Anda di halaman 1dari 18

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

JENIS PROSA TRADISIONAL -Mitos -Lagenda


DISEDIAKAN OLEH : NGO KIAH NEE LOW YEE NING NUR SYAFRIDA BINTI IBRAHIM

KONSEP MITOS
Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan

peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya. Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat. Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang. Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal usul sesuatu tempat. Latar masa atau tempat dalam mitos adalah tidak jelas.

Ciri-ciri mitos
Pelaku utama yang diceritakan dalam mitos biasanya

adalah para dewa, manusia, dan pahlawan supranatural.


Sebagai kisah suci, umumnya mitos didukung oleh

penguasa atau pendeta yang sangat erat dengan suatu agama atau ajaran kerohanian.
Biasanya suatu mitos dianggap sebagai kisah yang benar-

benar terjadi pada zaman purba.


Latar tempat- berlaku di dunia luar, kayangan dan dasar

laut. Latar sejarah juga terdapat dalam cerita mitos. Contoh, asal usul nama melaka mengambil latar sejarah.
Latar masa- berlaku pada zaman pra sejarah iaitu zaman

animisme.

Jenis Mitos
1.

Cerita mitos asal usul benda, binatang, kejadian alam dan manusia. Contohnya, asal usul kejadian tiga buah gunung di Perak yang berasal daripada manusia menjadi batu kerana disumpah oleh Sang Gedembai.

2. Cerita mitos asal usul nama tempat dan negeri. Contohnya, pembukaan Singapura diambil sempena nama seekor singa yang tangkas, pantas dan dapat mengghaibkan diri yang dijumpai oleh Sang Nila Utama sewaktu berburu di Temasik. Singa itu digambarkan dengan hebat iatu sebesar kambing randuk, berkepala hitam, berdada putih dan berbadan merah.

4.

Cerita mitos kedatangan islam Kedatangan islam digambarkan dengan penuh ketakjuban. Contohnya, Raja Kecil Besar bermimpi Nabi Muhammad mengislamkannya, pada esoknya, didapati badannya berbau wangi dan telah dikhatankan. Ini adalah untuk menunjukkan Islam datang ke Melaka terus daripada Rasulullah tanpa perantaraan dan melambangkan orang-orang mulia sahaja berupaya menemui Rasulullah dalam mimpi.

5. Cerita Mitos alegori / simbolik Peristiwa yang luar biasa sifatnya bertujuan menyindir golongan raja.

Lagenda
Konsep
Perkataan legenda berasal daripada bahasa Latin, Legendrus. sebuah cerita lama yang tidak dapat dipastikan kebenarannya tetapi popular dan diguna pakai dari satu generasi ke satu generasi sejak zaman dahulu lagi.

Robert A Georges dalam American Folk

Legend: -lagenda ialah sejenis komunikasi lisan yang mengandungi cerita yang pernah terjadi pada masa lampau atau masa terdekat yang dipercayai benar oleh penutur atau pendengarnya.

Ciri-ciri
Merupakan peristiwa atau perkara yang memang pernah terjadi dalam masyarakat pendukunnya. Misalnya pembentukan Gunung Jerai di Kedah yang dikaitkan dengan tiga watak putera dan puteri raja yang berkelahi yang kemudiannya ditegur oleh Sang Kelembai. 2. Tokoh ialah manusia biasa yang berdarah daging yang memang benar-benar wujud dalam sejarah bangsa tersebut.
1.

3. Wataknya terdiri daripada manusia biasa yang mempunyai sifat dan ciri-ciri yang istimewa seperti mempunyai ilmu kebatinan,kegagahan yang luar biasa dan sebagainya, yang biasanya diingati secara berpanjangan oleh masyarakat kolektifnya. 4. Tokoh-tokoh yang wujud dalam cerita menjadi idola dalam masyarakat pendukungnya.

5. Cerita legenda sangat jelas unsur tempatannya kerana mengandungi nilai sejarah tempatan. 6. Latar masa yang berkaitan dengan cerita tersebut tidak semestinya masa lampau tetapi ada hubungkait antara masa silam dengan masa kini.

Jenis-jenis Lagenda
Legenda Keagamaan
Legenda keagamaan adalah legenda orang-orang yang dianggap suci atau saleh. Di Jawa hagiografi menceritakan riwayat hidup para wali penyebar Islam pada masa yang paling awal. Salah satu contohnya adalah legenda Wali Sembilan (Wali Songo) . Mereka adalah Maulana Malik Ibrahim, Sunan Ampel, Sunan Bonang, Sunan Giri, Sunan Drajat, Sunan Kalijaga, Sunan Kudus, Sunan Muria, dan Sunan Gunung Jati.

Legenda Alam Gaib


Legenda semacam ini biasanya berbentuk kisah yang dianggap benar-benar terjadi dan pernah dialami seseorang. Fungsi legenda semacam ini adalah untuk meneguhkan kebenaran takhayul atau kepercayaan rakyat.
Contoh legenda ini iaitu kepercayan terhadap adanya hantu, gendruwo, sundel bolong serta nyi blorong.

Legenda Perseorangan
Legenda perseorangan merupakan cerita mengenai tokohtokoh tertentu yang dianggap benar-benar terjadi. Di Jawa Timur yang paling terkenal adalah legenda tokoh Panji. Panji adalah seorang putera raja Kerajaan Kahuripan di Jawa Timur yang senantiasa kehilangan isterinya. Cerita Panji yang semula merupakan kesusasteraan lisan (legenda), namun telah banyak dicatat orang sehingga mempunyai beberapa versi dalam bentuk tulisan. Beberapa cerita yang tergolong ke dalam cerita panji misalnya Ande-Ande Lumut (dongeng Cinderella ala Jawa), Kethek Ogleng (seorang pangeran disihir menjadi seekor kera). Suatu jenis legenda perseorangan mengenai perampok seperti Robin Hood, yang merampok penguasa korup atau orang kaya untuk didermakan kepada rakyat miskin.

Legenda Setempat
Legenda setempat adalah cerita yang berhubungan dengan suatu tempat, nama tempat dan bentuk topografi, iaitu bentuk permukaan suatu tempat, berbukit-bukit, berjurang dan sebagainya. Legenda setempat yang berhubungan dengan nama suatu tempat misalnya, legenda Kuningan. Kuningan adalah nama suatu kota kecil yang terletak di lereng Gunung Ceremai, di sebelah selatan kota Cirebon, Jawa Barat. Legenda ini dapat dimasukkan ke dalam golongan legenda setempat kerana menceritakan asal mula nama beberapa desa di sekitar Danau Batur, seperti Kedisan, Abang Dukuh, dan Trunyan. Contoh-contoh lain legenda setempat ini misalnya Asal Mula Nama Banyuwangi, serta legenda Roro Jongrang, Tangkuban Perahu, Asal Mula nama Tengger dan Terjadinya Gunung Batok serta asal mula nama kota Bogor.

Gaya Bahasa
1. Penggunaan Puisi
Puisi kerap digunakan dalam cerita-cerita legenda, antaranya ialah :
a. Rangkap ulang (runs) Rangkap-rangkap yang teratur dan menarik, diucapkan secara berulang-ulang pada bahagian-bahagian tertentu. Berfungsi sebagai sebagai penegasan dan pewarnaan peristiwa-peristiwa atau keadaan. b. Pantun, mentera, gurindam digunakan di dalam penceritaan membolehkan cerita yang diperdengarkan atau diceritakan lebih menarik.

2. Penggunaan bahasa pertuturan seharian dalam cerita-cerita prosa tradisional, dan biasanya dipengaruhi oleh dialek tempat cerita berkenaan dituturkan. Sebagai contoh bangat,diamat-amati, terkosel-kosel dan sebagainya. 3. Penggunaan bahasa istana terutama apabila penceritaan tentang raja-raja. Contohnya gering, bertitah, beta, mangkat dan sebagainya.

4. Bahasa perbandingan Kebiasaannya digunakan untuk menerangkan sifat-sifat istimewa wira dan wirawati, mereka dibandingkan secara langsung dengan objek-objek alam. Misalnya, untuk menggambarkan kecantikan puteri-puteri raja biasanya dikatakan pipi pauh dilayang, rambut mayang mengurai, bibir delima merkah, kuku bagai kikir taji dan sebagainya.

5. Penggunaan Kata pangkal ayat, biasanya digunakan sebagai penanda wacana penceritaan. Contohnya maka, arakian, alkisah, syahadan dan sebagainya.
6. Penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelitbelit sesuai dengan pengucapannya secara lisan. Terdapat juga unsur pengulangan kata yang banyak dan ketara.

Rujukan
http://pdah-rafidah.blogspot.com/2012/07/definisi-

genre-sastera-prosa-klasik-dan_5474.html http://ppusseri.blogspot.com/2011/03/nota-km1sejarah-kesusasteraanmelayu.html?zx=2db38e62a8e7b59c http://www.sentraedukasi.com/2011/06/pengertian-ciri-ciri-dan-jenisjenis.html http://palingdiminati.blogspot.com/2013/02/legen da-pengertian-contoh-keagamaan.html

Anda mungkin juga menyukai