Anda di halaman 1dari 2

Membeli kebab di pekan suria Enak disentap diwaktu petang Bertanggungjawab amalan mulia Itulah sikap masyarakat penyayang

Peti ditutup sembunyi haruan Sisik haruan berkilat merah Kita hidup bersama jiran Kenapakah jiran sering berbalah? Baling batu bersalut suasa Terpecah kaca botol cuka Anak itu kurniaan yang esa Apakah punca anak derhaka? Ikan tapah mabuk kepayang Ikan siakap termakan pacat Jika ibu bapa bersikap penyayang, Apakah sikap anak yang taat? Terang pelita warna nan merah Kelkatu mula menghurung pelita Jiran kita orang yang susah Apakah pula tindakan kita? Melur di petik di taman buana Tumbuh melata setiap masa Keluarga mendidik ilmu berguna Bagaimanakah kita membalas jasa Pantun Merdeka ini untuk semua Untuk semua penduduk Malaysia Negara yang kita amat sayang dan cinta Kini sudah berumur 51 tahun lamanya Satu bolos dua terjatuh Merpati dijerat sayap terluka 31 ogos 1957 tarikh keramat Malaysia merdeka lanjutnya usia seorang pendeta tidak hilang ilmu yang lama bendera Malaysia kebanggaan kita jalur gemilang diberi nama terbang itik mentari hangat tangkap kelah paruhnya patah lagu patriotik menyeru semangat itulah inilah barisan kita

sarang tersisip dipohon cemara pepijat melukut tumbuh melata 5 prinsip rukun Negara wajib diikut rakyat jelata