58 pm

Hapi ending..best..gud job..

5.

zatul says:

12/05/2011 at 5:23 pm

sy ska cter nie.cdih pom ada.smoga maju jaya..

6.

nalea says:

13/05/2011 at 2:04 pm

buat telemovie skrip ni pleaseeeeeeeeee!!!!

7.

esya says:

13/05/2011 at 6:38 pm

menangis betul baca cerpen ni.. best sgt!!

8.

nabila says:

14/05/2011 at 1:01 pm

watak arian dalam tu macam terkubur gitu je..sambung lah bagi dye bahagia dgn org lain..btw..cerita ni lain dari yang lain sbb kebanyakan cerita semua nya bahagia belaka..kali ni byk rintangan..tahniah

9.

riss_chenta says:

17/05/2011 at 11:10 pm

~ menarik sgt citer nie..well d0ne 2 writer ! ~ =)

10.

aku suka says:

19/05/2011 at 4:16 am

sgt best citer nisedihnye bila org x hrgai kta..huhugood job penulis..i like..!!!! ^^ Ulasan Terdahulu

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel. Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

Nama (wajib) Email (tidak akan disiarkan) (wajib) Laman sesawang (tidak wajib)

Hantar ulasan

iklaneka
SOKONG KAMI UNDILAH KAMI

Penulisan2u memerlukan Undian / Vote dari Anda

Kami perlukan 1 Undian anda setiap hari


RADIO ONLINE

klik iklan menarik

LANGGAN CERITA MENERUSI EMAIL

PERCUMA karya cerpen, novel, cerita terbaru dan akan datang dari pihak kami terus ke email anda:
Masukkan email anda.. Hantar

CARIAN CERPEN & NOVEL

Carian Kata Kunci Carian Cerpen Terbaru Carian Novel Terbaru Carian Cerpen Ikut Abjab Carian Novel Ikut Abjab o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o o
TERBARU DILAMAN

Novel : LELAKI INI, perempuan itu 6 Novel : Peraturan Lima Saat 6 Novel : Sesuci Kasih 6 Novel : Toucholic 5 Novel : BiDaDaRiKu 5 Novel : Bawalah daku ke dalam pelukanmu 4, 5 Novel : Cinta Selamanya 4 Novel : Aku Perempuan Itu 4 Novel : Rintihan Bulan Gerhana 4 Novel : Pelangi Cinta 4 Novel : Im not your butler or P.A or SO ON..!!! 3 Novel : My Beautiful Lady 3 Novel : Kau Memang Bukan Cinderella 3 Novel : Senyum Lagi 3 Novel : Rindu Cinta Abyati 3 Novel : Kasih Untukmu 3 Novel : Demi Hati Ini 3 Novel : Suamiku Vampire 4 Novel : Ego 4, 5 Novel : Genius Girl 3 Novel : Musuhku Suamiku 3 Novel : Bukan itu yang ku inginkan 3 Novel : Boyz 3 Vs Alisya 3 Novel : K.E.A 3, 4 Novel : Terimalah Cintaku 2 Novel : Selagi Ada Cinta 2 Novel : Jutawan Cinta 2 Novel : Pen Merah Pen Biru 2 Novel : Witch & Cool 2

Novel : Anugerah terindah 2


PENULISAN2U DI MEDIA

o o o o o o o o

RUANGAN SEMBANG NOVEL PILIHAN MINGGU INI

Novel : Abg Khai Tomboy? Abg khai tomboy? biar betul. ikuti kisah novel ini yang pasti membuat anda terhibur Novel : Bila Hati Kata Sayang Tapi, aku dah mula sayang dia. Sayang sangat-sangat. Macam mana ni? Apa yang harus aku lakukan? Novel : Cantiknya Si Comot Novel pertama beliau mendapat 5 Bintang dari Ulasan surat Khabar Berita Harian. Jom baca enovel beliau ini, pasti lebih hebat Novel : Cinta Dari Istana Semegah hikayat cinta dunia, sehebat itulah cinta beta buat dirinya, seorang puteri raja rakyat biasa! Novel : Dibius Cinta Novel ini amat menarik. rugi bagi sesiapa tidak mengikuti novel ini dari awal. Novel ini baru sahaja berada di pasaran pada bulan 3/2011 Novel : Dr.Cinta Dr.cinta akan menemui anda pada bulan februari 2011. Jom baca sementara menunggu terbit Novel : Erti Cinta Karya penulis pengalaman, apabila anda membaca karya ini pasti membuat diri anda berdebar-debar, tidak percaya? bacalah Novel : Kau Ditakdirkan Untukku Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Telah Engkau catatkan di Lohmahfuz, Dia tercipta dan ditakdirkan untukku, Maka Engkau dekatkan dia padaku, Engkau satukan hatinya dengan hatiku, Maka titipkanlah kebahagian antara kami, Moga kemesraan itu kek Novel : M.A.I.D Karya yang mempunyai ramai peminat, novel yang pasti membuatkan anda menjadi peminat setia novel ini Novel : Pelukan cinta Novel cinta yang 90% adalah kisah benar. Wujud lagikah manusia sebegini? ikuti kisah menarik ini Novel : Pilihan Mama Novel ini mempunyai ramai peminat & pembaca online. Pilihan mama hensem ke? lelaki pilihan mama playboy? Biar betul. Novel : Terlanjur Mencintaimu Penulis berbakat, Karya ini akan diterbitkan nanti. ikuti karya yang hebat ini

o o o o

SLIDESHOW

ARKIB KARYA

KARYA MENGIKUT TARIKH

June 2011 M T W T F S S May 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30


o o o o o o o o
KATEGORI

Aktiviti Cerpen Info Terkini Menarik Di Sini Novel Novel Di Pasaran Pemenang Pemenang Peraduan

o o o o o

Pengulas Terbaik Bulanan Penulis Terbaik Bulanan Peraduan Tip Penulisan video pilihan
PENULISAN2U

o o o o o o o o o o o o o o o o o o o

RAKAN MEDIA

Fajar Pakeer Kaki Novel KaryaSeni


LAMAN TERBAIK

Dakwah2u Istimewa2u Kelakar2u Mymedia2u Nukilan2u Semasa2u


PENERBIT

Alaf 21 Buku Prima Creative Fajar Pakeer Jemari Seni Kaki Novel KarnaDya KaryaSeni NB Kara Telaga Biru
SERVER

Blog Koleksi Cerpen & Novel dikuasakan dengan Wordpress. Paparan terbaik 1024x768. Division Network (001833713-D) Koleksi Cerpen & Novel dari Malaysia, Indonesia, Singapore & Brunei www.penulisan2u.my | www.penulisan2u.net | penulisan2u.blogspot.com Log in

Sebarang salinan, pengedaran, pameran, persembahan, pengeluaran karya dari laman www.penulisan2u.my hendaklah dengan kebenaran penulis karya dan penulisan2u. Server Dedicated oleh Ipserverone Artikel Terkini Terjema h Permaina n Onlin e Kongs i Informasi Terkini Jom Chat