Anda di halaman 1dari 3

AKTIVITI 3: PELAKSANAAN PERTANDINGAN SEBENAR (T1A3) a. Laksanakan pertandingan seperti mana yang telah dirancang.

Anda boleh laksanakan pertandingan dalam satu hari atau beberapa hari mengikut keselesaan dan situasi sekolah anda. b. Rakamkan semua aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa pertandingan sama ada dalam bentuk gambar foto dan/atau audio-video yang boleh digunakan untuk ditayangkan kepada pelawat atau pegawai pendidikan atau pelawat atau bagi taklimat ibu bapa yang datang ke sekolah anda atau bagi tujuan membuat laporan postmortem nanti (tidak melebihi lapan minit tayangan). c. Muat naik semua rakaman dan juga bahan-bahan semasa pertandingan seperti laporan pengadil ke portal EPiC.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 25 April 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3. Rujuk pengumuman Announcement di EPiC untuk mengetahui cara mengubah format fail rakaman atau menyertakan link rakaman yang melebihi saiz file yang dibenarkan.

AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4) Penulisan jurnal reflektif adalah aktiviti terakhir dalam menyempurnakan tugasan anda. a. Jurnal Reflektif merupakan catatan reflektif anda semasa membuat Aktiviti 1 hingga Aktiviti 3. b. Penulisan jurnal reflektif meliputi perlaksanaan proses pengurusan, kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian yang anda lakukan. c. Catatan anda hendaklah dalam bentuk esei dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikan cadangancadangan penambahbaikan atau tindakan susulan di mana perlu. d. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu, ibu bapa, seorang anak, seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia dan seorang guru yang bertanggungjawab membentuk generasi akan datang. e. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif bagi tugasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

Soalan panduan penulisan Jurnal Reflektif:

Adakah aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan perlu dikekalkan disebabkan oleh trend masa sekarang yang mementingkan teknologi moden. Adakah terdapat nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui proses pengurusan, kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian.

Dapatkah pihak sekolah menyebarluaskan aktivitiaktiviti dan pertandingan persatuan atau kelab dengan melibatkan komuniti atau masyarakat di luar sekolah. Muat naik Jurnal Refleksi ke dalam portal EPiC setelah anda selesai melaksanakan tugasan ini.

Peringatan: Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 25 April 2013 (5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A4.

Kegiatan ko-kurikulum adalah satu bentuk tranformasi bagi membentuk keterampilan pelajar. Pembinaan ahlak, kecergasan fizikal dan pelbagai nilai murni yang lain dapat dibentuk melalui kegiatan ko-kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai