Anda di halaman 1dari 8

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN BAHARU DAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UPSR TAHUN 2010 SJKT LADANG RENJOK, BENTONG

2012 TEMPAT : SJKT RENJOK TARIKH : 28 JULAI 2012 (SABTU)


1. MENGUMUMKAN KETIBAAN

Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan, Merangkap Ahli Parlimen Bentong, Pahang Darul Makmur.
2. NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin diminta berdiri bagi menghormati Lagu Negaraku. Terima kasih. 3. UCAPAN ALU-ALUAN PROTOKOL

Salam sejahtera, salam penuh kemesraan, salam kecemerlangan, salam perpaduan serta salam 1Malaysia. Puisi Sahara di tengah gurun, Santun tutur si anak dara; Tradisi Malaysia turun temurun, Pantun ditutur pembuka bicara. Melayang belatuk di hujung pekan, Di tengah permatang makanan dicari; Kehadiran Dato kami alukan, Anugerah Cemerlang bertambah seri. Pihak majlis mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan sepenuh apresiasi hati, atas kehadiran tetamu kehormat. Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan, Merangkap Ahli Parlimen Bentong, Pahang Darul Makmur. Yang Berbahagia Dato Seri S. Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan.

Tun Anis

Yang Dihormati Dato Devendren, Adun Kawasan Sabai, Bentong, Pahang Darul Makmur. Yang Berbahagia Encik Liew Kim Choon, Pegawai Pelajaran, Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. Yang Dihormati Encik M. Puspanathan, Penyelia Kanan, Jabatan Pelajaran, Pahang Darul Makmur. Yang Berusaha Encik Kunasergam, Guru Besar, SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Yang Berbahagia Encik Goonasekaran, Pegawai Khas kepada Menteri Besar, Pahang Darul Makmur. Yang Dihormati Encik Ratnam, Pengerusi PIBG, SJKT Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Encik V. Arumugam, Pengerusi Jemaah Pengurus Sekolah. Pengerusi dan Ahli-Ahli, MIC, PPP dan GERAKAN, para Guru Besar, mantan Guru Besar-Guru Besar SJKT Renjok, bekas guruguru, ahli-ahli PIBG, serta bekas murid-murid, para ibu bapa, murid-murid cemerlang yang diraikan dan murid sekalian. Selamat datang kami alu-alukan ke Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Tun Anis 2

3.

BACAAN DOA

Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan Demi memberkati acara dan agenda kita, Marilah kita semua, Selaku insan kerdil sifat dan upaya, Dengan sanubari yang bersih, minda yang jernih, Menghimpunkan segala harapan dan hasrat, Dengan bait-bait doa serta munajat. Sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 SJKT Ladang Renjok, Bentong Pahang Darul Makmur Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia _______________________ _______________________ Tampil seketika untuk memimpin bacaan doa pembuka majlis pada pagi ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada _______________________ _______________________ Atas pimpinan doa sebentar tadi. 4. PERSEMBAHAN BHARATHAM

Seni rotan asal dianyam, Seri mata naik tertawan; Kini tiba saat Bharatham, Mari sama kita saksikan. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan Majlis dimulai dengan persembahan pembuka tirai, persembahan Bharatham. Saksikan. Burung tekukur dibuat kari, Dibawa ke dusun untuk disantap; Langkah teratur mengikut tari, Tari disusun sudah ditatap. Tun Anis 3

Majlis merakamkan terima kasih atas persembahan Bharatham daripada _________________________________________________.

5.

UCAPAN

Sutera Cina kain sari, Digubah renda di dalam puan; Apa guna majlis berseri, Jika tiada ucapan aluan. Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Dihormati Encik Ratnam, Pengerusi PIBG, SJKT Renjok, Bentong untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Ratnam, Pengerusi PIBG, SJKT Renjok, Bentong atas ucapan aluan yang telah disampaikan itu tadi. Kain belacu di dalam puan, Digubah bersama kain sari; Harap hati kepada tuan, Sudi kiranya ucapan diberi. Majlis berasakan tidak lengkap sekiranya tidak mendengar ucapan daripada Yang Berusaha Encik Kunasergam, Guru Besar, SJKT Ladang Renjok, Bentong. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Tun Anis

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan Yang Berusaha Encik Kunasergam, Guru Besar, SJKT Ladang Renjok, Bentong sebentar tadi. Sidang hadirin yang dinanti Kini tibalah saat yang dinanti Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan, merangkap Ahli Parlimen Bentong, Pahang Darul Makmur Menyampaikan ucapan amanat sempena Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2010 SJKT Ladang Renjok, Bentong Pahang Darul Makmur. Terima kasih Yang Berhormat Dato atas ucapan bertenaga sebentar tadi. Majlis merakamkan setingi-tinggi terima kasih. 6. TARIAN MEDLEY DAN UCAPAN PERASMIAN

Puan dibawa si orang Pekan, Penuh ole-ole dibawa ke Kulai; Mari sama kita saksikan, Tarian medley penuh gemalai. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan Sebagai menjamu mata, ayuh saksikan tarian medley yang dipersembahkan daripada ___________________________________________. Selesai sudah tarian medley. Sidang hadirin yang dikasihi sekalian, Kini tibalah saat yang dinanti Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berbahagia Dato Seri S. Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian bangunan baharu SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Tun Anis 5

(gimik perasmian) Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Dato Sri Liow Lai, Menteri Kesihatan merangkap ahli parlimen Bentong serta kehormat untuk tampil bersama-sama Yang Berbahagia Dato Seri S. Vellu untuk menyempurnakan gimik perasmian bangunan baharu Ladang Renjok.

Tiong dif-dif Samy SJKT

Maka terasmilah sudah bangunan baharu SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Semoga dengan perasmian bangunan baharu ini menambahkan lagi potensi kecemerlangan sekolah serta melahirkan ramai anak murid yang mampu mengubah kehidupan keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara kepada yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Majlis setulus hati merakamkan apresiasi dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Seri S. Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Atas kesudian merasmikan bangunan baharu SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. 7. TARIAN 1M

Cantik sungguh si gadis bunian, Menjadi gilaan si orang Penan; Pelbagai bangsa satu tarian, Kami persembahkan buat tontonan. Yang Berhormat, Dato-Dato, Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dimuliakan Kini kami sajikan pula dengan Tarian 1Malaysia.

Hadirin yang dihormati, Acara seterusnya ialah penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR Tahun 2010. Untuk penyampaian anugerah, dijemput ______________________________ naik ke pentas. Terima kasih _______________________________ atas penyampaian anugerah itu tadi.

Tun Anis

Orang memberi kita merasa Orang berbudi kita berbahasa Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Dihormati Dato Devendren, Adun Kawasan Sabai, Bentong, Pahang Darul Makmur. bagi mempersilakan Yang Berhormat Dato Sri Liow Tiong Lai Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Bentong untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Dato Seri S. Samy Vellu, Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Atas kesudian Yang Berbahagia menyempurnakan perasmian bangunan baharu SJKT Ladang Renjok, Bentong, Pahang Darul Makmur. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih.

Yang lain-lain adalah sama dengan permulaan pada no.7 sehingga ke tarian kollatam.

Pantun untuk menjemput ke jamuan : Pisang emas masak di ladang, Ambil sesisir simpan di para; Pelbagai hidangan telah terhidang, Sudilah kira menjamu selera. Para hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang telah disediakan. TAMAT -

Tun Anis

Tun Anis

Anda mungkin juga menyukai