Anda di halaman 1dari 10

GEOGRAFI - TINGKATAN 2 PETEMPATAN

PETA MINDA

Pengenalan
1. Petempatan merujuk kepada tempat manusia tinggal dan berinteraksi antara satu dengan yang lain melalui pelbagai aktiviti. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah seperti pertanian, perikanan, perlombongan, pembalakan, perindustrian, perniagaan dan perkhidmatan. 2. Kebanyakkan petempatan mempunyai saiz dan taburan yang berbeza. Misalnya, petempatan di kawasan kebun kecil berbentuk petempatan berselerak manakala

petempatan yang besar

dan padat adalah seperti bandar raya.

3. Petempatan di bandar lebih lengkap dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan berbanding petempatan di luar bandar.

Petempatan Awal
1. Petempatan merupakan kawasan kediaman penduduk dan tempat penduduk melakukan kegiatan harian masing-masing. 2. Petempatan awal di dunia bermula di lembangan sungai. Contohnya (a) Tamadun Mesopotamia di Lembangan Sungai Tigris-Euphrates (b) Tamadun Mesir Purba di Lembangan Sungai Nil (c) Tamadun Indus di Lembangan Sungai Indus (d) Tamadun Hwang He di Lembangan Sungai Hwang He 3. Faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan awal di lembangan sungai ialah: (a) Dataran sungai yang rata dan subur dengan tanih aluvium (b) Sungai membekalkan air untuk kegunaan domestik dan pengairan (c) Sungai merupakan jalan pengangkutan utama penduduk (d) Terdapat kawasan rumput untuk ternakan 4. Petempatan awal di Malaysia kebanyakannya terdapat di: (a) Pinggir pantai Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan. (b) Delta Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan bercucuk tanam seperti menanam padi. (c) Muara sungai Petempatan dibina kerana mempunyai kemudahan pengangkutan air iaitu jalan sungai atau jalan laut. (d) Pinggir sungai Petempatan dibina kerana sungai membekalkan sumber air minuman dan kegunaan domestik (e) Gua Petempatan dibina kerana gua menjadi tempat perlindungan manusia daripada ancaman binatang liar dan sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan lebat. (f) Bukit Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam ubi kayu, pisang dan keladi. (g) Tanah pamah Petempatan dibina kerana penduduk menjalankan kegiatan pertanian dan perdagangan. 5. Kawasan-kawasan petempatan awal di Malaysia ialah: (a) Gua Niah di Sarawak (b) Kota Tampan di Lenggong, Perak (c) Kesultanan Melayu Melaka di muara Sungai Melaka, Melaka. (d) Lembah Bujang di sekitar Sungai Merbok, Kedah. (e) Kerajaan Johor-Riau di Sungai Johor, Johor. (f) Sekitar Teluk Darvel di Sabah. (g) Pekan Lama di Pahang (h) Kuala Berang di Terengganu (i) Gua Musang dan Gua Cha di Kelantan

6. Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi petempatan awal di Malaysia ialah: (a) Faktor fizikal (b) Keperluan asas 7. Petempatan awal yang terletak di lembah sungai, tanah pamah dan gua merupakan tempat yang paling strategik, selamat dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menanam padi. 8. Petempatan awal yang terletak di muara sungai merupakan lokasi yang baik kerana sungai berperanan sebagai keperluan asas kepada penduduk iaitu: (a) Sebagai sumber air (b) Sebagai jalan pengangkutan (c) Sebagai pengairan kepada tanaman (d) Sebagai sumber makanan protein 9. Penduduk yang tinggal di pinggir sungai boleh mendapatkan sumber air sepanjang masa untuk dijadikan air minuman, kegunaan harian dan menyiram tanaman. 10. Penduduk menjalankan kegiatan menangkap ikan di pinggir sungai dan pinggir laut. 11. Sumber makanan protein seperti ikan dan udang senang diperolehi oleh penduduk yang tinggal di pinggir sungai. 12. Sungai merupakan jalan pengangkutan yang utama bagi penduduk yang tinggal di pinggir sungai untuk berhubung antara satu sama lain.

Petempatan awal di Malaysia

Jenis Petempatan
1. Terdapat dua jenis petempatan di Malaysia iaitu petempatan luar bandar dan petempatan bandar. 2. Faktor-faktor yang membezakan kedua-dua jenis petempatan ini adalah (a) saiz penduduk (b) kepadatan penduduk (c) fungsinya yang meliputi jenis kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial yang dijalankan. 3. Majoriti masyarakat yang tinggal di petempatan luar bandar menjalankan aktiviti ekonomi seperti pertanian, penternakan, perlombongan, pembalakan dan perikanan. Manakala penduduk yang tinggal di petempatan bandar pula menjalankan aktiviti ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, perdagangan dan perkhidmatan. 4. Petempatan luar bandar mempunyai penduduk yang kurang dan kepadatan penduduknya yang rendah. Jumlah penduduknya adalah kurang daripada 10 000 orang. 5. Petempatan bandar pula mempunyai jumlah penduduk yang melebihi 10 000 orang serta mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

1. Petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada petempatan kampung dan petempatan pekan. 2. Petempatan kampung mempunyai jumlah penduduk di antara 1 hingga 1999 orang. Manakala petempatan pekan mempunyai jumlah penduduk di antara 2000 hingga 9999 orang. 3. Kegiatan ekonomi penduduk di luar bandar berasaskan kepada aktiviti pertanian dan perikanan. Contohnya Dataran Kedah-Perlis yang dijadikan kawasan penanaman padi dan Pulau Ketam dijadikan kawasan petempatan nelayan.

Faktor yang Mempengaruhi Tapak Petempatan Luar Bandar


1. Faktor-faktor yang mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia terdiri daripada bentuk muka bumi, tanih sumber air, ketersampaian, kegiatan ekonomi dan dasar kerajaan (governan).

1. Petempatan luar bandar biasanya terletak di kawasan tanah pamah yang rata dan landai kerana kegiatan pertanian sesuai dijalankan di kawasan ini dan mudah untuk dihubungi. 2. Kawasan tanah pamah di Malaysia kebanyakkannya terletak di kawasan lembah sungai dan dataran pantai seperti: (a) Lembah Sungai Rajang di Sarawak (b) lembah Sungai Kinabatangan di Sabah (c) Dataran Pantai Barat di Semananjung Malaysia (d) Dataran Pantai Timur di Semananjung Malaysia 3. Petempatan luar bandar juga tertumpu kaki bukit yang beralun. Contohnya di sekitar kawasan kaki bukit di Pantai Barat Semanjung Malaysia.

1. Kebiasaannya kegiatan pertanian diusahakan di kawasan petempatan luar bandar. Hal ini demikian kerana kawasan luar bandar mempunyai kesuburan tanih yang tinggi terutama di kawasan berhampiran sungai. 2. Jadual di bawah menunjukkan jenis-jenis tanih yang sesuai untuk kegiatan pertanian dan kawasan petempatannya di Malaysia.

Jenis tanih yang sesuai untuk beberapa jenis tanaman di Malaysia.

1. Kebanyakan petempatan luar bandar dibina di kawasan tebing sungai. Antaranya ialah seperti Sungai Pahang, Sungai Kelantan, Sungai Perak, Sungai Kinabatangan dan

Sungai

Rajang.

2. Sungai bukan sahaja membekalkan sumber air untuk kegunaan harian malahan memudahkan pergerakan penduduk. Sumber protein seperti ikan, udang dan hidupan air yang lain juga boleh didapati daripada sungai.

1. Ketersampaian bermaksud mudah untuk sampai ke sesuatu tempat. 2. Petempatan luar bandar biasanya terletak berhampiran dengan jalan raya, sepanjang pinggir pantai dan sungai. 3. Letakkan ini memudahkan penduduk untuk sampai ke sesuatu tempat tersebut dengan lebih cepat. 4. Kebanyakkan petempatan luar bandar di pantai timur Semenanjung Malaysia dibina selari dengan pantai. Contohnya di Kampung Merang dan Kg Penarik, di Terengganu. 5. Jalan raya juga menjadi lokasi petempatan luar bandar seperti Kampung Sungai Lada dan Kampung Lubak Temiang yang terletak di sepanjang jalan raya Pulau Labuan. 6. Manakala petempatan luar bandar di pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak pula menjadikan sungai sebagai cara pengangkutan yang penting.

1. Aktiviti pertanian terutama penanaman padi di kawasan dataran turut mempengaruhi tapak petempatan luar bandar di Malaysia. Pembinaan petempatan di kawasan ini begitu menggalakkan seperti yang terdapat di Dataran Kedah-Perlis, Delta Kelantan, Tanjung Karang dan Paya Besar di Selangor. 2. Selain itu aktiviti perikanan yang dijalankan di pinggir pantai telah menggalakkan pembinaan petempatan nelayan di sepanjang pinggir pantai. Antaranya seperti: (a) Bachok dan Tumpat di Kelantan (b) Besut dan Kuala Kemaman di Terengganu (c) Kuala Sedili dan Kukup di Johor (d) Pulau Ketam di Selangor (e) Kuala Kurau di Perak (f ) Batu Maung di Pulau Pinang (g) Kuala Perlis di Perlis (h) Bintulu dan Mukah di Sarawak (i ) Kunak dan Kudat di Sabah. 3. Kegiatan perlombongan bijih timah pada awal abad ke-19 telah mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar di kawasan tersebut. Kuala Lumpur, Ipoh dan Seremban misalnya, merupakan lokasi perlombongan bijih timah yang utama pada masa tersebut. 4. Selain bijih timah, perlombongan sumber lain juga turut mempengaruhi kewujudan petempatan luar bandar seperti

(a) bijih besi di Kuala Rompin dan Sungai Lembing, Pahang (b) emas di Bau, Sarawak dan Raub, Pahang (c) petroleum di Miri dan Bintulu, Sarawak serta Kertih dan Paka, Terengganu. 5. Pembinaan petempatan sementara untuk pekerja balak diwujudkan di sekitar kawasan pembalakan seperti di pedalaman Sandakan, pedalaman Pahang, pedalaman Johor dan pedalaman Bintulu.

1. Rancangan Pembangunan Tanah mewujudkan petempatan terancang di luar bandar. Rancangan ini bertujuan membasmi kemiskinan di kalangan penduduk dan mengimbangi pembangunan ekonomi di antara kawasan luar bandar dengan bandar. 2. Perbadanan yang melaksanakan Rancangan Pembangunan Tanah ini adalah seperti (a) FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan) (b) KEJORA (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara) (c) KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) (d) KESEDAR (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) (e) SLDA (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah)

Pola Petempatan
1. Pola petempatan ialah corak susun atur bangunan atau rumah di sesuatu tempat. 2. Pola petempatan dapat dilihat dari jauh melalui pandangan udara. 3. Petempatan di Malaysia dapat dibahagikan kepada empat pola, iaitu: (a) Pola petempatan berselerak (b) Pola petempatan berjajar (c) Pola petempatan berpusat (d) Pola petempatan berkelompok

1. Rumah-rumah dibina jauh di antara satu dengan lain tanpa susunan yang tertentu. 2. Pola ini biasanya terdapat di kawasan pedalaman, kawasan luar bandar, kebun kecil getah, kelapa padi dan pertanian campur. 3. Petani-petani mendirikan rumah masing-masing di kebun sendiri. 4. Susunan rumah mereka adalah berselerak. 5. Rumah-rumah mereka dapat dihubungi melalui jalan atau lorong jalan kaki.

1. Pola ini biasanya terdapat di luar bandar terutamanya di kampung nelayan dan kawasan sawah padi. 2. Rumah-rumah didirikan mengikut deretan di sepanjang jalan raya, tebing sungai, tali air, jalan kereta api, permatang pasir, di tepi pantai dan di sempadan antara dua jenis tanaman seperti padi dan getah. 3. Susunan rumah adalah selari antara satu sama lain. 4. Pola petempatan berjajar juga disebut sebagai petempatan linear.

Pola petempatan berjajar

1. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan dibina rapat-rapat dan kelihatan padat. 2. Petempatan berpusat mempunyai tanda panduan seperti simpang jalan mempunyai sekolah, pejabat pos dan tempat beribadat. 3. Pola ini terdapat di kawasan ladang getah, ladang kelapa sawit dan tanah rancangan FELDA.

Pola petempatan berpusat

1. Pola petempatan ini hampir sama dengan pola petempatan berpusat. 2. Rumah-rumah dibina rapat tetapi tidak serapat berbanding petempatan berpusat dan tidak mempunyai satu tanda panduan. 3. Petempatan ini terdapat di simpang jalan raya, ladang getah dan muara sungai.

Fungsi Petempatan Luar Bandar


1. Fungsi di sesebuah petempatan luar bandar adalah berbeza dengan petempatan luar bandar yang lain. 2. Fungsi utama petempatan luar bandar adalah sebagai tempat kediaman penduduk. 3. Fungsi kawasan pertanian seperti di lembah Sungai Kelantan dan lembah Sungai Muda ialah sebagai pengeluar hasil padi.

4. Fungsi kawasan kaki bukit yang bercerun landai seperti pantai barat Semenanjung Malaysia adalah sebagai pusat pengumpulan hasil getah dan minyak sawit. 5. Fungsi petempatan di tanah rancangan FELDA ialah sebagai pengeluar minyak sawit dan pusat pemprosesan kelapa sawit. 6. Di Malaysia, kebanyakan kampung berfungsi sebagai pusat pentadbiran secara kecil-kecilan. 7. Fungsi kawasan perkampungan nelayan adalah sebagai pengeluar hasil sungai, tasik atau laut. 8. Petempatan luar bandar yang berada di sepanjang pantai berfungsi sebagai pangkalan perahu tambang. 9. Walau bagaimana pun, fungsi petempatan luar bandar akan berubah apabila pertambahan penduduk atau terjumpa sumber alam yang baru.
Copyright 2005 Kenshido International Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai