Anda di halaman 1dari 5

APAM FRUITTY

Olahan daripada resepi: Apam Strawberry By: Aini Rusli Sumber : Majalah RASA Dikongsikan oleh : Gallery Mama Mimi 140 gm tepung gandum 1 1/2 sudu teh baking powder 110 gm gula halus atau gula kastor 75 ml susu segar atau susu cair 2 biji telur saiz A 1 sudu teh ovellete 1/2 sudu teh esen vanilla Pewarna makanan mengikut karaktor buah-buahan pilihan Inti atau filing buah-buahan ~ jam nenas, bluberry, strawberry, kiwi 30 keping cawan kertas

Panaskan kukusan terlebih dahulu dengan api yang sederhana Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya air kukusan tidak menitis atas apam Sediakan acuan lompang secukupnya Susunkan cawan kertas dalam acuan lompang dan ketepikan Satukan tepung gandum dan baking powder kemudian di ayak Dalam bekas pemutar, satukan telur dan gula dan pukul hingga kembang dengan speed tinggi. Masukkan adunan tepung yang telah diayak berseang seli dengan susu Tambahkan esen vanila dan ovallete, dan terus putar hingga adunan bertukar putih, likat dan gebu. Bahagikan adunan kepada beberapa warna pilihan. Warna dasar hendaklah dalam jumlah yang besar Ambil anggaran 2 sudu untuk warna daun, dot-dot atau line. Kacau setiap adunan warna rata-rata. Kemudian masukkan dalam piping bag. Untuk warna dasar potong lubang hujung piping bag besar sedikit. Tapi bagi dot-dot dan line , potong hujung piping bag kecil sahaja lubangnya. Untuk memudahkan proses, filling juga diletakkan dalam piping bag Letakkan warna dasar dalam cawan kertas 1/3 cawan sahaja Letakkan intinya dan tutup kembali dengan warna dasar hingga penuh. buat sehingga habis Kemudian bolehlah mulakan proses melorek atas apam dengan karaktor buah-buahan pilihan. Setelah siap, susun dalam kukus dan kukus selama 10 minit hingga 15 minit

Tips penting penyediaan apam


Gunakan api yang sederhana untuk mengukus apam Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu

Balut tutup kukusan dengan kain untuk mengelakkan air menitis sewaktu proses apam dikukus Ovallete hendaklah dimasukkan pada akhir proses memukul, iaitu selepas semua adunan dipukul, ini untuk mendapatkan apam yang gebu dan lembut

Apam yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan terdedah di udara kerana ia mudah kering.

Adunan apam ini dapat menghasikan anggaran 30 biji apam bersaiz sederhana

Anda mungkin juga menyukai