Anda di halaman 1dari 2

1.

2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN BAKTERIA Bakteria boleh didapati di mana-mana Ia mempunyai kebolehan untuk membiak dan membesar dalam pelbagai keadaan 5 faktor yang mempengaruhi pertumbuhannya: 1. Suhu 2. Kelembapan 3. Cahaya 4. Nutrient 5. Nilai pH

1. Suhu Suhu yang paling sesuai bagi kebanyakan mikroorganisma pada 35 45 oC Pada suhu 0 oC, mikroorganisma tidak aktif Apabila suhu melebihi 50 oC, bakteria akan menjadi spora Spora bakteria boleh bertahan sehingga suhu 120 oC 2. Kelembapan Kebanyakan mikroorganisma suka tinggal di habitat yang lembap dan berair. Semua mikroorganisma memerlukan air untuk hidup. Mikroorganisma tidak aktif jika kelembapan rendah iaitu kandungan air kurang daripada 20% Jika kandungan air ialah kurang dari 3% aktiviti mikroorganisma akan terhenti dan mikroorganisma akan mati atau membentuk spora Mikroorganisma paling aktif dan membiak di kawasan yang mempunyai kelembapan antara 25% - 40% 3. Cahaya Alga hanya boleh hidup di tempat yang mempunyai cahaya yang mencukupi kerana ia memerlukan cahaya untuk melakukan fotosintesis Virus, bakteria dan kulat boleh hidup tanpa cahaya atau dengan adanya cahaya Bakteria membiak dan membesar dengan cepat dalam keadaan gelap Cahaya matahari boleh mempengaruhi pertumbuhan sesetengah mikroorganisama malah boleh membunuhnya.

4.

Nutrien Mikroorganisma memerlukan tenaga untuk membiak dan membesar Nutrien diperlukan untuk membekalkan tenaga Mikroorganisma autotrof yang mempunyai klorofil boleh melakukan prorses fotosintesis untuk membuat makanannya sendiri Mikroorganisma parasit menyerap nutrien dari hidupan lain Mikroorganisma saprofit mendapatkan makanan dari bahan reput atau mati Kadar pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma tinggi apabila terdapat bekalan nutrien yang mencukupi 5. Nilai pH Nilai pH yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh memusnahkan mikroorganisma Nilai pH 7 adalah yang paling sesuai untuk kebanyakkan mikroorganisma Walau bagaimanapun, sesetengah bakteria boleh hidup dalam medium berasid atau beralkali.

Uji minda 1. 2. 3. 4. 5. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan bakteria? Bagaimanakah kelembapan mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma? Apakah jenis mkiroorganisma yang tidak dapat hidup tanpa cahaya dan terangkan sebabnya? Apakah suhu optimum untuk pembiakan mikroorganisma? Terangkan bagaimana nilai pH mempengaruhi pertumbuhan mikroorganisma.

Anda mungkin juga menyukai