Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN JANGKA PANJANG ARAHAN KEPADA CALON 1.

Calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib melaksanakan tugasan pentaksiran pusat. Calon yang tidak menghadiri sesi persekolahan sepanjang tempoh pentaksiran, tiada skor akan diberikan. Tugasan Pentaksiran Pusat dan penskoran Pendidikan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 4 minggu. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan ini secara individu dari . Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah menggunakan cetakan komputer . ditulis tangan atau

2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran 28 cm 38 cm. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan diselia sepanjang pelaksanaan tugasan tersebut. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerj a dalam bentuk kolaj sepenuhnya. Semua bukti hasil kajian hendaklah dijilid.

10. Penilaian proses semua aktiviti akan dilakukan sepanjang masa tugasan dilaksanakan.

Pilih mana-mana satu daripada soalan berikut. 1 Anda dikehendaki menghasilkan arca yang bertemakan garisan. (a) Kajian pelbagai jenis garisan (b) Lakaran kajian sumber ilham (c) Lukisan sebenar arca yang dihasilkan Hasil arca anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut: Bahan Ukuran : : Bebas Tinggi - 18cm Lebar - mengikut kesesuaian

Arca yang dihasilkan hendaklah kukuh dan stabil. 2 Anda dikehendaki menghasilkan ilustrasi kulit majalah kanak-kanak yang bertajuk Chomel (a) Kajian muka taip Chomel (b) Lakaran ilustrasi kulit majalah (b) Kajian warna Hasil karya anda hendaklah berdasarkan spesifikasi berikut: Bahan Teknik Ukuran : : : Cat Air Catan 28cm x 38cm

Karya yang telah siap, hendaklah dibuat kemasan. 3 Anda dikehendaki menghasilkan sebuah jurnal seni. Jurnal seni tersebut adalah berkaitan dengan penerokaan terhadap ranting kayu. Jurnal seni anda hendaklah mengandungi : (a) (b) (c) Kajian melalui koleksi gambar Lakaran kajian asas seni reka yang terdapat pada ranting kayu Lukisan realistik ranting kayu melalui eksperimentasi pelbagai jenis media dan teknik

Jurnal seni anda mestilah mengikut spesifikasi berikut: tulisan tangan / manual saiz A4 dijilidkan.
TUGASAN TAMAT

TUGASAN JANGKA PENDEK ARAHAN KEPADA CALON 1. Calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) wajib melaksanakan tugasan pentaksiran pusat. Calon yang tidak menghadiri sesi persekolahan sepanjang tempoh pentaksiran tidak akan diberikan skor. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tugasan Pentaksiran Pusat dan penskoran Pendidikan Seni Visual hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan ini secara individu dari . Hasil tugasan hendaklah menggunakan kertas berukuran 38 cm 28 cm. Hasil tugasan hendaklah asli . Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan diselia sepanjang pelaksanaan tugasan tersebut. Penskoran akan dilakukan di akhir tugasan.

Pilih mana-mana satu daripada soalan berikut. 1 Seekor burung sedang memberi makanan kepada anak-anaknya di dalam sarang. Anda dikehendaki menghasilkan satu lukisan untuk menggambarkan situasi tersebut. Lukisan yang dihasilkan hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Media Teknik Warna Saiz 2 : : : : Charcoal (Arang) atau pelbagai jenis pensil Bebas Bebas 38 cm 28 cm

Terdapat pelbagai jenis sayuran yang pelbagai warna di dalam sebuah bakul rotan. Anda dikehendaki menghasilkan satu catan untuk menggambarkan situasi tersebut. Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Media Teknik Warna Saiz : : : : Cat Air Bebas Bebas 38 cm 28 cm

Terdapat pelbagai jenis serangga ganjil yang sedang bermain dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan di dalam sebuah taman fantasi. Anda dikehendaki menghasilkan satu catan untuk menggambarkan situasi tersebut. Catan yang dihasilkan hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Media Warna Ukuran : : : Bebas Bebas 38 cm 28 cm
TUGASAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai