Anda di halaman 1dari 1

Halaman Empat

BH PILIH L4 18 emel

BERITA HARIAN Rabu, 18 Julai 2007

Bersama Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor

PEDOMAN EJAAN JAWI

Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

PEDOMAN BAHASA Bersama

GLOSARI SAINS KESIHATAN


serat diet (dietary fibre) Bahan dalam tumbuhan yang tidak boleh dihadamkan dalam usus manusia. bingkai separa mata (half-eyes frames) Sejenis bingkai kaca mata bersaiz kecil yang digunakan untuk membetulkan rabun dekat. diet rendah lemak (low-fat diet) Diet yang mengandungi lemak tidak melebihi 30% daripada jumlah kalori keseluruhan. pemantauan pemakanan ( nutrition monitoring) Proses yang membekalkan maklumat secara berkala tentang peranan dan status pemakanan yang berkaitan dengan kesihatan. tambahan pemakanan (nutritional supplement) Bahan berkhasiat yang diambil sebagai tambahan kepada makanan yang biasa dimakan.
Azizul Ismail

Pengejaan Kata Serapan daripada Bahasa Inggeris

ata serapan daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa Eropah yang lain biasanya dieja menurut cara pengejaan kata jati dalam bahasa Melayu. Namun tidak semua kata dieja begitu. Ada juga kata yang dieja dengan caranya tersendiri bagi membezakan ciri kata tersebut dengan kata jati bahasa Melayu. Penerangannya adalah seperti di bawah: 1. Bagi kata serapan Inggeris yang bersuku kata akhir terbuka /a/ diwakili oleh huruf alif ( ). Sebagai contoh:
Ejaan Jawi Padanan Rumi

Kelewahan dalam Bahasa Melayu: Demi untuk dan Kita semua

fakta (fact) paradigma (paradigm) protoplasma


2. Semua huruf g dalam kata serapan Inggeris diwakili oleh huruf ga ( ) dalam ejaan Jawi. Contohnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi

teknologi geologi

agenda gimnasium
)

3. Huruf konsonan k di akhir kata dieja dengan huruf kaf ( dalam ejaan Jawi. Contohnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi

trak politik

subjek blok klasik

4. Huruf vokal u dalam ejaan Rumi diwakili dengan huruf alif-wau ( ) di awal kata dan dengan huruf wau ( ) di tengah atau di akhir kata. Contohnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi

unik universiti

subsidi republik kurikulum

5. Huruf gugus konsonan ditulis dalam ejaan Jawi dengan cara biasa atau memisahkan huruf-huruf yang berkenaan walaupun gugus konsonan berkenaan boleh disambungkan pada kaedah biasa. Caranya seperti yang berikut: (i) Penulisan gugus konsonan di awal kata atau di awal suku kata:
Ejaan Jawi Padanan Rumi Ejaan Jawi Padanan Rumi

klinik psikologi

skrip abstrak

(ii) Dua huruf Jawi yang membentuk gugus konsonan di akhir kata tidak ditulis bersambung. Contohnya:
Ejaan Jawi Padanan Rumi

(bukan (bukan (bukan

) ) )

golf sains teks standard konsert

Catatan: Huruf-huruf yang bergugus akan membentuk suku kata tertutup apabila kedua-duanya ditulis bersambung.

aya kerap ditanya beberapa aspek penggunaan bahasa Melayu yang memperlihatkan kekeliruan berkait dengan unsur lewah dalam bahasa Melayu. sebagai contoh, ada yang bertanya, mengapa penggunaan demi untuk seperti yang digunakan dalam ayat Kami berjuang demi untuk negara dan bangsa dianggap kurang betul? Perkataan demi dan untuk membawa makna yang sama. Oleh itu, penggunaan kedua-dua perkataan yang sama maknanya dalam satu ayat secara berurutan dianggap lewah, kerana penggunaan salah satu daripadanya sudah mencukupi. Ayat di atas boleh sahaja ditulis: Kami berjuang demi negara dan bangsa atau Kami berjuang untuk negara dan bangsa. Dengan demikian kita memenuhi aspek ekonomi dalam bahasa, iaitu menggunakan bahasa dengan baik, kemas dan ekonomis, yakni tidak membazir perkataan. Ada juga orang bertanya tentang ungkapan kita semua. Ini juga merupakan satu lagi aspek kelewahan. Dalam bahasa Melayu, kita ialah kata ganti nama orang pertama yang membawa maksud jamak. Tetapi, banyak pengguna bahasa Melayu kurang yakin dengan aspek jamak ini, lalu menegaskan lagi dengan menambah perkataan semua, pada hal kita telah pun mencukupi. Dalam hal ini, semua dalam kita semua dianggap lewah. Hal ini sama dengan ungkapan mereka-mereka. Mereka ialah kata ganti nama orang ketiga yang membawa maksud jamak, sama seperti perkataan we dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya orang Melayu sangat gemar dengan sifat kelewahan ini. Pada mereka, sesuatu buah fikiran perlu ditegaskan lagi, maka satu perkataan tidak dirasakan cukup. Lalu lazimnya ditambah dengan satu atau dua perkataan yang sama maknanya, demi kejelasan dan keberkesanan mesej. Sebagai contoh, keadaan miskin sering ditambah lagi dengan perkataan papa; maka lahirlah miskin papa. Selain itu papa kedana, juga merupakan dua perkataan yang membawa maksud yang sama. Contoh seterusnya ialah kaya raya. Kaya membawa erti keadaan berada, dan perkataan raya ditambah untuk membawa maksud tahap kekayaan yang amat tinggi, yakni sangat kaya. Begitu juga dengan cantik molek yang membawa makna yang sama bagi menggambarkan keadaan yang sangat cantik. Namun demikian, bentuk lewah seperti ini dibenarkan kerana perkataan papa, kedana, raya, dan molek yang digandingkan dengan per-

kataan yang seerti dengannya itu berfungsi sebagai kata penguat. Satu lagi bentuk lewah ialah menggandingkan perkataan yang sama dengan padanan bahasa Inggerisnya, yang kononnya lebih difahami oleh pendengar. Antara contohnya ialah: kasut boot , cuba try dan pintu gate. Walhal, sudah memadai dengan perkataan kasut, cuba dan pintu. Oleh itu, bentuk ini adalah salah kerana bukan sahaja lewah, bahkan berbentuk bahasa rojak. Aspek penggandaan juga selalu digunakan secara lewah dalam bahasa Melayu, disebabkan pengaruh bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, aspek jamak perlu dinyatakan pada semua bentuk dalam ayat. Perhatikan ayat berikut: I bought 100 books. Dalam ayat ini dua perkataan membawah maksud jamak, iaitu bilangan (100) dan buku (books). Dalam bahasa Melayu pula, aspek jamak perlu dinyatakan sekali sahaja. Oleh itu, terjemahan yang tepat bagi ayat tersebut ialah: Saya membeli 100 buah buku (bukan Saya membeli 100 buah buku-buku). Dalam hal ini bilangan 100 telah membawa maksud jamak, dan buku tidak perlu ditandai aspek jamak lagi, (tidak seperti bahasa Inggeris yang wajib ditandai dengan huruf s menjadikannya books ). Dengan itu, berhati-hati supaya tidak dipengaruhi oleh bahasa Inggeris yang hukum tatabahasanya tidak sama dengan hukum tatabahasa bahasa Melayu. Bagaimana pula dengan setinggi-tinggi terima kasih? Sebenarnya ungkapan ini betul. Setinggi-tinggi membawa erti yang paling tinggi, iaitu darjah penghabisan. Maksud yang ingin disampaikan dalam ungkapan ini ialah rasa terima kasih yang amat atau paling tinggi. Unsur penggandaan di sini memang merupakan salah satu daripada cara bahasa Melayu menggambarkan tahap perbandingan yang paling tinggi, seperti juga ungkapan sepandai-pandai tupai melompat dan sebaik-baik manusia. Setinggi-tinggi tidak sama dengan setinggi. Setinggi membawa maksud sama tinggi, iaitu aspek perbandingan. Oleh itu, adalah salah mengatakan Saya mengucapkan setinggi terima kasih kerana maksudnya sudah berubah. Dengan kata lain, bentuk setinggi-tinggi terima kasih adalah betul. Akhir kata, perlu ditegaskan bahawa kelewahan merupakan salah satu unsur dalam bahasa Melayu, namun demikian, kita hendaklah mengelakkan daripada menggunakan bentuk lewah yang melanggar hukum bahasa, kerana ini akan mencemarkan keindahan bahasa kita.

KOSA KATA BAHARU (KATA UMUM)


mempakejkan memasukkan tawaran (cadangan, perkhidmatan dsb) ke dalam satu pakej. memegunkan 1. menyebabkan pegun (tidak bergerak); 2. menyebabkan seseorang terpe gun (kerana terpikat, kagum dsb): Kelunakan suara bacaan ayat-ayat suci al-Qurannya memegunkan para pendengar. meminarkan menyebabkan berpinar-pinar: Air yg bergenang di kelopak mata meminarkan pandangannya. meragum mencabut (menyepit dsb) dengan ragum: meragum paku. rincih-rancah segala maklumat (terutamanya yang kecil-kecil) tentang sesuatu.
Zaiton Nasir

BAHASA SUKUAN

Sunsung

unsung ialah kosa kata bahasa suku kaum bahasa Kadazan dusun yang bermaksud mem beli atau mendapatkan barang de ngan menukarkannya dengan barang lain, atau barter trade dalam bahasa Inggeris. Kata sunsung diucap dalam dua suku kata sun-sung. Contoh penggunaan: Ibu sunsung kuih yang tidak habis dijual dengan sayur yang dijual oleh peniaga lain.
Oleh Noorzanani Kata

KATA KLASIK

penggawa

akrif: penghulu. Contoh penggunaan : Maka turunlah Marakarma dari kuda semberani dengan selengkap pakaian yang indah-indah serta dengan penggawa , orang muda-muda empat puluh orang.
Oleh Wahyunah Abd. Gani