Anda di halaman 1dari 6

GLOMERULONEPHITIS AKUT (AGN )

Pn Justina Ganggot - 2008 Definisi Inflamasi pada glomerulus di renal akibat dari reaksi imun terhadap infeksi bahagian tubuh badan yang lain. Insiden Lebih kerap pada lelaki Terutama pada kanak-kanak pra sekolah 4 10 tahun Jarang berlaku pada kanak-kanak kurang dari 3 tahun Prognosis adalah baik Orang dewasa 60 % sembuh tanpa konplikasi Kanak-kanak 90 % sembuh tanpa komplikasi. Patofisiologi

Dalam penyakit AGN struktur dan fungsi di glomerulus terganggu Membran di kapilari menjadi lebih turas sehingga protein dan sel darah merah boleh melaluinya. -Selain dari peningkatan porosity di kapilari, glomerular, kadar GFR ( glomerular Filtration Rate ) merosot dan menyebabkan azotemia. Etiologi

Jangkitan mikrob daripada Group A Beta Hemolitik Streptokokus. - Infeksi yang berlaku biasanya seperti jangkitan pernafasan atas (URTI), infeksi di kulit, sistemik lupus erytematous (SLE), virus Reaksi antigen-antibodi akan menghasilkan kompleks imun yang terbenam di dalam glomerulus yang menyebabkan membrane glomerulus menebal / bengkak dan proliferasi di sel sel endothelium glomerulus. ( reaksi antigen antibodi menyebabkan renal mengalami reaksi radangan ) Manifestasi Klinikal :

Secara mengejut atau perlahan-lahan. Biasanya berlaku berikutan serangan sakit tekak atau penyakit URTI oleh group A beta-hemolytic streptococcus 7 - 21 hari sebelumnya. Demam yang tidak menentu. Suhubadan boleh menjadi tinggi pada peringkat awal dan berselang seli untuk beberapa hari. Tanda tanda sistemik seperti malais. Gangguan di gastrointestine seperti loya dan muntah. Impetigo Edema teruk (gross).

- edema menyeluruh bermula di bahagian periorbital,muka, buku lalidan anggota anggota hujung. -edema di kaki dan buku lali lebih pada waktu petang kerana pesakit banyak berjalan atau berdiri pada waktu siang. Proteinuria. urin mengandungi albumin yang tinggi dan urin kelihatan berkabut ( claudy ) Hematuria teruk (gross) - bloody urine. urin mengandungi banyak darah dan berwarna gelap iaitu merah atau coklat / tea coloured pada peringkat akut. kast dan sel-sel darah putih juga ada pada urin disebabkan kerosakan sel glomerulus. Anemia akibat kehilangan sel darah merah dalam urin. Oliguria. pengaliran urin menjadi berkurangan. isipadu setakat 300 -700 ml/hari disebabkan penyerapan semula bertambah di tubul yang rosak. Bahan-bahan kumuhan bernitrogen dalam darah. seperti urea dan kreatinin tidak dapat disingkirkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam darah disebabkan penurasan glomerulus yang berkurangan.akibatnya urea, nitrogen dan serum kreatinin meningkat / tinggi. BUN normal 15 - 40 mgm/100ml. Serum kreatinin normal 60 - 120 mmol/liter. Uremia. berlaku sebab paras urea dalam darah meningkat. tanda dan simtom pruritis, gelisah, confusion, delirium. spesifik graviti pada urin menjadi tinggi sebab terdapat banyak bahan-bahan seperti albumin, sel-sel darah, dan kast. Tekanan darah tinggi. tekanan darah meningkat ke paras sederhana, tinggi atau sangat tinggi disebabkan oleh penghasilan renin yang bertambah di ginjal. Tekanan darah meningkat kerana angiotensin menyebabkan salurdarah konstrik. ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur disebabkan papiloedema. perdarahan di retina boleh berlaku. Kenaikan tekanan darah menyebabkan sakit kepala , loya dan muntah, kadangkadang boleh mengalami sawan tekanan darah yang biasa bagi kanak-kanak ialah 90/60 mmHg ( Teruk ) - Dyspnoea jika oedema teruk Kardiomegali dan penglibatan jantung. mungkin berlaku disebabkan hipervolumia dan retensi air dalam badan. Tanda dan simtom kegagalan renal. hipertensi semakin teruk, kegagalan jantung, edema. hiperkalemia dan mungkin aritmia yang akan mengakibatkan kegagalan jantung kiri atau kegagalan jantung kongestif disebabkan oleh fluid overload.

Penyiasatan Diagnostik Sejarah infeksi streptokokal. sakit tekak 2 - 3 minggu yang lalu. jika bayi impetigo. Makmal Throat Swab C&S Urin analisis. inspeksi dari segi warna, kandungan, dan amaun. U/FEME hematuria, proteinuria, kast sel-sel merah, sel-sel darah putih, selsel epitelial renal. U/ C&S untuk mengesan UTI. Urine albumin Spesifik graviti Urine 24 jam untuk menguji kehadiran creatinine dan protein. Proteinurea yang meningkat menunjukkan kerosakan glomerular yang progresif Pemeriksaan darah. Blood urea dan serum kreatinin meningkat. Serum protein / albumin - rendah. Serum asid urik & ESR meningkat ASOT (antistreptolysin Otiter meningkat akibat reaksi kepada organisma streptokokkus.) Hb % - rendah. Lipid tinggi dalam keadaan hipoalbuminemia tekanan onkotik merangsang sintensis lipoprotein dalam liver Biopsi renal.

Menunjukkan ada sekatan pada kapilari glomerulus akibat proliferasi atau pembiakan sel-sel endotelial.( Ujian paling tepat untuk mendiagnos jenis glomerulonephritis )

AGN mempunyai 2 fasa : Fasa oligurik. mengambil masa 2 minggu di mana output urin < 1 ml/kg/jam. peringkat awal. gangguan teruk dalam penurasan dan kurang penyerapan. hipervolumia dan hipertensi, edema. AGN mempunyai 2 fasa : Fasa diuretik. - fasa ini menunjukkan ginjal mula kembali baik. tempohnya 1 - 2 minggu. output urin meningkat dan kehilangan garam dan air dari badan. berat badan turun. tekanan darah turun, dan < hipervolumia.

berlaku apabila glomerulus kembali kepada keadaan normal. prognosis adalah baik - 70 % akan sembuh. Jagaan dan Pengurusan :

Tujuan pengurusan : Mengurangkan kerosakan pada nefron. Mengurangkan keperluan metabolik ginjal dan rehatkan ginjal. Memperbaiki fungsi ginjal. Jagaan Fizikal Jagaan Fizikal : Gangguan keselesaan b/d kurang keupayaan dalam pengurusan diri. Galakkan CRIB sehingga ESR kembali ke normal. Beri pada keselesaan pesakit. - bilik yang kondusif, sunyi, dan cukup ventilasi. - baringan rekumben atau semi Fowlers atau posisi yang sesuai untuk pesakit. -penuhi semua keperluan kebersihan dan eliminasi. Jagaan Mental Gangguan emosi. Beri penerangan kepada pesakit ( keluarga) dengan bahasa yang senang difahami. Tenangkan emosi pesakit ( Keluarga )dengan memberitahu pesakit tentang rawatan yang diberikan dan pesakit perlu komplain dengan sepenuhnya. Berikan ubat sedatif seperti diarahkan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan pesakit. Galakkan pesakit melakukan aktiviti diversional untuk mengurangkan kebosanan. Galakkan ambulasi secara beransur-ansur eg. berjalan jika tekanan darah stabil. Pemakanan (Diet) :

Untuk merehatkan ginjal dan mengurangkan bahan-bahan metabolik pada ginjal sebab makanan yang lebih akan meninggikan bebanan ginjal untuk menyingkirkan bahan-bahan kumuh. Hadkan pengambilan cecair untuk elakkan edema dan bebanan pada ginjal. Hadkan amaun dengan memberi 500 ml bercampur dengan output hari sebelumnya untuk mengimbangkan pengeluaran cecair. Sukat setiap pengambilan pesakit dengan tepat. Kurangkan pengambilan sodium dalam makanan jika pesakit mengalami edema dan hipertensi .

Pemakanan (Diet) Kurangkan protein jika paras BUN tinggi kepada 40 - 60 gm/hari mengurangkan beban ginjal supaya dapat menggalakkan penyembuhan. Tambahkan pengambilan karbohidrat untuk memberi tenaga eg. roti, biskut, jem, gula-gula.

Berikan vitamin untuk mempertingkatkan daya pertahanan badan eg. sayuran dan buah-buahan. Kekalkan carta intake & output dengan tepat untuk menilai kemajuan pesakit dan fungsi ginjal Ubat-Ubatan

Tiada ubatan yang spesifik. Berikan antibiotics untuk merawat infeksi dan menghapuskan mikroorganisma penyebab seperti streptokokkus diberi dalam tempoh masa yang lama. Contoh : Penicillin secara oral atau suntikan. suntikan Procaine Penicillin daily. Sulfonomide tidak boleh diberi kerana ia akan menyebabkan pembentukan kalkuli. Biasanya pemberian antibiotics bergantung kepada throat swab atau skin swab for C&S. Ubat-Ubatan Berikan ubat antihipertensif seperti diarahkan eg. Aldomet, Adalat. Berikan ubat sedatif eg. Luminal, Valium dengan mengikut berat badan pesakit. Berikan ubat corticosteroid eg. Prednisolone bertujuan untuk mengurangkan proses inflamasi dan reaksi alahan. (Ubat diuretik biasanya tidak diberi kerana ginjal dalam keadaan berinflamasi dan diuretik ialah satu kontraindikasi kecuali jika pesakit mendapat takipnea - contoh I/V Frusemide).

Pemerhatian Perhatikan tanda-tanda vital. tekanan darah, nadi, pernafasan, suhu badan 4 jam sekali untuk menilai respons pesakit pada rawatan dan mengesan komplikasi. Pemerhatian Kekalkan carta nefrotik. rekod semua dengan tepat dan betul setiap hari. ini untuk menilai kemajuan pesakit dan respons kepada rawatan. caranya : ambil tekanan darah pada waktu pagi. berat badan setiap pagi. daily albumin pada waktu pagi. spesifik graviti. jumlah intake & output dalam sehari. keadaan edema. carta intake & output direkod pada setiap syif.

Pemerhatian Simpan urin untuk pemerhatian (inspection)doktor. urine for 24 hours protein clearance.

Perhatikan komplikasi seperti : - kegagalan renal di mana urin semakin berkurangan. - edema pulmonari eg. dispnea, ortopnea, takipnea. - sakit kepala, loya dan muntah, konvulsi, keliru dan mengantuk Pendidikan kesihatan 1. Rehat yang cukup untuk menggalakkan penyembuhan. 2. Bertahu cara pengambilan ubatan. 3. Makanan Hadkan protein dan sodium Cadangkan jenis jenis makanan yang sesuai contohnya biskut yang tidak bergaram. Mengambil jumlah cecair yang dibenarkan bahagikan kepada pagi / petang dan malam. Jelaskan kepentingan rawatan susulan. Jelaskan kepentingan kebersihan diri elakkan jangkitan sistem pernafasan. Ajar keluarga pesakit memerhatikan tanda dan simtom berulangnya penyakit Komplikasi :

Kegagalan renal akut. Kegagalan renal kronik. Edema serebrum hypertensive encephalopaty. Koma Diagnosis kejururawatan Perubahan isipadu cecair berlebihan berkaitan dengan gangguan fungsi renal. Aktiviti intoleransi berkaitan dengan letih lesu dan oedema. Gangguan intergriti kulit, kekeringan mukosa mulut dan berkaitan dengan anoreksia kulit penghadan pengambilan cecair dan oedema. Defisit pengetahuan mengenai jagaan diri. -