Anda di halaman 1dari 1

BAB 6: TANAMAN HIASAN a. Pembiakan Secara Keratan Batang 1. 2. 3. 4. 5.

Tumbuhan boleh mcmbiak melalui biji benih atau melalui bahagian vegetatif seperti batang dan daun. Pembiakan menggunakan biji benih dlnamakan pembiakan secara seks. Pcmbiakan menggunakan bahagian vegetatif pokok seperti keratan batang, keratan daun, tut, dan kultur tisu dinamakan pembiakan aseks. Pembiakan secara keratin batang adalah satu kaedah membiakkan tumbuhan secara aseks yang mudah dilakukan. Kelebihan membiak tumbuhan secara keratin batang ialah:

a) Ciri-ciri atau baka pokok induk dapat dikekalkan pada anak pokok. b) Sesuai jika kaedah pembiakan sccara biji benih adalah sukar. c) Saiz pokok yang matang adalah lebih kecil dan nudah diuruskan. d) Cepat mengeluarkan hasil berbanding dcng ,an tumbuhan yang dibiak sccara biji benih. b. Menyediakan Medium Semaian 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Medium semaian adalah bahan yang merupakan tempat pertumbuhan dan perkembangan akar tumbuha-tumbuhan. Medium semaian yang sesuai untuk keratan batang adalah campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir (2:1:1). Tanah loam adalah campuran butiran pasir, selut dan tanah liat yang terhasil dari proses luluhawa batu batan. Tanah loam mempunyai keliangan sederhana dan keupayaan menakung air yang agak baik. Tanah loam mempunyai kandungan air yang mencukupi untuk tanaman. Bahan organik merupakan saki baki haiwan dan tumbuhan yang reput. Bahan organik membekalkan nutrien kepada pokok di samping membekalkan kelembapan dengan menyimpan air. Pasir sungai bcrfungsi untuk membaiki sistem saliran dan memudahkan penembusan akar. Selain itu, pasir sungai juga dapat membekalkan pengudaraan kepada medium. Langkah-langkah penyediaan medium semaian ialah: (a) Menapis bahan-bahan medium secara berasingan. (b) Sukat ketiga-tiga bahan mengikut nisbah 2:1:1. Gaulkan bahan sehingga sebati. (c) Menutupkan lubang-lubang di dasar kotak semaian atau pasu dengan kepingan pecahan pasu atau pecahan batu bata. (d) Mengisikan medium semaian ke dalam kotak semaian sehingga 2.5 cm dari bibir bekas. (e) Letakkan bekas Semaian di ternpat yang redup. c. Jenis Keratan Batang l 2. Keratan batang boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu keratan kayu lembut, keratan kayu sederhana keras dan keratan kayu keras. Pemilihan jenis keratan batang adalah bergantung kepada spesies pokok yang hendak dibiak.

Anda mungkin juga menyukai