Anda di halaman 1dari 1

KEBERKESANAN KAEDAH LAKARAN UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN MURID DALAM TOPIK TANAMAN HIASAN TAHUN 4

NORLIYANA BTE MOHAMAD YASSIN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU NOVEMBER 2012

ABSTRAK

Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk menilai sejauh mana keberkesanan kaedah lakaran dalam meningkatkan daya ingatan murid tentang tajuk Jenis-Jenis Tanaman Hiasan. Responden terdiri daripada 30 orang murid kelas 4 Ambar di Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1 merangkumi kumpulan berpencapaian baik. Murid diuji menggunakan borang ujian pra sebelum rawatan dan borang ujian pasca selepas rawatan bagi menentukan keberkesanan kaedah lakaran dalam meningkatkan pengetahuan murid terhadap subtajuk Pengenalan Tanaman Hiasan Tahun 4. Terbukti daripada dapatan, peningkatan yang nyata bagi responden dari semua kumpulan. Jumlah murid yang berada dalam kelompok berpencapaian lemah juga turut menurun, sekaligus membawa kepada peningkatan yang memberangsangkan kepada jumlah murid berpencapaian sederhana dan baik. Dapatlah disimpulkan bahawa dengan menggunakan kaedah lakaran murid mampu meningkatkan daya ingatan mereka mengenai jenis-jenis tanaman hiasan, sekaligus menarik minat mereka dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Anda mungkin juga menyukai