Persiapan Menjelang Ramadhan

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 12

HABIB KADHIM ASSAGOFF @ YAYASAN RESTU 1 JULY 2013 PERSIAPAN MENJELANG RAMADAN Tidak ada satu cara pun

yang mana kita boleh dekatkan diri kepada Allah SWT melainkan yang telah diajar oleh Rasulullah(saw). Kalau berada di jalan siratul mustaqim, Allah SWT akan berikan nikmat yg banyak tapi manusia diletakkan dalam dunia untuk Allah SWT mencuba mereka. Berkat yg tuhan turunkan kpd manusia yang beriman dan istiqamah adalah nikmat sebenar yang terus menerus selepas mati dan tidak pernah berhenti dengan mati. Sesungguhnya org beriman merasa nikmat yg Allah SWT berikan kepadanya selepas maut dan dalam alam barzakh. Kemudian apabila dia datang pada hari akhirat, dia akan datang dengan nikmat2 Allah SWT dengan roh dan jasadnya dan nikmat2 itu adalah lebih hebat daripada nikmat2 dunia. Maka di sini nampak jelas nilai/kebaikan manusia yg berbeza. Allah SWT telah memuliakan manusia bersambung dari alam roh, alam jasad, alam dunia dan kemudian alam akhirat dan ini adalah sebabnya Pemurah Allah SWT taala. 4:46 Antara nikmat terhebat sekali untuk manusia yg mana Allah SWT telah menyiapkan dia untuk beribadah kpdNya. Maka ini adalah satu nikmat paling hebat sekali iaitu menyembah Allah SWT. Dan antara ibadah terbaik adalah cinta kpd Allah SWT walau pun ulama mengatakan cinta ini dikongsi semua ciptaan. Bukanlah manusia saja yg cinta Allah SWT tapi semua ciptaan yg hidup atau mati. Tapi cinta Allah SWT daripada manusia lebih hebat. Imam Fakihi menceritakan tentang seorang ulama sedang mengajar di sekeliling kaaba dan dtg masuk seekor ular besar. Maka ada org hendak membunuh ular tersebut tetapi ulama memekik supaya jangan menyakitinya. Dibuka jalan utk ular tersebut dan ia melakukan tawaf kemudian ia mencium hajar aswad kemudian melakukan tawaf lagi. Selepas tawaf ke2 kemudian mencium hajar aswad, dan kemudian naik atas kaaba dan terus naik ke langit. Ulama2 jelaskan ular itu cinta kepada Allah SWT dan melakukan ibadah yg dilakukan manusia. Ibadah adalah satu perhubungan dengan Allah SWT dan buruk akhlak manusia boleh memadamkan segala berkatnya. Solat yg khusyuk akan jadi benteng org itu daripada segala yg buruk.

Ramadan peluang yg hebat bagi manusia. Bagaimana caranya untuk menyiapkan bulan yg mulia ini. 1. Niat yg baik Maka lakukan niat sebelum masuk Ramadan. Sesungguhnya Rasulullah(saw) bersabda niat org beribadah lebih baik daripada amalannya. Niatlah yg penuh. Niat solat tarawih yg penuh. Maka apabila seseorang itu tidak dapat melakukan apa yg dia niatkan, maka dia sudah dapat pahala sebelum lagi melakukan. Oleh itu sebanyak mana orang melakukan niat, sehingga muamalat dgn org, dia beruntung dengan Allah SWT.

Apabila membaca AlQuran, jangan niatkan dengan satu niat saja, bahkan niat dengan niat yg banyak. Contoh hendak membaca AlQuran untuk mendapat redha Allah SWT dan cintanya, menggembirakan Rasulullah(saw), mengeluarkan ilmu drp AlQuran dpt kelebihan drp baca AlQuran dan AlQuran terus tersambung oleh anak pinaknya.

Boleh jadi seorang itu melakukan satu amal tapi dengan niat yg banyak. Maka kita sambut Ramadan dengan niat soleh yg banyk sekali. Lakukan/lafazkan niat dengan lidah untuk mengingati hati kita. Melafazkan niat membantu hati dan membantu melakukan amal. Berbeza kalau dalam hati saja, ia boleh kadang2 tidak jadi perkara itu. Tapi kalau niat dgn lidah, ia dapat membantu dgn apa yg telah diniatkan dalam hatinya. Niatlah seperti aku berniat untuk khatam satu/dua kali khatam dalam bulan Ramadan , aku berniat hendak melakukan solat tarawih dlam bulan Ramadan , aku berniat menjadi org pemurah dalam bulan Ramadan. dan lain2. Dan tidak ada masalah kalau hendak niat dgn umum contoh dalam bulan Ramadan aku niat utk lakukan semua perkara taat yg disunatkan, aku berniat untuk melakukan semua perkara yang disyariatkan. Kemudian sebab niat yg benar, maka akan terbuka pintu2 utk dia melakukan amal soleh. Kemudian dapat dia

melakukan amal ini dan amal itu dan antara niat dalam Ramadan dia berniat seperti melakukan semua solat fardu dengan memakai siwak. Kemudian dia menyiapkan siwak.

2. Rindu dengan kedatangan bulan Ramadan Selepas memanjangkan niat amal2 yg soleh, kita masuk bulan Ramadan dengan rindu dgn kedatangan Ramadan. Sebagaimana dilakukan sahabat. Mereka menunggu Ramadan 6 bulan sebelum Ramadan. Dan rindu ini satu alamat iman kerana Ramadan susah untuk nafsu kita kerana meninggalkan makanan dan minuman dan adat. Dan org2 beriman rindu kedatangan Ramadan dan ini alamat iman. Kalau kita tak dapat kegembiraan dalam bulan Ramadan, maka kita paksa diri kita untuk bergembira dan merindui kedatangan Ramadan. Kias kpd sabda Rasulullah(saw) kalau kamu tak nangis, paksalah dirimu nangis.

Apabila seseorang membaca AlQuran dan dia tidak nangis, maka perlulah menjadikan/memaksa dirinya menangis. Begitu juga dgn kedatangan Ramadan. Kalau masih belum gembira, hendaklah memaksa diri gembira. Sesungguhnya ini tanda kegembiraan. Sekiranya tidak suka dgn kedatangan Ramadan, ini adalah tanda2 munafiq. Bahkan para fuqaha Imam Syafiee mengatakan apabila seseorang mengharap Ramadan itu pergi, adalah dosa besar. Kalau ada perkara ini dalam diri kita, kita mesti mememerangi dengan akal kita. Maka kalau seseorang mendapati kebencian Ramadan walaupun sedikit, harus guna cahaya akal untuk memeranginya apa yg ada dalam hatinya. Dan berkata aku tidak hendak Ramadan, maka akal harus melawan aku hendak/gembira dengan Ramadan.

3. Siapkan diri untuk Ramadan dengan ibadah puasa. Sayidatina Aishah berkata tidaklah aku lihat Rasulullah(saw) berpuasa berterusan melainkan bulan Syaban dan Ramadan, dan kadang2 dia berpuasa Rejab, Syaban dan Ramadan. Apa hikmah puasa sebelum datangnya Ramadan? Kadang2 dia buka puasa 3 hari sebelum datangnya Ramadan. Kadang2 dia berpuasa Syaban sepenuhnya terus sambung dengan Ramadan. Kemudian dalam sebahagian bulan2 pula, Rasulullah(saw) berpuasa bulan Syaban sepenuhnya tapi 3-4 hari sebelum Ramadan dia tidak berpuasa.

Apakah hikmah puasa dalam bulan2 ini? Adalah untuk menyiapkan diri untuk berpuasa yang fardhunya. Siapa2 yg biasa dengan puasa, sesungguhnya puasa dalam bulan Syaban akan membantu puasa dalam bulan Ramadannya. Dia tidak lihat kesusahan dan kepenatan apabila puasa dalam bulan Ramadan. Berbeza dengan mereka2 yg tidak biasa berpuasa. Apabila telah selesai separuh Syaban yang pertama, maka janganlah kamu berpuasa. Maka harus siapkan Ramadan untuk dirimu pada waktu ini dengan berbuka puasa kerana orang Muslim seperti ini tidak biasa berpuasa. Bagi orang yg tak biasa berpuasa, mestilah dia berbuka puasa iaitu tak berpuasa satu hari pun selepas separuh Syaban tapi bagi mereka yg biasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, atau mereka yg puasa satu hari kemudian buka puasa satu hari, tidak ada masalah untuk meneruskan walaupun selepas separuh Syaban yang pertama. Oleh itu kalau lihat seorang Muslim di bulan Ramadan, contohnya dia complain tentang puasa, ataupun daripada kesan2 puasa dalam bulan Ramadan kerana makan atau tidurnya berubah maka kita tahu dia belum siapkan diri dari sebelum Ramadan. Maka apabila Ramadan datang dengan terkejut, maka dia harus lakukan dengan terkejut. Maka kita juga menyiapkan diri untuk Ramadan dengan banyak membaca AlQuran dalam bulan Syaban. Maka kalau kita biasa baca AlQuran dalam bulan Syaban, maka biasa kita baca dalam bulan Ramadan dan menjadi satu adat bagi kita. Sesungguhnya bulan Ramadan adalah bulan mencari untung dengan Allah SWT. Dan cukuplah bagi kita kelebihan yg Allah SWT beri sebagai nikmat yg mana menjadikan sunat2 kita dalam bulan Ramadan seperti fardu dan fardu kita digandakan 70x. Allah SWT menjadikan doa kita di bulan Ramadan ini diterima sehingga berbuka puasa. Semua waktu daripada seorang itu bermula puasa sehingga terbenam matahari adalah waktu Allah SWT menerima doanya. Dan tidak semestinya kita berkata doa yang diterima mesti kita harus lihat dengan sekarang juga. Kadang2 Allah SWT gantikan dengan pahala. Kadang2 Allah SWT mengguna doa kamu utk menolak bala. Dan kadang2 Allah SWT memberi kamu apa yang kamu minta dengan segera. Akan tetapi para2 nabi hati mereka sentiasa tenang kerana Allah SWT kalau tidak menerima doa mereka di sini, pada waktu sekarang dan segera kerana pada masa yg sama mereka telah melakukan perkara2 yang syarat2 doa diterima. Maka Allah SWT

tunjuk mereka kebenaran kenapa Allah SWT tidak menerima doa mereka segera dan maka dengan itu, hati mereka menjadi tenang. Mereka tahu sebab2 doa mereka tidak diterima dengan segera.

Dan kemudian boleh jadi pula orang Islam yakni orang awam dia tergoncang aku telah berdoa kepada Allah SWT tapi Allah SWT tak menerima doa aku . Oleh itu org2 yg hendak melakukan doa, bacalah dengan doa para nabi terlebih dahulu kerana ia cukup penuh dengan syarat2 doa yang boleh diterima Allah SWT.

Dan para nabi minta Allah SWT dari darjat yg tinggi yg mereka melihat Allah SWT dekat dengan diri mereka. Maka oleh itu kita selalu lihat doa mereka diterima dengan segeranya. Dan dalam bulan Ramadan sekarang, maka kita doalah dengan doa para nabi. Semuanya Allah SWT telah sebut dalam AlQuran. Lihatlah pada doa Saydina Ayub a.s. yg apabila meminta kesihatan daripada Allah SWT. Dia melakukan dengan cara di mana dia tidak minta Allah SWT dengan jelas sekali wahai Allah SWT aku pohon pada Engkau kesihatan tapi dia gunakan kinayah yg mana dia mohon kesihatan tanpa jelaskan dengan terus- terang. Apa yang dia lakukan adalah dia menceritakan hal dia kepada Allah SWT. Kemudian dia berkata kepada Allah SWT sesungguhnya aku telah ditimpa dengan cubaan yg sangat banyak maka Engkau adalah yg Pemurah dari segala yg Pemurah. Kemudian para2 Nabi mengumpul semua adab2 doa dan syarat2 doa yg diterima.

Maka Saydatina Aishah bertanya kpd Rasulullah(saw) apa yang dia perlu lakukan kalau dia nampak malam lailatulqadar. Doa yg sempurna yg Rasulullah(saw) mengajarnya 5 kalimah sahaja.

Wahai Allah SWT, Engkau Maha Pengampun dan Maha Pemurah, Engkau suka memberi keampunan, maka ampunilah kami. Dan kebanyakan doa kita, mendahulukan pujian bagi Allah SWT dan bersyukur kpd Allah SWT. Kemudian kita lihat dalam bahagian

pertama doa ini adalah pujian kepada Allah SWT yang berkata bahawa wahai Allah SWT, Engkau Maha Pengampun dan Maha Pemurah dan Engkau suka beri pengampunan. Kemudian kita minta apa yg kita mahukan yakni wahai Allah SWT, ampunilah aku. Dan kebanyakan doa Rasulullah(saw) sangatlah pendek akan tetapi meliputi segala kebaikan dunia dan akhirat. Dan doa2 Rasulullah(saw) menolak segala kejahatan yg orang tahu dan yg orang tidak tahu. Apabila seseorang melakukan doa seperti ini, aku berlindung kepada Engkau daripada kelemahan janganlah sangka kelemahan itu adalah lemah akal kita atau lemah badan kita daripada memahami sebahagian perkara. Bahkan apabila kamu kata wahai Allah SWT aku minta perlindungan dari Engkau daripada kelemahan, ini adalah kelemahan iman yg mana kelemahan seseorang mencapai apa jenis kelemahan sekalipun . Selagi mana doa kita diterima dalam Ramadan, oleh itu jangan kita kurang berdoa dalam bulan Ramadan pada siang hari khususnya pada waktu kita berpuasa. 4. Kita sambut Ramadan dengan bersyukur kepada Allah SWT Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana memberi kita dapat bulan Ramadan dan kemudian cinta pada bulan Ramadan. Dan sesungguhnya hamba2 Allah SWT suka pada bulan Ramadan dan mengharapkan kedatangan bulan Ramadan. Berapa ramai orang apabila datang bulan Ramadan, dia tidak ada apa2 melainkan dia sudah dalam kubur. Kemudian berapa ramai pula orang apabila datang bulan Ramadan dia tidak tahu nilai bulan Ramadan dan tidak lakukan hak2 bulan Ramadan bahkan dia kurang lakukan kewajipan daripada puasa dan juga solat. Apabila kita bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat Ramadan, Allah SWT akan beri kita dua perkara paling kurang. Daripada berkat bersyukur dapat bulan Ramadan, i) Allah SWT akan memanjangkan umur kita agar kita mendapat lebih Ramadan ii) Allah SWT tunjukkan kepada kita hakikat kehebatan bulan Ramadan Kalau seseorang ada permata di dalam tangannya kemudian dia tidak tahu nilai permata tersebut, maka senang sekali akan hilang daripada tangannya. Kemudian siapa2 yang tidak tahu nilai Ramadan, maka dia tidak akan dapat banyak berkat Ramadan

kerana dia ambil mudah bulan Ramadan. Dan kita juga minta Allah SWT berkat daripada bulan Ramadan.

Khususnya 3 malam pertama kita lihat bulan sabit . Apabila bulan sabit terbit dalam bulan Ramadan, kita cari bulan sabit tersebut. Kita lihat bulan sabit dan kita lakukan doa ini. Sesungguhnya apabila kita baca doa ini apabila kita nampak bulan sabit, dia akan jadikan seluruh bulan itu penuh dengan rahmat. Lihatlah bagaimana Rasulullah(saw) minta barakah dalam bulan Ramadan daripada bulan sabit Rejab lagi. Ada mereka bila sampai bulan sabit Rejab dia tidak mengingati Ramadan. Kemudian bila datang bulan sabit Syaban dia tidak mengingati Ramadan dan datang bulan sabit Ramadan pun dia masih tidak mengingati Ramadan. Boleh jadi dia melalui Ramadan dan dia tidak dapat satu kebaikan pun dalam bulan Ramadan.

Dan apabila kita baca doa tersebut, kita akan dapat keberkatan bulan Ramadan dan ini adalah perkara yg sangat mencabar. Siapa2 yang berkata dengan doa tersebut apabila dia melihat bulan sabit, maka dia akan diberkati sepanjang bulannya. Dan dia akan lalui sepanjang bulan dengan sihat dan afiat berkat doa Rasulullah(saw). Oleh itu doa ini ada 3 malam sahaja, malam pertama, kedua dan ketiga. Kalau telah pergi 3 malam yg pertama, maka tidak boleh dia baca dan tidak boleh diqada selepas 3 malam.

Dan malam pertama, kita mesti cari bulan sabit dan kita lihat bulan sabit. Dan katalah Allah SWTu akhbar (3x) Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Wahai Allah SWT, jadikanlah bulan sabit itu bagi kami dengan segala benda yg baik dan juga iman dan juga keselamatan dalam Islam dan taufiq daripada apa2 yg Engkau suka dan Engkau redhai

Kemudian kita berbual dengan bulan tersebut untuk membenarkan tauhid. Kemudian kita berkata kepada bulan tersebut. Wahai bulan sabit, tuhan aku dan tuhan engkau Allah SWT.

Kemudian ini yg dikatakan oleh para ulama bahawasanya kita berkata2 dengan perkara yg tidak berakal dengan perbualan yang berakal. Bulan adalah tidak berakal tapi kita berbual dengannya seperti orang yg berakal dan ini banyak terjadi dalam hadith2 dan bahasa arab.

Kemudian apabila seseorang itu bermusafir dan sampai pada satu tanah lapang, kemudian hendaklah dia berkata kepada tanah itu Wahai tanah, tuhan aku dan tuhan engkau adalah Allah SWT. Aku meminta perlindungan daripada Allah SWT daripada keburukan mereka2 yg jalan atas engkau dan berkata2 kepada benda2 yg tidak hidup tidaklah merosakkan aqidah kita kalau itu diajar oleh Rasulullah(saw).

Dan kita mestilah berkata sepertimana Rasulullah(saw) bersabda,Alhamdulillah yg mana telah pergikan daripada kami dengan bulan ini (contohnya bulan Syaban) dan mendatangkan kami bulan ini(bulan Ramadan) Maka apabila selesai bulan Ramadan, maka kita kata Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yg mana telah pergikan daripada kami dengan bulan ini (contohnya bulan Ramadan) dan mendatangkan kami bulan ini(bulan Syawal)

Doa awal bulan ini akan jadikan sepanjang bulan kamu dipenuhi dengan baraqah dan jadikan kamu semangat untuk beribadah panjangnya dalam bulan tersebut. Ini adalah satu perkara yg mujarab. Oleh itu Rasulullah(saw) dari bulan Rejab lagi sudah merindui Ramadan dan meminta Allah SWT supaya datangkan kepadanya bulan Ramadan.

5. Lailatulqadar Apabila datang bulan Ramadan, dia tetamu yg sangat mulia sekali dia akan berada di rumah kita 29 atau 30 hari. Kemudian, dia akan pergi. Dan bulan ini akan dijadikan satu jasad di hari Kiamat. Maka hendaklah kita beri haknya daripada kemuliaan. Kita muliakan dia dengan amal soleh. Kita banyakkan amal soleh di bulan Ramadan. Inilah cara kita memuliakan bulan Ramadan. Seperti dikatakan oleh

Saydatina Aishah, Rasulullah(saw) bersungguh2 di bulan Ramadan, tidak sepertimana sungguh2nya di bulan yg lain. Intipati Ramadan semuanya adalah Lailatul Qadar. Semua puasa2 yg telah kita lakukan dan bangun malam yg kita telah lakukan adalah untuk menyiapkan manusia dengan kebersihan dan kesucian agar dia mendapat segala kebaikan spt yg dikatakan Rasulullah(saw) tentang LailatulQadar. Siapa2 yg dapat lailatulqadar dia telah mendapat segala kebaikan.

Siapa2 yang diharamkan dia tidak dapat kebaikan lailatulqadar, dia tidak dapat segala jenis kebaikan. Satu amalan dalam lailatulqadar digandakan sebanyak 30 000 kali. Satu witir dalam lailatulqadar sama dengan 30 000 rakaat. Satu Suratul Ikhlas dalam malam lailatulqadar adalah sama dengan 30 000 Suratul Ikhlas. Satu majlis ilmu dalam lailatulqadar sama dengan 30 000 majlis ilmu selain lailatul qadar. Kalau dua orang duduk sama2 dan baca kitab dan baca 2-3 hadith contohnya, ini sudah dikira majlis ilmu.

Apa telah datang 10 malam terakhir dan engkau bersengketa dengan seseoran, janganlah marah seorang pun. Sesungguhnya syaitan melambatkan persengketaan sehingga akhir Ramadan supaya apabila datang lailatuqadar, orang akan bergaduh, bersengketa, marah dengan orang lain, maka dia akan hilang daripada kebaikan lailatulqadar.

Siwak Janganlah kita lupa siwak di bulan Ramadan. Sesungguhnya satu solat dengan menggunakan siwak adalah sama dengan 70 solat. Dua rakaat terawih yang kamu lakukan adalah sama dengan 70 solat. Maka seorang Muslim hendaklah dia siapkan 5 siwak di dalam bulan Ramadan kerana syaitan akan melupakan kamu memakai siwak. Bagaimana dia hendak rugikan manusia dengan 70 pahala fardu di dalam bulan Ramadan? Kalau dia cuma siapkan satu siwak sahaja, kemudian sembahyang zohor dia guna siwaknya kemudian sembahyang asar dia lupa siwaknya. Akan tetapi siapkan beberapa siwak untuk nya. Apabila orang mengecilkan 70x pahala dan 27x pahala Jemaah kemudian dia datang pada majlis ilmu, apakah kamu faedah kamu datang ke majlis ilmu kemudian meninggalkan pahala

70x memakai siwak. Manusia menuntut ilmu kerana hendak mengamalkan dan kita menuntut ilmu untuk mendapat hidayah.

*TAMBAHAN NOTA DARIPADA CERAMAH HABIB KADHIM DI MASJID AL FALAH Apabila melihat bulan sabit, katakan kepada bulan sabit tersebut, (3 malam pertama bulan setiap bulan khususnya bulan Ramadan) Bulan sabit yang baik dan datangkan petunjuk. Bulan sabit yang datangkan kebaikan dan petunjuk 3x

Pada malam pertama bulan Ramadan, sunnah melakukan mandi Ramadan padanya sama seperti sunnah mandi Jumaat dan dua hari raya. Aku melakukan mandi sunat malam pertama dari bulan Ramadan Tetapi sunnah ini bukanlah khas untuk malam pertama, akan tetapi disunatkan juga bagi kamu untuk mandi pada setiap malam bulan Ramadan. Kalau kamu tidak dapat melakukan tiap2 malam, maka lakukanlah pada malam Jumaat atau malam genap bulan. Sesungguhnya, siapa2 yang mandi sunat bulan Ramadan, dia dapat pahala mandi wajib dan mandi ini boleh di qada. Kalau kami tidak dapat mandi pada malam pertama, kamu mandi pada malam kedua dan pada masa yg sama niatkan qada mandi malam pertama. Kalau kamu tidak mandi 3-4 hari malam pertama bulan Ramadan, mandilah pada malam selepas itu dan niatkan qada mandi yg telah lepas.

Janganlah sangka mandi itu mengalir air saja di atas badan. Sesungguhnya hikmah mandi dalam bulan Ramadan itu ada ibadah dan selainnya. Kita perlu lihat kepada dua jenis kebersihan. Kebersihan zahir yg kita dapat lihat dan kebersihan batin yg kita tidak dapat lihat daripada semua mandi yg disebutkan di atas. Sesungguhnya seperti mana kamu telah menyucikan badan mu yg zahir, kamu telah sucikan jugak hati kamu. Kalau selepas mandi dan wudhu, kamu merasa ketenangan maka pujilah Allah SWT taala sesungguhnya hati kamu dapat merasa kesan2 ibadahmu. Akan tetapi selepas mandi dan wudhu kamu tidak merasa beza apa2

sekalipun, ketahuilah sesungguhnya hati kamu perlu berzikir kepada Allah SWT. Maka kamu haruslah lakukan sesuatu sehingga dan kamu minta pada Allah SWT agar hati kamu dapat merasa ibadah mandi dan wudhu.

Dikatakan oleh Imam Ghazali ini adalah pertalian antara anggota badan dan juga hati. Apabila kamu mandi dengan niat yg soleh, sesungguhnya kesan mandi tersebut akan dipantulkan ke dalam hati yg batin yg tidak dapat dilihat. Dan antara kesan mandi tersebut, kamu akan dapat merasa ketenangan. Ini adalah antara pertalian alam yg tidak dapat dilihat dengan alam yg dapat dilihat. Sesungguhnya yang zahir itu akan terkesan dengan yg batin yg tidak dapat dilihat dan yg batin juga akan terkesan dengan yg zahir. Maka pada malam yg pertama, bersungguhlah lakukan mandi kerana mandi pada malam pertama menyiapkan kamu bagi malam lailatulqadar yang akan datang dalam bulan Ramadan. Sesungguhnya mandi pertama itu menyiapkan kamu untuk melihat dengan pandangan Allah SWT. Bahawasanya Rasulullah(saw) bersabda, pada malam pertama bulan Ramadan, Allah SWT akan melihat kepada hamba2nya. Siapa2 yg Allah SWT melihatnya, maka Allah SWT SWT tidak akan mengazabnya sekalipun. Oleh itu, pada malam pertama bulan Ramadan, dinamakan oleh ulama sebagai malam penglihatan kerana Allah SWT melihat hamba2nya pada malam pertama bulan Ramadan. Seperti mana malam2 terakhir bulan Ramadan, Allah SWT melepaskan mereka daripada api neraka.

Perbaharuilah taubat dan letakkanlah diri pada Allah SWT, maka kamu akan dapat penglihatan Allah SWT ini dengan penglihatan Rahmat. Boleh jadi Allah melihat kamu sewaktu kamu melakukan solat, boleh jadi Allah melihat kamu sewaktu kamu hendak pergi melakukan solat, dan boleh jadi Allah melihat kamu sewaktu kamu sujud kepadaNya pada malam pertama bulan Ramadan. Kamu boleh merasa kesan penglihatan Rahmat ini dalam hati kamu. Maka hati kamu akan lembut dan air mata akan mengalir dan kamu akan terus bersemangat mengerjakan amal2 soleh. Dan kamu akan masuk bulan Ramadan dengan kegembiraan, rasa syukur dan kecergasan. Maka jangan biarkan malam pertama bulan Ramadan dan carilah penglihatan Allah ini di malam pertama bulan Ramadan daripada masuk magrib 1 ramadan sehingga waktu subuh.

Bulan Ramadan adalah bulan yg diambil peluang setiap jam dan setiap minit di dalamnya. Sesungguhnya setiap minit dalam bulan Ramadan adalah lebih berharga daripada permata di atas muka bumi ini. Kalau kamu tidur dalam bulan Ramadan, cubalah tidur dalam keadaan wudhu, dalam keadaan mengingati Allah. Maka kamu akan ditulis sebagai orang yg mengerjakan solat sehinggalah kamu bangun. Maka tidak akan terkira masa kamu tidur itu sebagai tidur, akan tetapi akan dikira sebagai ibadah yg taat.

Anda mungkin juga menyukai