Anda di halaman 1dari 6

Nama:

Tingkatan 4: .

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI METHODIST JALAN HANG JEBAT, 50150, KUALA LUMPUR PEPERIKSAAN PERTAMA 2009 TINGKATAN EMPAT PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN (1 JAM) Penggubal soalan: Pn. J. Yasodhara Menon Disemak oleh: Disahkan oleh

.. . .. (Cik Rozana bt. Hashim) (Pn. Tay Chong Kiat) (En. Wong Chee Kheon) K. Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Ketua Bidang Sains Sosial Pengetua Kertas soalan ini terdiri daripada 5 halaman bercetak. Arahan: Kertas ini mengandungi 3 bahagian iaitu: Bahagian A : Soalan Objektif ( 30 Markah) Bahagian B : Misi dan Vis Sekolah ( 10 Markah) Bahagian C : Soalan Struktur ( 10 Markah) Jawab semua soalan Bahagian A : (Soalan Objektif)- 30 Markah Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang paling sesuai. 1 Wawasan diri merupakan _____________ yang akan menjadi panduan dan pendorong untuk berjaya. A usaha B petunjuk C perangsang D matlamat hidup Mengapakah wawasan diri seseorang tidak sama dengan wawasan diri orang lain? A Tahap pemikiran yang berbeza B Masalah individu yang berbeza C Keupayaan diri individu yang tidak sama D Minat dan bakat individu yang tidak sama Penetapan wawasan diri akan mendorong seseorang menjadi individu yang A kreatif B berdisiplin C berputus asa D mementingkan diri sendiri Kehidupan tanpa _____________________ibarat membiarkan diri kita terumbang ambing dibawa arus tanpa arah dan tujuan. A minat B matlamat C personaliti D nilai Antara berikut, individu yang manakah mempunyai wawasan diri? A Tina berangan-angan menjadi seorang pereka fesyen; dia selalu bercerita tentang angan-angannya itu kepada rakan-rakannya. B Suzi ingin menjadi doktor; dia sentiasa berusaha memperbaiki penguasaannya dalam subjek Sains. C Dina ingin menjadi juruterbang tetapi dia tidak berminat dalam subjek Matematik dan Sains. D Minu berhasrat menjadi penyanyi; dia selalu berlatih menyanyi secara bersendirian.

Sebarang usaha yang dilakukan dalam menghadapi dan mengatasi kegagalan dan cabaran akan A menghasilkan matlamat seseorang. B mencerminkan wawasan seseorang. C memperkukuhkan rancangan seseorang. D membina personality seseorang. Padanan yang manakah menunjukkan langkah ke arah usaha yang cemerlang? A Mengikut kemampuan- tidak tahu apa yang perlu dilakukan. B Kebingungan kurang jelas. C Kurang keyakinan- sanggup berkorban masa. D Mengurus masa dengan bijak- berani bertindak. Faedah yang diperoleh oleh murid hasil usahanya yang cemerlang ialah A kejayaan. B kepopularan. C kegembiraan. D keseronokan. Mempunyai sikap kesungguhan yang tinggi adalah amalan orang yang mempunyai A harga diri yang tinggi. B sikap berwawasan. C strategi pembelajaran berkesan. D daya tahan yang mendalam.

10 _____________________merupakan realisasi secara beransur-ansur bagi sesuatu matlamat yang berfaedah. A Usaha B Tindakan C Kejayaan D Rancangan 11 ___________________dan membuat nota merupakan antara asas pembelajaran yang baik. A Menghadiri sekolah B Mengikuti kelas tambahan. C Lulus peperiksaan. D Mengulang kaji pelajaran. 12 Lebih besar _______________yang kita hadapi, lebih besarlah kejayaan yang kita akan kecapi. A keseronokan B rintangan C kerugian D kemenangan 13 _______________akan menjadi faktor penolak yang sentiasa mendorong anda supaya sentiasa berusaha melakukan sesuatu. A Daya dorongan diri yang kuat. B Semangat yang kuat. C Semangat tekad yang maksima. D Penampilan diri yang positif. 14 Sesungguhnya menghadapi dan mengatasi cabaran akan membina ______________seseorang. A bakat B personaliti C minat D kecenderungan. 15 Aishah seorang yang dapat mengawal tingkah laku dan berdisiplin. Dia dikatakan seorang murid yang cemerlang dalam aspek A emosi B intelek C jasmani D rohani

16 Susan dapat menyelesaikan soalan matematik dan sentiasa kreatif dalam menulis karangan. Susan lebih menonjol dalam aspek A emosi B rohani C intelek D jasmani 17 Antara yang berikut yang manakah adalah ciri-ciri individu yang mempunyai perkembangan diri yang seimbang? A Individu yang sentiasa menghormati orang lain. B Individu yang sentiasa sihat dan cergas. C Individu yang sentiasa sedia membantu orang lain. D Individu yang sentiasa bekerja sepenuh masa untuk menambah pendapatan. 18 Individu yang berjaya dalam hidup dan kerjaya ialah individu yang mempunyai ciri yang A pintar dan cekap. B kuat mengamalkan ibadat. C selalu membantu orang susah. D lengkap dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. 19 Pilih pasangan yang betul. A Intelek- perkembangan tubuh badan. B Jasmani- perkembangan minda. C Rohani- perkembangan perasaan dan hati. D Jasmani- pengawalan perasaan. 20 Beriadah dikatakan penting untuk kesihatan___________dan ______________________. A jasmani, rohani B fizikal, mental C emosi, mental D jasmani, emosi 21 Perbuatan pahala dan dosa digariskan dalam aspek A jasmani C intelek

B emosi D rohani

22 Insan yang mempunyai unsur ___________ yang teguh dan taat beribadat kepada Tuhan akan mencapai kecemerlangan hidup. A intelek B kerohanian C jasmani D emosi 23 Suraya ingin mendapatkan kekuatan rohani dalam dirinya. Oleh itu dia hendaklah A membaca buku. B menghadiri kelas tuisyen. C mematuhi ajaran agama. D berserah pada nasib. 24 Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? A Keperibadian atau perwatakan individu yang menunjukkan identiti keseluruhannya. B Perasaan bersemangat untuk mendapatkan kemenangan. C Kesungguhan dalam menangani sebarang masalah. D Kemahiran teknikal dan manipulatif.

25 Sebagai seorang yang bertamadun, kita mesti mempunyai ilmu dari aspek A kebendaan dan intelek. B keduniaan dan akhirat. C kerohanian dan kekayaan. D emosi dan jasmani. 26 Perkembangan diri individu perlu dimiliki secara seimbang dan A menyeluruh. B selari. C selaras. D sempurna. 27 Kelemahan diri perlu diperbaiki. Pencapaian diri pula perlu A dikongsi . B dinilai. C dikomen. D disebar. 28 Aktiviti ini dikatakan dapat mengimbangi keempat-empat aspek perkembangan individu. Aktiviti yang dimaksudkan di atas ialah A ceramah . B motivasi. C bersukan. D bimbingan. 29 Kita menggunakan unsur ___________________untuk memahami peraturan dan undang-undang. A intelek B rohani C jasmani D emosi 30 Orang yang berintelek akan membuat pertimbangan dan _____________________sebelum bertindak. A penaakulan B perancangan C perbezaan D pengunjuran

Bahagian B: Misi dan Visi Sekolah. 1 Nyatakan misi sekolah secara terperinci

____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) 2 Nyatakan visi sekolah secara terperinci ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ( 5 markah) Bahagian C: Soalan Struktur- 10 Markah 3 Nyatakan kepentingan memiliki wawasan diri? ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ (5 markah) 4 Nyatakan cara-cara melahirkan sebuah keluarga yang berkualiti dan cemerlang? ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ ____________________________________________________________________________________________ (5 markah) Kertas soalan tamat. Raz 09

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TINGKATAN 4 PEPERIKSAAN PERTAMA 2009 SOALAN OBJEKTIF ( 30 MARKAH) 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. D D B D A B B B A B A A B C A 16. C 17. D 18. D 19. C 20. B 21. D 22. B 23. C 24. A 25. B 26. A 27. B 28. C 29. A 30. A

BAHAGIAN B. MISI DAN VISI 1. MBSSKL bertekad menjadi sebuah sekolah yang terkehadapan mencapai pendidikan bertaraf dunia menjelang 2010. 2. MBSSKl beriltizam menjadi pemangkin kecemerlangan keilmuan dan pembentuk insan yang jujur, bersopan dan berkeperibadian nasional. BAHAGIAN C: SOALAN STRUKTUR 3. menjadi pendorong untuk kita mencapai cita-cita, menjadi panduan untuk mendisiplinkan diri, membantu kita merancang strategi atau langkah supaya lebih teratur dan berkesan, membantu merealisasikan wawasan negara, membantu kita mencapai kecemerlangan dalam hidup. ( pilih 5 sahaja) 4. Ibu bapa berkemahiran dalam ilmu pengurusan keluarga yang berkualiti, memupuk kasih sayang antara anggota keluarga, setiap anggota keluarga tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing, ibu bapa menyediakan keperluan untuk anak-anak, ibu bapa memberikan contoh teladan yang baik kepada anak-anak, menghormati ibu bapa serta anggota keluarga yang lain, ibu bapa mempunyai perancangan hidup berkeluarga dengan sistematik, ibu perlu memberikan perhatian kepada perkembangan pendidikan dan akhlak anak-anak. (pilih 5 sahaja)

Anda mungkin juga menyukai