Anda di halaman 1dari 9

Imbuhan beran

Ketika serigala melintasi sebidang sawah, ia melihat seekor anak lembu sedang berehat 1.sendiri. Serigala ingin memakan anak lembu itu. Ia mendekati anak lembu dengan senyap tetapi anak lembu itu sedar akan kedatangannya. Apa yang ingin kau lakukan serigala? Adakah kau ingin memakanku? tanya anak lembu ketakutan. Tentu saja! Aku pasti akan kenyang jika dapat makan kau kerana daging kau lembut, manis dan lazat, jawab serigala. Kau yakin mahu makan aku di sini? Bukankah tempat ini ada ramai manusia sering lalu lalang. Jika mereka nampak kau, pasti mereka akan membunuh kau, kata anak lembu. Betul juga kata kau. Kalau begitu, aku harus membawa kau ke tempat yang lebih aman. kata serigala. Aku rasa kau juga kelihatan letih. Sebaiknya kau naik ke atas punggungku dan tidurlah. Aku akan mencarikan tempat yang aman, agar kau boleh memakanku dengan selesa, kata anak lembu. Tanpa berfikir panjang, serigala segera naik ke atas punggung anak lembu lalu tertidur. Ternyata anak lembu telah membawa serigala ke tempat yang aman buat dirinya tetapi bukan buat serigala. Alangkah terkejutnya serigala apabila terjaga daripada tidurnya. Penduduk kampung sudah bersedia mahu membunuhnya.

Imbuhan kean

Dahulu, ada sepasang kucing yang sangat disayangi oleh tuan mereka. Kucing jantan bernama Tomosso dan kucing betina bernama Lilia. Bulu mereka sangat bersih dan lebat. Di leher mereka pula tergantung sebuah loceng. Tomosso memiliki tubuh yang kecil dan ramping jika dibandingkan dengan Lilia. Wajah Tomosso garang tetapi wajah Lilia lembut. Kucing-kucing yang lain berasa cemburu kepada mereka. Selain itu, Tomosso dan Lilia tidak pernah keluar dari rumah untuk bergaul dengan kucing-kucing yang lain. Suatu hari, seekor kucing jantan berkata, Hah, tidak mungkin kucing jantan seperti Tomosso boleh melindungi kucing betina seperti Lilia. 1.esok harinya, Tomosso dan Lilia cuba untuk keluar dari rumah kerana mereka ingin bersiar-siar. Tiba tiba, datang seekor anjing besar menghalang mereka. Dengan segera,Tomosso ke hadapan untuk melindungi Lilia yang 2.takut. Kini Tomosso berhadapan dengan seekor anjing yang besar. Pergaduhan antara Tomosso dengan anjing besar tidak dapat dielakkan lagi. Anjing terus menyerang Tomosso. Tomosso pun menerkam anjing dan mencakar wajahnya. Pergaduhan itu disaksikan oleh kucing-kucing yang lain. datang dan mengusir anjing besar itu. Tubuh Tomosso dipenuhi dengan luka. Lilia merawat Tomosso dengan penuh kasih sayang. Berita tentang 4.hebat Tomosso melawan anjing besar diketahui oleh semua kucing. Namun demikian, Tomosso tidak berasa sombong. Ia tetap menjadi kucing yang baik. Mereka kagum

akan 3.berani Tomosso. Akhirnya pergaduhan itu terhenti kerana tuan Tomosso

Imbuhan peRan & peNan

Di sebuah negara yang bercuaca dingin, ada seekor tupai yang bernama Rubi. Pada suatu malam, Rubi berasa sangat haus. Salju sudah mulai reda, namun angin masih terlalu sejuk. 1.pandang di luar kelihatan putih sahaja. Rubi keluar dari lubang rumahnya lalu berjalan menuju ke sebuah tasik untuk meminum air. Sesampainya di tasik itu, Rubi bersyukur kerana hanya sebahagian daripada 2muka tasik itu sahaja yang telah membeku dan tupai masih berpeluang untuk menghilangkan rasa dahaganya. Setelah selesai meminum air, Rubi ingin pulang ke rumahnya semula. Tibatiba ia terkejut apabila melihat ekornya yang cantik telah terlekat pada 3.muka ais. Oleh kerana Rubi takut ekornya yang cantik menjadi rosak, ia tidak cuba menarik ekornya. Aku akan tunggu sebentar sehingga ais ini mula cair dan pasti ekorku akan terlepas, kata Rubi di dalam hati. Rubi duduk menunggu ais itu cair sehingga hari mulai terang. Namun, harapannya tidak kesampaian. Sekarang seluruh ekornya sudah terlekat pada air. Rubi berasa takut kerana hari semakin terang dan ramai pemburu akan datang. Rubi terdengar suara-suara yang semakin membuatnya takut. Rubi lantas memekik untuk meminta tolong. Seekor serigala terdengar pekikan Rubi dan menghampiri Rubi. Rubi minta tolong lalu serigala menggigit ekor Rubi sehingga putus. Setelah terlepas, Rubi terus berlari pulang ke rumahnya sambil menangis.

Imbuhan mei

Di sebuah hutan yang tebal, ada seekor harimau yang sedang tidur lena. Ia mengantuk setelah 1.nikmat daging rusa yang diburunya. Sisa daging rusa pun masih di sampingnya. Anjing hutan yang sejak tadi memerhati harimau, kemudian menghendap kerana hendak mencuri sisa daging rusa itu. Tanpa sengaja anjing hutan terpijak sebatang kayu, Krakk. Harimau yang mendengar bunyi itu terkejut. Ia terbangun dan 2.dapat seekor anjing hutan sudah berada di samping daging rusanya. Haummm.. Apa yang sedang kau lakukan di situ? Berani sekali kau curi makananku! kata harimau. Berani kau menuduh aku ingin mencuri! Bukankah aku raja rimba. Tidak mungkin aku mencuri! balas anjing hutan dengan marah. Setelah mendengar kata-kata anjing hutan itu, harimau menjadi berang. Tidak mungkin? Raja di hutan ini adalah aku! Anjing hutan membentak, Akulah raja yang sebenarnya! Kalau kau tidak percaya, ayuh ikut aku. Semua binatang di sini akan takut dan lari apabila melihatku. Harimau semakin bingung dan tidak 3.percaya kata-kata anjing. Untuk membuktikannya, anjing hutan mengajak harimau untuk berjalan di belakangnya. Dalam perjalanan di hutan itu, mereka melihat sekumpulan rusa sedang makan rumput. Apabila melihat seekor harimau berjalan di belakang anjing hutan, semua rusa ketakutan dan cuba untuk menyelamatkan diri. Anjing hutan pun berkata kepada harimau, Hai harimau, kau telah lihat bukan? Mereka lari ketakutan apabila melihatku? Harimau masih tidak yakin bahawa raja rimba yang sebenarnya adalah anjing hutan. Mereka meneruskan perjalanan. Kemudian, mereka bertemu dengan sekumpulan monyet yang sedang makan buah-buahan. Melihat kehadiran harimau, monyet-monyet berteriak ketakutan, sambil berlari ke atas pohon.

Anjing pun kembali berkata, Nah, sekarang kau lihat lagi bukan? Mereka ketakutan melihat aku? Jadi, kau masih belum percaya bahawa aku adalah raja rimba yang sebenarnya? Harimau kelihatan bingung kerana dirinya tidak dapat 4.yakin apa yang telah dilihatnya. Hmmm.. Baiklah kalau begitu. Maafkan aku kerana telah menuduh kau tadi. Kau memang raja rimba yang sebenarnya, kata harimau. Kali ini aku ampuni kau. Sekarang kau pergilah!!! kata anjing hutan dengan sombong. Harimau pun pergi seperti yang diperintahkan anjing hutan. Hahahaha.. harimau bodoh!

Imbuhan peN

Dahulu, ketika kuda masih hanya makan buah-buahan sahaja, kuda tidak digunakan oleh manusia untuk ditunggang. Suatu hari, kuda dan rusa berkelahi. Mereka ingin berlumba lari. Kuda berusaha berlari dengan sekuat tenaga tetapi rusa tetap menjadi 1.menangnya. Kuda berasa sangat kecewa kerana ia selalu kalah. Kuda pun bersumpah untuk dapat mengalahkan rusa dan menendangnya. Ia menjadi binatang yang 2.dendam. Tidak berapa lama, kuda bertemu dengan seorang 3.buru. Tuan, mahukah kau membantu aku agar aku dapat berlari dengan pantas? Aku ingin sekali mengalahkan rusa. Bukankah kau juga ingin memburu rusa? Lebih baik kita bekerjasama. Jika kita berjaya, aku akan sentiasa memenuhi keinginan kau, kata kuda. Hmmm, baiklah aku akan membantumu. Bagaimana kalau aku naik ke atas punggung kau? Aku akan memasang tali di kepalamu dan terus menunggang kau sehingga aku dapat membunuh rusa itu, kata 4.buru. Baiklah, aku bersetuju. Aku ingin segera mengalahkan rusa itu, kata kuda dengan penuh semangat. 5.buru pun menunggang kuda itu. Ketika pemburu dan kuda terlihat rusa, kuda berusaha berlari dengan pantas. Dendam kuda akhirnya terbalas. Ia dapat mengalahkan rusa berlari dan rusa akhirnya berhasil ditangkap oleh 6.buru. Kuda sangat senang dan berterima kasih kepada 7.buru. Terima kasih tuan, kau telah membantuku. Dendamku pada rusa sudah terbalas. Bila kau memerlukan bantuanku, aku sedia membantu kau. Sekarang, aku harus kembali ke hutan, kata kuda. Oh tidak, kau tidak boleh kembali ke hutan. Kau sangat berguna kepadaku. Kau harus menepati janji kau, kata 8.buru.

Imbuhan teR

Seekor monyet sedang asyik melompat di atas dahan sebatang pohon. Tiba-tiba, ekornya 1.kena duri. Monyet berasa sakit lalu berusaha mencabut duri dari ekornya. Namun, usahanya sia-sia sahaja. Monyet berusaha mencari seseorang yang boleh membantunya mencabut duri dari ekornya. Ia kemudian bertemu dengan seorang tukang cukur. Tukang cukur akhirnya berjaya mencabut duri dari ekornya dengan menggunakan pisau cukurnya tetapi malangnya ekor monyet turut 2.potong. Monyet sangat marah dan berasa kecewa 3.hadap tukang cukur. Bagaimana kau boleh 4.potong ekor aku, tukang cukur? Cepat, kembalikan ekorku! Jika kau tidak mengembalikan ekorku, berikan pisau cukur kau kepadaku! kata monyet dengan marah. Oleh kerana tukang cukur tidak dapat mengembalikan ekor monyet, akhirnya dia memberikan pisau cukurnya kepada monyet. Setelah itu, monyet pergi dengan membawa pisau cukur. Dalam perjalanannya untuk pulang, bertemu seorang nenek yang sedang memotong kayu. Nenek, nampaknya pisau nenek tidak terpotong kayu itu. Cubalah pakai pisau cukur aku ini untuk memotong kayu, kata monyet. Nenek pun mula menggunakan pisau cukur monyet untuk memotong kayu. Tidak lama kemudian, pisau cukur itu 5.patah dua. Si monyet marah sekali 6.hadap nenek itu. Mengapa nenek patahkan pisau cukur aku? kata monyet dengan marah. Nenek tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya, dia memberikan kayu bakar kepada monyet. Monyet kemudian berjalan menuju ke pasar. Di sana ia bertemu seorang penjual kuih yang sedang memasak kuihnya. Nampaknya kayu bakar mak cik tidak cukup untuk memasak kuih ini . Pakailah kayu bakar aku ini, kata monyet. ia

Wanita itu dengan senang hati menerima bantuan monyet. Namun betapa 7. kejutnya wanita itu apabila monyet tiba-tiba marah kerana kayu bakarnya sudah habis dipakai. Mengapakah mak cik habiskan kayu bakar aku? Seharusnya mak cik ambil sedikit sahaja! Sebagai gantinya, mak cik harus berikan semua kuih ini kepada aku supaya aku tidak akan kelaparan nanti, kata monyet. Wanita itu berasa sangat sedih. Dia tidak berupaya mengganti kayu bakar milik monyet. Dia 8.paksa merelakan semua kuihnya diambil oleh monyet. Monyet licik itu sangat gembira kerana berhasil membawa pulang banyak kuih. Dalam perjalanan menuju ke rumah, monyet bertemu dengan beberapa ekor anjing hutan yang kelaparan. Monyet dikejar dan digigit. Kuih yang dibawanya pun telah diambil oleh anjing-anjing liar itu. Itulah balasan bagi monyet yang licik.

Imbuhan beR

Ketika musim dingin tiba, ada seekor kelawar sedang menangis sendirian. Raja Helang yang sedang terbang terdengar tangisan kelawar lalu menghampirinya. Mengapa kau menangis? tanya Raja Helang. Aku 1.rasa sangat dingin dan sedih kerana tidak memiliki sehelai bulu pun. Burung-burung yang lain 2.tuah kerana memiliki bulu yang dapat menghangatkan tubuh mereka ketika musim dingin, kata kelawar. Setelah mendengar cerita sedih kelawar, Raja Helang terus memberi arahan kepada semua burung yang 3.ada di hutan untuk menyumbangkan sehelai bulu mereka kepada kelawar. Burung-burung di hutan mematuhi arahan raja mereka lalu menempelkan sehelai bulu mereka pada tubuh kelelawar sehingga kelawar menjadi cantik. Kelawar mula menjadi sombong kerana berasa dirinya paling cantik. Dia tidak mahu 4.kawan dengan burung-burung yang lain. Burung-burung yang lain 5.rasa kesal atas sikap kelawar yang mudah lupa diri lalu mengadu kepada Raja Helang. Raja Helang terus memanggil kelawar untuk 6.temunya. Adakah benar sekarang kau sudah sombong dan tidak mahu 7.kawan dengan burung-burung yang lainnya? tanya Raja Helang. Itu tidak benar. Mereka semua hanya cemburu melihat diriku cantik, kata kelawar dengan angkuh. Raja Helang terus menyuruh semua burung untuk mengambil bulu mereka daripada tubuh kelawar. Kini kelawar tidak memiliki bulu lagi. Dia 8.sembunyi di dalam gua kerana malu.

Anda mungkin juga menyukai